UNTUNGLAH SIBUK...KALAU TAK??


Entry semalam aku terluah isi hati pula. Bila baca balik semula sendiri rasa nak ketawa kahkahkah. Sedih?? Takde la sedih sangat pasal aku ni jenis yang tak sempat nak bersedih lebih-lebih walau hati berat sangat bagaikan menampung berat 3 ekor gajah afrika lagaknya. 


Untunglah sibuk....sebabkan sibuk aku takde masa sangat nak melayan perasaan yang tak berapa nak best macam yang aku tengah rasakan sekarang. Kalau tak sibuk mungkin sekarang ni aku tengah duduk termenung tepi tingkap ke, mungkin aku tengah menangis sambil ditemani berkotak-kotak tisu, atau apa-apa kemungkinan lagi yang bersesuaian..hahaha. Pengaruh drama swasta.





Kesibukkan penyelamat rasa hati. Siang kerja malam aku sibuk ajar adik-adik buat kerja sekolah, takpun aku main PS3, takpun tolong mak packing tempahan, takpun aku tidur awal. Bangun pagi keesokannya rutin harian yang sama berulang kembali....mana nak sempat melayan perasaan. Untunglah sibuk kan kan kan. Sekian. JUMPA LAGI.


38 comments:

  1. Replies
    1. aku ni walaupun sibuk, tapi aku tetap luangkan masa semata-mata nak baca entry kau..

      *harap2 kau terharu baca komen ni*

      Delete
    2. bertakung air mata terharu dipipi.

      terima kasih H!! haha

      Delete
    3. pipi kau ada lesung baru macam chuu ke? boleh takung2 kat pipi pulak..hahaha

      Delete
    4. aku nangis sambil cucuk pipi H. :p

      Delete
    5. aku gelak sorang2 baca komen ampa berdua ni >.<

      Delete
    6. kalau kau berdua...mesti ko gelak berdua-duaan kopi. huhu

      Delete
  2. meluahkan walaupun tidak memberi apa erti.....
    tetap ada rasa kelegaan....
    kite org sudi mendengar aien......

    ReplyDelete
    Replies
    1. luahkan je apa rasa hati kan abg remy kan. hehe.


      terima kasih sudi mendengar episod duka tak seberapa ni.

      Delete
    2. betul aien... biar rasa lega sikit...... then baru fikir apa langkah seterusnya..... tak elok simpan dlm hati...... lara nanti....he3

      Delete
  3. jom kita sama2 sibukkan diri..hehehe

    ReplyDelete
  4. oh dearr..kalau rasa dah tak bleh tahan...luahkan je laa :)

    ReplyDelete
  5. ni bersedih kerana apa ni,alien? eh silap aien...kerana CINTA? kerana KERJA? :P

    ReplyDelete
    Replies
    1. kerana kisah hati kopi..hati. ya hati...hati2. hehe

      Delete
  6. alalala kecian yayangku ni.. jangan sedih2 yaa... ya ada bagusnya juga sibuk2kan diri daripada mengenangkan kisah yang melukakan hati yang lara..

    Jom yayang kita pekena teh tarik dulu... hehehe... senyum2 slalu yaaa..

    ReplyDelete
    Replies
    1. itulah bang...itu bagusnya sibuk2kan diri. dari duduk mengenang buat apa. hehe


      teh tarik....kegemaranku!! hehe

      Delete
  7. masa2 tgh frust dulu...ramai yg advice sibukkn diri..mmg untung la sibuk..bleh lupakan kejap masalah yg melanda tu kan :)

    apapun...moga aien terus tabah ye..

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul dylla...memang lupa bila sibuk. takde masa nak ingat...nak demam pun tak sempat sebab sibuk. haha.


      thankz dylla :)

      Delete
  8. Bagus.. aien tabah kakak suka macam ni buat sibuk dan ambil segalanya sebagai pemacu diri utk lebih berhati-hati dan mencari lebih baik dari semalam yg berlalu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. iya kakak...semalam jadi kenangan dan juga pedoman. :)

      Delete
  9. hidup mesti tabah.

    make a move, because people change, and heart moves on :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. yup...people changes things go wrong ..just remember life goes on :)

      Delete
  10. untunglah sape2 yg berasa dirinya untung,untunglah bila dah sibuk, untung jgk bila tak sibuk, boleh baring2 camni..lalal~~ haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. untunglah dapat baring2...grrrr. jeles! haha

      Delete
  11. Bersujud aku mencari kedamaian.
    Berusaha aku mencari kepastian.
    Semoga ada jawapan.
    Sekian. JUMPA LAGIAN.

    best ayat ko ni..tapi LAGIAN tu apa???haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha. LAGIAN tu aku pandai2 je nak bagi sedap ada an an an ujung2 ayat.

      Delete
  12. kalau kita mensibukkan diri memang kita dapat lupakan sesuatu yang kita tidak mahu kan....

    ReplyDelete
  13. da tua-tua barula relax santai-santai .. muda-muda ni sesibuk manapun kita, kita masih ada tenaga

    ReplyDelete
  14. Sebok2kan diri Aien. Biar tak terlayan peasaan sedih tuu :D

    ReplyDelete