KITA BERBEZA DALAM RASA YANG SAMA

Assalamualaikum wbt....


Biar tak faham daripada salah faham. Kadang susah nak bagi orang faham apa yang kita cuba sampaikan. Sedangkan nak fahamkan diri sendiri pun susah inikan pula nak fahamkan orang.


Ada orang mudah sampaikan sesuatu "Lapar....nak makan!"


Ada orang perlukan ruang yang banyak untuk sampaikan sesuatu "Pagi tadi terlewat bangun dan tak sempat nak sarapan pagi....sekarang lapar sangat dan perlukan makanan untuk dimakan!"



Nampak tak betapa uniknya cara kita yang berbeza ini. Biarlah cara kau mudah dan cara aku sebaliknya yang penting kita tetap berbicara dalam satu rasa yang sama. LAPAR.



Sekian. JUMPA LAGI.


25 comments:

  1. Ada yang suka bercerita maka panjanglah ceritanya. Ada yg straight to the point malas nak kata banyak..

    ReplyDelete
    Replies
    1. lain2 orang maka lain2 cara kan kak. hehe

      Delete
  2. tak faham...hehe

    dah tak lapar..makan nasi penuh pinggan...

    ReplyDelete
  3. Lelaki dan wanita pula bercakap dalam bahasa yang berbeza..berbeza planet la katakan.. venus dgn mars..remember? XD

    ReplyDelete
    Replies
    1. yup. ada lelaki banyak cakap ada lelaki kurang bercakap. macam tu juga wanita. XD

      Delete
  4. Senang cerita bila perasaan lapar datang, berbeza cara kita sampaikan perasaan lapar itu sendiri! Semua perasaan pun macam tu. Tak specific pada mana-mana gender pon (>_<)

    ReplyDelete
    Replies
    1. lapar ni contoh je. setuju dengan kamu...semua perasaan pun macam tu. tak spesifik mana2 gender kan. soal rasa.

      Delete
  5. aku pon lapar baca entri ko aien...dah petang belum lunch lagi..-_-'

    ReplyDelete
    Replies
    1. ko layan youtube je kan...mana tak lapar. hakhak.


      #shahiela tekno.

      Delete
  6. Cik makhluk asing, manusia ada jiwa. Ada gerak hati. Kita akan sedia maklum apa yang orang nak katakan walaupun singkat. Tak perlu cakap begini, "saya nak air panas, bubuh gula, bubuh serbuk teh, lepas tu letak ais". Tapi kita cakap nak teh o ais. Mudahkan hidup. Hahah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. pak cik romeo. manusia berjiwa punya perangai berlainan. boleh je nak mudahkan hidup kalau mudah caranya. ada orang suka yg rumit. tak semua cara itu mudah caranya. hakhak.

      Delete
  7. Ayat perenggan terakhir tu best..hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih H. komen kau best..hahaha

      Delete
    2. aku punya cara penyampaian ikut mood..kadang2 aku perlukan ayat yang terlalu panjang untuk rasa yang cukup sedikit..

      kadang2 pulak, aku cuma perlukan ayat yang pendek untuk ekspresikan kepelbagaian rasa..:D

      Delete
  8. Salunya akak type yang kedua. Rasanya la. Ataupun lebih selalu gunakan kaedah yang kedua.

    Err cara komen ni pun dah jadi bukti dah. Ayat belit2. Haha!

    ReplyDelete
    Replies
    1. haa..kan kan. kita pun jenis kedua sebab dah memang jenis gini. hehe


      mana ada belit2..ok je. type dgn kaedah je. haha

      Delete
  9. kalau lapar tu jawapan dia cuma satu......
    dth jer blog remy!!!! mesti kenyang punya....he3

    ReplyDelete
    Replies
    1. itu semestinya...kenyang mata kita jamu makan kat sana...haha

      Delete
  10. hahahaha.. kalau macam saya ni, memang yang kedua.... susah jadi orang banyak cakap ni.hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak la susah mana boni. saya pun macam awak...memang cara kita begini. hehe.

      Delete
  11. kehendak yang sama tapi ekspresi yang berlainan.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya zwan...lama tak nampak? hehe..


      benda sama cuma berlainan ekspresi je.. :)

      Delete
  12. Saya Lebih mudah straight to the point

    ReplyDelete