KHABAR ANGIN BERTIUPAN....SIAPA PUNYA KERJA??

Assalamualaikum wbt....


Sabtu dan Ahad baru-baru ni secara tak dirancang aku telah menemani sahabat sehingusan aku menghadiri Kursus Pra-Perkahwinan di Tampin, Negeri Sembilan memandangkan lokasinya lebih dekat dengan rumah kami jika nak dibandingkan terpaksa berkejar seawal mungkin mengikuti kursus yang sama di Bandar Melaka. 


Aku bajet dalam keadaan cemas-cemas nak kejar masa sebabkan terlewat mesti dalam dewan penuh dengan oghang nogoghi. Tetapi alangkah meleset sekali 'kebajetan' aku bila sebelum Modul Akidah & Ibadah bermula Ustazah bertanya begini :


"Berapa ramai orang Negeri Sembilan...sila angkat tangan???" 
Alaaa....3, 4 orang je yang angkat tangan. 


"Berapa ramai pula orang Melaka???"
Tudiaaa...tudiaaa termasuk aku sekali dekat 85% orang Melaka.
Dari Merlimau ada, Melaka Tengah ada, Masjid Tanah ada, Malim ada....
Serata ceruklah ada. 


Ustazah sambung tanya lagi....


"Dekat Melaka takde ke kursus macam ni???"
Ada....dekat Masjid Al-Azim. (tak tahu siapa jawab yang pasti LELAKI)


"Kenapa kamu orang-orang Melaka tak pergi kesana???" 
Semua diam sediam diamnya. Tapi kalau Ustazah tu point kat aku langsung je aku jawab sebab dekat dengan rumah dalam 5km berbanding 37km nak berkejar ke Bandar Melaka. 


Krikkk...krikkk...krikkkk. (senyap sunyi dalam 2 minit)


"Ini mesti kamu semua dengar cerita kursus dekat Melaka kena bermalam siap ada Qiamullail kan?? Betul tak andaian saya??" Terus dewan dari senyap sunyi bertukar bising sana bising sini. Rupa-rupanya memang betul andaian Ustazah sebabnya setiap kali kursus beginilah jadinya.


Sumber : GOOGLE



Tak tahu siapa yang mulakan dulu khabar angin sebegini. Padahal dekat semua negeri dalam Malaysia ni buat masa ini Kursus Pra-Perkahwinan sememangnya 2 hari sahaja yang diperuntukkan untuk melaksanakan 11 Modul. Ikutlah kau duduk Johor nak ambil kursus dekat Penang ke, tetap sama 2 hari juga. Ada juga tambahan khabar angin kononnya Sijil Kursus Pra-Perkahwinan ada expired 6 bulan la...apa la. Macam-macam orang kita ni, bab sebarkan khabar angin kamain laju kalah angin ribut taufan. Sijil tu tiada expired ya kakak-kakak, abang-abang semua....ngeeeee.


Sekadar berkongsi, kalau salah sila tegur....sekian. JUMPA LAGI.



24 comments:

  1. ohh tak penah pegi

    so tatau

    masjid smlm bising ngn ceramah ke potikus entah

    ReplyDelete
    Replies
    1. rumah iffah dekat dengan masjid al-azim ke??

      Delete
  2. zaman kak 20 tahun lalu....simple jek. dgr dan dpt sijil

    ReplyDelete
    Replies
    1. oh. 20 tahun dulu dah ada ye? ingatkan baru2 ni je..hehe

      Delete
  3. khabar angin camtu lah......
    tapi elok jugak pi awal2...jgn tunggu saat2 akhir....

    ReplyDelete
    Replies
    1. khabar angin selalunya wat orang2 gelabah & percaya bulat2..hehe

      Delete
    2. betul tu.....selalu nya org akan pergi yg lebih mudah.... pantas dan senang.....

      Delete
  4. dh lama amik kusus pra kawen, x kawen2 lagi nih, cmner...haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha.kita pun amek je dulu...kawen bila laginya entah la. haha

      Delete
  5. boleh guna bape kali sijil tu aien?.hehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. errr...ini aku lupa nak tanya ustaz / ustazah..haha

      Delete
  6. pegi dgn bakal suami la syok aien kehkeh..

    ReplyDelete
    Replies
    1. bakal suami?? =_="


      pergi sendiri2 pun syok jugak...hihi

      Delete
  7. Replies
    1. perkongsian bersama.

      thankz sanji ngatmi :)

      Delete
  8. tah bile nak pegi kursus kawin ..
    hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. pergi la bila2 kau ada masa alien...hehe

      Delete
  9. tunggu nak kahwin kang baru pikir. tapi pernah jugak dgr khabar angin tu tau. siap kena 3 hari 2 malam la. macam-macam. hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. wah..macam2 versi ada. 3H 2M pun ada. haha.


      takpe...lain orang lain perancangannya. pergilah bila dah bersedia.

      Delete
  10. saya tak pernah lagi pergi..hehehe

    ReplyDelete
  11. Sebenanye khabar angin tu dulu pernah gak dengar. Khabarnya tak lama lagi (tak lama lagi drpd 3 tahun lepas) kursus kawen nak buat Qiamullail sume. Tp taktau la bila benda tu betul2 nak dilaksanakan atau kekal sekadar khabar angin je. Hehe.

    Takde expired ya? Tp kalau dah kawen kira sijil tu expired tak? Sbb de org pernah tanya. Dea dah bercerai, kalau nak kawen lagi, kena ambil kursus semula ke? Saje tanya Aien sbb malas nak cari jawapan since org tu tanya drpd dulu lagi. Masa tu jwb tak sure je :D

    ReplyDelete
  12. Heheheheh saya juga orang N9 taw hehehe :p

    ReplyDelete