Posts

Showing posts from September, 2012

RINGKAS SANGAT

Assalamualaikum wbt.....




Hi Jemah. Esok aku free 1 hari suntuk.
Jom jumpa nak?


Sent :
11:24:22am
Message delivered
Mak Jemah
+60123456789
Ok. Jom!

Received : 11:24:58am From : Mak Jemah +60123456789

Ok. Esok aku datang jemput kau. Jangan nak bersiap lama-lama sangat. Banjir ketiak aku nanti tunggu kau Jemah.. :p
Sent : 11:25:15am Message delivered Mak Jemah +60123456789
Ok!
Received : 11:25:45am From : Mak Jemah +60123456789



Kahkahkah....betul-betul Short Mak Jemah reply SMS. Maklumlah dah nama pun Short Message Service. Kalau panjang-panjang jadi LMS pula....Long Message Service. Kalau kena kat aku ni panas juga, yelah kadang kita nak SMS benda penting punyalah taip macam-macam sekali dibalasnya OK! je ataupun paling haru sekali K!. Sekian. JUMPA LAGI.




KITA BERBEZA DALAM RASA YANG SAMA

Assalamualaikum wbt....


Biar tak faham daripada salah faham. Kadang susah nak bagi orang faham apa yang kita cuba sampaikan. Sedangkan nak fahamkan diri sendiri pun susah inikan pula nak fahamkan orang.

Ada orang mudah sampaikan sesuatu "Lapar....nak makan!"

Ada orang perlukan ruang yang banyak untuk sampaikan sesuatu "Pagi tadi terlewat bangun dan tak sempat nak sarapan pagi....sekarang lapar sangat dan perlukan makanan untuk dimakan!"


Nampak tak betapa uniknya cara kita yang berbeza ini. Biarlah cara kau mudah dan cara aku sebaliknya yang penting kita tetap berbicara dalam satu rasa yang sama. LAPAR.


Sekian. JUMPA LAGI.

JIWA KENTAL

Image
Assalamualaikum wbt....


selepas ditimbang kati baik buruk. ini benar-benar punya. orang boleh cakap macam2 tapi yang melaluinya lebih mengerti. sekian sahaja selamat tinggal........
........nescafe.







Kopipes bulat-bulat status akhir FB sebelum aku deactivated dengan jiwa kental. Bertabahlah wahai hati dan selalu ingat bahawa FB hanyalah mainan dunia belaka.

Jarang aku post apa-apa sekarang jika nak dibandingkan dengan beberapa tahun dulu seawal FB mula jadi fenomena laman sosial. Punyalah leka layan FB sampaikan aku lupa langsung password Friendster & Myspace. LOL. Jadi tiba masanya aku lupakan password FB. Adil bukan?? 

Jiwa kental. 

Grrrr....kental la sangat. 

Hmmm.....tengoklah macam mana semua ni sementara atau selamanya. 

Sekian. JUMPA LAGI.


TAK INGATLAH

Image
Assalamualaikum wbt....


Beberapa minit sebelum menaip entry aku baru je selesai layan 5 Days MC Girl dekat Youtube. Tak tahan nak gelak jadi aku gelak puas-puas. Budak yang dalam video tu memang sengaja mengundang gelak ketawa...ya gelak ketawa sambil terpinga-pinga eh! apa ni? apa ni?? Ikutkan video tu dah lama tapi baru sekarang aku tahu...ketinggalan betul. Tapi takpe ketinggalan benda-benda macam ni apalah sangatkan. Janji tak ketinggalan tarikh (selalu lupa haribulan) dan isu-isu semasa.





Sebut pasal haribulan.....ada orang senang je ingat ada orang susah sangat nak ingat (akulah tu...hihi) sampaikan nak kena tengok Hp yang setia disisi. Kalau Hp takde.....kan menggelabah hitung pakai jari. Bukan setakat nak tengok tarikh je Hp berjasa besar....malahan nombor telefon pun sama. Cuba korang letak Hp jauh-jauh pastu ingat pakai otak berapa banyak nombor telefon ahli keluarga & kenalan yang korang ingat???

5?? Wah...banyak jugak, bagus.
3?? Ok la tu....haha.
Tak ingat langsung....err…

KISAH KELUARGA ORANG LAIN

Image
Assalamualaikum wbt....


Timbul tenggelam sekejap-sekejap memang agak susah untuk aku nak kekalkan pembaca setia ada dan sedia ada yang ada sekarang ni. Walau aku tak sesibuk orang yang buat-buat sibuk ataupun betul-betul sibuk tapi keterbatasan ruang waktu sendiri sememangnya menyukarkan usaha nak menghadap blog.

Apa boleh buat yang lepas biarkan berlalu pergi sekarang ni jemput baca semua. Hehe....Eh! sebelum membaca dengan lebih jauh apa kata skodeng Tips : Cara Mengekalkan Pembaca Sedia Adakhas daripada Cikgu Bundle. Hip hip hoorayyyy!! Harap-harap membantu. 





KISAH KELUARGA ORANG LAIN bukanlah kisah yang mengisahkan aku seorang penjaga tepi kain keluarga orang lain. Tidak sama sekali...hehe. Ini kisah berkenaan aku yang sedang suka sangat dengan Keluarga Iskandar....ya yang orang dok heboh kata tiru Modern Family tu. Mula-mula aku tengok sebab nak tengok betul ke tiru?? Lama-lama melekat pasal seronok kot...lain dari yang lain sampaikan aku tak rasa pun para pelakon ni semua berlak…

KHABAR ANGIN BERTIUPAN....SIAPA PUNYA KERJA??

Image
Assalamualaikum wbt....


Sabtu dan Ahad baru-baru ni secara tak dirancang aku telah menemani sahabat sehingusan aku menghadiri Kursus Pra-Perkahwinan di Tampin, Negeri Sembilan memandangkan lokasinya lebih dekat dengan rumah kami jika nak dibandingkan terpaksa berkejar seawal mungkin mengikuti kursus yang sama di Bandar Melaka. 

Aku bajet dalam keadaan cemas-cemas nak kejar masa sebabkan terlewat mesti dalam dewan penuh dengan oghang nogoghi. Tetapi alangkah meleset sekali 'kebajetan' aku bila sebelum Modul Akidah & Ibadah bermula Ustazah bertanya begini :

"Berapa ramai orang Negeri Sembilan...sila angkat tangan???"  Alaaa....3, 4 orang je yang angkat tangan. 

"Berapa ramai pula orang Melaka???" Tudiaaa...tudiaaa termasuk aku sekali dekat 85% orang Melaka. Dari Merlimau ada, Melaka Tengah ada, Masjid Tanah ada, Malim ada.... Serata ceruklah ada. 

Ustazah sambung tanya lagi....

"Dekat Melaka takde ke kursus macam ni???" Ada....dekat Masjid Al-Azim. …

KOTAK JERIT HILANG

Image
Assalamualaikum wbt....


Hari ini agak lapang jadi aku manfaatkan dengan ubahsuai blog ikut sesedap selera sendiri. Proses nak ubahsuai ingatkan sekejap, tapi makan masa juga dengan loading lagi disebabkan kadar kelajuan line internet seperti snail-pig. Puas aku ubah sana sikit ubah sini sikit itupun terpaksa follow tutorial orang takut tersalah edit kod html.

Hasilnya....agak puas hati la, lagipun nak puaskan hati sendiri tidaklah sesusah macam nak puaskan hati orang lain. Itu tak kena, ini tak kena....Opsss!! Hasilnya lagi kelihatan jelas header buatan sendiri yang ntah apa-apa dan juga kehilangan shout-box....ya kehilangan!! kehilangan yang sengaja dibuat-buat sebab aku dah remove shoutbox. Bhahahaha.



Tak tahu la nak hilangkan selamanya atau sementara sahaja....hmmmm??? Lagipun shoutbox yang aku pakai sebelum ni CBOX dah macam hiasan je, majoriti yang singgah tinggal jejak pun manjang iklan je. Lagipun melalui pemerhatian takde shoutbox pun masih boleh hidup lagi, tinggalkan jejak b…

UNTUNGLAH SIBUK...KALAU TAK??

Image
Entry semalam aku terluah isi hati pula. Bila baca balik semula sendiri rasa nak ketawa kahkahkah. Sedih?? Takde la sedih sangat pasal aku ni jenis yang tak sempat nak bersedih lebih-lebih walau hati berat sangat bagaikan menampung berat 3 ekor gajah afrika lagaknya. 

Untunglah sibuk....sebabkan sibuk aku takde masa sangat nak melayan perasaan yang tak berapa nak best macam yang aku tengah rasakan sekarang. Kalau tak sibuk mungkin sekarang ni aku tengah duduk termenung tepi tingkap ke, mungkin aku tengah menangis sambil ditemani berkotak-kotak tisu, atau apa-apa kemungkinan lagi yang bersesuaian..hahaha. Pengaruh drama swasta.




Kesibukkan penyelamat rasa hati. Siang kerja malam aku sibuk ajar adik-adik buat kerja sekolah, takpun aku main PS3, takpun tolong mak packing tempahan, takpun aku tidur awal. Bangun pagi keesokannya rutin harian yang sama berulang kembali....mana nak sempat melayan perasaan. Untunglah sibuk kan kan kan. Sekian. JUMPA LAGI.

LEPASKANLAH...AKU SUKA DIA.

Image
Lepaskanlah lepaskan semua, tiada makna jika bersama... Dalam hidupku oh setiap hari... Yang kita pasti ada masalah... Lepaskanlah lepaskan semua, tiada makna jika bersama... Dalam hidupku oh setiap hari yang kita pasti ada masalah, dengannya....



Beberapa hari ni lagu Wanna - Lepaskanlah seakan setia berputar dalam ingatan. Kadar putaran seligat Oppa Gangnam Style. Menggila rasa dan disaat ini juga ada seseorang yang tujukan lagu Ainan Tasneem - Aku Suka Dia. =_="


Aku cuba nak jauhkan diri dari benda-benda macam ni. Bila cuba lari mak pula tanya "Sampai bila??" Aku tiada jawapan. Berat betul tangkai hati rasa macam ada beban bertan-tan berpaut. Mengeluh aku sambil cuba hadam mana-mana quotes. Kosong....kosong....Aku cuba tersenyum semanis senyuman Najwa Latiff.


Jodoh itu rahsia Allah. Sama macam mati, tak tahu bila tapi pasti.


Bersujud aku mencari kedamaian. Berusaha aku mencari kepastian. Semoga ada jawapan. Sekian. JUMPA LAGIAN.


CERITA RAYA BELUM BASI

Image
Sekian lama tak online aku hampir terlupa yang aku ada sebijik blog rupa-rupanya. Sibuk sangat kerja bila kena cover shift orang sampai jadual kerja sendiri tunggang langgang lintang pukang siang malam kerja buat aku terlupa sebentar dunia blog. Apa boleh buat taik kambing bulat-bulat bak kata adik aku, layankan jelah bila mencari rezeki makan gaji ginilah rupanya.


Bila jadual kerja tak menentu program raya pun jadi terbantut-bantut, beraya singgah rumah mana sempat jelah. Tapi untung juga kurang beraya bermakna kurang makan macam-macam maka selamatlah perut langsung tak meragam macam tahun-tahun sudah. 






Sekian. JUMPA LAGI.