ROJAK CAMPUR SATU KALI






1. Gagal?? Sila Cuba Lagi.

Lack of preparation will ruin everything??? Dukacita dimaklumkan 2nd stage interview bertemu dengan barisan huruf yang kurang digemari ramai iaitu GAGAL. Senyum sumbing seperti kambing je mampu lepas tu mak buat lawak bagi kata semangat buat aku jadi kuat. Ini semua rezeki kalau tak dapat yang ini mungkin akan dapat yang lain. Sentiasa positif walau dalam keadaan negatif. LOL. Ini mesti kes aku terbawa nota masa Pengucapan Awam (RUJUK SINI)



"Apabila dirimu menginginkan sesuatu dan gagal mendapatkannya walau begitu banyak usaha telah dicurahkan, ingatlah bahawa kamu mungkin selayaknya mendapat yg lebih baik.  Oleh kerana itu, Allah tangguhkan dulu kerana Allah ingin memberikan kepadamu yg jauh lebih baik...." Amatlah menyejukkan hati apabila teringat akan kata-kata ini. Segala penat lelah tidak lagi terasa, dan segala rasa putus asa menghilang. Bersangka baik kepada Allah. Hanya menafsirkan yang positif tentang perancanganNya. Kerana apa? Kerana Allah mengikut sangkaan hambaNya.  





2. Memberi Lebih Baik Daripada Menerima.

Ada orang tak nak menerima bantuan secara semberono kerana dia sedar akan erti memberi itu lebih baik daripada menerima. Aku ada jumpa orang macam ni semalam, dia minta tolong kerana kesempitan duit tapi dengan cara menolak barangan berharga miliknya. Berkeras nak tolak barang pasal tak nak terima duit begitu sahaja sudahnya aku ambil juga barang yang ditolaknya Jam Tangan walaupun sedar yang kelmarin aku baru je beli Jam Tangan baru. Tangan memberi tangan menerima tak pasal-pasal bertambah koleksi Jam Tangan. LOL.



3. Senyuman Penyeri Wajah.

Wajah yang suram sekali tersenyum terus indah dipandang mata. Kadang aku geram dengan orang yang lokek senyuman, payah sangat ke nak balas senyuman??? Pagi-pagi pergi kerja aku selalu akan berselisih dengan jiran aku sorang ni, sebagai jiran aku bersedekah la senyuman manis dipagi hari tapi selalu dipandang sepi. Bila aku tak senyum elok pula dia senyum. Pelik. 




Nah ambil (: sorang satu....tak cukup nanti tampal lagi. 


Sekian. JUMPA LAGI.





13 comments:

  1. can u give me that smile? just one ^^

    ReplyDelete
  2. senyuman yg kita beri..... menutup kegagalan yg dihadapi......
    insyAllah aien..... mungkin rezeki yg lebih baik akan menanti.....

    ReplyDelete
  3. Salam....singgah jap ambik satu smiley...hehehhe....berguna...

    ReplyDelete
  4. rojak motivasi rupanya.. sedap2.. ;)

    ReplyDelete
  5. klu senyuman sinis tu, acaner tu??

    ReplyDelete
  6. jiran awak tu ada masalah kot.. dia tak faham apa maksudnya senyum tu, mungkin bagi dia, senyum tu tandanya marah..hahahha

    ReplyDelete
  7. Ada yg lebih baik sedang menanti insya-allah. Betul redha kerana dan berusaha dan berdoa.

    Tans senyum tak apalah sedekahkah saja dia nak balas ke tak ada saham di situ..

    ReplyDelete
  8. perkara yang baik selalu datang lewat...sabar jelah

    ReplyDelete
  9. sabar..sabar..sabar..
    i.Allah benda yg lebih baik akan tiba..
    err..interview apakah??

    kdang geram org yg xnk senyum balik..sabar je lah..

    ReplyDelete
  10. Bak kisah kupu2 bermulanya sebagai seekor beluncas. mengapa bukan terus dlm bntk rama2? sbb, ia perlu belajar survival dalam mencari makanan. ms proses transformasi, dia nak kuar dr kepompong tu dengan susah payah tuk kuatkan sayap agar boleh trbg.
    GAGAL kali ni mesti ada udang sebalik mi. kot2 rezeki lebih baik ada di balik hari. siapa tahu? lol. saya rumuskan: INDAH PADA WAKTUNYA. smile oways.

    ReplyDelete
  11. Bila gagal, mmg takde pelega perasaan terbaek selaen beringat yg Allah sedang/telah sediakan something better untuk kita. So, dun give up okeyy! :D

    Pelik laa jiran Aien tu. Bahasa mulut dea laen kut Aien. Hehe.

    ReplyDelete