PSIKOLOGI MENGATASI FIZIKAL






"The Way Back" starring Jim Sturgess, Colin Farrell, Ed Harris, and Saoirse Ronan. Inspired by the true story of prisoners who escaped the Soviet Gulag in 1940 as portrayed in the book, "The Long Walk." 


Pagi tadi datang kerja awal sangat dari sepatutnya pasal tumpang orang jadi aku manfaatkan masa yang ada dengan bersarapan sambil menonton The Way Back di HBO. Ingatkan nak tengok kejap tapi terus melekat sampai sudah. Berdasarkan kisah benar sekumpulan lelaki yang berjaya meloloskan diri daripada menjadi tahanan Tentera Siberia pada 1940 dan mereka bersatu untuk melepaskan diri sejauh yang mungkin daripada diburu dan ditangkap semula.







Bekalan makanan terhad, perangai masing-masing pula berbeza kerana latar belakang sosial yang berlainan, ditambah pula cuaca sejuk bersalji menjadikan perjalanan mereka sejauh beribu-ribu kilometer sangat-sangat mencabar. Kalau jenis anak manja takut cabaran duduk la mereput dalam penjara tu....haha. Ehemm!! Ok berbalik pada cerita.....mereka perlu merentasi hutan belantara yang bersalji untuk ke Tasik Baikal (terdalam & terpanjang di dunia).



Ingat nak ke tasik tu mudah??? No no no...ada yang terkorban membeku sejuk beku dan dikuburkan terus, berebut makanan (bangkai haiwan) dengan dubuk salji (rasa-rasa macam dubuk..kurang jelas), ada yang merancang nak makan daging manusia dan paling tersentuh hati masa dorang semua hopelessly lost dalam sebuah gua salah sorang dari mereka Janusz gerak sorang-sorang cari Tasik Baikal dan dan dan bila dah jumpa dalam 3 hari berjalan dia patah balik semata-mata nak bagitahu yang lain....baik hati sungguh si Janusz. Perjalanan bersambung dan diteruskan.









Siang berganti malam, padang pasir tandus, salji tebal membeku dan pelbagai situasi cuaca buruk terpaksa mereka tempuhi dan ketika inilah kekuatan emosi dan psikologi memainkan peranan mendorong fizikal. Kaki membengkak, luka-luka, jatuh sakit kerana badan kekurangan tenaga, strok matahari memang membantutkan perjalanan tapi apa yang aku nampak semangat dorang yang main peranan......bila sorang dah patah semangat yang lain akan bagi dorongan jelas menampilkan psikologi mengatasi fizikal. Memang cerita The Way Back berbaloi untuk ditonton. Sekian. JUMPA LAGI.







26 comments:

  1. wow mcm best movie ni.boleh lah download saya tak beli hbo. hehe.

    ReplyDelete
    Replies
    1. sila la download asyiqin haulisah. berbaloi walaupun tanpa hbo. hehe

      Delete
  2. Movie yg bagi org jgn cepat putus asa..
    Anak sulung kakak suka cerita macam ini.

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya memang suka cerita macam ni kak...pinjam semangat movie : Jangan Cepat Putus Asa.

      Delete
  3. tak sempat tgk crita nie dulu......
    tapi tahu dia pasal pelarian......
    tgk macam best !

    ReplyDelete
    Replies
    1. abg remy suka menonton...nanti boleh cari cerita ni. best!!

      Delete
  4. oh HBO ke.. xda HBO pulak kat rumah, semua main download saje. bila baca reviu filem awk, dah leh rasa mcm na filem tu.. wowoow.. =)

    just if, pernah tengok filem 127 Hours?

    genre agak berbeza, cuma moral nya sama. Semangat positif, fikir baik2, jgn mudah gabra. ni reviu nya

    http://abiwan.wordpress.com/2012/07/14/127-hours/

    -------------------------------------------------
    kalau nak follow di blgspot,

    http://monkeymacho.blogspot.com/

    ReplyDelete
    Replies
    1. yup HBO. cerita ni memang wowoow!! hehe. 127 Hours ada tersimpan dalam External HD...belum sempat tengok lagi.

      #menyusul sebentar lagi ke review 127 Hours :D

      Delete
  5. citer ni mesti banyak cara survival yg boleh kita pelajari.... macam best je citer ni kan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang banyak...skill memburu ada, menentukan arah kompas, teropong guna tangan ada...hehe. best!!

      Delete
  6. nak cari gak la citer ni..menarik je bunyinya!

    ReplyDelete
  7. Untungla ada HBO.. Nk tengok jugakkkk.. HUHU

    ReplyDelete
    Replies
    1. untunglah bos punya...kita tumpang tengok je. haha

      Delete
  8. ulas cerita ni mcm awak je penulis skrip cite ni. hahaha..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ulas je...kalau kita penulis skrip lagi detailll...mahu berjela-jela entry. haha

      Delete
  9. Tak pernah lagi tengok cerita ni. & bila Aien cerita, rasa macam best je. Mesti cerita ni agak psycho kita juga kan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang best kak...agak psycho la sampai terasa susah payah dorang semua nak escape dan mencari kebebasan hidup...

      Delete
  10. xpernah tgk cerita ni tp dari penceritaan kau aku dpt byg saat2 mcm ni lah baru kite nmpk sikap sebenar seseorng. betul.

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang nampak chuu...mana kawan mana lawan masa2 terdesak.

      Delete
  11. dubuk salji??? first time saya dengar nama ni..hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. macam dubuk...pastu duduk kat salji. panggil la dubuk salji sesuka hati..haha

      Delete