KISAH KAWASAN PARKING





Ada sebuah kawasan parking kenderaan terbuka dan percuma dekat tempat kerja aku boleh memuatkan sekurang-kurangnya 100 kenderaan pada waktu puncak. Selalu penuh masa cuti hujung minggu, cuti persekolahan dan cuti umum pasal ini tempat perlancongan. Bila hari-hari biasa suasana memang lengang habis dan kawasan parkir hanya dihiasi kenderaan kakitangan semata. Selalunya dihari-hari biasa inilah terjadinya kejadian lain dari kebiasaan tapi dah biasa sangat aku tengok sepanjang setahun beberapa bulan aku kerja kat sini. 



1. PARKING DAN TINGGAL

Jenis tumpang parking lepas tu tinggalkan kenderaan dan naik kenderaan lain. Gosip liar yang aku dengar mengatakan ini jenis yang ada skandal. Mula-mula tak percaya tapi lama-lama diperhatikan aku mula percaya. Silih berganti skandalnya.



2. PARKING DAN DIAM

Jenis ini pula, parking dekat sudut jauh yang tersorok sikit lalu diamkan diri. Biasanya berduet dan jarang-jarang solo. Tak tahu la apa buat kadang bergoyang-goyang kereta... Mungkin sedang bermain pok amai-amai siapa tahu. Nak halau senang je...tukang kebun bawak gunting pokok buat-buat melintas depan kereta, sejurus kemudian memang nampak tergesa-gesalah kereta tu pergi.



3. PARKING DAN GADUH

Jenis ini pula akan datang dengan group masing-masing. Mentang-mentanglah parking free dan lapang pula bukan main ambil kesempatan nak gaduh-gaduh. Biasanya akan berakhir dengan campur tangan anggota keselamatan. Pernah juga ada pasangan bercinta bergaduh dekat kawasan parking, tak tahu gaduh pasal apa tapi siap main kejar-kejar lagi yang tak menahan...yang ini memang tak campur. Hehehe...



4. PARKING DAN TUKAR BUNGKUSAN

Jenis ini aku syak macam tukar-tukar barang terlarang je pasal bila bertukar barang mesti masing-masing liar memerhati sekeliling. Selalunya berlaku dengan pantas dan tak tentu masa jadi agak susah nak kenal pasti. 



5............ Setakat ini aku senaraikan 4 jelah pasal yang lain semua biasa sangatlah ada kawasan khas sibuk parking atas rumput, kawasan larangan siap ada letak kon pun masih ada yang sibuk parking ikut suka. Sebabkan percuma macam-macam berlaku, kalau kenakan bayaran agak-agak berlaku ke??? Entah la labu. Sekian. JUMPA LAGI.




44 comments:

  1. Replies
    1. yang no. 2 ak kurang phm..boleh huraikan x?hahahahahha

      Delete
    2. grrrrrr....dilarang amik parking aku...:-w

      Delete
    3. kurang faham? aku pun kurang faham apa dorang buat. haha

      Delete
    4. Nanti Aien pegi cek dekat2 bila ada keta paking versi no.2 k. Ramai nak tahu rasa. haha

      Delete
    5. tengoklah kalau berpeluang nak juga pergi check. haha.

      Delete
  2. Replies
    1. yg no. 2 tu diorang tengah tukar tayar kereta..aku selalu tukar tayar kereta kat tempat2 yg jauh & tersorok la..segan nanti gadis2 nampak aku tukar tayar..lalala~

      Delete
    2. H... Jangan2 kamu acting je tukar tayar tu.. nape tergesa2 lari pas tukar tayar? Hmm.. kena siasat nih.

      Delete
    3. siasat H ni Apple...aku pun musykil kenapa dia kena tukar tayar ditempat jauh dan tersorok. haha.

      Delete
  3. parking dan langgar dinding pernah tgk?

    ReplyDelete
    Replies
    1. pernah tapi bukan kat parking yg diceritakan ni. hehe

      Delete
  4. parking dan diam tu kadang rasa aishhhhh,manusia manusia....

    ReplyDelete
  5. tempat yang sunyi ni memang macam2 boleh berlaku.. sebab tu kita dilarang pergi ke tempat2 yang sunyi, sebab takut benda buruk terjadi kat diri kita

    ReplyDelete
    Replies
    1. iya la boni. jadi kita kena ke tempat yang tak sunyi..hehe

      Delete
  6. byk kategori ye parking ni. hehe. parking dan diam? enesen ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. banyak la pasal lebih dari dua. hehe.

      Delete
  7. hum! curik tulang ke sempat perhati org parking nih? kihkih. tapi apesal sume yg ko tgk ni negatip.. takde yang parking p antaq ank blajaq smart reader ka... mkn ka,..

    ReplyDelete
    Replies
    1. "dihari-hari biasa inilah terjadinya kejadian lain dari kebiasaan"

      so yang positip itu semua biasa2 je yuyu. hehe.

      Delete
    2. statement yang bijak. Hoho..

      Delete
    3. aku rasa macam org salah faham je negatip ni...takkan aku nak cerita orang parking yg elok2...pasal benda tu dah biasakan parking untuk parking.

      Delete
  8. mula2 ingatkan kisah parking percuma rupa2nya jenis parking2 buat maksiat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. jenis-jenis negatip pasal luar biasa dari kebiasaan...

      Delete
  9. gua ade beskal je. parking gua celah pokok pun boleh. hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. sila parking di kotak parking basikal piraaa. tidak basikal kena clamp. hehe

      Delete
  10. ummm, zera parking kadang2 senget2. haha.
    semua negatipp wooo. hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. takpe zera janji gunakan parking dengan betul...hehe

      Delete
  11. macam macam depa buat kat parking ye......
    tempat penting tu.....
    kalau remy...parking kat rumah memang masalah.....
    parking ada 50 keta ada 2 ratus...he3.....
    seksa nak parking hari2.....

    ReplyDelete
    Replies
    1. aik...parking ada 50 tapi kereta 2 ratus...parking bertingkat ke apa? haha.

      Delete
  12. boleh lak ye judge org mlalui parking.hehe pelik ...1st time dengar

    ReplyDelete
    Replies
    1. pemerhatian corak per'parking'an yg negatip aje...hehe

      Delete
  13. rasanya parking yg no 2 tu yg selalu terjadi.... haaa3x

    ReplyDelete
    Replies
    1. selalu terjadi dan boleh terjadi dimana-mana saja jan. hehe

      Delete
  14. parking pon bole dpt byk point ye aien., respek lah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. banyak tak banyak la...hehe. takmo respek la chuu. biasa2 aje ni...dah berlaku depan mata. :D

      Delete
  15. Hamboi Aien. Jadi saksi macam2 jenis parking. Ni sume berlaku dalam tv. Tak sangka Aien boleh saksikan depan mata. Hehe. Err takde ke org yg parking betul2 utk parking? :P

    ReplyDelete
    Replies
    1. "dihari-hari biasa inilah terjadinya kejadian lain dari kebiasaan"

      so yang positip itu semua biasa2 je kak liyaa. hehe. dan yang biasa-biasa itu pula yang parking betul2 untuk parking. haha...takkan nak cerita pula sebab biasa la kan macam orang lain biasa parking...tanpa mendatangkan apa2 masalah...hihi

      Delete
  16. Wah.. Agak pelik lak mengenangkan parking no.4 tu. Hoho.. Sbb kat barat nun, nak tukar2 barang bse kat tempat ramai org. Kurangkan syak wasangka, nmpk professional dan agak selamat - kot2 ada yang nk bunuh tiba2.
    Apa yang pasti, parking dan gaduh versi pasangan tu mmg kelakar. dpt bayangkan sebab pernah gak tgk. hehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ahaa..itulah tapi buat kat tempat lapang mungkin senang nak larikan diri tak payah sesak2 in case kena serbu.. entah ler apple. macam2 cara dorang ni... yup yang gaduh versi couple ni memang kelakar kot...lari lari kejar kejar...

      Delete
  17. layak jadi pegawai polis nie...hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha. layak jadi mata-mata polis kot dari pegawai.

      Delete