DERMA DARAH





Sesiapa yang pernah derma darah sila angkat tangan. Sesiapa yang belum pernah sila angkat kaki dan jalan terus kemana-mana pusat derma darah berhampiran dan cakap "Saya nak derma darah..". Penting tahu!! Tak lama lagi nak masuk Ramadhan lepas tu Syawal yang bermakna musim raya akan tiba (musim kemalangan pun ya jugak...) jadi bekalan darah amat penting disaat-saat genting.






Kebaikan & kelebihan derma darah >>KLIK SINI<< atau Google sendiri. Keburukkan??? Selalunya keburukkan itu mitos belaka. Mitos paling hangat "Kalau derma darah nanti berat badan akan naik (gemuk)" siapa cakap?? Bukti?? Dah beberapa kali aku derma ok je...berat badan memang naik tapi yang pasti naik sebab kuat makan bukan sebab derma darah.


*Sejak duduk dengan mak selera makan luar biasa memang biasalah berat badan naik.



Pertama kali aku derma darah terasa cuak juga dengan jarum, dengan nurse (ini pun nak cuak), dan mitos. Bila dah derma baru tahu macam mana rasanya. Tak sakit pun malah rasa berbangga dapat membantu pada yang memerlukan. Tambahan lagi boleh tahu terus darah kita jenis apa. Memudahkan juga untuk isi mana-mana borang yang ada ruangan "JENIS DARAH :__________". Nampak tak disini?? Haaa....seperasan aku kebanyakkan orang bila ditanya darah jenis apa terus angkat bahu tak tahu.


Kali kedua. Bila nak derma kena buat pemeriksaan kecil, masa kali pertama akan dapat buku merah...aku terlupa bawa jadi kena cakap jelah darah jenis apa, tak cakap pun takpe pasal nanti kena cek juga. Masa nak cakap ni aku dengan lurus tercakap "Dulu saya derma...darah saya jenis A!!" Pak cik yang layan aku terus pandang muka aku dengan pelik dan balas "Setahu saya darah kamu kalau A maka selamanyalah A...mana ada dulu A sekarang B..." HAHAHAHAHAHAHA. Giler ramai yang dengar masa tu ketawa beramai-ramai. 


Ok. Ini je nak cerita pasal DERMA DARAH. Sekian. JUMPA LAGI.






31 comments:

  1. yeahh ak pernah derma darah skli tp darah ak tu dpt setengah beg jer..kekeke nurse ckp kuantiti tu cukup utk bayi..kkeeke.mahal kot darah ak tu yg kluaq sikit tu..xpenah pulak yg ak dengaq sal mitos ni..yg ak cuak ialah kecuaian time nk derma darah yg boleh myebabkan HIV..klu mitos sal klu nk derma bdn naik, ak pon nk jgk selalu derma drh..kekeke

    ReplyDelete
    Replies
    1. kenapa setengah beg je? mesti darah pekat ni lambat mengalir....aku selalu je dengar mitos ni asal tanya kenapa tak nak...senang je jawab takut berat badan naik. ok bab kecuaian memang menakutkan kalau terjadi...HIV tu..

      Delete
  2. hahah.. boleh pula tukar tukar darah.

    haa dulu masa matrik, sy derma darah sampai nk terpengsan kot. maluu ooo. hehehh

    ReplyDelete
    Replies
    1. tersalah cakap jelah berr....haha



      yang nak terpengsan pun pernah jugak...tak cukup tidur buat assignment tp nak derma jugak...amekawww beberapa minit lepas derma...bzzzzz rasa nak pitam.

      Delete
  3. Bagus2.. Good Job! Aku ritu nak derma darah tp doktor tak bagi sbb doktor kata HB aku rendah... sedih2.. sob3.. :(

    ReplyDelete
    Replies
    1. alololo....sedihkan nak derma tapi tak dapat la pulak..

      Delete
  4. aku dah penah derma..setengah jam lepas tu aku terus mengantok gila..nasib aku cepat balik rumah..kalau tengah drive memang bahaya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. amboi. mengantuk terus dibuatnya.
      nasib cepat balik....bahayaaa kalau tertidur masa drive..

      Delete
  5. main ubah2 darah pulak kan

    saya ooo

    ReplyDelete
  6. eh yg berat badan naik tu mitos ke weh? hehe aku ingtkn betol.sbb lepas derma drh ritu mmg betul2 berat aku naekk. ahaha! lawak la pakcik tuu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. setahu aku mitos. berat naik sebab gaya makan berubah kot paani. hehe. pakcik tu memang lawak..slumber aje muka dia.

      Delete
  7. tak penah derma darah lagi.. hihi..
    tapi pasni nak try la.. =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. try la anne. sekali try pasti nak derma lagi. hihi

      Delete
  8. sya blom lagi derma darah. nak sngt tahu darah saya jenis apa sebenarnya. (: hehe, sampai skrg tak tau laa. aduiii.. derma pun blom lagi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. apalagi steffany? segeralah ke mana2 pusat derma darah berhampiran....derma dan tahu jenis darah sekali. :)

      Delete
  9. saya ketagih tau nak derma darah. lepas derma darah rasa badan ringan je..

    ReplyDelete
    Replies
    1. wah. ketagih pun boleh ek? hahaha. macam-macam boni ni.

      Delete
  10. x penah derma darah sebab berat badan x cukup...huhu..tp skang cukup dah cuma x sempat je nk derma

    ReplyDelete
    Replies
    1. ok dah cukup...cuba cari masa dan sempatkan diri. hihi

      Delete
  11. Aku nak derma darah tapi doktor tak bagi. Sebab dia kata darah aku warna putih. Aku balik rumah, tanya kat mak, betul ke aku ni keturunan Mahsuri?

    Mak aku jawab "tak"..

    ReplyDelete
    Replies
    1. eh. kalau dah bukan keturunan Mahsuri...dah kenapa putih? kau alien ke encik H?

      Delete
    2. aku banyak minum susu kot..susu kan putih..ya2..aku rasa mesti sebab aku minum susu..hmmm...

      Delete
  12. tapenah derma darah. alasan sama macam Phat sebab berat badan tak cukup.erk!

    ReplyDelete
    Replies
    1. sila makan banyak2 bagi tambah berat badan ya afzal...nanti ajak phat derma sekali. hehe.

      Delete
  13. tak pernah derma darah, tak tau kenapa

    ReplyDelete
  14. Lol. Maksud pakcik tu sebenarnya ialah (Yelah.. ko je pandai!!) Haha..
    Jika dulu senang je kita nak tahu, darah A, B, AB, O. Skrg dah berlainan disebabkan ada rhesus lak. Lol. Selalu derma dan tiap 3 bulan boleh derma balik. Lol

    ReplyDelete
  15. takuttt gak nak derma darah...sebab gua penah pengsan tengok darah sendiri..hahaha

    ReplyDelete
  16. tak boleh derma darah.......
    takut jarum,,,,,he3....
    tak lah.... alasan kesihatan........teringin jugak......

    ReplyDelete
  17. seram la.. ngok 1 pack penuh darah... x sampai seru ag.. kihkihkih

    ReplyDelete
  18. Baca statement Aien tu mmg nak ckp benda sama yg Pakcik tu ckp. Err jenis darah boleh ke dulu laen skang laen? Ahaha. Btw, akak tak pernah derma darah. Maklumlah, diri sendiri pun kurang zat. If akak mampu, rasa nak gak derma. Bleh bantu org kan? Tp diri sendiri pun tak sesihat mana. Ntah2 akak derma pastu akak lak yg pengsan tak cukup darah. Haha!

    Btw, ada minimum berat badan kan samaada kita boleh derma ke tak? If tak silap la -__-

    ReplyDelete