Posts

Showing posts from July, 2012

CEKODOK VANILLA

Image
Alhamdulillah...bertemu lagi kita. Diharapkan semuanya baik-baik sahaja. Entri kali ini aku nak kongsikan Resepi Cekodok Vanilla yang sangat mudah dibuat. Awal mula pertama mula mari sediakan bahan-bahannya :-

Bahan-bahan :
1/2 Paket Tepung Gandum
8 Sudu Gula @ Ikut suka sendiri
2 Biji Telur Ayam Dibasuh
2 Camca Esen Vanilla
1 Camca Sodium Bikarbonat
1 1/2 Cawan Air



Cara-cara :
1. Campurkan Sodium Bikarbonat & Air kemudian asingkan ke tepi dahulu.
2. Gaulkan Tepung Gandum dan Gula hingga sekata di dalam bekas.
3. Masukkan Telur dan Esen Vanila ke dalam Tepung Gandum & Gula tadi kemudian barulah dimasukkan campuran Air & Sodium Bikarbonat.
4. Kacau sehingga adunan sebati dan gorengkan macam cara goreng cekodok biasa. 

<GAMBAR>

Maaf gambar Cekodok Vanilla takde, kalau nak tengok juga bagaimana rupanya sila rajinkan diri cuba resepi ini. Dah siap nanti itulah rupanya Cekodok Vanilla yang aku kongsikan. LOL. Kalau tak sedap harap maaf sila cuba lagi dan adjust mana-mana bahan ikut ses…

ENTRY RAMADHAN TANPA GAMBAR MAKANAN

Image
Salam Jumaat yang penuh barakah pejam celik pejam celik sudah masuk hari ketujuh umat Islam berpuasa dibulan Ramadhan. Senyap sunyi seketika blog tanpa sebarang entry terbaru pasal takde apa nak ditaip untuk dikongsikan *pause* akan tetapi perbuatan 10 minit yang lalu telah mengubah daripada takde apa kepada ada apa untuk dikongsikan bersama.


10 minit yang lalu sebelum "Salam Jumaat yang penuh barakah pejam celik pejam celik...." mula ditaip aku sedang sibuk-sibuk menyelongkar external lalu terjumpa koleksi gambar lama-lama yang ada kena mengena dengan Bulan Ramadhan.





Gambar atas ada kena-mengena dengan Ramadhan pasal pada 1 Ramadhan 1430 Hijrah aku berpeluang merasa nikmatnya berpuasa di Taman Negara Kuala Tahan, Pahang. Ini antara pengalaman indah dalam memori aku sebagai Nurulaien. Awal mula pertama mula bila nama naik kena pergi aku mula risau mampu tidak bertahan penat beraktiviti ketika sedang berpuasa. Akan tetapi sepanjang beraktiviti yang bermula seawal pagi langsung…

RAMADHAN

Image
Ramadhan yang dirindui tiba lagi."Ya Allah sampaikanlah kami kepada Ramadhan bulan mulia yang penuh maghfirah...amin.".Selamat Berpuasa kepada semua pengunjung Blog Aien Not Alien. 



ROJAK CAMPUR SATU KALI

Image
1. Gagal?? Sila Cuba Lagi.
Lack of preparation will ruin everything??? Dukacita dimaklumkan 2nd stage interview bertemu dengan barisan huruf yang kurang digemari ramai iaitu GAGAL. Senyum sumbing seperti kambing je mampu lepas tu mak buat lawak bagi kata semangat buat aku jadi kuat. Ini semua rezeki kalau tak dapat yang ini mungkin akan dapat yang lain. Sentiasa positif walau dalam keadaan negatif. LOL. Ini mesti kes aku terbawa nota masa Pengucapan Awam (RUJUK SINI)


"Apabila dirimu menginginkan sesuatu dan gagal mendapatkannya walau begitu banyak usaha telah dicurahkan, ingatlah bahawa kamu mungkin selayaknya mendapat yg lebih baik. Oleh kerana itu, Allah tangguhkan dulu kerana Allah ingin memberikan kepadamu yg jauh lebih baik...." Amatlah menyejukkan hati apabila teringat akan kata-kata ini. Segala penat lelah tidak lagi terasa, dan segala rasa putus asa menghilang. Bersangka baik kepada Allah. Hanya menafsirkan yang positif tentang perancanganNya. Kerana apa? Kerana Allah …

PSIKOLOGI MENGATASI FIZIKAL

Image
"The Way Back" starring Jim Sturgess, Colin Farrell, Ed Harris, and Saoirse Ronan. Inspired by the true story of prisoners who escaped the Soviet Gulag in 1940 as portrayed in the book, "The Long Walk." 

Pagi tadi datang kerja awal sangat dari sepatutnya pasal tumpang orang jadi aku manfaatkan masa yang ada dengan bersarapan sambil menonton The Way Back di HBO. Ingatkan nak tengok kejap tapi terus melekat sampai sudah. Berdasarkan kisah benar sekumpulan lelaki yang berjaya meloloskan diri daripada menjadi tahanan Tentera Siberia pada 1940 dan mereka bersatu untuk melepaskan diri sejauh yang mungkin daripada diburu dan ditangkap semula.






Bekalan makanan terhad, perangai masing-masing pula berbeza kerana latar belakang sosial yang berlainan, ditambah pula cuaca sejuk bersalji menjadikan perjalanan mereka sejauh beribu-ribu kilometer sangat-sangat mencabar. Kalau jenis anak manja takut cabaran duduk la mereput dalam penjara tu....haha. Ehemm!! Ok berbalik pada cerita...…

KISAH KAWASAN PARKING

Image
Ada sebuah kawasan parking kenderaan terbuka dan percuma dekat tempat kerja aku boleh memuatkan sekurang-kurangnya 100 kenderaan pada waktu puncak. Selalu penuh masa cuti hujung minggu, cuti persekolahan dan cuti umum pasal ini tempat perlancongan. Bila hari-hari biasa suasana memang lengang habis dan kawasan parkir hanya dihiasi kenderaan kakitangan semata. Selalunya dihari-hari biasa inilah terjadinya kejadian lain dari kebiasaan tapi dah biasa sangat aku tengok sepanjang setahun beberapa bulan aku kerja kat sini. 


1. PARKING DAN TINGGAL
Jenis tumpang parking lepas tu tinggalkan kenderaan dan naik kenderaan lain. Gosip liar yang aku dengar mengatakan ini jenis yang ada skandal. Mula-mula tak percaya tapi lama-lama diperhatikan aku mula percaya. Silih berganti skandalnya.


2. PARKING DAN DIAM
Jenis ini pula, parking dekat sudut jauh yang tersorok sikit lalu diamkan diri. Biasanya berduet dan jarang-jarang solo. Tak tahu la apa buat kadang bergoyang-goyang kereta... Mungkin sedang bermain …

KESEDARAN DARI KEHILANGAN

Image
Semalam bersedih sekejap pasal kehilangan entri tersayang. Apa?? Ingat orang je boleh tersayang-sayang, entry pun boleh juga ya pasal sayang itu subjektif. Berkat pertolongan sahabat blogger yang pantas menghulurkan bantuan semuanya sudah kembali OK seperti sedia kala dan dan dan impak dari kejadian semalam telah memberi satu pengajaran "Pentingnya Mempunyai Kesedaran Backup Entry". Cuba bayangkan segala penat lelah kita memerah otak menulis bagai tiba-tiba hilang begitu sahaja. 


Bayangkan. Sudah bayangkan?? Apa?? Malas!! Takpelah kalau dah malas nak bayangkan apa boleh buat. Susah nak paksa orang yang malas. Berbalik pada cerita, jika terjadi menangis sampai air mata penuh berbaldi pun tiada guna lagi.


"Malas la nak backup!! Cukuplah aku berhati-hati nak buat apa-apa nanti pasti takkan berlaku apa-apa......" 

Berhati-hati selalu pun kalau dah nama manusia mesti ada kesilapan juga. Apa salahnya luangkan masa sekejap backup entry. Bukan makan masa sangat pun nak backup…

AKU YANG BERSEDIH

Image
Awan berhujan mata aku pun rasa macam nak berhujan juga. Sedih sangat rasa bila koleksi Cinta Klasik Dari Hati telah hilang. Menyesal tak kenal apa itu erti 'back-up entry' sebelum menyedari kehilangan terjadi. Nasib baik CKDH 1, CKDH 2, CKDH 3ada lagi, tapi...tapi apa??? Tapi sayang CKDH 4 yang merupakan penamat cerita pula yang hilang. 



Sorry, the page you were looking for in this blog does not exist
Sorry, the page you were looking for in this blog does not exist
Sorry, the page you were looking for in this blog does not exist


Macam mana nak buat? Boleh cari balik ke? atau atau nak kena taip semula??? Sepenuh hati aku mencurahkan emosi dalam cerita tapi akhirnya ini yang terjadi. Kecuaian sendiri. Sekian. 

EDIT : Terima kasih pada yang sudi membantu...incik kopi memang aku dah ada kesedaran backup, tapi tak tahu mana silapnya boleh jadi Sorry, the page you were looking for in this blog does not exist. Ikut teknik kak liyaa nasib menjadi. Terima kasih semua-semua orang!! Baru mu…

MEMBAZIR & TIDAK MEMBAZIR

Image
1. MEMBAZIR :
Pagi Jumaat aku yang indah dan sejuk berhujan telah dipanaskan dengan kemarahan Encik H. Errr...salah ler, Encik B sebenarnya. Encik Big Boss ni suka benau marah-marah tak kena tempat. Pelik sungguh aku tengoknya bila dia melepaskan marahnya dan membebel pada orang yang tak sepatutnya, membazir air liur jelah. Masuk telinga kanan keluar telinga kiri jelah nak layankan dia punya marah. Pagi sejuk dah jadi panas jadi bila aku nak sejukkan balik masuk opis kuatkan air-cond. Sejukkk..hihi. Nak sejuk lagi aku pun Online barang sekejap (alasan tak munasabah pasal hari-hari online).


2. TIDAK MEMBAZIR :
Bila online tetiba teringat nak Google pasal Tudung De'Noorish Elegance (DNE)sebab semalam petang aku ada dapat 2 helai Tudung DNE pemberian adik mak. Terperanjat giler tengok harga-harganya yang semua seratus ke atas....erkkkk!! Mahal-mahal bagi orang. Tapi takpelah adik mak yang merangkap mak sedara aku ni mana ada anak perempuan. Daripada membazir pakai pun sekali dua je baik…

TEMPE YANG OHSEMMM

Image
Bila diimbas-imbas kembali aku tak mampu nak ingat bilakah tarikh sebenar aku mula jatuh cinta dengan tempe. Cuma yang pasti sekali rasa terus tak berpaling tadah. Apa jua jenis masakan tempe aku makan...tempe goreng tepung, tempe goreng kunyit, tempe goreng sambal, tempe masak lodeh...perghhhh!! Pajeri tempe ada tak??? 






Seisi keluarga juga suka tempe. Kadang-kadang beli tempe banyak-banyak potong kecik-kecik goreng garing-garing buat kunyah depan TV. Kalah pop-corn, lagipun tempe berkhasiat dan mudah dihadam. Sekarang tak payah susah payah nak potong kecik-kecik lagi sebab dah ada KEREPEK TEMPE!!! Tapi tak dapat nak makan selalu pasal susah nak cari. Semalam mak pergi rombongan Cik Kiah ke Muar banyak betul dia borong kerepek untuk anak-anak dia yang hantu kerepek...paling best Kerepek Tempe pun adooo. HAHA. Siap aku tapau angkut pergi opis. Sarapan minum kopi makan kerepek tempe bertemankan blog. Sekian. JUMPA LAGI.





LOVE IS NEVER UGLY

Image
Baru 5 hari tak bermanja dengan blog tapi terasa bagaikan 5 purnama lamanya. Amboi. 5 hari yang padat dengan aktiviti duniawi aku sempat blogwalking guna henpon jelah. Memandangkan henpon 'canggih' sangat aku hanya dapat baca entri sahaja tanpa dapat meninggalkan jejak bertapak di kotak komen. Tamat perenggan pendahuluan.


Love is never ugly. Dulu-dulu tengok cerita Beauty and The Beast sekarang tengok Beastly. Ekceli aku tertengok semalam cerita Beastly di Astro, mula-mula macam tak best tapi lama-lama seronok pula sebab ada Hunter yang pada asalnya ialah Kyle Kingson yang berlagak nak mampus sebab dia handsome dan kaya-raya. Akibat sumpahan si Kyle membuat penyamaran dan menjadi Hunter. Cerita berkembang bila Hunter diberi tempoh setahun mencari cinta sejati dan ungkapan "Saya Mencintai Kamu" akan merungkai sumpahan. Magic word la konon-konon...haha. Cerita agak klise dan dapat agak ending macam mana, tapi aku terus menonton sebab aku rasa Kyle tak handsome mana pun …

MINAT KITA LAIN-LAIN

Image
Entri lepas MISAI TEBAL dengan tak malunya aku hebahkan taste aku bagaimana. Hikhik. Apa aku kisah manusia ni minatnya lain-lain. Cuba bayangkan kalau manusia sama minat sudah pasti akan berlakunya perebutan. Boleh jadi perang dunia kalau-kalau tak terbendung. Ekceli dalam pelbagai aspek sebenarnya minat kita-kita semua ni tak sama. Kalau minat sama mungkin secara kebetulan ataupun ada sesuatu yang menarik minat lantas cenderung ke arah yang sama.


A : Aku suka Justin Bieber.
B : Ek-eleh. Apa kelasss Justin Bieber. Layan K-Pop la weh.





Contoh kat atas tak tahulah boleh pakai tidak. Apa-apa pun muzik atau artis dah cukup menggambarkan perihal minat manusia yang berbeza-beza. Bagi orang-orang yang memiliki minat yang sama pada artis tertentu kebiasaannya akan membentuk satu pakatan kipas-susah-mati. Kalau jenis yang fanatik giler-giler (fanatik sahaja terkecuali) sanggup bergaduh demi artis pujaan mereka walaupun artis tersebut tak kenal pun mereka secara individu.





Contoh yang ini pula bere…

MISAI TEBAL

Image
"Misai yang tebal jangan disangka tiada senyuman...." Peribahasa rekaan semata. Mohon jangan kopipes dalam mana-mana karangan peperiksaan rasmi. Jika berdegil juga sila bertabah kalau-kalau gagal dapat A ya, maklumlah sekarang zaman mengejar A baru dipandang tinggi.






Lelaki yang bermisai tebal seringkali dianggap sebagai seorang yang garang. Persoalannya garang ke??? Seperasan aku rata-rata lelaki misai tebal semuanya peramah sakan dan baik hati. Lihat contoh depan mata sudah : Bapak-bapak kawan. Peramah dan murah senyuman disebalik misai tebal mereka. 





Lelaki muda ada ke yang suka bela misai tebal-tebal??? Seperasan aku rata-rata yang bermisai tebal semuanya pangkat-pangkat pakcik dan atuk belaka. Muda belia selalunya suka bela janggut atau pun biar licin tanpa sebarang misai dan janggut apatah lagi jambangan bulu yang dipanggil jambang. Sekian. JUMPA LAGI. 


IBU SEGERA

Image
Petang semalam my kak long sibuk tolong mak siapkan tempahan popia berkacang, jadi daripada anak dia terbiar tanpa kasih sayang aku pun menjadilah "Ibu Segera" sebaik yang boleh. Melayan dia bermain memang kerja mudah. Mandikan pula memang bukan kerja mudah pasal kerja dia asyik nak berlari je. Penat kejar aku cakap "Jom mandi...busukkkk!!" Terus dia berhenti dan cakap "Nak andi...ucuk!!" (nak mandi..busuk) sambil muncungkan bibir. Alahai budak kecik pasal apa comel sangat ni. Geram.





Malam aku angkut dia pergi shopping. Tak boleh dibiarkan tanpa dipegang habis semua ceruk dia terjah dan ukur. Girang bukan main macam pergi funfair. Paling seronok bila aku belikan dia baju tidur, tersengih-sengih cakap "Antek la mak nyahh..." (Cantik la Mak Ngah). Zahraa comel dah besar nanti semoga menjadi anak yang baik dan mendengar kata orang tua ya sayang. Sekian. JUMPA LAGI.



DERMA DARAH

Image
Sesiapa yang pernah derma darah sila angkat tangan. Sesiapa yang belum pernah sila angkat kaki dan jalan terus kemana-mana pusat derma darah berhampiran dan cakap "Saya nak derma darah..". Penting tahu!! Tak lama lagi nak masuk Ramadhan lepas tu Syawal yang bermakna musim raya akan tiba (musim kemalangan pun ya jugak...) jadi bekalan darah amat penting disaat-saat genting.





Kebaikan & kelebihan derma darah >>KLIK SINI<< atau Google sendiri. Keburukkan??? Selalunya keburukkan itu mitos belaka. Mitos paling hangat "Kalau derma darah nanti berat badan akan naik (gemuk)" siapa cakap?? Bukti?? Dah beberapa kali aku derma ok je...berat badan memang naik tapi yang pasti naik sebab kuat makan bukan sebab derma darah.

*Sejak duduk dengan mak selera makan luar biasa memang biasalah berat badan naik.


Pertama kali aku derma darah terasa cuak juga dengan jarum, dengan nurse (ini pun nak cuak), dan mitos. Bila dah derma baru tahu macam mana rasanya. Tak sakit pun m…