SERUPA ZOO SIKIT-SIKIT





Sekitar kawasan kediaman aku kadang serupa zoo bila kalau-kalau bernasib baik boleh terjumpa macam-macam spesis haiwan. Beza dengan zoo berbayar ialah haiwan-haiwan di sana terkurung dalam sangkar besi, yang dekat kawasan kediaman aku pula bebas berkeliaran ataupun belaan orang.



Takut?? Tak. 
Bahaya?? Tak juga.
Gigit orang tak?? Nasib-nasiblah kalau terkena. 



Berikut ialah semua senarai yang aku sendiri pernah jumpa atau ada yang jiran-jiran jumpa. Harap maaf sebab guna gambar dari Google je mampu pasal kalau terjumpa yang real mana sempat nak ambil gambarkan, dan kalau terjumpa selalunya ada yang cabut lari selamatkan diri kalau bahaya ataupun hanya terselisih sahaja ataupun diam terpegun melihat dari jauh.


KERA

(BEBAS)

LEMBU

(BELA)

BIRI-BIRI

(BELA)

KAMBING BOER

(BELA)

BABI HUTAN

(BEBAS, LIAR & BAHAYA)

*Cuma setakat ni kalau terserempak aku lari dia pun lari sama.


ANGSA

(BELA)

*Kalau kena sudu pasti lebam....menakutkan bila kena kejar!!


AYAM BELANDA

(BELA)

TENGGILING

(BEBAS)

*Dulu banyak...sekarang macam dah pupus.

BURUNG WAK-WAK

(BEBAS)

*Dulu menyorok dalam semak baru jumpa.
Sekarang dah macam anak ayam bebas berkeliaran.

KANCIL

(BEBAS)

*Sekali je aku terserempak kancil melintas jalan...ingatkan anak babi. 

KERBAU

(BEBAS / BELA)


BURUNG ENGGANG

(BEBAS)

*Ini baru muncul hujung tahun 2011.
ada sumber mengatakan terlepas dari Taman Safari A'Famosa.
Tak tahu betul ke tidak.


Banyak lagi nak senaraikan, nanti makin panjang pula entri. Senarai tulisan jelah ya...lagi macam ular tedung, ular tedung selar (pernah masuk rumah sampai call JPAM tangkapkan...), ular sawa, anjing penjaga kebun, burung raja udang, burung pipit, burung murai batu dan pelbagai jenis burung lagi. Belum masuk semut,anai-anai, labah-labah, lebah, kerengga, katak, kelkatu, berudu, ikan keli, ikan sepat, dll. Amacam??? Serupa zoo sikit-sikit tak? Nasib ada gajah & harimau pada nama sahaja Tanjung RIMAU di Alor GAJAH. Hehehe. Sekian. JUMPA LAGI.



P/S : Bila dah senaraikan baru terasa banyak.











22 comments:

  1. tak pernah lg jumpa kancil liar. woo.

    ReplyDelete
  2. wakakaka.. kalau terserempak ngan babi Hutan tu yang naya.... hhehe..

    ReplyDelete
  3. angsa tu scary ouh., <--berpengalaman kene kejor., nk kene senduk, takot Y__Y

    ReplyDelete
  4. wohoo hebatnya kawasan kediaman Sis. macam-macam spesies binatang ada. hehehe

    ReplyDelete
  5. kura : hanya insan terpilih je dapat jumpa...tolak pemburu kancil la sekali. hehe


    Gen2Merah : itulah pasal...tapi alhamdulillah setakat ni kalau terserempak kita lari kobau pendek ni pun sama lari. sapa takut sapa ntah?? huhu

    ReplyDelete
  6. chuu : aku selalu cakap kena SUDU kau pulak SENDUK...aku suspek angsa ni chef la chuu.HAHA


    rtp farra Arisha : itulah...bila dah senaraikan baru terasa hebatnya. hehe.

    ReplyDelete
  7. yg no5 tu bkn takat bahaya......
    haram sekali.....he3
    lepas nie kampung aien lkeh dijadikan safari ler...... byk haiwan berkeliaran.....

    ReplyDelete
  8. Kalau kerbau liar tu bolehlah sembelih Aien... seekor mau-mau beratus kilo dapat.

    ReplyDelete
  9. tak payah la p zoo aien..kan hari kata teringin nk p..hihi

    ReplyDelete
  10. macam2 haiwan ada.wa rasa kalau wat zoo mini boleh nie..dpt cr duit lebih..kih2

    ReplyDelete
  11. ular ngan biawak tak jumpa lagi?tengginling tu macam menarik?kalau jumpa sugar glider bagi afzl sekor ea :D

    ReplyDelete
  12. duulu matrik chemay kat pahang tuuu.
    banyak gak binatang berkeliaran.
    kancil selambe je lintas2 jalan.
    dah macam zoo jugak tauuu
    ahahaha

    *hati2 tau dgn monyet + babi hutan tuu. bahaya!

    ReplyDelete
  13. hahaha.. hang lari babi pun lari XD

    ReplyDelete
  14. hahaha.. hang lari babi pun lari XD

    ReplyDelete
  15. bnyknyer kawan2 die.. hek3

    http://lolz-l.blogspot.com/2012/06/still-jahat-walaupun-dah-solat.html

    ReplyDelete
  16. semua haiwan kat ats pun aku dah pernah jumpa hehehe

    ReplyDelete
  17. aku paling angin dengan menatam seko ni je..tapi ko tak letak plak..

    anjing gila banyak kot kat area aku ni suka kejar org..grrr

    ReplyDelete
  18. kat sni byk kerbau pendek ngan monyet tu..

    hanjing pon ad... seram beno kadang2.. huhuhu

    ReplyDelete