KALAU ADA OK...KALAU TAKDE?? REJECT!!!






Rata-rata kawan aku (dan AKU) masih mencari kerja biarpun dah bekerja. Kebanyakkan jawatan kosong memerlukan calon-calon menepati syarat-syarat yang ditetapkan untuk di-short-listed-kan. Amboi ayat. Ok sambung-sambung. 







Tolak syarat wajib seperti kelayakan akademik yang menjadi penentu gred jawatan, had umur, taraf kerakyatan, dll. Seakan trend semasa pula kebanyakkan jawatan kosong yang ditawarkan memerlukan calon-calon memiliki lesen dan juga berkenderaan sendiri. Lagi best ada juga ruangan yang memerlukan calon isi kekerapan pemanduan dan juga kemahiran memandu. Macam nak mohon jawatan sebagai pelumba ef wan la pulakkan. HAHA.




Pengalaman aku pernah mohon jawatan tetttt yang agak lumayan gajinya, saat interview yang lain semua OK cuma bila cakap LESEN ADA CUMA KENDERAAN TAKDE terus aku kena reject. WTF (What The Fish) bila berada dalam situasi begini. Bukan semua orang bernasib baik mewarisi harta berkoyan-koyan dari nenek moyang sehinggakan habis-habis belajar terus mampu berkenderaan.



Kalaulah jaringan public-transport tip-top 1 Malaysia kan best!! Senang ulang-alik pergi kerja mencari rezeki dizaman semua benda sikit-sikit nak naik harga. Takpelah....apa-apa pun berserah pada takdir dan rezeki yang telah ditetapkan Allah S.W.T. Tapi kena ingat disamping kita berdoa dan berserah kita juga kena berusaha barulah jalan. Sekian. JUMPA LAGI. 

 


25 comments:

  1. lol kene reject ke? cm tak patut je kan.. huhu sabar2...

    ReplyDelete
  2. Sebab itulah Aien kalau adik-adik sebaya Aien yg CaYaNunAlif di JB ramai yg terus cari kerja di S'pore. Bayang kan kalau gaji 2K pun convert duit sini dah macam org yg kerja belas tahun di sini. Di S'pore tak ada kereta pun mana ceruk-celah-hujung semua LRT/bas boleh sampai. Kerja 2 tahun dah boleh beli kereta. Masa tu baru balik JB.

    Insya-allah rezeki ada tapi ada baiknya Aien ambil lesen sementara kerja ini sambil itu cari yg lebih baik...

    ReplyDelete
  3. rejek sebab kalau jauh kena ada lesen dan kenderaan sendiri..kalau xde agak payah sikit la..

    kalau dekat tu x ada lesen dan kenderaan pula..apa kene mengena kalau lesen dan kenderaan tiada? ..

    ReplyDelete
  4. mknenye kene ade lesen

    tp susa nk dapatkan kndraan

    ReplyDelete
  5. heheh bukan rezeki tu aiennn.....gi amik lesen mandu dulu pasni okes heeheee

    ReplyDelete
  6. LESEN dah ada....kenderaan ada tapi bapak yang punya. acane?? heheheeee

    ReplyDelete
  7. isshhh... sampai macam tu yee...

    ReplyDelete
  8. ye,betul kata2 kak zakie kita tu...

    nasihat orang byk pengalaman tau..thumb up!

    ReplyDelete
  9. tu la pasal. tikah ada lesen pun sebab nak cari kerja. x pe, insyaAllah ada rezeki, dpt kerja :)

    ReplyDelete
  10. takpe ain.. teruskan berusaha.. rezeki itu memang ada utk kita, cuma perlu usaha dan tawakkal sebaik yang mungkin.. pa pun sentiasa persiapkan diri ya ayang.. (",)

    ReplyDelete
  11. la... umo dh layak keje ke aien? ingtkn baye-baye ngan adik. ehhe. umo brape eh aien? hehe

    ReplyDelete
  12. insya'Allah, adelah rezeki nanti tu~

    ReplyDelete
  13. Apply kerja apa kena reject tu? Tapi bagus kan mencuba untuk tambah apa yang kurang

    ReplyDelete
  14. mungkin takde rezeki lagi..... next place maybe...... just be patient.....

    ReplyDelete
  15. CPM : gitulah yang terjadi...memang tak patut tapi apa boleh buat..huhu



    Kak Zakie : Kawan2 sy yang spesis itu pun ramai kerja kat s'pore. mcm akak cakap tu betul la...cukup masa dorang da mampu berkereta, kita ni banyak sangat halangan, bukan tak boleh jadi macam dorang. hehe...memang lesen penting kak dan sy dah ada pun. kenderaan je takde ada pun bapak punya...huuuuu

    ReplyDelete
  16. Chuu : iya...tak patut...tak patut.. tapi sebab ini ramai je kengkawan aku masih merangkak cari kerja.



    Nana : itulah...kalau dekat apa ada hal, ini sebab jauh sikit je pun. bukannya jauh banyak macam duduk melaka mintak keje hari2 ulang kat johor.

    ReplyDelete
  17. iffah : yup...lesen memang kena ada. senang juga nak dapat. cuma kenderaan jelah...bukan macam jajan mudah dibeli dimana2.

    ReplyDelete
  18. Kak Chootz : baiklah kakak. sudah ada...akak dermakan kerete sebijik boleh?? hehehe

    ReplyDelete
  19. Kazman / Sue : begitulah yang terjadinya...hehe



    Cinnamon.com : betul tu...nasihat orang berpengalaman kan. terbaik...hehe

    ReplyDelete
  20. Cik Tikah : samalah kita. kena ada untuk cari kerja... :D


    Gen2Merah : baiklah bang. memang dalam proses persiapkan diri. keje biasa2 dulu kumpul duit nak berkereta pulak...heeee



    Cik yuyu : amboi. asal nama aku sama dengan adik je dah suspek sebaya. haha...entah2 aku tua dari kau kot yuyu..entah lerrr...

    ReplyDelete
  21. Yana Libra : insyaAllah....harus usaha untuk dapatkan :D



    EU : rahsiaaa...nanti majikan tu popular pulak. hehe..



    Remyhazza :baiklah. stay dulu kat tempat yang ada ni...ada peluang baru maju kehadapan...hihi

    ReplyDelete
  22. len kali ckp je ada..hehee..tipu sunat (?)

    ReplyDelete
  23. kak yana...kalau cakap ada nanti susahkan diri sendiri. buatnya kerja kena jalan sana jalan sini. tak pasal2 je..hehee

    ReplyDelete