KAKI KIPAS LIPAS







Lekat dalam kepala "Kipas Lipas...." yang terkeluar dari mulut A.R.Tompel dalam Do Re Mi kalau tak silap. Kalau silap maaf ya sebab aku ingat dialog je, tajuk filem tak berapa nak ingat.






Tinggalkan Kipas Lipas mari teruskan dengan cerita Kaki Kipas yang rasa-rasanya semua tahu apa maksudnya. Kalau tak tahu sila Google sendiri. Dekat mana-mana pasti ada Kaki Kipas ni, macam kat tempat aku kerja sekarang ada sorang Kaki Kipas yang telah banyak menyusahkan orang lain sehingga menimbulkan rasa tidak selesa pada semua kakitangan. Pasal dia kuat mengadu habis macam-macam notis naik. Kadang-kadang nak dapat pujian dia cakap orang lain tak buat kerja dia sorang je yang buat dekat bos. 



Ini JARI KIPAS bukan KAKI KIPAS...hehe

Sumber : Google


Jadi sebagai orang tengah yang bawah sikit dari orang atasan selalunya aku kena tadah telinga dengar aduan semua kakitangan lain pasal si Kaki Kipas sorang ni. Nak diadukan pada pihak atasan tak kan jalan punya sebab pihak atasan macam percaya semua kata-kata si Kaki Kipas sorang ni. Kesudahannya aku sorang-sorang kena hadam aduan orang lain sampai tahap tak boleh tahan aku pun tulis entri ni nak mengadu dengan pembaca-pembaca blog ni pula. Tapi aku bukan Kaki Kipas tau. HAHA. Mohon jangan salah faham. Sekian. JUMPA LAGI.


18 comments:

  1. kaki kipas? Ummmmm, cemana na handle ek? Bagi makan lipas je. Geram makkkkk. Hehe ;)

    ReplyDelete
  2. senang je.. hari2 rakam je perilaku si kaki kipas ni, pastu tunjukkan kat bos sebagai bukti..

    ReplyDelete
  3. kaki kipas.....\huh!!!
    kat tempat abg remy lagi byk... lagi besar organisasi , lagi besar kipas dia.......
    well kalu jumpa org camnie....
    remy boh layan jer....
    tak respect langsung!

    ReplyDelete
  4. adehhhhh.. kaki kipas adalah orang paling annoying.. sebab dia org yg talam 2 muka..

    ReplyDelete
  5. tu mknenye ko pon kne kipas., tapi kne kuat lagi kipas tu kehkeh..

    ReplyDelete
  6. bagamana pula dgn Kipas susah mati... Die Hard Fan.. hehe..

    ReplyDelete
  7. kaki kipas? erm, pernah dgr gak term ni.

    ReplyDelete
  8. kaki kipass.. alahai... salu menyusahkan orang lain kan...

    selamat pagi dindaku (",)

    ReplyDelete
  9. da lame tk jenguk aien. :) hye ape khbr? heee. cx suke entry ni. cx tk suke dgn kaki kipas. cx pon da selalu kena. tah pape je perangai diorunk ni an. aish! bertaubatlah.

    ReplyDelete
  10. kat opis aku bukan takat kipas lagi aien..siap bagi aircond terus kat bos..memang kaki ampu betul..hahaha..

    tpi bos lama aku penah ckp.nak naik dalam syarikat swasta memang kene bodek bos..tu yang bos suka..tapi itu bukan style aku la..bos suka tapi staff lain menyampah buat ape..hehe..

    ReplyDelete
  11. itu yg payah kalau wujud kaki kipas lipas ni.... cam x leh nak wat pape..seperti merelakan..

    ReplyDelete
  12. kipas diri sendiri dah la...

    **lama x mai sini...dah len macam blog dia..hehe

    ReplyDelete
  13. ada juga jumpa org kaki kipas ni..

    senyum aje.org mcm ni..bo layan aje.

    ReplyDelete
  14. orang cenggini harus kena rejam je.nasib opis afzal tak menular lagi masalah2 cenggini

    ReplyDelete
  15. tak minat tgk doremi

    y lain layan je

    ReplyDelete
  16. Aien.. berapa lama dia nak kipas. Sebagai ketua sebenarnya boleh rasa siapa yg suka mengipas. Cakap lebih kerja zero. Kalau kakak sorrylah kipas-kipas tak main - baik pakai aircond hihi...

    ReplyDelete
  17. skang ni org x pakai kipas dah aircond je lagi haru

    ReplyDelete
  18. Sanggup berhenti kerja dari Kerajaan dulu sebab ada beberapa orang macam ni "Kaki Kipas" Sekarang kerja di syarikat swasta, result oriented... janji kerja siap. Tak perlu ada orang main kipas2 kalau nak naik.

    ReplyDelete