ASAL LAWAN MENJADI KAWAN







Copy status fesebuk sepupu secara sembunyi : 

No rumah 2$%*....jiran yang paling kuat m'ganjing
P/s: Kamisayanggilerdenganjirankami....



Sayang sangattt!!


No rumah 2$%*....merujuk pada jiran di kolej kediaman dialah kot. Kalau rumah dia alamatnya lain...aku suspek ini mesti jiran dekat kolej kediaman dia di Puncak Perdana. Aku copy bukan apa...copy sebabkan terkenang zaman aku dekat Kampus Shah Alam dulu masa mula-mula masuk adalah kes sebijik macam ni...sayang gilerrrr dekat jiran bilik aku >>>>



>>>> Julai 2007 daftar masuk. Selesai Minggu Mesra Siswa yang kena berbaju kurung dan bersport shoes tu....semua budak Fakulti Senibina Perancangan & Ukur (FSPU) yang gigirl sahaja ditempatkan ke Kolej Anggerik. Permulaan semester pertama yang tak berapa nak baik bila berjiran dengan 4 gadis sombong. Agak pelik bila dorang juga berlagak sombong dengan semua jiran-jiran yang lain. 



Macam-macam berlaku. Selisih bahu tak bertegur, terjumpa dekat Dewan Makan buat dek je, duduk sebelah-sebelah tak bercakap, kalau basuh baju sama-sama kat bilik air pun menyombong, suka rebut tempat ampaian, sapu-sapu sampah pastu tolak sampah dekat depan pintu jiran depan, dll. Paling parah dorang ni coursemate pulak tu, selalu sangatlah jumpakan...cuma kelas lain-lain. Kalau ditakdirkan dorang ni classmate mahu pengsannn.HAHA.





IKLAN SEBENTAR.



Sambung-sambung. Kusangkakan panas sampai kepetang rupanya hujan berpelangi ditengahari. Seperti mana pelangi itu indah begitu jugalah persengketaan. Lama-lama menyombong memang penat. Bila kami semua terlibat dalam pelbagai aktiviti...lama-kelamaan perhubungan yang tak berapa nak baik menjadi semakin baik. Ini berterusan sehingga tahun akhir kami menjadi super duper senior. Siapa sangka orang yang dulunya sombong akhirnya menjadi peramah semesra alam.



Kenangan secara peribadi aku dengan salah seorang dari 4 gadis sombong tu ialah kami berdua terpilih wakilkan gigirl course kami disamping 8 boboiboy semasa tahun akhir untuk pergi ke Kuala Gandah tunggang gajah bersama-sama, beroutdoor together-gether di Taman Negara Kuala Tahan, paling best siap sebilik lagi disebuah resort. Memang indah kenangan bersama-sama. Asal lawan menjadi kawan. Tak semua permulaan yang tak baik pengakhirannya juga tak baikkan. Hehehe....sekian. JUMPA LAGI.






28 comments:

  1. Replies
    1. terima kasih nampak gambar budak comel tu. :))

      Delete
  2. mcm2 hal..tp pompuan mmg selalu ada problem bab tu kalo zaman study hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. rasa2 memang macam ni kot. tapi lelaki pun ada jugak ek...hehehe

      Delete
  3. jadi baik pulak ye...

    pandai budak tu posing2 gitu..tak kuasa i:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. elok la jadi baik. dari lawan menjadi kawan kalau nak dibandingkan dari kawan menjadi lawan...


      #tak kuasa i...hihi

      Delete
  4. haha, adakah perasaan rasa tergugat mhasilkan rasa sombong itu? hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh jadi ed. hehe. tergugat pasal apa pun tak tahulah.

      Delete
  5. lawan menjadi kawan.......
    biar apa yg org nak buat .....janji kita ikhlas mesra dgn sesiapa saja......
    see......
    it last dieorg berubah kan.....

    ReplyDelete
    Replies
    1. yup...ternyata kemesraan yang ikhlas itu membantu. jangan pura2 ikhlas sudahlah...

      Delete
  6. ewahhh. ceritaa dia sgt bermotivasii. hahha

    ReplyDelete
  7. yg penting janganlah menyombong sebenarnya...hehe~

    ReplyDelete
    Replies
    1. apa yang penting?? jangannn sombong!! hehe..ala2 wonderpet sikit.

      Delete
  8. nice ending! :))) yg dulu xkawan, dh jadi rapat. :)))

    ReplyDelete
    Replies
    1. yup...really nice ending paani! terjalin ikatan kawan.

      Delete
  9. siyes lawak budak kat atas tu.ahahha

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih nampak gambar budak comel tu dan merasa lawak. :))

      Delete
  10. kadang2 musuh kita yang akhirnya tolong kita masa susah..kawan2 hilang..pastu musuh tu jadi kawan..haha..

    * kalau ko layan citer korea lak..mesti hero ngan heroin tu gaduh dulu sebelum becinta..so benda tu biasa la..gaduh dulu lepas tu ngam..hahhaa...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bila aku baca komen ko ni, baru aku perasan 'samting'..

      Hampir semua perkenalan aku dgn kawan2 aku yg rapat2, dimulakan dgn pergaduhan..aku rasa gaduh tu macam orentasi silatulrahim yg buat kita lebih kenal perwatakan seseorang..

      Delete
    2. kadang2 tu aku selalu jumpa dalam kehidupan sebenar ni. haha. yang tak ngam boleh jadi ngam.


      *amboi layan cerita korea nampak? patutlah nak badan macam artis k-popop ek.haha

      Delete
    3. bila gaduh kita nampak color sebenar bakal kawan kita tu...hehe

      Delete
    4. H:
      kawan rapat tu laki ke pompuan :-w hahaha..ngan pompuan kalau wat gitu jadi kapel nanti macam drama korea tu..wakaka..

      Delete
  11. saya tak suka housemate plus classmate plus coursemate saya !menyampah gilagila. *tumpang jerit sini.haha alang2

    ReplyDelete
    Replies
    1. amboi. takpe..sila-sila.. jerit puas-puas piraaa.

      Delete
  12. Aku rasa la, mungkin masa peringkat awal, masing2 tak tau macam mana nak tegur and berkawan..sebab ada sesetengah org memang mcm tu..aku sendiri macam tu..sangat susah untuk mulakan perbualan dgn org yg aku baru kenal..peringkat awal memang ramai yg akan anggap aku sombong, bongkak, takbur, angkuh, err dan lain2 lagi..

    Tapi sebenarnya aku ni baik..peramah pulak tu..grrrrr

    *aku rasa mcm terlari topik*

    ReplyDelete
    Replies
    1. aku pun rasa macam tu la en.H... awal mula pertama mula memang la ada yang jenis susah sangat nak mulakan perbualan sampai kena cop sombong (macam aku sikit) lama2 dah kenal...selalunya yang kena cop sombong ni la yang paling mesra alam...


      *tak lari topik pun...masih berada dilandasan

      Delete
    2. tak kenal maka tak tak chenta -_-'..
      aien single lagi?..hahahaa...

      Delete