Posts

Showing posts from June, 2012

KENAPA SELALU KENA HON???

Image
Selamat berhujung minggu pada yang sedang bekerja mahupun bercuti. Pagi ni dengan semangat waja aku bangun seawal pagi, siap-siap dan terus vroommm...vrommmm...


Sepanjang perjalanan ke tempat kerja.....asyik kena hon je. Kalau sebijik dua kereta/motor hon takpe lagi. Ini lebih dari 3x. Kenapa ntah??? Bukan setakat pagi tadi je, rasanya hari-hari kena kot. Nak cakap salah jalan betul dah laluan. Laju sangat rasa tak pulak setakat 80 km/j je. Cuma kadang-kadang jelah terkurang sikit sebab jalan berlubang atau terlebih sikit sebab nak cepat. Atau kena hon sebab helmet aku besar??? Haha...takkan la sebab helmet. Ini mesti sebab aku perempuan kot. Bila difikir-fikir balik pagi tadi atas jalan tu memang kebetulan aku sorang je perempuan, yang lain semua abang-abang, pakcik-pakcik, atuk-atuk.


Bila kena hon banyak kali buat aku dari rasa memang tak salah apa-apa terus jadi rasa bersalah yang amat....kadang sampai aku hulur tangan kat lampu signal nak tengok aku ada salah bagi signal ke padahal …

MIMPI DIGIGIT KATAK

Image
Selalu orang cakap mimpi kena patuk ular ada kaitan dengan jodoh. Kalau mimpi kena patuk katak pula macam mana?? Kena gigit katak lebih mesra bunyi kot dari patuk..hehehe.. Bila cerita dekat mak....kena ketawa jelah. Macam lawak ek kena gigit katak ni. Tapi dalam mimpi punya cemas susah nak cakaplah....sampai menangis-nangis wooo kena gigit. HAHA. Mimpi mainan tidur. Sekian. JUMPA LAGI. 

666

Image
Ada yang mengatakan 666 itu nombor angker tapi bagi aku 666 adalah...... - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - -
Terima kasih kepada Manusia Bukan Alien yang ke-666.  Alynn Nyzaa

SEGMEN DARI JIAKREATIFELT : HEADER DULU HINGGA KINI YANG TERBAIK

Image
Terasa macam dah bertahun-tahun tak join mana-mana segmen walaupun blog ni baru berusia 1 Tahun 12 Hari. Amboi melampau terasanya tu...hehe. Bila ada kesempatan ni nak joinlah bila salah seorang pengunjung setia blog ni Abang Remy ada ajak join Segmen Dari Jiakreatifelt : Header Dulu Hingga Kini Yang Terbaik.

Syarat-syarat segmen >>KLIK SINI<<Senarai calon yang perlu diundi >>KLIK SINI<<


HEADER DULU HINGGA KINI YANG TERBAIK(Dari pandangan mata owner blog ini sendiri tanpa campur tangan mana-mana pihak)



MAMA MASZULL



KANCIL 8349


NURRUL


TAG :-
Cik Tikah Cweet Pinky Cikgu Ma


#selesai sudah, tapi tak tahu la betul tidak ikut syarat-syarat yang ditetapkan...hehe. 

EDIT 12:47PM : Kan dah agak salah sebab tu cakap tak tahu betul tidak...buat tergesa-gesa kot. Silap sendiri tak baca syarat-syarat-syarat dengan betul. MAAF. *malu saya* 


BIDAN TERJUN GUBAH BUNGA

Image
Bunga-bunga atas ni aku baru je beli petang semalam. Belum sempat digubah lagi pasal semalam beli pun dah petang sangat. Main campak-campak je masuk dalam pasu pastu tutup opis terus punch-card dan pulang. 

#mahal gilerrr harga bunga...plastik aje pun. 


Datang opis pagi ni selesaikan tugasan hakiki dan sesudah sarapan alas perut terus pegang bunga. Mula-mula ambil mood dulu....feeling-feeling posing dengan bunga. HAHA.






Sambung kerja gubah-mengubah. Sebenarnya kami berdua bukanlah pakar sangat, hanya jadi "Bidan Terjun" sebabkan majlis untuk VVIP yang aku ada cerita beberapa hari yang lalu >>KLIK SINI<<. OK.sila jamu mata dengan hasil tangan Bidan Terjun. Sekian. JUMPA LAGI.





ASAL LAWAN MENJADI KAWAN

Image
Copy status fesebuk sepupu secara sembunyi : 
No rumah 2$%*....jiran yang paling kuat m'ganjing P/s: Kamisayanggilerdenganjirankami....




No rumah 2$%*....merujuk pada jiran di kolej kediaman dialah kot. Kalau rumah dia alamatnya lain...aku suspek ini mesti jiran dekat kolej kediaman dia di Puncak Perdana. Aku copy bukan apa...copy sebabkan terkenang zaman aku dekat Kampus Shah Alam dulu masa mula-mula masuk adalah kes sebijik macam ni...sayang gilerrrr dekat jiran bilik aku >>>>


>>>> Julai 2007 daftar masuk. Selesai Minggu Mesra Siswa yang kena berbaju kurung dan bersport shoes tu....semua budak Fakulti Senibina Perancangan & Ukur (FSPU) yang gigirl sahaja ditempatkan ke Kolej Anggerik. Permulaan semester pertama yang tak berapa nak baik bila berjiran dengan 4 gadis sombong. Agak pelik bila dorang juga berlagak sombong dengan semua jiran-jiran yang lain. 


Macam-macam berlaku. Selisih bahu tak bertegur, terjumpa dekat Dewan Makan buat dek je, duduk sebelah-seb…

NOMBOR ANAM PULUH ANAM

Image
Lagi beberapa hari akan berlangsungnya majlis yang melibatkan VVIP ditempat kerja aku. Pagi tadi big boss dah serahkan senarai semak dan tindakan untuk makluman persiapan rapi apa yang aku dengan yang lain-lain kena laksanakan.....dalam senarai semak ada 1 perkara yang buat aku tertarik >>> Kugiran (Irama 60-an) <<< untuk slot persembahan. 




Mesti seronok sebab aku suka jugalah dengan lagu irama 60-an. Kalau sebut lagu 60-an aku paling suka lagu J.Sham Suratku Untukmu :


Nombor anam puluh anam... Pulau Sebang... Tampin... Negeri Sembilan...
Lagu : KLIK SINI


Teringat sangat-sangat lagu ni pasal dekat dihati... Pulau Sebang tempat tinggal aku sekarang ni, sekolah pun ada nama Pulau Sebang. Tampin pun sama...hehehe...tempat membesar!! Harap-haraplah masa slot persembahan ada lagu Suratku Untukmu. Ok. Ini je nak cerita...HAHA. Sekian. JUMPA LAGI.

#J. Sham terkenang Rumah No.66 









ULAU MELINGKAU BAWAH SOFA

Image
Pagi-pagi berblogwalking (jari-jemari berjogging) aku singgah kat Blog Chuu Muqhlis. Chuu cerita pasal fobia beliau terhadap ULAR. Kalau baca sambil imagine dan ditemani gambar pasti korang akan terasa tahap ke-fobia-an Chuu macam mana. Bila dah baca siap komen sekali buat aku teringat pula dengan kes ulau melingkau bawah sofa rumah aku pada Tahun 2010 dulu (masih segar-bugar dalam ingatan).





Cerita bergambar macam Chuu jugak, tapi Chuu punya gambar lagi hebakk...hehehe.. Berdasarkan gambar diatas more less 11.30PM macam tu sedang mak dengan adik-adik menonton TV tiba-tiba keluar ular (tedung selar) dari bawah sofa seperti dikedudukan No.1. Tak tahulah dah berapa lama ular tu duduk bawah sofa tu tiba-tiba baru nak keluarkan. Siap kembang kepala lagi. 


Mak dan adik-adik tak dapat nak lari sebab terhalang dengan sofa yang lain dan dinding. Dorang bertiga hanya mampu berhimpit-himpitan di kedudukan No.2. Sangat kecoh suasana dan keadaan berlaku dengan pantas. Aku dikedudukan No.3 berbaju…

SALAH FAHAM

Image
Entri semalam punya cerita. Bila aku senaraikan satu persatu haiwan yang ada disekitar rumah baru aku terasa macam banyak pula, dah mirip-mirip taman safari ataupun mini zoo pun boleh. KLIK SINI kalau nak tahu senarai haiwan apa yang ada. 

Hari ini punya cerita pula. Tadi duduk-duduk saje sambil berfikir buat aku teringat akan kata-kata seorang kawan "Kalau boleh biar tak faham daripada salah faham...."






Mendalam sungguh kata-kata, kalau difikirkan pun memanglah kalau tak faham takpe boleh kita fahamkan nanti. Kalau salah faham pula kadang hal kecik boleh berubah jadi hal besar. Jadi mungkinkah faktor terasa hati berpunca dari salah faham selalunya??? Mungkin ya mungkin tidak....bergantung pada keadaan. Sekian. JUMPA LAGI.









SERUPA ZOO SIKIT-SIKIT

Image
Sekitar kawasan kediaman aku kadang serupa zoo bila kalau-kalau bernasib baik boleh terjumpa macam-macam spesis haiwan. Beza dengan zoo berbayar ialah haiwan-haiwan di sana terkurung dalam sangkar besi, yang dekat kawasan kediaman aku pula bebas berkeliaran ataupun belaan orang.


Takut?? Tak. Bahaya?? Tak juga.Gigit orang tak?? Nasib-nasiblah kalau terkena. 


Berikut ialah semua senarai yang aku sendiri pernah jumpa atau ada yang jiran-jiran jumpa. Harap maaf sebab guna gambar dari Google je mampu pasal kalau terjumpa yang real mana sempat nak ambil gambarkan, dan kalau terjumpa selalunya ada yang cabut lari selamatkan diri kalau bahaya ataupun hanya terselisih sahaja ataupun diam terpegun melihat dari jauh.

















Banyak lagi nak senaraikan, nanti makin panjang pula entri. Senarai tulisan jelah ya...lagi macam ular tedung, ular tedung selar (pernah masuk rumah sampai call JPAM tangkapkan...), ular sawa, anjing penjaga kebun, burung raja udang, burung pipit, burung murai batu dan pelbagai jenis b…

AMBOI. MENGUAP SAKAN NAMPAK!!!

Image
Hampir 10AM tapi sisa mengantuk masih ada. Nak landing sekejap macam mat saleh cakap take a nap for a while tak boleh sebab CCTV betul-betul depan meja. Nak minum kopi hilangkan mengantuk kena tunggu azan Maghrib nanti. Sudahnya menguap tutup mulut jelah berkali-kali, tak tutup nanti CCTV rakam.

"Amboi. Besar sungguh bukaan mulut kau masa menguap ya Aien....." Bimbang boss besaq tegur begini kalau-kalau dia check CCTV.





Disebabkan menguap dari tadi buat aku terajin men-google pasal menguap dan hasilnya banyak artikel berkenaan MENGUAP BOLEH BERJANGKIT. Betul ke boleh berjangkit?? Kalau nak tahu betul ke tidak KLIK SINI. Siap ada yang kata dengan tengok perkataan MENGUAP pun dah boleh menguap. Amboi. sampai macam tu sekali. HAHA. Sekian. JUMPA LAGI.


KALAU ADA OK...KALAU TAKDE?? REJECT!!!

Image
Rata-rata kawan aku (dan AKU) masih mencari kerja biarpun dah bekerja. Kebanyakkan jawatan kosong memerlukan calon-calon menepati syarat-syarat yang ditetapkan untuk di-short-listed-kan. Amboi ayat. Ok sambung-sambung. 






Tolak syarat wajib seperti kelayakan akademik yang menjadi penentu gred jawatan, had umur, taraf kerakyatan, dll. Seakan trend semasa pula kebanyakkan jawatan kosong yang ditawarkan memerlukan calon-calon memiliki lesen dan juga berkenderaan sendiri. Lagi best ada juga ruangan yang memerlukan calon isi kekerapan pemanduan dan juga kemahiran memandu. Macam nak mohon jawatan sebagai pelumba ef wan la pulakkan. HAHA.



Pengalaman aku pernah mohon jawatan tetttt yang agak lumayan gajinya, saat interview yang lain semua OK cuma bila cakap LESEN ADA CUMAKENDERAAN TAKDE terus aku kena reject. WTF (What The Fish) bila berada dalam situasi begini. Bukan semua orang bernasib baik mewarisi harta berkoyan-koyan dari nenek moyang sehinggakan habis-habis belajar terus mampu berkendera…

SUDAH CUKUP SUDAH

Image
Sudah....cukup, cukup sudah.... Cukup sampai setahun sudah..... THIS BLOG TURNS 1 YEAR OLD TODAY!!! Ini kalau baby mahu dah boleh berlari-lari baby ni. HAHA. 





Pejam celik memang cepat masa berlalu. Sepanjang usia blog ni pelbagai suka dan duka telah diluahkan melalui tulisan peribadi yang tak berapa nak peribadi sangatlahkan. Dikesempatan ini nak ucapkan terima kasih kepada MANUSIA BUKAN ALIEN yang sudi follow blog ini dengan pelbagai alasan tersendiri. 





Kepada RAJIN KOMEN juga terima kasih diucapkan sebab sudi meluangkan masa membaca dan drop komen pada entri-entri yang kadang hanya luahan semata-mata. Pada yang rajin komen tapi nama tak tercatat usah terasa hati sangat sebab aku dah setting hanya 30 Top Commentator je yang terpapar, jadi akan datang sila lipat gandakan komen korang....HAHA. macam blogger retis la pulakkan, padahal blog picisan semata-mata dan jenis berdikari sebabkan tak daftar bawah mana-mana tempat PING dan juga jarang-jarang PING ENTRI dekat group fesebuk yang ad…

MAIN SUSUN-SUSUN

Image
Masa kecik-kecik dulu main susun lego paling aku suka. Sanggup bertumbuk sampai menangis bila lego aku kena rampas dengan sepupu yang aku rasa sangat ja'at ketika itu. Perasaan kanak-kanak yang naif apalah sangatkan. Maafkan aku ya sepupu cakap kau ja'at. 





Masa besar-besar sekarang pula, bila tengok lego je terus aku teringat zaman aku kecik-kecik dulu. Tak kenal erti jemu main susun-susun lego buat bentuk robot, buat bentuk pokok, buat bentuk rumah dan pelbagai bentuk lagi.




Bila dah meningkat usia menuju alam dewasa aku masih main susun-susun lagi cuma yang bezanya bukan lego yang disusun. Sekarang aku main susun-susun perancangan hidup. Menyusun perancangan hidup tidak semudah main susun lego. Tapi apa-apa pun manusia hanya mampu merancang dan tiada manusia normal yang merancang untuk gagal dalam hidup. Sekian. JUMPA LAGI.