BUKAN K * * * K





Dekat rumah kalau minum air panas (teh / kopi / nescafe) yang betul-betul panas sepanas air baru dijerang semuanya tahulah siapa yang buat "Mesti dak Aien yang buat ni....". Aku jenis kalau bancuh air panas memang tak campur dengan air kurang panas.






Tujuan aku buat air panas-panas adalah untuk melatih sifat sabar menanti dikalangan ahli keluarga dimana mak, adik-adik, kakak, abang ipar dan anak buah serta anak jagaan mak dilatih secara tidak langsung dengan menanti air panas jadi air suam-suam kuku baru sesuai untuk diminum. 



"Banyaklah kau punya melatih....."



"Padahal malas nak campur air suam sikit kannnnn....." 




****************************************



HAHA. Yup aku mengaku malas nak campur tapi rajin buat. Petang semalam punya cerita waktu minum petang aku buatlah Teh 'O' panas kegemaran semua. Lepas tu kan kan kan anak jagaan mak aku kan nama dia Daus kan dia kannnnn cakap macam ni : -



Inilah Daus anak jagaan mak.

Sumber : Cilok dari koleksi adik



"Angah ni wat air panas-panas je kan, melecur kahak aus taw...." sambil pegang-pegang tekak dia. Ini budak baru 5 Tahun dia ada masalah lawak antarabangsa sikit bila bercakap, sepatutnya TEKAK tapi dia tersebut KAHAK, geli hati limpa perut semuanya yang dengar ketawakan dia semalam. Padan muka aku kena sound dengan budak kecik. Sekian. JUMPA LAGI.



15 comments:

  1. wakakaka.. kelakar plak si daus ni ek.. Lawak Antarabangsa plak dia ni.. hihihi...

    Ya, saya pun suka bancuh air neskepe/ milo/ teh tanpa campur air kurang panas... rasanya lebih kaw dan lebih menyedapkan....

    jangan lah sampai 'kahak' melecur... eh silap, jangan lah sampai 'tekak' melecur... ekekekeke (",)

    ReplyDelete
  2. elok jugak cair kahak si daus tu.....
    jimat duit nak beli obat!

    ReplyDelete
  3. kikiki
    alahai sian daus tu
    xpasl2 kene gelak
    tp mst kiut je dia tersasul awww :D

    ReplyDelete
  4. haha..budak2 kecik cakap tersasul mcm tu takpe...boleh dimaafkan lagi...hee~

    ReplyDelete
  5. hahaha. jauh betul kahak dgn tekak. tp nasib ditempat yg sama. hehhe

    ReplyDelete
  6. naseb umo dia 5 taun. bole maapkan lah salah sebut tu. haha.

    ReplyDelete
  7. comel je.. kdg2 ske lyan dak2 bwah umur.. comel sgt

    ReplyDelete
  8. hahahahhaa..kahak ye??hehehehe

    ReplyDelete
  9. eyda xsuke wt air pnas sgt..msti nk kne cmpur air kurang pnas ckit...^.^

    Daus2....

    ReplyDelete
  10. melecur kahak?hahaha baru 1st time dengar nih :D

    *cenggini la bebudak bila petah bercakap.apa yg dia cakap tu mcm lawak, tapi polos bunyinya :D

    ReplyDelete
  11. hahahaa...kelakar la daus ni..melecur kahak. hahhahaa

    ReplyDelete
  12. kalau buat air susu kene guna air tak panas sgt tkt ilang sumber kalsium nye....hehe

    ReplyDelete
  13. haaahha akak skodeng entry lelama kau... lawak la dak ni.

    ReplyDelete