The Avengers (2012)






30 April 2012 aku menonton The Avengers dekat AEON Jaya Jusco Bandar Melaka. 08:00PM baru gerak dari rumah ditambah dengan jalan jammed dekat area Lebuh AMJ Melaka makanya tak sempat beli tiket wayang seawal mungkin. Bila dah lambat beli tiket kenalah duduk menunggu berjam-jam untuk tayangan 01:20AM. Penantian satu seksaan, kami semua (aku, adik, sepupu &the gang) habiskan masa dengan makan, berborak, cuci mata dan menjadi pemerhati setia gelagat orang ramai. Memang ramailah orang berlegar di AEON Jaya Jusco Bandar Melaka sebab 1 Mei cuti umum, aku pun kebetulan tak jadi O.T bila bos cakap "Awak cuti jelah...." itu yang tanpa dirancang aku pun sibuk bersesak-sesak pergi Bandar Melaka. 







Penantian satu seksaan menanti tayangan larut malam terubat dengan aksi-aksi Iron Man, Captain America, Hulk, Thor, Black Widow dan Hawkeye bila dipanggil S.H.I.E.L.D untuk membantu selamatkan bumi dari ancaman Loki dan angkatan tentera makhluk asingnya. Ramai Hero yang ohsemmmangat dikumpulkan sekali dan watak masing-masing dikembangkan dengan seimbang, maksudnya tiada siapa yang overshadow sesiapalah. Dari awal hingga akhir penuh dengan aksi dan memang tak sempat aku nak rasa boring sebab takde scene yang meleret-leret. Dapatkah The Avengers menyelamatkan bumi?? Adakah niat jahat Loki akan terlaksana?? Saksikanlah di Pawagam berhampiran korang kerana cerita ini memang ternyata berbaloi untuk ditonton. Tak perlu jadi peminat setia komik Marvel pun korang boleh faham jalan cerita macam mana. 






Selain aksi letupan dan pertempuran sehingga The Avengers diklasifikasikan sebagai PG13 (Parental Guidance 13) cerita ini juga meriah dengan lawak bersahaja dari para hero. Bagi pendapat aku si Iron Man walaupun berlagak dan bermulut celupar dia juga pandai melawak dan jangan main-main dengan Hulk dalam garang-garang bengis tetap ada kelakarnya.HAHA. Sekian. JUMPA LAGI. 



Captain America





Entah kenapa aku TERsuka Captain America diantara yang lain-lain.







23 comments:

  1. woo. sy pun ada tgk wayang kat situ pada masa yg sama! asal tak jumpa pun? ewahh. hehehh

    ReplyDelete
  2. wah...filem yang penuh aksi...ndak sabar mahu menonton

    ReplyDelete
  3. citer ni tgk kat wayang memang best

    ReplyDelete
  4. Pergi dgn adik dan kawan-kawan mestilah seronok...

    ReplyDelete
  5. best ler...dpt tgk wayang.....he3

    ReplyDelete
  6. iron man mmg gila2 sikit kan watak dia...haha...

    > ramai pulak yg minat kat captain america ni ye..hee~

    ReplyDelete
  7. best kan? mula2 ngntok yang amat, pastu best. :)

    ReplyDelete
  8. wahhhhhhhhh...ramai cakap best........

    ReplyDelete
  9. pasni kalo ada org buat penilitian mesti ada jumpa something nak putarbelitkan otak muslim dlm citerr ni...

    ReplyDelete
  10. Wahhhh! Bukan maen berjimba ya, Aien? Tgk midnyte lagi. Heheh. Tak tgk lagi cite tuu. Taktau nak komen apaaaaa :'((

    Cehh, padahal mmg dah bezaman gila tak tgk2 wayang ni :P

    ReplyDelete
  11. si Ironman mmg begitu..
    eh napa aku tulis mcm aku kenal ngn Ironman ni..
    haha

    ReplyDelete
  12. yelah semua org dah tengok cite ni sis je belum tengok uhuk2

    ReplyDelete
  13. huwaaaaaa...=(..jeles ni..xde mse nk tgk wyg la...asyik kje je..blik lewat..nk ngis ni..

    ReplyDelete
  14. kura : ooo berrr...kengkawan berr sepawagam dengan akak :D



    kancil : harus ditonton tu...aksi yang best!! hehe

    ReplyDelete
  15. kazman / sue : yup...memang best dengan sound system & skrin besau punyaaa...hehe



    kak zakie : hehe...best la, lagi best dapat izin mak sebab tengok midnight movie.. :D

    ReplyDelete
  16. remyhazza : best la..dah lama tak tengok, abang remy dah tengok battleship so sy tengok the avengers la...baru adil.HAHA.



    ezad : a'ah..iron man tu buat orang geram dan ketawa jee...hehe..


    >Captain Amerika hero tua tapi kelihatan muda hensemmmm :D

    ReplyDelete
  17. zera : a'ah zera....tapi rerasa memula pun dah best...last2 lagiii best :D



    Boni : ramai yang cakap..betul la tu.. :D

    ReplyDelete
  18. cikgu ma : putar belit pada yang mudah terpengaruh je kak...kita tengok sekadar suka2 je, ada akal boleh fikir :D


    Liyaa : eleh kak..berjimba la sangatkan...nanti akak download la guna lappy baru kaler hitam + pink tu...haha~

    ReplyDelete
  19. alien : amboi...macam kengkawan je dengan iron man...ke entah2 ko angkatan tentera chitauri si loki...haha



    sis : ada masa lagi sis...hihi..



    eyda : masa cuti pergilah :D

    ReplyDelete
  20. haritu nk p tgk, skali dah full booked. so tgk battle ship je la.... :D

    nnti next time la baru leh tgk avenger ni :D

    ReplyDelete
  21. jika ada kelapangan akan tengok...kalau tidak pun terpaksa tunggu di Astro dan paling pun tunggu DVD nya

    ReplyDelete
  22. bestkan citer nih..haritu tgk kt GSC DP pon kena amik masa yg last sebab full...

    ReplyDelete