ASAL USUL "DARUL"






Tadi sahabat sehingusan baru dapat tahu dia dapat panggilan menduduki peperiksaan untuk jawatan Pegawai Tadbir Diplomatik (PTD). Mula la dia merangka perancangan dalam masa yang singkat untuk study apa-apa yang patut sebelum menjelangnya hari peperiksaan pada 12 Mei 2012. Disebabkan kami bekerja di syarikat yang sama, maka aku dengan rela hati tawar diri bantu dia study sambil-sambil aku sendiri dapat ilmu sekali. 



Bla...bla...bla...kami buat revision berkenaan PERLEMBAGAAN dan KENEGARAAN. Pusing sana pusing sini masuk pula cerita pasal Institusi Raja-raja berkenaan YDPA, berkenaan Sultan setiap Negeri, lepas tu entah macam mana....entah bagaimana.....cehhhh dah macam iklan cerita Saladin la pulak, sahabat sehingusan bertanya "Kenapa semua negeri ada DARUL???". Amboi sangat soalan dia, tapi ok la at least boleh buat aku mengkaji dan terus mengkaji untuk cari jawapan.


 





- DARUL -


Seperti yang kita ketahui setiap negeri ada darul masing-masing sebagai contoh Kelantan Darul Naim, Johor Darul Takzim, Kedah Darul Aman, dll kecuali Perlis Indera Kayangan, Melaka Bandaraya Bersejarah, Sarawak Bumi Kenyalang dan Sabah Negeri Dibawah Bayu. Bagaimana dengan Pulau Pinang??? Mengikut carian aku terjumpa "Pulau Pinang Darul Mutiara" yang ini aku mohon maaf sekiranya tersalah sebab aku sendiri kurang tahu dan tak pernah dengar pun pasal Darul Mutiara. 










Dulu masa zaman sekolah rendah cikgu ajar tentang negeri-negeri melalui Kajian Tempatan, cikgu cakap DARUL membawa maksud apa ntah aku tak ingat tapi penerangannya macam "rumah" yang sekaligus membawa pengertian setiap negeri adalah rumah atau tempat tinggal kepada setiap rakyatnya. Itu penerangan cikgu secara mudah mengikut kesesuaian peringkat umur aku dan rakan-rakan ketika itu. Kalau dari sudut ejaan boleh rujuk diruangan komen (1st Komen : Cikgu Ma)Sekarang bila dibangkitkan semula oleh sahabat sehingusan aku berjaya jumpa sedikit maklumat melalui Carian Forum (KLIK SINI) dan melalui Pusat Rujukan Persuratan Melayu (KLIK SINI) berkenaan Asal Usul Darul. Sekiranya korang ada sedikit info tambahan berkenaan hal ini silalah jangan segan-segan tinggalkan komen kongsikan ilmu. Sekian. JUMPA LAGI.



22 comments:

  1. kalo dari sudut ejaan sebenarnya salah..bukan darul tapi D A R -->دار contohnya kita nak tulis darul aman --> دار الأمان...
    darul dibaca apabila kita sambung dengan perkataan selepas D A R yg mempunyai Alif Dan Lam...sekian pembelajaran kita pada hri ni...hehe

    ReplyDelete
  2. haha...terima kasih kak ma, itu jawapan dari sudut ejaan...bertambah ilmu ni...hehehe...jawapan dari segi maksudnya pula dari asal usul pada zaman tanah melayu dulu2, kehadiran Islam yang dibawa para pedagang Arab menjadi pencetus penggunaan darul ni...kalau tak silap saya la, saya masih mengkaji cari jawapan...heeee

    ReplyDelete
  3. yui : begitulah agaknya yui, masih mencari jawapan...

    ReplyDelete
  4. sumpah takthu. hahaha... baru tahu ni ha :D nice2

    ReplyDelete
  5. oooooooooooooooooooo panjang punye

    ReplyDelete
  6. Tak pernah tahu dan tak pernah terpiker nak tanya soalan macam ni. Haha!

    Dulu pernah gak sekali amek exam PTD, tapi gagal. Haha! Sekali je lah try. Mmg taknak sgt pun. Yg dpt sekali tu pun husband yg applykan senyap2. Hehe. Btw, eventhough mmg tak mengharap, it was such a nice experience jugak laaa. Hehe :P

    ReplyDelete
  7. seriously saya pun tak tau pasal ni

    ReplyDelete
  8. dasat jugak soklan dia tanya yek.. sib baik tak tanya syarikat paling besar kat dunia.. Amerika syarikat.. hehe..

    ReplyDelete
  9. hehe makasih selama ni tk kisah pun pasai Darul tu.

    ReplyDelete
  10. kura : oooo...dah tahu.. :D


    mira : hehee...ok sekarang dah tahu kan... :D



    iffah : fuffohhh..panjang punya... haha

    ReplyDelete
  11. Liyaa Mf : haha..itulah kak, kawan saya tu suka tanya soalan pelik, tapi kadang yang pelik yang seronok dikaji...tambah ilmu :D


    PTD memang ramai cakap susah ek... kali ni kawan saya akan lalui, n paling syok kak long saya pun rupa2nya dapat juga....study ler ramai2, saya tolong je, esok2 kot sy dapat senang...hehehe...pengalaman yang penting, berhargaaaa :D

    ReplyDelete
  12. Boni : biasalah boni tak semua benda kita tahu dan tak semua benda kita tak tahu...hehe


    Pondok Usang : OK.kelakar nau syarikat paling besar....memang besar la Amerika Syarikat tu...HAHA.


    Ed : sesama kasih ed...kasihmu diterima pakai..haha

    ReplyDelete
  13. betul ker pulau pinang darul mutiara.....
    yg selaly remy dengar.\pulau pinang pulau mutiara.....

    ReplyDelete
  14. Tak tau ni. Sejarah dulu pun kantoi

    ReplyDelete
  15. Kancil mengetahuinya namun sudah lupa...hehehe..dah tua rupanya..

    ReplyDelete
  16. pulau pinag aku pun tak tahu .. takkan darul putiara pulak :)

    ps: sori jarang singgah sini.. sya pakai broadband susah nak load blog blog yang di linkkan dgn G+.. sama mcm blog zuan dan cigu ma.. sori..

    ReplyDelete
  17. Melaka Darul Azim =)

    ReplyDelete
  18. Sebenaqnya. Pulau Pinang xdak Darul. Sbnqnya adalah Pulau Pinang Pulau Mutiara. Ceq bkn oqg Penang tp oqg Kedah

    ReplyDelete
  19. Sebenaqnya. Pulau Pinang xdak Darul. Sbnqnya adalah Pulau Pinang Pulau Mutiara. Ceq bkn oqg Penang tp oqg Kedah

    ReplyDelete
  20. Sebenaqnya. Pulau Pinang xdak Darul. Sbnqnya adalah Pulau Pinang Pulau Mutiara. Ceq bkn oqg Penang tp oqg Kedah

    ReplyDelete