Posts

Showing posts from May, 2012

OTAK KIRI OTAK KANAN

Image
Orang kata fungsi otak kiri dengan otak kanan berlainan. Nak tahu lain yang macam mana korang boleh tengok penjelasan gambar dibawah.





Aku alergik nombor tapi selalunya hujung-hujung bulan terpaksa hadap juga, kalau tak nak alamatnya memang sengaja la cari point nak kena buang kerja. Hari ni seharian kena hadap dan hadam nombor-nombor sampai aku rasa otak aku macam letih dan minta didodoikan barang seminit dua. Sekian aku nak sambung kerja. JUMPA LAGI. =_="

KAYU UKUR KESUBURAN

Image
FASHAR SANDAL : Aajron...Aajron...adik-beradik Aajron berapa orang??
AAJRON ABU : 10 orang jerr....
FASHAR SANDAL : What??!! 10 orang jerr....subur gilerrr...
AAJRON ABU : Err....subur ke??


Dialog hanya contoh sahaja. Terbiasa sudah masyarakat melabelkan bab bilangan adik-beradik atau anak-anak yang ramai sebagai subur. Apakah dengan bilangan sahaja sudah cukup dijadikan sebagai penanda aras kesuburan??? Selalu sangat aku kena macam ni, maklumlah adik-beradik ramai. HEHE.






Lagi satu masyarakat suka jadikan kayu ukur subur ialah dengan darjah kepanasan bekas tempat duduk...errr faham tak??? CONTOH :Zuber duduk diam-diam di atas sehelai kerusi library. Sesudah habis menelaah pelajaran di library hampir 2 jam tak bergerak-gerak lalu Zubir pun bangkit membangunkan diri. Sejurus sahaja Zubir bangun terus kerusinya diduduki oleh Mamat dengan rakusnya. Tiba-tiba "Panasnya bekas punggung kau di atas sehelai kerusi ini Zubir....ini menandakan engkau subur!!" dengan lantang dan yakin Mamat …

CINTA IBARAT ANGIN TAK NAMPAK TAPI RASA

Image
Amboi tajuknya. Mukadimah apakah yang sesuai nak kupas tajuk??? Angin tak nampak tapi sentuhannya terasa dikulit. Cinta tak nampak juga tapi kehadirannya dapat kita semua rasa dihati.










Kata-kata indah tentang cinta bersepah sana-sini. Semuanya indah-indah dan manis bak gula batu. Tetapi disebalik lambakan madah cinta yang manis ada yang kata cinta itu kejam.


Kejamkah cinta???



(JAWAPAN) || || || || || VVVV VVV VV V





************************************


Sesekali hidang entri cinta apa salahnyakan. Buat yang pernah, telah, akan dan sedang PUTUS CINTA usahlah bersedih terlalu lama ya, buat rugi masa je korang bersedih sedangkan sebaliknya pihak lagi satu tu sibuk berbahagia menganyam cinta dengan orang lain. Sekian. JUMPA LAGI. 


P/S : Gara-gara bagi pinjam telinga kat insan sekeliling yang sedang putus cinta maka terbitnya entri corak begini. Semoga korang kuat!! Bersedih sekejap-sekejap sudahlah.


HERO TAMIL

Image
Ketawa sorang-sorang bila tengok album lama. Sekali terselak gambar masa Form 6 dulu, aku tertengok muka sorang kawan yang dikenali sebagai Udin singkatan nama dari Muhammad Rizaludin. Dia Mamak dan memang bersahabat dengan hero tamil sejati merangkap classmate aku juga iaitu dak Micheal, Sivaraj, Mohan dan Ratish.





Pada suatu hari masa 6 tahun yang lalu GPK HEM datang ke kelas 6A1 dan 6A2 untuk jumpa semua pelajar Melayu yang tak berapa nak ramai masa tu yang adalah dalam 13 Orang kerana majoriti Cina sebab SMJK bukan SMK. Udin juga tidak terkecuali, turut dipanggil sama. Masa nak berkumpul kat luar kelas boleh pula si Udin ni cuit-cuit bahu aku :


"Aien....cikgu nak jumpa pelajar Melayu je kan? aku sekali ke???"

"Yelah...kau sekali la, kenapa??"

"Aku bukan Melayu....aku kan Mamak..."

"Errr....." 


Ternoktah disitu persoalannya terus aku suruh Udin diam, ikut dan dengar je apa GPK HEM nak sampaikan. Rupa-rupanya nak suruh kami sertai Perkhemahan Ibad…

Sehari Sebagai Suri-Rumah Sepenuh Masa

Image
Masa aku off-day baru-baru ni mak takde kat rumah atas urusan persatuannya maka terpaksalah aku ambil alih tanggungjawab uruskan rumahtangga dari A sampai Z untuk sehari. Kalau mak ada aku tolong mana-mana yang patut jelah, ini seawal pagi mak dah keluar maka kenalah buat semuanya sorang-sorang. 



-ENTRI PANJANG HARAP MAKLUM-

Adik-adik dah pergi sekolah sesudah sarapan aku terus kemaskan pinggan mangkuk atas meja, lepas tu start motor nak hantar adik lagi sorang tunggu bas dia nak balik Sg.Besi. Hantar sambil tunggu dia naik bas baru aku balik.

Sampai rumah cari baju-baju kotor jalankan mesin basuh dan sidai dulu mana yang dah siap. Maklumlah ahli keluarga ramai maka baju-baju dibasuh 2 trip. Sudah sidai baju terus sambar penyapu dan mulakan kemas-kemas rumah, lipat toto kemas bantal tempat adik-adik tidur sementara tunggu mesin basuh trip kedua siap. Elok-elok siap mengemas rumah mesin basuh pun siap terus jelah sambung sidai baju lagi.

Masuk rumah kemas dapur pula dalam pukul 10 pagi …

AIR MATA

Image
Setiap tangisan tidak kiralah apa penyebabnya pasti akan menghasilkan AIR MATA. Siapa yang tak pernah menangis silalah menangis untuk kenal apa itu air mata. Kalau susah nak menangis tanpa sebab, rajin-rajinlah ke dapur cari bawang dan kupas sampai menangis. 





"Kenapa entri pasal air mata? Kau menangis ke Aien??"Ehhh..mana ada menangis, kenapa? nak kena menangis baru boleh buat entri macam ni??? HAHA. Aku memang jarang-jarang menangis tanpa sebab. Tapi kalau dah termenangis memang susah nak stop, mungkin sebab jarang-jarang. Kadang sampai paksa diri untuk stop tapi tak boleh. Kalau ada yang bertanya "Kenapa menangis ni..." pasti "Waaaaa....." jadi jawapannya. Korang pula bagaimana??





Kadang ada orang tengok drama sedih mudah sangat berjurai-jurai air mata mengalir. Kadang ada orang Fruit-Heart tak call tak SMS menitik-nitik air mata rindu. Kadang ada orang bergaduh sampai hati terlalu sakit campur geram terus menangis tak ingat dunia. Macam-macam sebablah lag…

SEBAB APA PILIH YANG LAMBAT???

Image
Rentetan dari MAK BAGI KEBENARANuntuk aku bercuti dirumah STACY ANGIE (perasan) ada yang komen "2013?? Lambatnya??". Memang lambat pun, lagi pula promosi Free Seat dari Air Asia ini untuk Travel Period Januari 2013 - Mei 2013.







Melalui kata sepakat kesemua yang nak pergi, sesuai sangatlah bulan Mei 2013 dipilih sebabnya kami semua ada masa yang banyak nak kumpul duit. Maklumlah ekonomi masing-masing asal boleh je, jadi haruslah bila pakai baju ukur badan sendirilah kan kan kan. Kalau berduit lebih harga mahal melambung pun boleh je kami redah janji dapat bercuti. Biar lambat asal bercuti bak kata dipatah-patah. Kalau ada rezeki terlebih kami ingat nak singgah Brunei Darussalam. Sekian. JUMPA LAGI. 


EXTRA
-TIPS PERCUTIAN BAJET-


P/S : Mak bagi kebenaran sahaja, tidak duit perbelanjaan. HAHA.

MAK BAGI KEBENARAN

Image
Petang Isnin yang lepas kawan aku SMS "Weh....ko nak pergi Sabah x?? Tiket pergi balik murah giler..." Membaca SMS tersebut membuatkan aku terkesima barang sebentar.


Gosok-gosok hidung terus tanya mak "Mak...boleh tak orang nak pergi Sabah??" Agak aneh soalan di petang yang indah itu jika dibandingkan dengan hari petang-petang yang biasa menjadikan respon Mak aku "Sabah??!". 


"Iye mak...Sabah...." Maka berbual la kami dua beranak dengan lebih lanjut.




OK cantekkkkk...Mak dah bagi kebenaran.


Haruslah minta kebenaran mak dulu sebabnya aku masih dibawah jagaan mak selagi belum bersuami. Bagai orang mengantuk disorong bantal busuk aku balas SMS menyatakan "AKU NAK". Itu ini sebabkan aku pergi Shah Alam baru pagi tadi ada masa Booking Ticket secara Online di www.airasia.com. Murah-murah je tiketnya masa promosi, dah macam beli sandle Crocodile 2 pasang je aku rasa. Pejam mata je bayar duit walaupun sekarang dah tengah bulan. Takpe duit boleh d…

BALAS KOMEN DI ENTRI

Image
Entri lepas Tahniah Adik | Wordless Wednesday #17punya komen yang ada sifat soalan ataupun jelas  tanda "?" kelihatan akan dijawab khas dalam entri ini. 


Iffah Afeefah said...wah tahniah adik. err adik ke.


Aien reply... a'ah adik kita la Iffah, adik yang tak macam adik sebab ramai orang ingat dia abang kita. kakak dia awet muda kan? HAHA.

Lea Isnawisaid...
tahniah adik aien. nak ngorat boleh? wiwit.
Aien reply... boleh apa tak bolehnyaaa...ada 4 kekosongan. wiwit dapat la aku adik ipar pakar forensik gitu. cantik pastu pandai bedah ikan bedah ayam pastu masak-masak. untung ni pakej lengkap. HAHA.


afzalsukasukisaid...
adik? yg mana satu adik ni? ke nama dia mohd adik bin mohit?


Aien reply... mana tahu nama manja dia adik bin mohit ni bang long? haaa... skodeng mykid lettewww.HAHA.


Ym.Bundlesaid...
congrats gak..yg sebelah kiri adik tu sapa? kim salam kat beliau..hahaha.


Aien reply... kim salam je? ok. "mak...cikgu bundle kim salam....". UPAH 20sen mana? 


Cikgu Masaid...
tahn…

TAHNIAH ADIK | Wordless Wednesday #17

Image

HARI MAMA

Image
Sebalik isu soal haram atau halal "MOTHER'S DAY" dan rungkaian selanjutnya yang boleh korang semua RUJUK SINIuntuk nilai sendirisuka untuk aku nyatakan bagi aku SETIAP HARI MERUPAKAN HARI IBU.




Malam tadi aku sekeluarga meraikan dua orang "mama" dirumah iaitu Mak & Kak Long dengan niat hanya nak menggembirakan mereka dan buat mereka terasa lebih dihargai walaupun mereka sememangnya dihargai setiap masa, saat, detik, ketika, waktu dan sebagainya. Senang cerita mereka berdua diraikan sebagai penghormatan tambahan. Serupa macam matematik, matematik tetap matematik cuma bila ada tambahan akan jadi matematik tambahan. Mengerti??? Teori mana kau kopipes ni aien??? HAHA. (Maafkan saya). Sekian. JUMPA LAGI.




TUTORIAL SEMAK STATS ENTRY

Image
Semalam buat entri khas mengenai Pageview sambil-sambil tu minta kena kritik sebab nak tahu pandangan pengunjung memandangkan bulan depan genaplah blog ini berusia setahun tapi macam tak dapat sambutan sangat. Apa boleh buat bumi ini bulat-bulat. Baru nak kaji mana yang kurang supaya boleh diperbaiki. Dulu kalau kat Padang Kawad nak perbaiki penampilan sendiri masa berpakaian Full-U mesti rujuk kawan sebelah sebab kawan sebelah merupakan cermin kita. Kini kat Padang Blog harap-harap adalah cermin yang sudi pinjamkan pantulannya supaya dapat perbaiki mana yang patut. Kalau ikut pandangan mata sendiri takut syok sendiri. HAHA. Melalut apa ni Aien. Mari teruskan berbual ikut tajuk :-

1) Login dulu masukkan email dan kata kunci korang seperti biasa.

2) Dashboard sekarang berwajah baru jadi sila fokus bahagian kanan disebelah atas.



Klik "More options"


3) Pilih "Stats" dan klik.



4) Bawah "Stats" terdapat beberapa pecahan lain seperti "Overview", "Pos…

SETAKAT INI SAHAJA

Image
Entri lepas berkenaan gelagat Daus dengan K***K dia yang melecur.Entri kali ini aku dah set dalam otak nak buat entri berkenaan status blog dari sudut Pageview memandangkan salah satu entri aku agak mengejutkan jiwa raga bila aku godek-godek dashboard yang berwajah baru. Baru berkira-kira nak buat tapi seorang blogger retis kegemaran ramai Wak Apjal telah mendahului dengan ENTRI INI

*************************

"Tahniah Abg Long diatas pencapaian 10 Entri Pageview Tertinggi. Kak Ngah ucapkan selamat maju jaya dan terus-terusanlah menulis kerana Kak Ngah percaya jika Abg Long tidak menulis Abg Long pasti sunyi sesunyi enjin yang tak berbunyi........"
-aien-
*************************


Inilah yang mengejutkan jiwa raga, tapi aku nak ingatkan bahawa bukan niat aku tepek gambar atas ni nak menunjuk-nunjuk. Aku memang tak pandai bikin entri ber-SEO-SEO bagai. Ini semua hanyalah satu kebetulan sahaja entri GADIS & SKIRT LABUH dapat 6,096 Pageviews. Buktinya??? Entri lain ciput jeeee t…

BUKAN K * * * K

Image
Dekat rumah kalau minum air panas (teh / kopi / nescafe) yang betul-betul panas sepanas air baru dijerang semuanya tahulah siapa yang buat "Mesti dak Aien yang buat ni....". Aku jenis kalau bancuh air panas memang tak campur dengan air kurang panas.





Tujuan aku buat air panas-panas adalah untuk melatih sifat sabar menanti dikalangan ahli keluarga dimana mak, adik-adik, kakak, abang ipar dan anak buah serta anak jagaan mak dilatih secara tidak langsung dengan menanti air panas jadi air suam-suam kuku baru sesuai untuk diminum.


"Banyaklah kau punya melatih....."


"Padahal malas nak campur air suam sikit kannnnn....." 



****************************************


HAHA. Yup aku mengaku malas nak campur tapi rajin buat. Petang semalam punya cerita waktu minum petang aku buatlah Teh 'O' panas kegemaran semua. Lepas tu kan kan kan anak jagaan mak aku kan nama dia Daus kan dia kannnnn cakap macam ni : -





"Angah ni wat air panas-panas je kan, melecur kahak aus taw…

Lastik Cicak??? | Wordless Wednesday #16

Image

MAIN MATA

Image
Kawan aku......anak sulung dia belum genap setahun lagi tapi tak lama lagi akan bergelar Kak Long sebab nak dapat adik baru. Alhamdulillah.



Kawan aku....baru selesai buat Majlis Cukur Jambul anak sulung dia yang diberi nama Qaseh Dhia Qaleesya gara-gara demam cerita Tentang Dhia masa sarat mengandung.



Kawan aku....malam tadi singgah rumah ambil Casing-Hp yang ditempah minggu sudah, bawa hero sulung sekali dan bila terlepas dari dukungan habis melasak dan diselongkarnya perkakas jahitan. Semakin bijak dan sangat memahami setiap arahan Papa & Mama dia, siap kenyit mata kat aku sebelum balik.HAHA. Bestnya budak-budak, kanak-kanak, baby-baby semua ni......senyum.



Sekian. JUMPA LAGI.


ASAL USUL "DARUL"

Image
Tadi sahabat sehingusan baru dapat tahu dia dapat panggilan menduduki peperiksaan untuk jawatan Pegawai Tadbir Diplomatik (PTD). Mula la dia merangka perancangan dalam masa yang singkat untuk study apa-apa yang patut sebelum menjelangnya hari peperiksaan pada 12 Mei 2012. Disebabkan kami bekerja di syarikat yang sama, maka aku dengan rela hati tawar diri bantu dia study sambil-sambil aku sendiri dapat ilmu sekali. 


Bla...bla...bla...kami buat revision berkenaan PERLEMBAGAAN dan KENEGARAAN. Pusing sana pusing sini masuk pula cerita pasal Institusi Raja-raja berkenaan YDPA, berkenaan Sultan setiap Negeri, lepas tu entah macam mana....entah bagaimana.....cehhhh dah macam iklan cerita Saladin la pulak, sahabat sehingusan bertanya "Kenapa semua negeri ada DARUL???". Amboi sangat soalan dia, tapi ok la at least boleh buat aku mengkaji dan terus mengkaji untuk cari jawapan.






- DARUL -

Seperti yang kita ketahui setiap negeri ada darul masing-masing sebagai contoh Kelantan Darul Naim, Jo…