Pengalaman Di Tampoi 2 (Akhir)





SAMBUNGAN ENTRI LEPAS.....Hari Kedua :-

  • Aktiviti Public Speaking bermula seawal 0830AM. This time dah set dalam otak "Jangan bawa nota!!" duduk menanti tibanya giliran memang terseksa. Tiba giliran aku terus kedepan dan Alhamdulillah berjaya buat dengan baik selama 5 minit yang diberikan untuk ber-Public Speaking bagai. Masa habis terus muka legaaaa tak ingat...hahaha~




Kepada Liyaa Mf dan Lea Isnawi jawapannya ialah KENA BERUCAP 2X sebab Bahasa Melayu (Hari Pertama Pengucapan Awam) dan Bahasa Inggeris (2nd Day Public Speaking). Banyakkan bercakap kurangkan berdiam diri semasa LDK akan menonjolkan kita dikalangan ratusan calon dimata Pegawai Penilaian.



  • Selesai Public Speaking terus ke Aktiviti Persediaan Kerja Sosial dan selepas Zohor aktiviti Kerja Sosial berjalan selama 2 Jam dimana semua calon akan bekerjasama dengan Klien. Masa ni memang seronok sangat-sangat sebab diberi peluang mendekati para Klien dengan lebih dekat dan menyelami hati budi mereka. Terbit rasa insaf mengenangkan mereka-mereka yang telah tersilap langkah tersalah percaturan sehingga terjebak dalam kancah penyalahgunaan dadah. 


Input tambahan yang aku perolehi sepanjang Aktiviti Kerja Sosial kebanyakkan daripada Klien menjadi penagih berulang adalah disebabkan faktor persekitaran dan juga tanggapan negatif segelintir masyarakat, mereka ada kemahuan untuk berubah namun seringkali kalah dek layanan dan kata-kata nista yang dilemparkan. AKU BENCI ORANG YANG BERLAGAK SUCI DAN SUKA MENGHINA ORANG LAIN. Sepatutnya perlu ada semangat "Ubah diri sendiri agar mampu mengubah orang lain." Tapi aku tahu itu semua hanya angan-angan semata, sukar untuk mengikis persepsi manusia dalam sesetengah perkara. >Mengeluh<


  • Selesai Kerja Sosial semua calon kena buat Laporan Bertulis dan menyerahkan Borang Kehadiran Aktiviti sebelum bersurai.

  • Sebelah malam aku tak keluar kemana-mana sebab penat dan hanya menonton ABPBH 2012 dan packing barang-barang sebab keesokkan pagi nak kena kejar bas 0800 AM balik Melaka. 


Sekian sahaja perkongsian Pengalaman Di Tampoi. Tunggu result dan kalau dapat Alhamdulillah memang ini rezeki yang diberikan Allah S.W.T dan kalau tak dapat aku akan jadikan Pengalaman Di Tampoi sebagai sebuah pengalaman paling berharga dikalangan pengalaman-pengalaman berharga aku yang lain. Hidup harus sentiasa optimis dimana aku dah berusaha semampu yang boleh dan sekarang tiba masa bertawakal sepenuh jiwa. JUMPA LAGI. 



20 comments:

  1. alhamdulillah dh selesai.. yahniah aien..moga ada peluang nnt..k.yana doakan yg terbaik utk aien..

    ReplyDelete
  2. All the best ya, Aien! Insyaallah if rezeki ni memang ditetapkan untuk Aien, tetap akan ada. If bukan untuk Aien, maknanya ada yang lebih baek menanti.

    Yang itu, jadikan pengalaman berharga kan?

    Semuga dapat berita gembira! :D

    ReplyDelete
  3. all the best ye cik aien gojes. :)

    ReplyDelete
  4. pergh..terbaaeekkkk.. public speaking tu

    ReplyDelete
  5. Insya-Allah bolehlah tu... kakak doakan yg baik berpihak pada aien

    ReplyDelete
  6. yg penting dah cuba sedaya yang boleh..cume berdoa n berserah je skrg ni

    ReplyDelete
  7. insya`Allah dapat tu..
    3rd stage ade x?

    ReplyDelete
  8. aien lain kali mai johor bagitau awal-awal. hhaha boleh lepak sama kl sudi lah kan =D

    ReplyDelete
  9. mengerunkan je

    best la ain dh lepas

    mine coming soon

    huhuhu

    ReplyDelete
  10. skurgnya dah berusaha kan..good luck ya..

    ReplyDelete
  11. mak aih ain ni ape ni??apa..apa??? den tak paham?? ada tertinggal sesamting ke?

    ReplyDelete
  12. all the best la aien......
    doakan yg terbaik....

    ReplyDelete
  13. aku sngt setuju dgn ayat ni..

    Sepatutnya perlu ada semangat "Ubah diri sendiri agar mampu mengubah orang lain."

    best je kerja sosial mcm ni kan..

    ReplyDelete
  14. uihhh cecayok and doa jela ye...

    ReplyDelete
  15. takde ujian fikizal ke untuk PAC AADK ni?

    ReplyDelete
  16. if tak keberatan, boleh tak aien share antara tajuk public speaking a pengucapan awam tu..sbb sye pon nk exam gak this week, seriusly nervous sbb sye bukan jenis pndai nk public speaking, confirm blur nnti

    ReplyDelete
  17. Nurul Atiqah & Syera :


    nak komen secara personal dekat korang berdua takde link nak di klik...jadi harap sangat korang terbaca kat sini ea....ujian fizikal lari2 macam PAC lain (Bomba cthnya.) takde digantikan dengan Kerja Sosial (Baju Sukan) tajuk Pengucapan Awam berkaitan dengan dadah banyak... Public Speaking general macam Sport, Environment, Social, etc.(Maaf tak boleh dedah sangat so prepare jelah ye...GOOD LUCK )

    ReplyDelete
  18. okay thanx alot aien for d info..

    ReplyDelete