My Ex-Roomate





Masa kat Tampoi (Pengalaman Di Tampoi) aku terjumpa coursemate merangkap Ex-Roomate semasa di Kolej Anggerik UiTM Shah Alam. 



Menggamit memori sungguhlah pertemuan yang tidak diduga. Hari-hari melantak Strawberi, Nazura nama diberi. Aku panggil Zura je. Masa LDK kami langsung tak sama group bila waktu rehat jelah dapat bergosip-gosip dan update info terkini perihal diri masing-masing. Mari tengok gambar sebelum sambung bergosip. Eh!!




Aien Not Alien berbaju hitam
Nazura berbaju Merah (depan)

*Gadis belakang tak kenal & aku malas nak crop gambar. 


Tengok gambar apakejadahnya berpakaian sukan siap ber-handbag bagai, sebenarnya waktu ni sebelah pagi berpakaian formal, sebelah petang berpakaian sukan jadi usah pelik. Ada sesiapa kenal ini Nazura??? Manalah tahu kot-kot ada yang kenal, Malaysia ni kecik je kadang pusing-pusing "Kawanmu Kawanku Jua". Ex-Roomate aku ni budak Batu Pahat, Johor dan kami sebaya bermakna suku abad sudah. Sama-sama bujang. Kalau-kalau ada yang pergi Wet World Batu Pahat lepas tu terjumpa Zura tegur je, dia ni peramah dan mesra alam orangnya dan sesuai dibuat menantu....ececehhh promote kawan nampak. Sekian. JUMPA LAGI.



5 comments:

  1. Ehh, Aien! Samalah kita UiTM Shah Alam. Tapi dulu duk Kolej Teratai & Mawar je, Anggerik tak pernah. Ececeh! Tapi Aien ni mesti Junior ni :P

    ReplyDelete
  2. seronok kan bila jumpa member lama...

    ReplyDelete
  3. remy dok kat jati.....
    nape kita kat jumpa dulu aien.....
    op's.... lupalak... lain tahun....he3

    ReplyDelete