Muncul Kembali





4 hari genap tak bersosial dilaman sosial disebabkan aku mengikuti Pre-Assessment Center (PAC) selama dua hari dan baki lagi dua hari merupakan perjalanan pergi dan balik. Turun naik pengangkutan awam memang lain macam sikit jauhnya dan memakan masa walaupun jarak antara Melaka - Johor tidaklah jauh mana kalau nak diikutkan.



Ditambah lagi dengan beban angkut baju-bajuan, kasut sukan, kasut formal, handbag, fail dokumen, dan segala macam barang lagi memang mencabar. Untunglah siapa yang datang naik kereta oiii...haha~ Nasiblah muat aku dengan barang disumbat dalam perut bas, kalau tak muat terpaksa tumpangkan atas perut driver bas. Eh!!



Akan datang dilain masa kalau terajin aku akan kongsikan pengalaman sepanjang PAC di Klinik C&C 1Malaysia Tampoi yang merupakan Zon Selatan dimana semua calon Johor, Melaka & Negeri Sembilan ditempatkan untuk Siri 1/2012. Ada lagi 3 siri mengikut Zon dan di Zon Pantai Timur nanti Blogger Lea Isnawi akan menjalani PAC yang sama macam aku lalui. 



Makan donat duduk beralas,
Bila penat jadi malas......



Jumpa lagi lain kali, 
Kalau rajin aku BW sana sini.......daaaa~







9 comments:

  1. ni baru betul macam alien... kejap ada... kejap tak de... haaa3x

    P/S: berehat amat dituntut setelah kita penat... jadi rehatlahh..

    ReplyDelete
  2. Haha. Aien, ikut kursus PAC rupanya? Ingatkan tuhary interview je? So how was that? Ohh, tunggu next entry ye? Okeyy2! :P

    Btw, sempat jalan Pasar Karat tak? Ahaha :D

    ReplyDelete
  3. berehat sebentar bersama aien...hehe

    ReplyDelete
  4. makan beras mana boleh
    kerja keras jangan toleh

    tanak nasi buat berkat
    penat beraksi sekarang berehat

    ReplyDelete
  5. oh kat tampoi eh?
    dah penah pergi sana taun lepas
    bangunan baru lagi kan

    mine next week.
    nebes2

    hehe

    citer taw pengalaman PAC tu

    ReplyDelete
  6. he3.... alien dah kembali......
    welcome back aien.....

    ReplyDelete
  7. selamat kembali...semoga dipermudahkan urusan kamu...apapun, kami sentiasa menanti...

    ReplyDelete