KUAT BERBUAL






Aku jenis manusia yang ramah bertempat, suka berbual dengan sesiapa sahaja yang boleh dilawan berbual tak kira peringkat usia. Kalau tercampak mana-mana kiranya mudah untuk aku sesuaikan diri. Aku suka BERBUAL dengan orang tapi aku tak suka berbual dengan orang yang "KUAT BERBUAL". Berbual berkepak-kepak habis semua dikipasnya dengan kepak.








Kerja aku sekarang ni banyak berurusan dengan orang ramai membuatkan aku mula mempelajari serba sedikit ragam manusia. Dalam ramai-ramai orang yang aku jumpa jenis yang "Kuat Berbual" adalah dikalangan jantina tettttttt rahsia. Berbual habissss la dengan dorang ni, habis idea aku yang logik dibantainya, mentang-mentang la aku muda, mentang-mentang la aku perempuan. Eh!! Pengalaman yang menjadi ukuran kematangan sebenarnya bukan usia bukan jantina. Tapi dek mengalah sebabkan hormat aku diamkan je walaupun kadang hati memberontak.



Mak pesan "Tak jadi kudis pun kalau berbual dengan orang Kuat Berbual..." pesan seorang kawan pula orang-orang Kuat Berbual ni ibarat "Cakap Berapi Kentut Berair...." layankan ajeee. 



**************************************


Kadang bila berbual dengan dorang buat aku rasa geram yang amat bila apa yang aku cerita perkara yang memang aku pernah buat itu dia juga pernah buat, bila aku cerita pengalaman macam ni dia pun pernah juga sampaikan kadang dia punya pengalaman lagi lebih sampai aku pelik macam semua benda aku buat dia pernah buat "Aku tiru dia atau dia tiru aku ni???" kahkahkah....konfius den~ Sekian. JUMPA LAGI.




*EDIT : SUKA BERBUAL ialah orang-orang yang ramah / mesra / ringan mulut dan yang sama maksud (bermaksud baik) bila berbual dengan orang sekeliling manakala KUAT BERBUAL ialah orang-orang yang terlebih ramah mesra / suka cakap besar / cakap tak nak kalah dan yang sama maksud dengannya bila lawan berbual dengan orang sekeliling. 

(Kamus Entri Aien Not Alien, 2012)




P/S : Mohon tiada salah faham kerana aku kurang pandai karang ayat untuk menyampaikan maksud dengan baik. Manusia pemahamannya lain-lain dan harap maaf andai ada yang terasa. 

14 comments:

  1. suka gak berbual..tp bnda yg okla..lau masuk part len,mmg over la tu..hihi.

    ReplyDelete
  2. hahaha...faham sungguh perasaannya macam mana..layan kan aje orang2 macam ni :p

    ReplyDelete
  3. ramai yg jenis mcm ni..x nak kalah

    ReplyDelete
  4. haaa3x... sapa la yg cakap berapi kentut berair tuu...

    ReplyDelete
  5. salam aien

    ramah tak apa ..

    jgn terlalu peramah sudah..

    ReplyDelete
  6. berbual berpada pada.kalau berbual dengan orang yang sekepala memang ngam dan menjadi lah kan..^_^

    ReplyDelete
  7. Miss Yui : kan...masuk part kipas lebih2 buat over tu~



    alien : baiklah...memang layankan ajer... :D



    Dylla : hihi...layankan aje kann..


    Phat : yup...memang tak nak kalah~


    Kazman / Sue : hahaha..orang yang Kuat Berbual la abang / kakak :D


    cinnamon : hahaha...itulah tu yang cakap ramah bertempat :D

    ReplyDelete
  8. okey sentap

    ske berbual

    abis la aien xske haha

    ReplyDelete
  9. iffah afeefah : ini sudah salah paham, suka berbual dengan "Kuat Berbual" berbeza sayammm... :p

    ReplyDelete
  10. hihi sis pun kuat borak jugak tau..dlam hostel tu sis lah yg pling pot pet2 haha

    ReplyDelete
  11. hahahaha..kalau terjumpa orang macam ni, kena banyak diamkan diri je.hehehe

    ReplyDelete
  12. shahz ade sorg yang member kuat berbual..kdg2 terpaksa buat bnde lain semata-mata tak nak dgr die ckp

    ReplyDelete
  13. tak salah berbual dgn org yg ramah nie.... adakala kita rasa bergitu dihargai... tak ler segan sangat... tapi kena tgk jugalah berbual mcm mana...kalau disulam dgn sesi ayam ketupat...baik kita blah jer.

    ReplyDelete