HORMAT & SAYANG





Semua dah tahu apa itu HORMAT-MENGHORMATI bukan? Kalau tak tahu dan nak tahu jangan malas-malas silalah KLIK SINI. Macam mana dengan SAYANG-MENYAYANGI pula?? Tak payah susah-susah klik sana klik sini hanya tepuk dada tanya diri sendiri sudah.



"Yang Tua Dihormati,Yang Muda Disayangi"



Jangan jadi lurus hanya hormat Orang Tua tapi Orang Muda tidak dihormati. Jangan jadi lurus hanya sayang Orang Muda tapi Orang Tua tidak disayangi. Konsep hormat-menghormati dan juga sayang-menyayangi seharusnya meliputi semua peringkat usia. Tiada pilih kasih.







************************************


Jika hanya yang tua sahaja dihormati......


Terjadi hal ada sorang kakak kerani kat tempat kerja aku menangis sebab terlalu geram bila kena marah didepan orang ramai oleh seorang pekerja lain (Pak Cik Tua) hanya kerana berlaku sedikit salah faham. Bila aku tanya, kakak tu balas "Akak tak kisah kalau kena marah sebab salah akak, tapi kalau nak marah janganlah marah depan orang ramai, lepas tu marah dengan beriya-iya benar macam nak menunjuk-nunjuk.......cakap jauh-jauh sikit dari orang ramai bukannya tak boleh....." Lalu sambung menangis meredakan perasaan dan hati yang bengkak.



Sumber : GOOGLE



************************************


Jika hanya yang muda sahaja disayangi.......


Masa zaman aku ulang-alik pergi kerja kat bandar naik bas ada sorang Atuk ni setiap hari tanpa gagal pergi ke bandar. Tak kira hujan lebat, tak kira panas terik dia mesti akan pergi ke bandar. Bila aku tanya, Atuk tu balas "Nak buat macam mana bila anak dah tak sayang, kenalah atuk uruskan diri sendiri...duduk rumah mana larat nak masak, itu yang hari-hari keluar makan kat kedai....." Begitulah Atuk setiap hari tanpa jemu. 



Sumber : GOOGLE



************************************


Dalam kita menjalani hidup sehari-hari sebenarnya ada terlalu banyak kisah disebalik cerita berkenaan hormat-menghormati dan sayang-menyayangi sesama manusia dalam pelbagai peringkat usia. Apa yang buruk kita jadikan sempadan, apa yang baik kita jadikan pedoman. Sekian. JUMPA LAGI.

22 comments:

  1. yeahh. ingat sikit rukun negara, kesopanan dan kesusilaan gituu. hehehh

    ReplyDelete
  2. bila ada konsep sayang menyayangi, hormat menghormati

    barulah aman dunia :)

    ReplyDelete
  3. dh nama pun saling sayang menyayangi.
    so,kne kedua-dua belah pihak.kalo bertepuk seblah tangan tak menjadikn!

    ReplyDelete
  4. bila orang ndak faham konsep sebenar...

    ReplyDelete
  5. didikan dr awal tu penting..baru dah besar ni boleh amalkan dgn mudah

    ReplyDelete
  6. rasanya aku fahami perasaan akak tu, sebab aku pun penah kena marah depan org ramai

    ReplyDelete
  7. Kadang2 kita lupa kan? Plus, kita selalu hormat & sayang ni ikut rasa jek. Kdg tak kepada sume org. Nampak sgt kaseh syg dlm hati kita ni sebenanye tipis.

    So, hormat & sayang ni tak perlu pilih2 kan? hormat & sayang je sume org :D

    ReplyDelete
  8. marilah kit ahormat semua orang :)

    ReplyDelete
  9. aah paling xsuka kne marah dpn org ramai..mmg akn terus bad mood satu hari. :(

    sian atuk tuuu :(

    ReplyDelete
  10. kancil menjemput untuk menyertai GA.

    http://kancil8349.blogspot.com/2012/04/blog-alyzafisolcom-giveaway.html

    ReplyDelete
  11. bila nak menegur, tegur cara elok labih mulia. tak perlu rasanya nak malukan pesalah di khalayak ramai. mungkin kawan aien tu tak sengaja

    bila si tua plak rasa tak diperlukan, itulah yang akan berlaku. nasib kita akan datang tak tentu lagi.hmm

    ReplyDelete
  12. kura : ingat semua Rukun Negara kan kannn.


    Lea Isnawi : betul tu...bila semua tolak ansur, hormat dan sayang sesama kita pasti aman...tapi biasalah manusia ni perangai lain2~


    ain farahin : yup...tepuk sebelah tangan takkan berbunyi, harus kerja sama kedua belah pihak...baik TUA baik MUDA.

    ReplyDelete
  13. kancil : betul tu...konsep dah betul cuma tak difahami dengan lebih telus oleh sesetengah pihak...



    Shahzcudin : didikan awal untuk membentuk... :D



    Lala : Yup...sayang lala juga. :D


    ed : aku pun paham, pernah kena juga....malu dah satu hal, geram pun ya juga.

    ReplyDelete
  14. Boni : thankz boni :D



    Liyaa Mf : betul tu....kadang terlupa bila emosi mengatasi akal, ikut nafsu marah sampai hilang kewarasan dan rasa hormat....nak elak semua ini haruslah tebalkan perasaan sayang dan hormat dalam diri.


    hormat dan sayang semua orang tanpa pilih kasih.

    ReplyDelete
  15. cik tikah : mari cik tikah...mari kita hormat semua orang + sayang juga jangan dilupa :D



    paani : yup...memang boleh jadi bad mood satu hari sebab manusia kalau tercalar emosi faham2 jelah..kesian atuk tu kannn :(



    kancil : insya Allah saya terjah GA tu kancil :D



    afzal : betul...kalau salah sekalipun air muka orang harus dijagakan.


    itulah....masih jauh perjalanan kita, entah macam mana hari esok kita nanti...hmmmmm

    ReplyDelete
  16. betol tu.. so , kite kena laa slg menghormati n menyayangi :)

    ReplyDelete
  17. setuju sangat... hidup kene saling menghormati dan saling menyayangi barulah heaven... kesian plak tgok atuk tu. haha... ape daa anak2 dia.

    ReplyDelete
  18. kalau nak disayangi kita kena mula menyayangi kan...begitu gak menghormati :)

    ReplyDelete
  19. nak marah, nak pujuk, nak merajuk kena ada adab nya......
    sayang org yg menyanyangi kita dan bukannya sayang org yg kita sayang....

    ReplyDelete
  20. love me or not??? kalo x kena tembak...hehe

    ReplyDelete