Cuti Tanpa Buat Apa-apa Selama Sehari





Kadang bila serabut sangat dengan pelbagai aktiviti yang mencuri masa sehingga sibuk 8 hari seminggu 25 jam sehari buat aku teringin sangat nak cuti ----> CUTI TANPA BUAT APA-APA SELAMA SEHARI. Angan-angan Mat Jenin jelah kalau dapat kan kan kannnn.



Pernah juga beberapa kali bilang begini dekat mak "Ma....anggap jelah macam orang takde kat rumah tau, konon-konon orang kerja...." sebab aku teringin nak bangun lambat bila bercuti dari kerja dan duduk bermalas-malasan atas katil lepas tu mandi bila dah kena sound matahari dah meninggi ditengahari, sudah lunch duduk goyang kaki tengok T.V dah malam masuk tidur dan esoknya bila bangun baru kembali normal semula. Malas sungguh angan-angan aku, sila jangan tiru semua.






Mak aku selalunya akan balas "Jangan nak mengada-ngada..." Erkkk....musnah angan-angan malas lepas tu macam-macam benda nak kena buat walaupun cuti. Tak perlu disenaraikan apa yang perlu dibuat nanti korang muak nak baca, cukuplah korang tahu sebenarnya aku teringin sangat-sangat nak cuti tanpa buat apa-apa selama sehari. Sekian. JUMPA LAGI.



P/S : Teringin tidak bermakna mahu semahu-mahunya...hehehe...


20 comments:

  1. ayat last tu puitis sgt. A+ zera bagi. hehe.

    Teringin tidak bermakna mahu semahu-mahunya. *bijak.

    ReplyDelete
  2. teringin nak pergi ofis tanpa buat apa2 kerja...wee

    ReplyDelete
  3. haha,,biasa kalau dah kat rumah,,tak de sape suka tengok kita bersenang lenang kan aien..hihi..

    rindu kamu!!

    ReplyDelete
  4. dulu2 abg remy pernah buat.... ambik cuti..... duk kat rumah tak kuar2 dari pagi sampai mlm...... terasa cam katak dok bwh tempurung......sekali sekala jer jadi kura2..... kuar kepala dari selimut......he3

    ReplyDelete
  5. sme r..kbtulan eyda cuti sok..tp ade je bnde nk kne settle kan..xbole nk bgn tido lewat r..ermm..

    ReplyDelete
  6. kita pun angan2 cmtu jugak..tp selalu kena buat kerja ghumah T_T

    ReplyDelete
  7. tapi klo cuti banyak tidur rasa rugi plak...kejap je masa berlalu rasa

    ReplyDelete
  8. amboi angan angan diaaaa. bukan main. hahha

    ReplyDelete
  9. Aien, Liya teringin bukan takat sehari. Kalau boleh nak banyak hari macam tu. Haha.

    Err teringin dan mahu semahu mahunya :P

    ReplyDelete
  10. agak2 kalau mak taknak tau awk tgh bercuti..awk cuma menyamar sebagai bantai pelok.masuk dlm sarung bantal peluk dan cuba berguling2 ke tandas kalau nak kencing.mesti takde sape prasan dan dorang anggap bantal pelok tu ditiup angin

    ReplyDelete
  11. zera eira : awww... T.Q cikgu bagi kita A+ gitu...kikiki



    Paris Lipton : hahaha...teringin juga macam tu :)



    Rifhan : tahu takpe...takde maknanya senang lenang masa cuti...haha


    rindu kamu juga makcik!! lama menghilang....huhu

    ReplyDelete
  12. alien : itulah tu...nak bercuti mana2 kos, nak senang duduk rumah je, tapi....haha



    remyhazza : amboi bang remy....betul2 dia buatnya, jadi katak & kura2 terus...hahaha



    eyda : itulah tu...macam2 urusan kan eyda kan...hehe

    ReplyDelete
  13. ed : cuti kita sibuk jaga adik + anak2 jagaan mak...terbaikkkk kan ed kan...hehe



    kancil : tidur cukup masa dah terbangun sendiri...tak boleh tidur lama2 pening la..huhu



    kak ma : amboi kak...excited benau nampaknya, tahulah dah habisss "diperhatikan" kikiki

    ReplyDelete
  14. lisa : amboi...angan2 malas kita sama...hihi


    shah : nak rehatkan badan je kalau boleh....tidur saja memang rugi..



    kura : amboi amboi amboi...kannn

    ReplyDelete
  15. Liyaa : haha...mahu semahu-mahunya ek, dapat sehari pun dah cukup bermakna kannn...tapi nak dapatkan sehari tu amboi...harapannnn sangat liyaa :)


    afzal : kahkahkah....tak terdaya nak lakukan, nanti mak ingat pocong disiang hari mahu kena cincang dengan pisau potong daging bila melintas nak pergi kencing masa mak prepare lunch didapur~

    ReplyDelete
  16. hahahahaha..kalau dapat buat macam tu, alangkah indah tak terhingga..hehehe

    ReplyDelete