CARA BUAT KUIH CARA





Mula-mula jamu mata dengan gambar Kuih Cara Manis

Sumber Gambar : Google


Lepas dah jamu mata haruslah sediakan bahan-bahan ikut resipi :


Kuih Cara Manis :

300 gram Tepung Gandum
1 1/2 Sudu Tepung Kastard
2 Cawan Air
1 Mangkuk Santan Pekat
1/2 Cawan Air Daun Pandan (Blender daun pandan dan tapis ambil airnya)
Sedikit Pewarna Hijau (Untuk cantikkan warna)
Secubit Garam
Gula Pasir

*Resipi ini tak guna telur sebab bancuhan dah guna Tepung Kastard.


Cara Membuat :

1. Bancuh semua bahan kecuali Gula Pasir dan kacau hingga sebati. Pastikan bancuhan tidak terlalu pekat tidak terlalu cair. 

2. Panaskan acuan diatas api sederhana, sapukan sedikit minyak atas acuan (tembaga / besi) kemudian tuang adunan dalam acuan dan biarkan seketika.

3. Sudukan sedikit Gula Pasir ditengah-tengah sebagai inti dan biarkan sehingga masak.

4. Angkat dan hidang panas-panas. Ulang semula langkah 2 hingga 3 sehingga adunan habis.


**********************************************

Begini CARA BUAT KUIH CARA sebenar :


Petang semalam balik dari kerja sesampai rumah tiba-tiba mak cakap nak buat Kuih Cara lepas tu nak masak lauk untuk makan malam lagi, jadi aku pun rela hati nak tolong supaya mudah kerja mak. "Biar orang buat kuih, ma masak lauk......" Bagusnya.....bakal menantu siapalah ni?!!



Sudah kupas kelapa dan siap mesin kelapa terus aku serahkan bulat-bulat kat mak untuk sesi bancuh adunan sebab......errr aku bagi alasan kalau bancuh nanti takut tak jadi. Bagus betul CARA aku buat KUIH CARA. Lepas tu mak jelah yang sudahkan dari sediakan bancuhan sampai masak kuihnya.



"Dah tu kau tolong apa Aien???" Tanya si hampas kelapa yang telah habis santannya diguna lalu dipinggirkan ditepian dapur. Katanya nak tolong, jadi tolong makan dan tolong masak lauk jelah. Takpelah labu janji tolong. Sekian. JUMPA LAGI.


17 comments:

  1. susah jugak nak buat kuih cara nie.... tapi ada satu cara jer... bwk duit pi kat gerai....terus makn.....he3

    ReplyDelete
  2. hihi,xpernh try..mana tau leh cuba pasni.

    ReplyDelete
  3. bancuhan sama mcm nak wat lempeng tp jangan cair sgt....pernah tgk mak buat....nak tunggu masak tu satu penyeksaan sabb acuan tu leh masak baper bijik je dlm satu2 masa....

    ReplyDelete
  4. Bakal menantu siapalah nie ye... hihi.. pandai helah nak buat last tolong aje ye... tapi menjadi jugak kan ha memang boleh jadi calon menantulah:)

    ReplyDelete
  5. kak tak pandai nak buat kuih ni..nnti boleh cuba.

    ReplyDelete
  6. dah lama dah tak makan kuih nii woo :0

    ReplyDelete
  7. Dulu tyme skolah suka gila makan kueh ni. Tapi dulu panggil Kueh Hijau je. Taktau plak nama dea Cara Manis. Haha :P

    ReplyDelete
  8. wahh... kalau tgk kuih macam ni dah tak sempat tengok resepi dah... capai kunci keter terus beli kat kedai je laa...

    ReplyDelete
  9. nak buat sndiri malas..aein buatkn lah ye? pstu pos kt cni..

    ReplyDelete
  10. sy tak pernah buat kuih sendiri...ingat nak belajar la

    ReplyDelete
  11. wah...menariknya.......... menaikkan selera.hehehe

    janji toolong.hehehe

    ReplyDelete
  12. tengok gambar dah buat kita lapar

    ReplyDelete
  13. hahaha...aein....akak terer ok buat kue ni...jgn jeles!!! :P

    ReplyDelete