Bila Hati Tersentap







Baru beberapa hari lepas cerita pasal hobi baru Jahit Felt-Craft sekarang ni terasa macam nak jahit mulut-mulut manusia pula. Aku terasa nak jahit mulut manusia yang suka berkata-kata menyakitkan hati. Terasa disudut hati yang paling dalam jelah, nak jahit betul-betul tidaklah sebab takut nanti kena penjara kerana mencederakan orang. Musnah masa depan yang baru nak membiak.


************************************


Semalam dapat SMS dari Sahabat Sehingusan (SS) :


SS bagitahu dia terjumpa kawan lama (sekolah) kitorang. Bila terjumpa haruslah berborak tanya khabar masing-masing. Seketika berborak bila dah tahu SS kerja apa sekarang ni boleh pula kawan lama ni tempelak SS "Ek-eleh ko ni...nama je ada degree tapi kerja cikai-cikai je...apa barangggg!!". Tersentap SS then dia balik rumah mengadu dengan family dia, lepas tu "Itulah....carilah kerja lain, itu baru kawan lama, belum masuk jiran-jiran bertanya lagi belajar tinggi-tinggi ada degree tapi kerja cikai-cikai..." Double sentap SS.


************************************


Situasi macam ni memang nampak kecik bagi sesetengah orang tapi bagi SS sangat memberi kesan dari segi emosi sampaikan SS terasa hati. Seriously SS sentap aku pun turut sama sentap maka jadilah Double Sentap Together-gether. Kami sentap bersama sebabkan kami sama-sama habis belajar, merangkak perlahan-lahan dengan kerja biasa dan bermula dari bawah. Bukan tak berusaha langsung, kami dah usaha cuma rezeki belum ada. Bermula dari bawah memang sukar tapi kami tabahkan hati kerana kami percaya pada Qada' dan Qadar Allah.







Kami bukan anak orang senang dimana ibubapa dah sediakan modal untuk mula bekerjaya dan kami tak punya "kabel" untuk mudah memulakan langkah. Dugaan kecil yang kami hadapi bukanlah batu penghalang tapi sebaliknya kami anggap semuanya sebagai pembakar semangat. 



************************************


"Apabila dirimu menginginkan sesuatu dan gagal mendapatkannya walau begitu banyak usaha telah dicurahkan, ingatlah bahawa kamu mungkin selayaknya mendapat yg lebih baik. 
Oleh kerana itu, Allah tangguhkan dulu kerana Allah ingin memberikan kepadamu yg jauh lebih baik...." 
Amatlah menyejukkan hati apabila teringat akan kata-kata ini. Segala penat lelah tidak lagi terasa, dan segala rasa putus asa menghilang. Bersangka baik kepada Allah. Hanya menafsirkan yang positif tentang perancanganNya. Kerana apa? Kerana Allah mengikut sangkaan hambaNya.  






************************************



Kesimpulannya bila diusik kata-kata manusia yang menyakitkan hati memang bohonglah cakap tak tersentapkan sebab kami pun manusia biasa yang punya hati dan perasaan, tapi bila dah hilang sentap kami jadikan kata-kata itu semua sebagai penguat semangat untuk mengharungi hidup yang penuh cabaran. Mak selalu cakap "Tak jadi kudis pun kata-kata orang ni....pedulikan je!!". Sekian. JUMPA LAGI.



10 comments:

  1. biasala tuu.. mulut tempayan pun kadang2 ada yang bocor, inikan pulak mulut manusia.. btw, btolla kan, zaman lani kalau nak bejaya tp klaw xdak kabel, agak sukar.. HUHU

    ReplyDelete
  2. Memang sentaplah kalau dengar camtu. Jom kongsi sentap beramai2, so kuranglah sket rasa sentap tu. Haha.

    Ckp kat SS sabarlah ye. Betul cakap mak Aien tu "Tak jadi kudis pun kata2 org ni, pedulikan je" Betul sgt2!

    Tapi kalau sendiri terkena memang sentap jugakkkk. Hwaaaaa! :'(

    ReplyDelete
  3. kak aien, sabarlahh. kalau kita hidup dalam mulut org nie, tak jadi ape-ape. Yang penting, kita bahagia. Dan kalo orang cakap macam kat kita, guna ayat macam nie --> "Ade Aku Kesahh" ?? Konfem ! Memang, kita takkan kesah ape yang orang nak cakap kat kita.. Orang2 tau mengata je, dia tak paham yg kehidupan kita kann ?? :) Maaf, emo sikit baca entrie kak aien ... ;)

    ReplyDelete
  4. sabar ye, mulut orang mati je dia katup. selagi dia hidup selagi tu dok cakap org, chilla

    ReplyDelete
  5. jangan amik pusing kata2 orang tu..apa yang penting, rezeki yang awak cari tu adalah halal. yang paling penting dalam cari rezeki ini adalah keberkatan.

    ReplyDelete
  6. double sentap together pun hado? hehehh

    ReplyDelete
  7. jgn la cakap camtu..
    aku pun tersentap gak ni

    ReplyDelete
  8. aku ade degree gak, tapi noreh getah je..

    ReplyDelete
  9. ingat dengan degree nie boleh dapat kerja terus...dorang pandai cakap tapi ndak mengalami situasi tersebut...ndak mengapa...dalam tempoh 3 tahun pertama memang macam tu...lepas tu barulah ada rezeki kamu tu

    ReplyDelete
  10. Eee mmg sentap

    tp dgree skng bspah2 xde keje

    jd kate kat die untungla ade kje dr xkeje kan?

    ReplyDelete