Posts

Showing posts from April, 2012

HORMAT & SAYANG

Image
Semua dah tahu apa itu HORMAT-MENGHORMATI bukan? Kalau tak tahu dan nak tahu jangan malas-malas silalah KLIK SINI. Macam mana dengan SAYANG-MENYAYANGI pula??Tak payah susah-susah klik sana klik sini hanya tepuk dada tanya diri sendiri sudah.


"Yang Tua Dihormati,Yang Muda Disayangi"


Jangan jadi lurus hanya hormat Orang Tua tapi Orang Muda tidak dihormati. Jangan jadi lurus hanya sayang Orang Muda tapi Orang Tua tidak disayangi. Konsep hormat-menghormati dan juga sayang-menyayangi seharusnya meliputi semua peringkat usia. Tiada pilih kasih.






************************************

Jika hanya yang tua sahaja dihormati......

Terjadi hal ada sorang kakak kerani kat tempat kerja aku menangis sebab terlalu geram bila kena marah didepan orang ramai oleh seorang pekerja lain (Pak Cik Tua) hanya kerana berlaku sedikit salah faham. Bila aku tanya, kakak tu balas "Akak tak kisah kalau kena marah sebab salah akak, tapi kalau nak marah janganlah marah depan orang ramai, lepas tu marah dengan …

Bila Hobi Dapat Sambutan

Image
Syukur Alhamdulillah kerana hasil tangan (Felt-Craft)mendapat sambutan. Biarpun sekadar hobi tapi masih boleh menjana pendapatan sampingan dan sekurang-kurangnya lepaslah belanja topup kredit handphone. Lagipun boleh memanfaatkan masa yang ada, daripada duduk tengok TV sambil tangan pegang remote tanpa buat apa-apa sekurang-kurangnya terisi dengan jahit-menjahit. Sekarang ni dalam proses menyudahkan beberapa tempahan untuk HP Case, jadi sebagai penutup diselitkan beberapa gambar sebagai bukti. Sekian. JUMPA LAGI.










Bercekau.

Image
Bilangan adik-beradik aku yang sebenar-benarnya 10 Orang. Cuma selama ini dah terbiasa hidup bersama dengan adik-beradik seemak sebapa 8 Orang je. Baki lagi 2 Orang (dua-dua lelaki) belum pernah jumpa secara berdepan dan tak pasti dapat jumpa ke tidak sebab masing-masing duduk jauh dengan emak masing-masing. HAHA. Intro apakah ini??!! Abaikan. 


**************************************





# Kalau duduk berlonggok 8 Orang terasa benau ramainya, tapi bila dah masing-masing situ sana sini terasa sikit sampai sunyi. RINDU. 


# Bila berkumpul sama-sama celik mata je masing-masing duduk nak bercekau, tapi bila berjauhan nak bercekau dengan siapa pun tak tahulah. DOUBLE RINDU.


# Bila isi rumah penuh lauk atas meja makan pun penuh dengan pelbagai hidangan mak, tapi bila isi rumah tak berapa nak penuh lauk yang penuh semeja pun terasa kosong. TRIPLE RINDU.


**************************************

Betul kata pepatah "Bila dekat bercekau, Bila jauh berinduan...." Sekian. JUMPA LAGI.

Bila Adik Berniaga.

Image
Saat ini sedang aku menaip entri adik bongsu aku mungkin sedang sibuk dan tak cukup kaki dan tangan melayan pengunjung digerai jualannya.HAHA. Minggu Matematik katanya, dari minggu lepas bodek mak nak ambil bahagian buka gerai jualan maka haruslah bodek mak sebab nak modal. Adik bongsu berumur 8 tahun dan dia seorang yang manja, jadi karakter manjanya macam tak meyakinkan seisi keluarga untuk dia berniaga. "Takpelah biar dia merasa macam mana berniaga....." mak positif dengan anak manjanya. 



"Wawa rasa tak sabarlah....mesti best!!" Tak tahulah definisi best yang dia maksudkan apa pada pemikirannya. Malam tadi semua orang bertungkus-lumus membantu, aku dengan adik aku siapkan bahan-bahan nak buat Roti Sosej, siapkan Bookmark Felt-Craft dan buatkan tanda harga jualan untuk GERAI WAWA. Teringat kenangan aku berniaga masa zaman persekolahan dulu-dulu. Sekian. JUMPA LAGI.


Pembelian Secara Online.

Image
Semalam barang yang aku beli secara online untuk Hobi Felt-Craft sudah sampai dengan selamatnya. Mak yang pada awalnya "Boleh percaya ke beli secara Online ni???" terus jadi "Eh...jujur betul orang yang jual ni ye..." bila nampak barang diterima dengan sempurna dan lengkap. Kerisauan mak bertempat disebabkan kes penipuan perniagaan online pernah dilaporkan.

**********************************

Semalam masa hantar bungkusan, disebabkan hujan lebat Abang Posmen terkandas sekejap dekat rumah maka sempatlah mak berborak dengan Abang Posmen :


Mak : Ini barang anak akak, dia beli secara online katanya...
Posmen : Sekarang ni ramai yang beli secara online je kak. Mudahkan kerja dan murah pun murah boleh jimat kos. 


Abang Posmen siap bagi contoh lagi ada sorang kawan dia beli stok untuk perniagaan dekat kedai RM500 tapi sekali order online baru RM300 untuk barang yang sama. Nampak tak disini betapa banyak jimatnya. Aku pun sokong contoh yang Abang Posmen bagi, barang-barang untuk…

Kena Ambil Tahu.

Image
Usah kamu menjadi seperti Orang Lidi, mulakan hari Isnin dengan penuh semangat dan terus melangkah maju ke hadapan. Entri kali ini tinggalkan Isnin sekejap dan mari berpatah balik ke hari semalam iaitu hari Ahad punya cerita. Semalam aku bekerja seperti biasa dan habis waktu bekerja selesai itu ini dah 5.15 PM terus melangkah ke arah Honda 2 Tayar, tiba-tiba boleh pula si Honda buat hal start berkali-kali-kali-kali-kali tak mahu hidup. 



Panik sikit campur kadar perpeluhan yang minima memandangkan pengetahuan pasal motor hanya 10%  (anggaran kasar) itupun hanya tahu start, tukar gear, helmet itu apa, break & asas-asas. Bila tak hidup apa perlu dibuat??? Sumpah tak tahu. 


"Dik dengar sini akak nak pesan sikit..... kita sebagai orang perempuan harus ambil tahu hal-hal berkaitan kenderaan, senang esok-esok kalau terjadi apa-apa......." 


Baiklah Kakak. Kena ambil tahu sedikit sebanyak. Nasib semalam ada yang sudi membantu, tapi kena hantar bengkel juga katanya. Hari ini serahka…

GELI TENGOK LUBANG-LUBANG

Image
Semua orang nak tahu tak??? Aku ada sejenis penyakit fobia yang bernamaTrypophobia: Fear of holes. Specifically small tightly packed circles or circular naturally occurring patterns (ie. honeycombs, lotus seed pod, etc.) atau dalam bahasa melayunya "Geli tengok lubang kecik-kecik".


"Sebenarnya dekat bahagian ini aku nak letak gambarberkaitanTrypophobia tapi memang tak terdaya langsung nak memilih dekat Google Images sebabkan aku mengalamikegelian melampau dengan gambar-gambar terbabit jadi harap maaf dan kalau nak tengok sila Google sendiri..." 


Menaip entri sambil berusaha menyingkirkan gambaran tentang gambar-gambar yang aku tertengok tadi masa Google sana-sini pasal Trypophobia. Geli-gelimat. Sekian. JUMPA LAGI.

Bila Hati Tersentap

Image
Baru beberapa hari lepas cerita pasal hobi baru Jahit Felt-Craft sekarang ni terasa macam nak jahit mulut-mulut manusia pula. Aku terasa nak jahit mulut manusia yang suka berkata-kata menyakitkan hati. Terasa disudut hati yang paling dalam jelah, nak jahit betul-betul tidaklah sebab takut nanti kena penjara kerana mencederakan orang. Musnah masa depan yang baru nak membiak.

************************************

Semalam dapat SMS dari Sahabat Sehingusan (SS) :

SS bagitahu dia terjumpa kawan lama (sekolah) kitorang. Bila terjumpa haruslah berborak tanya khabar masing-masing. Seketika berborak bila dah tahu SS kerja apa sekarang ni boleh pula kawan lama ni tempelak SS "Ek-eleh ko ni...nama je ada degree tapi kerja cikai-cikai je...apa barangggg!!". Tersentap SS then dia balik rumah mengadu dengan family dia, lepas tu "Itulah....carilah kerja lain, itu baru kawan lama, belum masuk jiran-jiran bertanya lagi belajar tinggi-tinggi ada degree tapi kerja cikai-cikai..." Doub…

CARA BUAT KUIH CARA

Image
Mula-mula jamu mata dengan gambar Kuih Cara Manis


Lepas dah jamu mata haruslah sediakan bahan-bahan ikut resipi :

Kuih Cara Manis :
300 gram Tepung Gandum 1 1/2 Sudu Tepung Kastard 2 Cawan Air 1 Mangkuk Santan Pekat 1/2 Cawan Air Daun Pandan (Blender daun pandan dan tapis ambil airnya) Sedikit Pewarna Hijau (Untuk cantikkan warna) Secubit Garam Gula Pasir
*Resipi ini tak guna telur sebab bancuhan dah guna Tepung Kastard.

Cara Membuat :
1. Bancuh semua bahan kecuali Gula Pasir dan kacau hingga sebati. Pastikan bancuhan tidak terlalu pekat tidak terlalu cair. 
2. Panaskan acuan diatas api sederhana, sapukan sedikit minyak atas acuan (tembaga / besi) kemudian tuang adunan dalam acuan dan biarkan seketika.
3. Sudukan sedikit Gula Pasir ditengah-tengah sebagai inti dan biarkan sehingga masak.
4. Angkat dan hidang panas-panas. Ulang semula langkah 2 hingga 3 sehingga adunan habis.

**********************************************
Begini CARA BUAT KUIH CARA sebenar :

Petang semalam balik dari kerja …

Hobi Baru : FELT-CRAFT

Image
"Nama saya Aien, cita-cita saya nak jadi tetttttttttt hobi saya dimasa lapang ialah membaca novel yang orang lain beli sebab saya tak pernah beli novel sendiri dan saya tak tahulah kenapa saya tak pernah beli sendiri jadi abaikan je lagipun membaca novel ialah hobi lama sekarang saya ada hobi baru iaitu ber-Felt-Craft-bagai...." Cissss Kejuuuu sungguh intro entri ini kali semata-mata nak bagitahu yang aku sekarang dah jumpa hobi baru iaitu FELT-CRAFT.








Aku tak kreatif sangat (bukan tak kreatif langsung) ada basic belajar menjahit dekat KEMAS dulu-dulu yang membolehkan jahit baju kurung sendiri dan langsir rumah untuk raya cuma disebabkan mesin jahit turun-temurun telah rosak dan tersadai aku STOP menjahit. Sekian lama memberontak sebab teringin menjahit dan takut terlupa teknik menjahit lalu berfikir-fikir nak jahit apa tanpa menggunakan mesin. Bila terjumpa Felt-Craft yang hanya "Guna Jari Pun Boleh...." aku terus berminat.


Guna Teknik Jahitan Tangan





Blanket Stitch


Bac…

Cuti Tanpa Buat Apa-apa Selama Sehari

Image
Kadang bila serabut sangat dengan pelbagai aktiviti yang mencuri masa sehingga sibuk 8 hari seminggu 25 jam sehari buat aku teringin sangat nak cuti ----> CUTI TANPA BUAT APA-APA SELAMA SEHARI. Angan-angan Mat Jenin jelah kalau dapat kan kan kannnn.


Pernah juga beberapa kali bilang begini dekat mak "Ma....anggap jelah macam orang takde kat rumah tau, konon-konon orang kerja...." sebab aku teringin nak bangun lambat bila bercuti dari kerja dan duduk bermalas-malasan atas katil lepas tu mandi bila dah kena sound matahari dah meninggi ditengahari, sudah lunch duduk goyang kaki tengok T.V dah malam masuk tidur dan esoknya bila bangun baru kembali normal semula. Malas sungguh angan-angan aku, sila jangan tiru semua.





Mak aku selalunya akan balas "Jangan nak mengada-ngada..." Erkkk....musnah angan-angan malas lepas tu macam-macam benda nak kena buat walaupun cuti. Tak perlu disenaraikan apa yang perlu dibuat nanti korang muak nak baca, cukuplah korang tahu sebenarnya aku…

KUAT BERBUAL

Image
Aku jenis manusia yang ramah bertempat, suka berbual dengan sesiapa sahaja yang boleh dilawan berbual tak kira peringkat usia. Kalau tercampak mana-mana kiranya mudah untuk aku sesuaikan diri. Aku suka BERBUAL dengan orang tapi aku tak suka berbual dengan orang yang "KUAT BERBUAL". Berbual berkepak-kepak habis semua dikipasnya dengan kepak.







Kerja aku sekarang ni banyak berurusan dengan orang ramai membuatkan aku mula mempelajari serba sedikit ragam manusia. Dalam ramai-ramai orang yang aku jumpa jenis yang "Kuat Berbual" adalah dikalangan jantina tettttttt rahsia. Berbual habissss la dengan dorang ni, habis idea aku yang logik dibantainya, mentang-mentang la aku muda, mentang-mentang la aku perempuan. Eh!! Pengalaman yang menjadi ukuran kematangan sebenarnya bukan usia bukan jantina. Tapi dek mengalah sebabkan hormat aku diamkan je walaupun kadang hati memberontak.


Mak pesan "Tak jadi kudis pun kalau berbual dengan orang Kuat Berbual..." pesan seorang kawan…

Rezeki Jangan Ditolak.

Image
Baru-baru ni dah O.T Public Holiday, hari ni O.T Public Holiday lagi sempena Hari Pengisytiharan Bandaraya Melaka Bersejarah, untunglah aku kerjaaaa. Jatuh hari Ahad jadi rakyat Melaka cuti hari Isnin bermakna cuti bersambung. Hari ini orang lain penat-penat berjalan habiskan duit, aku dengan rakyat Melaka yang terpaksa bekerja pula akan penat-penat bekerja dapat duit. Alhamdulillah dapat sikit-sikit pun rezeki. Orang kata Rezeki jangan ditolak Musuh jangan dicari.


Sekian. JUMPA LAGI.

My Ex-Roomate

Image
Masa kat Tampoi (Pengalaman Di Tampoi)aku terjumpa coursemate merangkap Ex-Roomate semasa di Kolej Anggerik UiTM Shah Alam. 


Menggamit memori sungguhlah pertemuan yang tidak diduga. Hari-hari melantak Strawberi, Nazura nama diberi. Aku panggil Zura je. Masa LDK kami langsung tak sama group bila waktu rehat jelah dapat bergosip-gosip dan update info terkini perihal diri masing-masing. Mari tengok gambar sebelum sambung bergosip. Eh!!




Tengok gambar apakejadahnya berpakaian sukan siap ber-handbag bagai, sebenarnya waktu ni sebelah pagi berpakaian formal, sebelah petang berpakaian sukan jadi usah pelik. Ada sesiapa kenal ini Nazura??? Manalah tahu kot-kot ada yang kenal, Malaysia ni kecik je kadang pusing-pusing "Kawanmu Kawanku Jua". Ex-Roomate aku ni budak Batu Pahat, Johor dan kami sebaya bermakna suku abad sudah. Sama-sama bujang. Kalau-kalau ada yang pergi Wet World Batu Pahat lepas tu terjumpa Zura tegur je, dia ni peramah dan mesra alam orangnya dan sesuai dibuat menantu.…

Pengalaman Di Tampoi 2 (Akhir)

Image
SAMBUNGAN ENTRI LEPAS.....Hari Kedua :-
Aktiviti Public Speaking bermula seawal 0830AM. This time dah set dalam otak "Jangan bawa nota!!" duduk menanti tibanya giliran memang terseksa. Tiba giliran aku terus kedepan dan Alhamdulillah berjaya buat dengan baik selama 5 minit yang diberikan untuk ber-Public Speaking bagai. Masa habis terus muka legaaaa tak ingat...hahaha~



Kepada Liyaa Mf dan Lea Isnawijawapannya ialah KENA BERUCAP 2X sebabBahasa Melayu (Hari Pertama Pengucapan Awam) dan Bahasa Inggeris (2nd Day Public Speaking). Banyakkan bercakap kurangkan berdiam diri semasa LDK akan menonjolkan kita dikalangan ratusan calon dimata Pegawai Penilaian.


Selesai Public Speaking terus ke Aktiviti Persediaan Kerja Sosial dan selepas Zohor aktiviti Kerja Sosial berjalan selama 2 Jam dimana semua calon akan bekerjasama dengan Klien. Masa ni memang seronok sangat-sangat sebab diberi peluang mendekati para Klien dengan lebih dekat dan menyelami hati budi mereka. Terbit rasa insaf mengena…

Pengalaman Di Tampoi

Image
Entri kali ini aku nak kongsikan sedikit pengalaman mengikuti PAC AADK Siri 1/2012 yang bertempat di Klinik C&C 1 Malaysia Tampoi& beberapa aktiviti sampingan :

Hari Pertama :
Pendaftaran dan mendengar taklimat awal. Masa ni aku terjumpa 2 orang course-mate yang berasal dari Batu Pahat, diorang terperanjat tengok aku dari Melaka datang JB, rupa-rupanya semua baru tahu calon Zon Selatan berpusat di JB. 
Selesai taklimat terus menduduki Ujian Psikologi yang boleh tahan Psiko-nya dengan masa yang terhad, terkojar-kojar den nak menjawab eaa...haha~
Habis Ujian Psikologi terus LDK untuk aktiviti yang memerlukan KBKK dibuat dalam 2 Sesi Bahasa Melayu dan 2 Sesi Bahasa Inggeris. Berbincang sesama ahli kumpulan dan buat pembentangan. Hampir 2 tahun habis belajar, berkarat otak...kikiki~
Sudah LDK ada Pengucapan Awam, tajuk dah diberi awal-awal jadi dalam keadaan rushing nak alert Jadual Kumpulan yang sentiasa bertukar ikut aktiviti semua calon kena bersedia dengan isi-isi penting untuk Pen…

O.T Public Holiday | Wordless Wednesday #15

Image
V V V V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
VV
V


Double Pay $$$

Muncul Kembali

Image
4 hari genap tak bersosial dilaman sosial disebabkan aku mengikuti Pre-Assessment Center (PAC) selama dua hari dan baki lagi dua hari merupakan perjalanan pergi dan balik. Turun naik pengangkutan awam memang lain macam sikit jauhnya dan memakan masa walaupun jarak antara Melaka - Johor tidaklah jauh mana kalau nak diikutkan.


Ditambah lagi dengan beban angkut baju-bajuan, kasut sukan, kasut formal, handbag, fail dokumen, dan segala macam barang lagi memang mencabar. Untunglah siapa yang datang naik kereta oiii...haha~ Nasiblah muat aku dengan barang disumbat dalam perut bas, kalau tak muat terpaksa tumpangkan atas perut driver bas. Eh!!


Akan datang dilain masa kalau terajin aku akan kongsikan pengalaman sepanjang PAC di Klinik C&C 1Malaysia Tampoi yang merupakan Zon Selatan dimana semua calon Johor, Melaka & Negeri Sembilan ditempatkan untuk Siri 1/2012. Ada lagi 3 siri mengikut Zon dan di Zon Pantai Timur nanti Blogger Lea Isnawi akan menjalani PAC yang sama macam aku lalui. 


Mak…

Malang Tidak Berbau.

Image
Pagi tadi sedang aku sibuk menyiapkan tugasan hakiki di Office tiba-tiba telinga comel telah terdengar bunyi keriuhan beberapa rakan sekerja. Rupa-rupanya ada kemalangan yang melibatkan nyawa telah berlaku. Burung eksiden terlanggar cermin transparent. Berikut merupakan laporan bergambar :-



Saat Burung sedang nyawa-nyawa ikan.



Beberapa minit kemudian Burung menghembuskan nafas terakhir.



Inilah cermin transparent yang merupakan kawasan kemalangan.


Kemungkinan besar Burung terbang dengan kadar kelajuan yang tinggi lalu merempuh cermin yang disangkakan ruang udara yang kosong. Kelajuan Membunuh. Sudah sampai ajal Burung, cermin transparent hanya penyebab sahaja.


_________________________________________________________________


Saat ni terasa KOSONG kerana tak sempat nak buat entri auto-publish untuk cover kesunyian Blog Aien Not Alien memandangkan aku tak dapat nak Online buat beberapa hari. Doakan perjalanan aku dipermudahkan ya kawan-kawan. Mudah-mudahan energi positif yang disalurkan melal…