Lega Sikit-Sikit.




Menanti sesuatu yang samar-samar dalam terang memang menduga. Menanti apa??? Sebenarnya lepas je fasa lulus exam yang diduduki bulan November tahun lepas, aku ternanti-nanti pula bila tarikh temuduga seterusnya. 



"Kolej Jati Kolej Meranti, Hari-hari aku menanti..." Cehhh...menyempat berpantun dua kerat. Seriously memang kenyataan aku menanti sesuatu yang sangat penting, mak aku pun sama tolong teman aku menanti.



Makan kenyang. Tidur lena. Mandi basah.




Mudah-mudahan penantian yang satu ni berbaloi-baloi. Rasa lega sikit sebab dah dapat tahu jadual kasar peringkat seterusnya bila, antara April-Mei. Pejam celik pejam celik mata terasa dekat sangat. 




Jadi tujuan aku buat entri ini nak tanya ada tak sesiapa tahu apa yang nak kena buat sebagai persediaan untuk Assessment Center nanti? Jauh sekali nak menunjuk-nunjuk, lagipun temuduga peringkat ke-2 je baru bukannya dah comfirm dapat. Harap-harap dapatlah... 




Aku nak tanya ada tak sesiapa tahu apa yang kena buat sebagai persediaan untuk Assessment Center nanti. Ujian Kecergasan? Ujian Fizikal? Ujian Mental? Ujian Personaliti? Ujian Mata? Uji Kaji? Uji Rashid? Ujian Memandu??? (Mengarut apa ni...haa..)




"Banyakkan membaca isu semasa kak...."


Monkey Icon 


19 comments:

  1. GUDLAK! yakin ja dpt..xda yg mustahil..yang penting doa :)

    ReplyDelete
  2. wahhhh, tahniah tahhniah.. banyakkan membaca info dan berdoa lah banyak2.. Insya Allah akan dapat kan....

    semoga berjaya ya ayang... hehe

    ReplyDelete
  3. good luck apa sahaja yg anda lakukan

    ReplyDelete
  4. insyallah berjaya... banyakkan berdoa...

    ReplyDelete
  5. yeaa...harap2 berbaloi kan.
    xde lak ujian pape.hikhik

    ReplyDelete
  6. all the best!! kena selalu update dgn bacaan semasa je la :)

    ReplyDelete
  7. sambil2 menanti tu cube try layan lagu sabar menanti dari Fahrenheit..terisi jugak masa..keh3

    shahz doakan aein dpt temuduga tu dan pastu kompem.. doa byk2

    ReplyDelete
  8. gud luck aien...rindunya dia...^_^

    ReplyDelete
  9. ala tak tahu lah bab bab ni tapi nak komen jugak.hehe anyway goodluck! :)

    ReplyDelete
  10. jangan jadi macam baby tu sudah duk tepi sudut geget buku hehehe

    ReplyDelete
  11. comelnya gambar baby tu gigit buku..muahaha

    ReplyDelete
  12. sudah dikongsikan di blog

    jemput singgah

    hehehe

    ReplyDelete
  13. hmm tak pernah experience something mcm tu, goodluck from me :)

    ReplyDelete
  14. Kolej Meranti....wah tempat kancil menginap dulu...sekitar tahun 2003...ada kes pembunuhan di kolej tersebut....ngeri...tapi memang rindu dekat UiTM

    ReplyDelete