KTMB Pulau Sebang / Tampin.




JEJANTAS BERTANGGA untuk pejalan kaki dah biasa aku guna, semalam nak dijadikan cerita untuk pertama kali dalam hidup aku guna JEJANTAS MOTORSIKAL/BASIKAL.  Macam-macam rasa ada bila gunakan jejantas jenis ni, SUKA sebab pertama kali naik, SERONOK sebab jadi pembonceng boleh tengok pemandangan sana sini dari atas, GAYAT sebab ketinggian yang agak tinggi, TAKUT sebab tertengok landasan keretapi sayup dekat bawah.


"Nak sangat naik, lepas tu cakap takut!!" Bebel adik aku lepas selamat turun dari jejantas....hahaha... Sebut pasal landasan keretapi "Siapa cakap MELAKA takde keretapi???"sila tengok gambar bukti :-


STESEN KERETAPI PULAU SEBANG, MELAKA.

*Pulau takde laut...hihihi...

Oleh kerana kedudukan Stesen Keretapi ini berhampiran Bandar Tampin, maka Tampin yang dapat nama. Faktor sempadan dekat-dekat memudahkan semua orang dapat manfaat daripada perkhidmatan KTMB. Tak kisahlah orang Tampin atau orang Pulau Sebang.


Tampin, Negeri Sembilan / Pulau Sebang, Melaka.

Kalau-kalau ada rasa nak travel guna perkhidmatan KTMB boleh KLIK SINI untuk mengetahui KTM Inter-city : The Unique Way To See Malaysia. Lengkap dengan segala maklumat tentang jadual perjalanan, cara-cara tempahan tiket, fasiliti yang ditawarkan, promosi terbaru, jenis-jenis coach dan sebagainya.


Paling tak sabar tunggu "Tiket mana??"
More less macam ni la ayat....hehehe....

"Ini tiket saya.." cehhhh....kamain ayat den..haha



Impian aku nak naik keretapi ronda Malaysia, setakat ni aku dah gunakan perkhidmatan KTMB ni terjah Johor, Kedah, dan Kelantan sahaja. Masih ada beberapa yang dalam senarai seterusnya :-





Apa ada dekat Pulau Sebang / Tampin??? Pada yang tak pernah datang atau teringin nak datang atau sedang dalam perancangan nak datang bercuti ke sini, korang turun je dari keretapi dah bersusun teksi-teksi menanti dan cakap je mana arah tujuan kaki melangkah.



Sebagai penduduk sini aku cadangkan tempat-tempat menarik untuk dilawati A'Famosa Resort (Cowboy Town, Water World, Safari, etc.), Gadek Hot Spring, dan kalau nak lebih menarik korang boleh terus ke Bandaraya Melaka yang terletak dalam 30KM dari Stesen Keretapi Pulau Sebang/Tampin. 



Nak tahu lebih lanjut mengenai Pulau Sebang SILA KLIK SINI. Tampin rasa-rasanya ramai dah tahu, nak-nak popular dalam lagu J.Sham "Surat Ku Untuk Mu". 





P/S : J.Sham penyanyi kegemaran mak den...hehehe... "Oh..Oh...Rindunyaaa.."


9 comments:

  1. Seumur hidup kakak belum pernah naik keretapi. Kalau LRT adalah sebab di S'pore memang mana-mana guna LRT....

    ReplyDelete
  2. kita x pernah naik keretapi dan LRT.
    sedihkan.
    singgah sini. semoga hari ini hari yang Indah :)

    P/S : Akak, mcm mn nak join geng blogger sengal? Harap akak blh membantu .

    ReplyDelete
  3. sikit hari lagi akan ada komuter...kat sana kan.. rawang ke gemas...

    ReplyDelete
  4. baguslah kat sana keretapi canggih manggih... Kat sabah masih lagi guna keretapi Indiana Jones... dah macam besi buruk da... ehehe

    selamat petang ayang A.N.A

    ReplyDelete
  5. jgn ckp keretapi, tren yang sebelah umah aku pon tak penah aku naik..ekeke..

    dah jadi duta pelancongan pulak ek..untung lah..haha..

    ReplyDelete
  6. lamo x poe mkn kek situ huhu

    ReplyDelete
  7. wah.... dah lama tak naik keretapi balik kampung.......
    tapi tiap2 minggu naik erl...star ngan putra....he3

    ReplyDelete
  8. ooo...melaka dah ada ketapi?? ketinggalan lak rasa..hehe~~ :p

    ReplyDelete
  9. ktmb nie , sekitarnya berhampiran ape ye ?

    ReplyDelete