Kenapa Lari Rumah Sayang???





Tadi singgah Blog Apo2 Yolah yang baru-baru ni masuk dalam Majalah Remaja yang cover depan ada Tiz Zaqyah kalau tak silap, kalau silap maaflah, tapi yang pasti memang popular la Atok, Kak Milah, Tok Wan, Que & Anne serta Suhami Ahmad dapat masuk majalah.








Atok bercerita pasal Gejala Lari Rumah yang semakin membimbangkan jiwa raga semua ibu bapa, kakak abang serta adik-beradik mana-mana keluarga. Kebimbangan atok sangat berasas. Kenapa lari rumah sayang???






Kalaulah lari dari rumah mampu selesaikan semua MASALAH, mungkinkah hampir semua orang dewasa akan lari dari rumah??? Aku cakap macam ini atas dasar logik bila mengenangkan masalah orang dewasa yang 1001 kali lebih macam-macam berbanding masalah remaja. Tapi kenapa orang dewasa tak lari dari rumah??? Faktor kematangan dalam berfikir untuk menyelesaikan masalah memainkan peranan barangkali. Kebanyakkan remaja agak kurang matang dalam membuat keputusan sebab itu mereka mudah terdedah dengan keputusan yang akan membawa mereka kepada erti penyesalan dikemudian hari. Ini hanya pendapat aku semata-mata.




Kenapa lari rumah sayang???



Tegarkah kamu memijak lantai bahagia dengan Teman Lelaki / Teman Wanita sedangkan lantai itu dibanjiri tangisan Ibu & Ayah kamu sendiri??? Adakah bahagia hidup kamu hanya dengan kasih sayang dari Teman Lelaki / Teman Wanita yang baru sahaja muncul dalam hidup sedangkan Ibu & Ayah dirumah menangis susah hati mengenangkan anak yang mereka sayangi sejak dari lahir telah hilang membawa diri. SEDIH.



P/S : Lari dekat-dekat tak perlu bawa "Buku Merah" cukup "Tolong Jangan Bilang Mama & Papa" boleh terus lari dari realiti hidup. 


23 comments:

  1. ontah apo nak jadi budak2 nijam

    ReplyDelete
  2. tu la yee... kes lari rumah semakin menjadi2x...

    ReplyDelete
  3. Memula suka dengan paragraph lepas pic selipar tu. Pastu baca sampai habes, suka semua pulak. Err.

    Entry dah padat and very clear. Taktau dah nak komen apa. Heeee :D

    ReplyDelete
  4. menusuk pula baca entry ni. whoa!

    ReplyDelete
  5. berfikir sebelum bertindak......

    ReplyDelete
  6. bawaku pergi

    hah tny sama jijan dan kaka, pasal apa depa lari

    ReplyDelete
  7. Phat : budak2 nijam lain macam beraninya.. :p

    ReplyDelete
  8. Kazman / Sue : menjadi-jadi sangat, buat orang susah hati je..

    ReplyDelete
  9. Liyaa Mf : errr...padat ke?? terima kasih sebab suka...tu da komen tu.. haha

    ReplyDelete
  10. kura : kau jangan lari rumah tau kura...lambat sampai nanti~ hihi

    ReplyDelete
  11. remyhazza : mereka bertindak dulu baru berfikir selalunya~

    ReplyDelete
  12. ed : itulah...ada jawapan dari kaka n jijan tak dalam isu bawaku pergi???

    ReplyDelete
  13. diorg nak exercise je tu

    keh keh keh

    ReplyDelete
  14. semuanya sebab fikiran tak matang dan hanya mengikut hawa nafsu semata2.. biarkan mereka belajar daripada pengalaman. dah besar nanti, baru dorang akan tau dugaan yang melanda dorang lebih hebat daripada yang melanda dorang sekarang. masa tu, mana boleh dah lari daripada masalah.

    ReplyDelete
  15. lepas lari dah hidup susah baru terkenangkan mak bapak sanak saudara kat kg...

    ReplyDelete
  16. zaman saya dulu, bila mak marah, meraung takut sebab mak tutup pintu tak bagi masuk..
    zaman la, bila mak marah, cepat2 semua tingkap dan pintu ditutup. kalau tak mak meraung anak lari..
    cam tu le jawabnya

    ReplyDelete
  17. fikiran bercelaru. tak dpt fikir btol2 sebab tuh lari kot. erm...

    ReplyDelete
  18. betul..tiap kli nak marah,mesti akan teringat budak tuh masih tak matang.tapi tak suka akhirnya nak salahkan mak bapak..xpikir ke pgorbanan mereka slama ni

    ReplyDelete
  19. maybe sebab keliru or bingung dgn msalah... dan kadang2 tak boleh salahkan remaja yg larikan diri gak.. mungkin dia ada msalah keluarga.. tp kalau dh lari dgn bf , tu gilo namanye , haha... kalau lari sorang2 tu lain la...

    ReplyDelete
  20. fikiran dorang ni masih belum matang lagi...lari ikut bf...da buat ibu bapa susah hati kat rumah..takkan mereka2 ni tak rasa serba salah langsung...

    ReplyDelete
  21. Pernah dengar ceramah ustaz kazim,

    hidup dan dibesarkan oleh mak ayah selama 22tahun,.. kenal dgn mamat sorang tu. tak sampai 2 bulan dah ikot lari...itulah sebabnya bila rasa cinta kepada keluarga/ibuayah sudah tiada.....

    ReplyDelete
  22. nak bebas katanyerrrrrrrrrrrrrrr

    ReplyDelete
  23. boto2, atok setuju sangat....yang lagu zizan + kaka tu pun masaelah gak tu....bagi atok liriknya macam menggalakan anak mudo lari dari umah...patot kono blok pun....*even atok suko rentaknya T_T

    ReplyDelete