Anda pasti Takkan Melayu Hilang Didunia???



Malam tadi tiba-tiba tertukar siaran ke RTM 1 terus termelekat tengok siaran langsung Pertandingan Pidato Antarabangsa Bahasa Melayu Piala Perdana Menteri 2012 di PICC. Johan bagi Kategori Nusantara & Kategori Antarabangsa korang semua boleh KLIK SINI untuk tahu lebih lanjut.



Jujur aku sangat kagum dengan kepetahan peserta daripada Rusia, Afghanistan, Jepun dan lain-lain negara yang mampu menguasai Bahasa Melayu dengan baik. "Sehari selembar benang lama-lama menjadi kain" menjadikan mereka gigih mempelajari sehari sebaris perkataan lama-lama menjadi ayat. Terasa indah Bahasa Melayu dimata dunia. 



Disebalik kekaguman terhadap kepetahan bangsa asing terselit sedikit rasa terkilan bila mengenangkan anak-anak muda MELAYU yang merosakkan Bahasa Melayu sendiri.




Bahasa Euww Euwww "Titew rasew titew sudah jawtuhhh chentaaa laaa....puihhhh!!". Geli-geli lidah nak sebut.


Bahasa Singkat Tersingkat "aq x nk kwn ko lg, sl b'ambus k!!". Bersepah dalam FB budak-budak baru nak naik. Errr....kakak budak abang budak pun ada juga. "Sqyq sukq mqkqn nqsi!!" a digantikan dengan q pun ada.



APA NAK JADI???


Generasi Melayu kini perwaris identiti Melayu akan datang, kalau dah dari rebung telah Berbahasa Euwww Euwww bagaimana membesar menjadi Buluh nanti??? Bayangkan!! Sudah Pasti Takkan Melayu Hilang Didunia??? Renung-renungkanlah.



Sebagai penutup, teringat seloroh pengenalan peserta Afghanistan "Saya bukan penjual karpet!!", kerap beliau ucapkan perkataan SYUKUR. Rakyat Malaysia seharusnya bersyukur dengan keamanan yang dimiliki bukannya merungut itu ini hingga memercikkan api konflik hanya kerana berbeza pandangan.



P/S : Bercakap memang murah, hanya bermodalkan kata-kata. Namun kata-kata bisa menggoyahkan sabar, dan melembutkan amarah. ^_^"


14 comments:

  1. suka kata2 terakhir tu.....
    kata2 juga bisa menghiris..... malah kata2 juga bisa mengubati.....

    ReplyDelete
  2. Pernah letak di blog tentang shortform yang annoying itu.

    ReplyDelete
  3. yeah. so apa tunggu lagi. kita pun boleh memartabatkan bahasa malaysia, tapi bukan dengan cara menyalahgunakan bahasa seperti yang dinyatakan tadi. :)

    ReplyDelete
  4. cik tikah pun tengok malam tadi. kagum dengan kepetahan dorang boleh ckp melayu! :)

    ReplyDelete
  5. tu sebab la ramai pelajar melayu selalu fail dalam Bahasa Melayu... sebab terlalu pandang mudah.. pastu suka merosakkan bahasa ibunda kita..

    lihat bangsa Cina dan India.. kebanyakannya score A++ sebab mereka berusaha belajar bahasa indah ini.. skrg warga antarabangsa pun suda mula menerokai bahasa kita ini.. kagum dengan usaha mereka

    ReplyDelete
  6. Kancil pernah terbaca satu artikel yang mengatakan bahasa Melayu merupakan 5 bahasa paling senang di dunia...tapi tulah, orang sendiri tidak menggunakan dengan betul

    kancil sendiri juga,...hehehe

    ReplyDelete
  7. paling mnyampah dengan budak2 baru nk up.. ntah apa2 je diorg tulis. mencikk !!! HAHAHA

    ReplyDelete
  8. pening aku nak baca kalau org tulis camtu..budak melayu zaman sekarang lebihkan english je..bahasa melayu hancur..haha..

    ReplyDelete
  9. singgah petang ke sini....selamat berhujung minggu

    ReplyDelete
  10. singgah petang ke sini...selamat berhujung minggu

    ReplyDelete
  11. Selalu cakap bahasa rojak... tataw bila nak berhenti..
    hm... :(

    ReplyDelete
  12. tgk bahasa melayu sekarang dah sedih, tp sy lagi sedih tgk nasib tulisan jawi..brapa kerat je yg mampu baca jawi..

    ReplyDelete
  13. makan pelempang ja iteww iteww tue..

    serius,aku pun malu bila ingat bm aku b..haha

    ReplyDelete
  14. berbelit lidah bila org guna ayat "euww euww" tu kan..haha..nak paham pon 1 hal..

    ReplyDelete