Terlalu Ambil Berat!!!



"Angah ko poie mano tu???" 


"Abang mirul ko keluar dongan sapo tu???"


"Along ngan suami ea poie mano???"


"Mak ko keluar poie tampin buek apo???"



Bertahun-tahun aku sekeluarga hidup bertemankan soalan-soalan sebegini. Terasa seperti kebebasan kami nak kesana-sini telah dicabuli. Setiap kali sesiapa diantara ahli keluarga aku keluar masuk rumah mesti dia tanya kemana?? buat apa?? dengan siapa??



Siapa dia tu???
Dia merupakan jiran selang sebuah rumah dari rumah aku duduk sekarang ni.



Belum masuk bab tetamu-tetamu yang datang bertandang lagi. Panjang leher dia tinjau ikut celah tingkap, rasa kelakar pun ada jugak, bila tak puas hati nak tahu lebih lanjut boleh pula pura-pura datang rumah cari kucing la, hantar pinggan la (tak balas lauk pun...hihihi...).



Macam mana nak buat ek? Letih la nak menghadap, nak ditegur dah tua bangka. Korang ada apa-apa cadangan tak???



Terasa macam nak hadiahkan dia benda alah ni...
mudahkan kerja dia..hihi...



P/S : Terlalu ambil berat merimaskan. =_="


10 comments:

  1. memang ade org camtu.....terlebih busy body.....
    serba salah kita nak jawab.... salah jawab.... kita diburukkan pulak.....
    nak tak nak layan jerla.....
    tapi yg pasti..... nak buat apa2 kena usha line dulu.....

    ReplyDelete
  2. tapi baguih jugak jiran yg camni.. at least pencuri susah nak masok umah kita time kita xdak.. tp klaw terlebih over, payah jugak tu.. HUHU

    ReplyDelete
  3. payah juo kok ado jiran yg mcm ni

    ReplyDelete
  4. doakan dia supaya dia berubah. haha. naseb baek la jiran den tak macam tu.

    ReplyDelete
  5. haha , sabar jela .
    nnti kalau dea da berubah ,
    tak busybody lagi ,
    kmoo pulakk yg rase sunyi .
    hehe :D

    ReplyDelete
  6. rimas kan macam tu,tapi kdg2 bagus jugak ade jiran suka tanya tanya ni
    at least bertegur sapa kan

    ReplyDelete
  7. idea baik ker idea tak baik
    idea baik: doakan hamba allah berkenaan agar ditunjukkan kebaikan dalam diri dia

    idea tak baik: pakai pendinding agar rumah aien tak nampak terus di mata die...heheh

    ReplyDelete
  8. haha..tu namanya paparazi tu..elok bagi dia teleskop terus!

    ReplyDelete