Sireh Junjung "Kepala Hantaran".



Rabu lepas BFF aku telefon tanya pasal daun sireh nak dibuat Sireh Junjung. Memandangkan sekeliling rumah aku penuh flora-fauna, agak tepatlah tempat bertanya. Cuma agak menduka-citakan bila aku jenis duduk dalam rumah maka aku tak tahu yang daun sireh hampir pupus sebab telah teracun sama-sama dengan lalang. 



"Suruh dak Fateha cari kat kedai-kedai India...mesti ada punya.."
Bernas sungguh idea mak aku.

Contoh gubahan Sireh Junjung dari Google.


Sireh Junjung merupakan benda wajib ada dalam senarai hantaran pertunangan / perkahwinan. Hasil kerajinan aku google mengenai Sireh Junjung yang merupakan "kepala" hantaran, selain menjadi penyeri majlis ianya juga sebagai lambang "asam-garam" hidup berumah-tangga antara suami-isteri.



Lengkapnya daun sireh dimakan dengan gambir, kapur, buah pinang bagai simbolik kehidupan berumah-tangga ada pahit, masam, manis, dan segala macam rasa lagi.







Dulu memang aku tak pernah nak ambil kisah pun pasal Sireh Junjung, aku ingatkan hanya sebagai pelengkap hantaran, rupa-rupanya Sireh Junjung ni "Kepala Hantaran". Gubahan Sireh Junjung pun sekarang lebih moden dengan dihiasi fresh-flowers. Google sana sini macam-macam bentuk gubahan ada boleh dijadikan rujukan. ^_^"




P/S : Dulu-dulu daun sireh ditumbuk-tumbuk buat main pondok-pondok. Monkey Emoticons


17 comments:

  1. saya nak kawin nanti nak mintak sireh kat cik aien la. jangan bagi macam macam alasan pulak ya. ngahaha

    ReplyDelete
  2. daun sireh boleh jadi pengubat resdung dan bau badan juga

    ReplyDelete
  3. kak yana masa bertunang, tepak sireh tkde..time kawen takde pun kepala hantaran ni..hehe..sempoi je.

    ReplyDelete
  4. ekor hantaran apa lak kak ?? hehe :)

    ReplyDelete
  5. la ni org dah x buat kepala2 sireh...hehe

    ReplyDelete
  6. Semalam katun upin-ipin pun cerita pasal sirih junjunglah Aien...

    ReplyDelete
  7. mkn saja begitu..

    tu pasal sapa pegang sirih,dia berdiri depan sekali kan..

    ReplyDelete
  8. sedap tak sirih tu kalau dimakan ?

    ReplyDelete
  9. ramai yang ndak tahu buat benda nie

    ReplyDelete
  10. pernah buatkan sireh junjung untuk member2.

    ada macam2 cerita pasal sireh junjung ni..

    kekeke tapi zaman moden ni.. sireh 2-3 ketul bunga je yg banyak :P

    ReplyDelete
  11. masa majlis perkahwinan kita dulu, ada ke Sireh Junjung ni yang???
    ehehehehe (",).. nati kita kawin buat kali kedua ya.. hihi

    ReplyDelete
  12. sireh junjung tanda kita beradat.....
    dulu kechik2 guna daun sireh buat buang tungau jer......he3

    ReplyDelete
  13. gubahan sireh junjung cantik2 kan skrg..heee.. :)

    ReplyDelete
  14. kecik kecik dulu mak letak daun sirih kat idung buat darah berenti

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...