Kerana tak pandai berkata TIDAK!!




Korang nak tahu tak antara salah satu sikap aku ialah tak pandai nak berkata TIDAK bila ada orang nak pinjam barang atau minta tolong. Memang bagus ada sikap macam ni (puji diri sendiri) tapi kadang-kadang memerangkap diri (padan muka).






Aku nak kongsikan cerita semalam yang buat aku tergerak nak buat entri ni. Semalam hari Jumaat, lagi 5 minit aku nak Punch-Card habis kerja pukul 5.00 petang, ada sorang abang bahagian maintanance ni "Aien...pinjam motor jap boleh?? Aku tengok jam, takpelah sekejap je pun. "Boleh...tapi nak ke mana? Minyak nak kering dah tu..." Memang kebetulan habis kerja nanti baru nak isi minyak. "Takpelah...nanti saya isikan...full-tank lagi...." Aku pun bagilah dia pinjam.




Dia cakap kejap, aku tunggu hampir nak pukul 6.00 petang. Free-free je aku menunggu tanpa dapat claim o.t...cisss kejuuuu berkira sungguh aku ni, sila jangan tiru. Tapi takpe, sejuk juga hati sebab minyak full-tank bagai dikata. Aku pun terus la balik.




Tapi. Sepanjang perjalanan pulang, aku terasa lain sangat, masuk gear pun macam nak tak nak pergi je. Bayangkan aku puas pulas-pulas tapi motor tak nak pergi jauh seperti biasa. Jarum meter alahai segan-segan nak naik. Macam siput pulang petang je aku bawa motor.




Pagi-pagi aku pergi kerja elok je tak meragam.
Dah bagi pinjam boleh pula dia meragam.




Sampai rumah adik aku tengok-tengokkan, dia tanya aku ada buat apa-apa ke dengan motor ni. Aku ceritalah kat dia. Terus dia membebel. Aku jugak yang kena.




Kena hantar bengkel motor.
Mekanik cakap Clutch Speed ada masalah.




Berbuat baik kadang-kadang memakan diri. Abang maintenance tu pun kalau bawak motor boleh tahan lasaknya. Takpelah benda dah jadi. Kena lebih berhati-hati lepas ni. Tapi aku tak pandai nak berkata "TIDAK" macam mana???





P/S : Tolong diri sendiri dulu baru tolong orang. 



24 comments:

  1. beranai ain kasi pijam motor kat org
    kalo lea xbg dh kot
    gpun nak balik dh time tu
    xpe la pengajaran kan :)

    ReplyDelete
  2. samala.. zwan pown payah jugak nk say TIDAK tapi akhirnya memakan diri sendiri.. HUHU

    ReplyDelete
  3. sama ngan tabiat remy....
    ramai jugak kwn cakap yg remy nie terlebih baik sangat...
    iyelah... tak sampai hati nak kata TIDAK....
    tapi tu ler.... kekadang kebaikan kita disalah ertikan...
    redha jer lah...

    ReplyDelete
  4. aiyooo aien..kene blaja tgk keadaan laa plak lpas ni..mane yg perlu ckp ok,ok..yg mane perlu say no! u have to :P

    ReplyDelete
  5. me too..berat betul mulut tu nak say NO..tak sampai hati bila org dh mintak..

    ReplyDelete
  6. kamu kena belajar cakap NO ni... eheee :p

    ReplyDelete
  7. lepas ni kena berani kata TIDAK!!

    rindu blogging...sibuk...

    ReplyDelete
  8. sme la kite

    kadang ase cm loser je kan

    ReplyDelete
  9. just say it alien!!! hee
    nak gtau yg header awk itam msti awk delete gamba dkt google + kann

    ReplyDelete
  10. eyda pon ssh nk bgi sape2 pnjam kereta eyda..klu diowg terdesak..eyda sngop jdi drebar diowg...klu eyda..eyda bgi r alasan ape2 yg x de nk wt die terasa..=)

    ReplyDelete
  11. same la..ssh jgk nk ckp 'tidak'
    kdg2 bile dgr je kawan tanya dah automatik cakap 'boleh'
    padahal belum pikir lg apa yg dorg tnya tu ^^

    ReplyDelete
  12. Saya pernah kena macam ni - keta pun iya, motor pun iya. Tapi bila fikir balik - nasib baik benda tu rosak bila dah balik semula kat tangan kita. Kalau rosak masa orang tengah pinjam (mungkin dia ada masalah sebab tu pinjam kenderaan kita) kesian kan... Iyalah benda nak rosak kita mana tau bila masanya... (Empayarutama cuba belajar bersangka baik tahun 2012 ni hehe) ^_^

    ReplyDelete
  13. laaa. kesiannyee. baik sgt la awak ni. blaja la ckp TIDAK. nnt banana fruit two times. hehehe :D

    ReplyDelete
  14. tag awakk :D

    http://shiteqkhadeejahh.blogspot.com/2012/02/contest-awesome-photo-by-cik-kira.html

    ReplyDelete
  15. klu org lain minta tlg, sy pun agak susah utk brkata tidak..huhuhu

    kesian aien..-_-'

    ReplyDelete
  16. yaaa... kita serupa lah ANA..

    Tak nak bagi pinjam nanti kena kata kedekut.. kena pinjam, menyusahkan kita plak kan.. huhuhu..

    serba salah rasanya... baik kita selamatkan diri dulu sebelum org nak bantu org lain.. ehehe

    p/s: salam ANA ayangku.. sori lama tak singgah sini.. bz siket.. lagipun selamat siket daripada gossip drp cikgu Ma kita tu.. eheheheh.. kejap lagi nak terjah dia plak.... hati2 ya ANA..

    ReplyDelete
  17. adoyaiiii..bikin panas abang maintanance tu yerk..xpela AieN, jadikan ia pengalaman dan pengajaran buat kamOo key..laen kali hati2 tengok orang..peace !!~ =)

    ReplyDelete
  18. alahai sianny...

    btul tu, kadang niat kte baik nak tlg org..tp kite sdri yang susah..kan ?

    saba ye :)

    ReplyDelete
  19. kena berani bagitau kata Tidak...peduli apa orang kata...yang penting mereka ndak buat hal dengan kita lagi...Kancil dah banyak kali kena macam tu...namun belajar dari kesilapan...supaya hati kita senang...

    ReplyDelete
  20. takpe la..jadikan pengajaran..benda da nak jadikan..nak buat macam mana...

    ReplyDelete
  21. ksian aien.... tak pe..jadikan pngajaran buat aien kan :)


    *lps ni kalau dia nak pinjam lg ckp hati2 dgn nada yg tegas..hihi

    ReplyDelete
  22. TK pun ada masalah nak kata TIDAK...

    ReplyDelete
  23. memang susah nak cakap tidak ni,,kadang2 sampai mengabaikan masa sendiri..hihi

    ReplyDelete