Tertunggu-tunggu...bila?









Ada orang cakap "Kalau bekerja cukup bulan dapat gaji, tolak itu tolak ini lepas tu baki tinggal sikit tak dapat nak menyimpan fikir-fikirkanlah....." Aku selalu fikir tentang ni.




Ada orang cakap "Gaji besar belanja pun besar....itu nak dibayar, ini nak dibayar..." Bagi aku gaji kecik belanja pun besar juga, itu nak dibayar, ini nak dibayar.





Ada orang cakap "Jadi dewasa macam-macam nak kena fikir....itulah, inilah..." Habis tu takkan nak jadi kanak-kanak selamanya, hidup ini ada kitaran hayatnya.





Ada orang cakap "Hidup kalau tak berhutang ni tak merasa la pakai motokar, tak dapat la duduk rumah sendiri..." Nak selesa kena berhutang, cukup bulan nanti dapat gaji bayar hutang.





Macam-macam orang cakap.
Orang-orang hanya tahu bercakap.





Kadang aku iyakan aje kata-kata orang. 
Kadang aku diamkan.





Bukan senang nak senang.
Tapi nak susah tu memang senang. Kau jadi MALAS cukup. 






Rezeki masing-masing.
Aku masih menunggu sesuatu yang lebih baik.





P/S : Tertunggu-tunggu bila penjadualan temuduga, exam dah lulus. Monkey Winks


 

20 comments:

  1. kata orang ni kdg2 boleh jadi peringatan..
    semoga aein berjaya..

    ReplyDelete
  2. semoga berjaya...apa yang orang cakap kekadang ada benar ada juga yang ndak benar

    ReplyDelete
  3. moga berjaya..tertunggu2 jugak rezeki yg tak terduga...mudah2an, amin..

    ReplyDelete
  4. benar tu orang cakap kita terima jela..kadang2 boleh jadi semangat kat kita.. tapi kalau cakap benda nak kondem aiyooo..hehe

    good luck aien.. semoga tahun 2012 ini murah rezeki aien.

    ReplyDelete
  5. Betul,,mulut orang,,dia nak kata apa,,dia punya mulut,,kita boleh mengiyakan atau menidakkan je..hehe

    exam apa aien??jadi pegawai kerajaan??

    good luck ok!

    ReplyDelete
  6. bisalah orang memang suka bercakap itu ini, tapi kadang2 ada benarnya juga kan??

    akak doakan selamat berjaya..

    ReplyDelete
  7. rezeki ada yg dimana2.....
    janji sentiasa berusaha......

    ReplyDelete
  8. tunggu-tunggu, bila nak datang umah akak?hehe

    tetibe....

    nanti gaji riban ribun jangan lupa akak plak..

    ReplyDelete
  9. gaji beribu ribu, hutang pon beribu-ribu..

    haih..keje ke tak sama je..duit habis jugak sebab bayar hutang.

    ReplyDelete
  10. oh, ikatkan tunggu org tersayang. haha.. btw, cik tikah pun x suka menunggu.

    ReplyDelete
  11. Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul...
    Semoga berjaya nak hadapi step seterusnya...amiin

    ReplyDelete
  12. same lahh..tengah menunggu jugak niii :(

    ReplyDelete
  13. wahh, saya mmang suka dengan kata2 ni.. betul juga kan.. tak semestinya orang kata itu betul.. Bila difikir secara positif, memang ada maksud yang tersirat bila kita berusaha sebaiknya..

    mat pagi yang... baru ada peluang nak hapdet blog... ekekeke (",)

    ReplyDelete
  14. betul lah tu...besar periuk besar la keraknya..tp itu org.kita? besar periuk masak sikit2 sikit la keraknya kan? hihihi

    ReplyDelete
  15. yanggg, napa entri kat atas tu tak boleh komen... huhuhu...

    ReplyDelete
  16. insyaAllah dalam maso terdokek adolah khabar baik tu...berdoa eh...

    ReplyDelete