Macam Main Tumbuk-tumbuk!!!




Semalam Off-Day ingatkan dapat la duduk berehat-rehat dekat rumah seharian, sekali dipaksa rela teman mama dengan adik-adik pergi beriadah dekat Hutan Simpan Gunung Tampin.




Lagipun aku sendiri dah lama tak beriadah.
Badan ni pun dah berlemak-lemak berkrim.
Layannnnn.







Gunung Tampin ni walau tidak setinggi macam gunung-ganang yang lain, tapi bagi aku ketinggiannya boleh tahan mencabar la pada orang-orang yang kurang berstamina. (Aku la tuuu...haha..) 





Penat!!! Padahal bawa kereta sampai atas. Sepanjang perjalanan berselisih dengan ramai warga emas yang gigih berjogging santai. Mereka semua merupakan pengunjung tetap berdasarkan kajian aku secara rambang melalui teknik perbualan bertegur-sapa.





Uncle Rajoo ada, Uncle Lim ada, Uncle Mamat pun ada.
1 Malaysia pakat-pakat turun naik Gunung Tampin. 





Puncak paling atas ada Menara Telekomunikasi Telekom Malaysia (TM). Adik cakap ada beberapa anggota Tentera kawal kawasan menara tu, aku tak tahulah sebab tak sampai puncak pun, hanya sampai ke kawasan kolam untuk mandi-manda je. Fuhhh....Sejuk air gunung memang menyegarkan.





Dekat kawasan kolam mandi ni, ada la macam Landmark Hutan Simpan Gunung Tampin. Sibuk-sibuk dengan adik nak ambil gambar kenangan (Gambar dalam Handphone adik, aku malas nak upload). Kena memanjat sikit baru boleh sampai ke kawasan Landmark.





Sebab panjat-memanjat la, bila nak turun tu kawasan berpijak licin aku jatuh terduduk. Memang sakit sebab jatuh terduduk terus terhentak punggung tu atas batu.





Sakit tolak tepi, tengok kiri mak yang nampak takpe, tengok kanan adik-adik yang nampak takpe juga, tengok depan??? Cisss kejuuuu...ada dua mamat hensem tengah ketawa-ketawa tengok aku. Maluuuu. =_="



Maluuuu tauuu.... =_="



Kesan jatuh tu buat badan aku rasa sakit-sakit.
Terasa macam baru lepas main tumbuk-tumbuk!!! <--- Baru kena dengan tajuk. ^_^"





P/S : Petang ni nak kena tolong ayah pindah rumah. Gembiranya ayah dah ada dekat depan mata. Sakit-sakit badan pun tetap nak tolong!!  ^_^"



17 comments:

  1. nnt akk nak dating tolong bawak pgi tempat ni ea..haha

    ReplyDelete
  2. woaaaa nak pegi sini nak nak!!! ;p

    ReplyDelete
  3. aien phat x ponah panjek gunung tampin walaupun dulu tiap2 minggu monodah kek tampin tu hehehe

    ReplyDelete
  4. antara gunung kt n9 yg xpernah naik lg..mmber2 xde yg nak pg pon..xmencabar kot..haha..

    main tumbuk2?haha..

    ReplyDelete
  5. ohh aien, kne p check spital pasal jth tuuu..sb kaklimah saket2 pinggang p0n effect dr dlu2 penah tejatuh teduduk jgk

    ReplyDelete
  6. penah juga tengok awek yang membonceng jatuh gedebuk dari motor... punggung dia jatuh dulu...

    memang kelakar betul lah weh.. ekekeke.. muka lawa, tapi dia terjatuh mcm tu terus dia hilang seri muka... merah semacam.. lagi2 kena gelak2 oleh kami.. ekekeke.. kesian plak

    yangggg, kim salam kat bakal mertua aaa... ehehehe

    ReplyDelete
  7. erk,,sama tak dengan gunung yang saya pegi masa kat tampin dulu??haha

    adoyaii,,aien,,bangun la sambil cakap mamat2 hensem tu,,apa gelak2??haha..:P

    ReplyDelete
  8. afiq tak prnah gi lagi tempat ni.. thx for suggest this place k

    ReplyDelete
  9. ndak dapat membayangkan kalau aien jatuh...hehehe

    ReplyDelete
  10. haha..kesian die..kalau nana dah malu dah..macam nangka busuk jatuh jer..adeihh! :P

    ReplyDelete
  11. jht la lelaki yg gelakkan tu..gelak dlm hati dah la hehe..

    ReplyDelete
  12. Eera :

    benda yang lucu mesti gelak bah...hehehe..jangan marah aien

    ReplyDelete
  13. wah, atok tak ponah daki lagi gunung tu

    ReplyDelete
  14. bahaya tau pompuan jatuh macam tu ain..boleh ganggu sistem peranakan. Moga takda apa2 la.. ^^

    ReplyDelete
  15. mcm best je jogging kat situ

    tapi kan jogging panjat bukit/gunung penat =.='

    ReplyDelete
  16. kejam nyer mamat dua org tu.....
    kalau kita.... bukan takat senyum... mau guling2...he3

    ReplyDelete