Kisah Benar Aku & Hantu.




Sekarang ni nak cerita tentang "Hantu" dipetang Jumaat. Cuba lari sikit dari kebiasaan kalau "Cerita Hantu" je mesti nak kena hari Khamis malam Jumaat. Korang percaya hantu ni wujud??? Percaya atau tidak percaya itu terpulang pada korang sendiri. 




Pinjam gambar Kak Limah dari Google.


Aku pernah terlibat dalam perbualan berkaitan hantu ni dengan rakan yang bertentangan jantina "Aku tak percaya ada hantu...kalau ada bagi aku tengok depan mata!!" dengar macam angkuh, tapi itu dia, kawan aku si mamat A. "Jangan cakap besar derrr...esok-esok terjumpa tak cukup tanah kau nak berlari..." balas lagi sorang kawan aku, si mamat B.




Aku bukan nak bahas tentang percaya atau tidak kewujudan hantu, jauh sekali nak persoalkan tentang keangkuhan kawan aku si mamat A. 





Cuma aku nak cerita "Kisah Benar Aku & Hantu" <------ Tajuk Entri.




Ceritanya begini. Sebenarnya aku tak ingat tarikh kejadian, senang cerita pada suatu malam ketika Filem Jangan Pandang Belakang baru nak terjah Pawagam. Aku keluar berlima dengan BFF dari zaman sekolah. Bila dah keluar rumah mestilah nak balik rumah, so kami pun balik. 



Kawan aku yang pandu kereta ni kena hantar sorang-sorang balik rumah. Jadi 3 orang dah selamat balik rumah. Aku yang terakhir la kiranya sebelum kawan aku balik rumah dia. Bila tinggal berdua kitorang borak-borak la berdua. 



Tiba dekat simpang tiga. Kiri arah rumah aku. Kanan arah rumah kawan aku. Jadi haruslah ke kiri dulukan. 



Elok-elok sebelum kawan aku belok kiri, "Ehhh.." Kawan aku terus belok kanan. Laju je dia bawak. Sebenarnya dari jauh kitorang dah nampak ada "seseorang" dekat simpang kiri dibawah limpahan cahaya bulan. Memang patut kawan aku belok kanan. Sebabnya "seseorang" yang kitorang nampak tu memang jelas susuk tubuh perempuan berbaju labuh putih rambut panjang mengerbang tengah dukung "sesuatu". Siap melambai macam menahan kereta lagi. 



Cuba bayangkan sendiri aku duduk belah kiri diyakini tempat duduk penumpang sebelah pemandu. Simpang rumah aku kiri. Susuk perempuan berbaju putih tengah dukung "sesuatu" pun sebelah kiri. Bila membelok ke kanan, sah-sah aku yang belah kiri ni nampak dengan jelas.




Bila dalam kelajuan sesaat dua kawan aku dah belok kanan tu, macam percaya tak percaya apa yang ternampak, aku macam berani toleh balik. Hilang!!! Kalau manusia?? Gila kentang boleh hilang macam tu je. Aku terdiam. Kawan aku terdiam.




Terus kawan aku hantar balik rumah ikut jalan jauh. Masing-masing pucat. Balik rumah aku diam tak bercakap. Esok paginya baru cerita dengan family, cerita dengan kawan-kawan. Lepas tu, petang ni baru cerita dengan korang semua. 





Percaya tak??? Terpulang pada korang, cuma yang pasti setiap kali terpaksa lalu jalan tu pada waktu malam, aku pejam mata rapat-rapat.




Aien Not Alien. =_="



22 comments:

  1. peh seramnye..mmg jelas sgt tu. nasib korg x sempat belok kiri tu kan..kalo x lg la..sebelah je! eiii takutnye

    ReplyDelete
  2. seram la pulak... selalu sgt dengar cerita hantu.... tapi alhamdulillah tak pernah alami lagi... MINTAK DIJAUHKAN.. -.-

    ReplyDelete
  3. phat percaya bende2 ni walaupun alhamdulillah x pernah jumpa tp tgk orang kena rasuk tu selalu

    ReplyDelete
  4. aaaaaaa dah la aku terbce citer ni waktu malam niii.. serammmm :(

    ReplyDelete
  5. seram gk..sbb 2 eyda xsuke drive kereta mlm2...klu nk kuar mlm..cmform ajk abg angkat..takutt...klu die ad..berani ckit..hehe.

    ReplyDelete
  6. smpi skrg tak baca lagi entry nie.... komen jer ......he3

    ReplyDelete
  7. Hmmmmm, nak bc ..
    tapi tapi tapi tapi
    skrg pukul 12 lbih dah A.N.A
    esok kite mai bc blik ye entry ni .




    Hee.

    ReplyDelete
  8. percaya je..sebab hantu tu kan syaitan yang suka mengganggu anak adam..tapi nape aien tak try tanya dia, kot2 dia perlukan khidmat baby sitter ke nak letak 'sesuatu' yang dia dukung tu.. hik3. <--- bukan ayat sombong lagi bongkak ea. lalala

    ReplyDelete
  9. amalkan baca ayat2 suci bila pergi mana2 =) just follow ur blog..do follow me back =)

    ReplyDelete
  10. kancil hanya rasa kehadiran mereka namun sehingga kini ndak pernah jumpa lagi..minta jauhkan lah

    ReplyDelete
  11. pergghhh, meremang bulu... seram jugak eh... mcm mana la agaknya bila terjumpa benda tu.. huhuhu..

    ReplyDelete
  12. hari nie baru baca.....
    kisah kita sama ana....
    abg remy ngan mak pernah jadi mcm nie.... hujung jln sebelum simpang ke rumah nampak benda yg sama..tapi dia tak dukung... anak dia dh besar.... nampak ngan jelas biler suluh ngan sportlight keta...
    bsk pagi2 tanya mak yg duk kat sebelah ...nampak tak smlm...
    mak jawab ...nampak!
    cuma malas nk ckp biler sampai rumah...takut benda tu ikut...

    ReplyDelete
  13. aaaaaaaaa! seram..berdiri kot bulu roma baca entry aien nie..hoho..adiela xtau la nak ckap percaya hantu ujud or x..tapi adiela memang siyez cepat takut dgn bebenda camni..sbb tu adiela xsuka tengok crita2 hantu..kang ada yang xtdo malam..

    ReplyDelete
  14. seram!kalau saya jadi kawan aien,,saya suh aien tido kat rumah..haha

    teringat haritu,,balik malam2 dengan kawan,,tak de la nampak apa2,,tapi takut sendiri sebab teringat cerita hantu yang kitorg ceritakan masa dalam keta sebelum tu..

    ReplyDelete
  15. wah seram!
    bace entry ni pagi2 mse org lain tgh tido :P
    meremang bulu roma..

    ReplyDelete
  16. perh..mmng seram..tambah naiemah baca entry ni pkol 4.35..waaaaaaaa T__T kompom tak tido..kahkah..

    seram tol..huish..nasib baik kan awk ikot jalan lain =)

    ReplyDelete
  17. haha.. dapat dibayangkan apabila kawan ko selekoh ke kanan, ko berada di kedudukan antara kwn ko dgn lembaga putih tu. macam cerita thailand lak bila difikirkan. lawak dan pd masa sama, elemen seram tu ada. lol.

    ReplyDelete