01-01-2012





Situ sana sini orang-orang berbicara tentang AZAM TAHUN BARU 2012. Peralihan tahun yang pasti bila waktu tegar mengikut hari. Selamat Tahun Baru 2012.




Perlahan-lahan usia dimamah hari sehingga kita sampai ke titik akhir hidup di dunia ini nanti. Tiada apa yang diinginkan selain kesejahteraan hidup untuk menikmati kesenangan dalam kesempitan. Kalau hidup itu lurus tanpa palitan warna dugaan pasti bosan jadi peneman. 



Apa yang kau merepek ni Aien??? Entah. Dalam setahun kadang kita rasa kita bahagia, kadang kita rasa kita tidak bahagia. Roda kehidupan buat perasaan kita berpusing-pusing. Pening dan mual.




Tetaplah kita optimis bahawa setiap permulaan akan ada pengakhiran. Jika bermula dengan baik semoga pengakhirannya juga baik. Jika sebaliknya marilah kita berusaha supaya ianya menjadi baik atas izin Allah S.W.T.




Jika sepanjang 2011 yang sudah kita gagal, anggaplah itu kejayaan yang tertunggak sebenarnya. Jadikan 2012 sebagai medan untuk menebus apa yang gagal sebelum ini. Jadikan azam yang dibina bukan atas dasar waktu tapi atas dasar nawaitu. 






-SEKIAN-



P/S : Gambar dalam entri ini semua koleksi adik. *Mirul aku pinjam gambar kau. ^_^" 


12 comments:

  1. saya setuju dengan ANA... semoga kegagalan kita pada 2011 akan diteruskan kesinambungannya pada 2012 ini...

    salam kebahagiaan buat ANA sekeluarga... amin

    ReplyDelete
  2. semua gambar lawa..serius berbakat sepa yg ambik :)

    ReplyDelete
  3. tahun ni umo brapa aien??? hehe

    ReplyDelete
  4. gambar yg last itu sgt comey..

    selamat tahun baru juge dik..

    ReplyDelete
  5. selamat malam ANA.. ehehehe... (",)

    ReplyDelete
  6. selamat tahun baru aien.. :)
    optimis.. 2012 tahun tebus segala kegagalan 2011 kan :)

    ReplyDelete
  7. tahun berganti tahun.. azam berganti azam.. semoga azam aien tahun ini tercapai.

    smart gila gambar2 kat sini.. pandai mirul tu.

    ReplyDelete
  8. selamat tahun baru aien!

    semoga tahun ni, kita akan perolehi apa yang belum kita perolehi..;)

    ReplyDelete