Posts

Showing posts from January, 2012

Hati Berasap Siapa Tahu???

Image
SATU AGHI TONGAH NONGGOK KEK PANGKIN BAWAH MANGGIH.....BOBUGHAK NGAN LOBAI SAHAK SAMBEY MEGHOSIT SEGHODAK KUE GHAYO... LOBAI SAHAK BOCEGHITO :

Apo bilo ayam molinteh dopan sokumpulan kambing..kambing mulo menghino dan membukak aib ayam. "APO LA AYAM NI...KEPALO NEK MOYANGAN LAWA SIAP BOBALUNG-BALUNG, TOMPI KASUT TAK PAKAI...GOMA LAK BERKAKI AYAM"

Ayam pun belalu poie dongan muko meghah padam dek malu. Sok pagi ea tu...kambing lak lalu dopan sokumpulan ayam. Sobaik sajo kambing melinteh...kumpulan ayam mulo besoghak "WOIII...BLAHH LAAA...MACAM LA BEST SANGAT!! PAKAI KASUT HITAM TOMPI SELUAR TAK PAKAI..TOLO NAMPAKKK!!" Pokik ayam sambey jongkeh-jongkeh dok tergolak. 


"APO KOSUDAHAN CEGHITO NI PAK LOBAI??"


KOSUDAHAN EA...DEDUO KONO SEMOLEH BUEK GHONDANG!!"


Sumber : Facebook Saya Anak Melaka (SAM) yang dipetik dari FB Ujang.


Ayam & Kambing punya lawak tapi tempiasnya kena pada manusia. Ambil pengajaran disebalik perkongsian ini. Dalam kita ketawa-ketawa ja…

1st Year Ohsemm Anniversary | Blog Remyhazza.

Image
Awal mula pertama mula Selamat Ulangtahun Pertama Blog Remmyhazza - Aku Cuma Seorang Kulikutif. Pejam celik pejam celik dah genap setahun. Tahniah Abang Remy. Sebagai tanda sokongan Aien join Segmen Abang Remy. Pada yang belum Follow segeralah Follow blog Abang Remy ni, kerana Abang Remy ni rajin balas jejak, peramah orangnya, dan pandai memasak. 



Pandai Memasak?? Kenapa? Tak percaya? Kalau nak percaya singgahlah Blog Remyhazza.



Kepada yang nak singgah tu dinasihatkan singgah dengan perut yang kenyang. Setakat ni ramai yang baru terliur je, jangan korang jadi orang yang pertama gigit keyboard atau telan tetikus sebab tergoda dengan sajian makanan dalam Blog Abang Remy sudahlah...hehehe....



Selain aneka sajian makanan menghiasi entri Abang Remy yang berkerjaya dalam industri makanan, Abang Remy juga rajin review filem-filem terbaru yang ditontonnya. Mungkin hobinya menonton wayang dikala sunyi free...hihihi...



Jadi...apa tunggu lagi, kalau sudi dan ingin jadi yang bertuah di kalangan Follo…

"Macam pernah jumpalah...."

Image
Hari Jumaat penghulu segala hari yang penuh keberkatan tiba lagi. Alhamdulillah. Hari ini dapatlah cuci mata melihat para arjuna segak berbaju melayu pergi ke Masjid untuk menunaikan Solat Jumaat.



Dari dulu lagi aku suka tengok arjuna berbaju melayu.SEGAK.



Petang ni selepas para arjuna selesai Solat Jumaat aku kena siap sedia menanti penghantaran lagi 100 batang Pokok Kelat Paya. Semalam dah selamat sampai 100 batang.



Semalam punya cerita masa aku handle kemasukan 100 batang Pokok Kelat Paya, tiba-tiba "Macam pernah jumpalah...." terdetik dalam hati bila aku terpandang muka Supervisor supplier pokok-pokok ni.





Selesai punggah turun pokok-pokok dari lori, kitorang bincang apa-apa yang patut. Sebelum dia balik sempat la berborak kosong dia pun cakap yang dia macam kenal aku. "Kan betul, macam pernah jumpa..."



Masing-masing terus teringat pernah terjumpa masa aku praktikal di Jabatan Perhutanan Melaka tahun 2010 dulu, dia pula ada buat kerja-kerja maintenance kat sana. 



&quo…

Tak Ikut Peraturan Boleh????

Image
"Korang nak tahu tak?? Si Rifhan anak Wak Mail, pandai masak Gulai Tempoyak!!! Sejuk perut future husband dia nanti..." Kata aku kepada korang yang baca ni. "Rifhan kan..dia kan...ada kereta mini cool giler...". ^_^"



Intro baik punya puji Rifhan yang merupakan salah seorang pengunjung tetap blog ni. Yeayyy...bagi ombak rindu sekali kepada Rifhan.




Dari tadi Rifhan, Rifhan, Rifhan. Ada apa dengan Rifhan???



Ada 11 soalan daripada Rifhan :

1.Nama penuh korang dalam surat beranak.Nurulaien Binti Mohd Roslan.
2.Tarikh korang dilahirkan. 01 Oktober.
3.Korang sekarang kerja apa/belajar kat mana? Admin di Syarikat Swasta.
4.Antara Aaron Aziz, Adi Putra atau korang (bagi lelaki) mana lagi ensem? Bront Palare hensem!!
5.Antara Neelofa, Lisa Surihani atau korang (bagi perempuan) mana lagi cun? Korang!! hehe..
6.Antara Ustaz Azhar Idrus atau Ustaz Don atau Ustaz Izi Hj Ali mana lagi korang suka? Semuanya aku suka..tak boleh pilih-pilih, dilema wanita nanti nak memilih...hahaha...
7.…

Terbeli Tudung.

Image
Semalam petangkan, petang-petang semalamkan, teman kakak pergi beli-beli barang persiapan untuk kenduri kahwin adik ipar dia dekat Mydin MiTC Melaka. Tak tanya pun?!!



Sambil-sambil teman sambil-sambil cuci mata tengok pelbagai jenis tudung yang dijual di lot-lot kedai bersebelahan. Ye ke?!!



Rambang mata. Itu cantik. Ini cantik. Nafsu membeli-belah terus naik. Haishhh!!!



Kebetulan memang sedang mencari-cari tudung yang sesuai untuk dipadankan dengan sepasang baju kurung untuk kenduri kahwin awal bulan depan ni. Kebetulan la sangat kannnn!!



Jadi, aku terbeli tudung baru semalam. Terbeli ke memang nak beli??!!



Terbeli laaaa.... =_="



P/S : Hari ni nak BW laju-laju. 

Soal Jawab Cikgu Kancil.

Image
Selesai sudah ber-lunch dengan family (Off-Day duduk rumah je....anak siapalah ni ek...hihi...) kenyang perut suka hati setelah disumbat dengan Ayam Goreng Berempah, Sambal Tumis, Sup Ayam, Ulam & Air Nescafe. Alhamdulillah. Intro penuh makanan.

Salah seorang pengunjung setia Blog Aien Not Alien iaitu Blogger Kancil 8349 telah tag Aien Not Alien bersoal-jawab dengan 11 soalan. 



11 Perkara Tentang Aien Not Alien :
Keturunan darah campuran Melayu Minang + Jawa + Mamak. | Menetap di Alor Elephant, Melaka. | Suka Nescafe. | Kasut / Sandal saiz 6 atau 7. | Tinggi 160cm. 06>Darah A. | Umur dah suku abad. | Hantu durian. | Ada Honda 2 Tayar. | Suka Siti Nurhaliza. | Kereta idaman Mini Cooper.


11 Soalan dari Kancil 8349 :
1. Siapa idola anda? -Mama..Pn.Asiah Bte Mohamed.
2.Apa sebabnya anda memilih dia menjadi idola anda? -Sebab mama seorang wanita yang paling tabah.
3.Pandangan anda mengenai negeri Sabah? -Belum pernah sampai Sabah lagi, tapi tahu Sabah memiliki kepelbagaian Flora & Fauna t…

Jawapan Teka-teki | Wordless Wednesday???

Image
TEKA-TEKI


JAWAPAN TUKANG KOMEN "Abang Gen2Merah...cuba lagi lain kali...hihi..."



P/S : Makan limau...makan limau...makan limau.... ^_^"

2012 Tahun Naga.

Image
"Selamat hari rayaaa...Hari untuk kita bersuka-riaaaa...."



Selamat Tahun Baru Cina 2012 diucapkan kepada semua rakyat Malaysia, terutamanya kaum Cina. Tahun ini tahun NAGA laaa....aummmm!! errr...ada macam bunyi naga ke???







Semalam aku kerja (Triple-Pay), tadi pun kerja (Triple-Pay), so jadilah Double-Triple-Pay. Angpau merah hujung bulan. Alhamdulillah. Rezeki duduk dekat Malaysia. Cuti umum perayaan pelbagai kaum dinikmati bersama.



Sebab tu aku suka hujan batu di negeri sendiri.



Semalam tak sempat nak balas jejak kawan-kawan. Blog pun sunyi lebih dari 24 Jam tanpa entri. Faktor utama tak on9 adalah sebab aku keletihan. Kerja jadi berganda bila kena ganti rakan sekerja cuti.



Nak kunyah limau pun tak larat. Letih gila. =_="






P/S : Teka-teki : Dalam banyak-banyak binatang, binatang apa yang ada banyak telur? (Jawapan esok atau lusa)

Sejarah BMI Aku.

Image
Dulu-dulu masa zaman sekolah berat badan aku maintain je 45kg dengan ketinggian 160cm. Body Mass Index (BMI) pula 17.6 category underweight. Dulu-dulu aku memang halussss je.


Kerana halus aku jadi lali dengan gurauan kawan-kawan "Plywood berjalan...hahaha....". Sekitar awal tahun masa musim angin bertiup dah biasa sangat dengar "Hati-hati weh...terbang kena tiup angin nanti...". ~ =_="~ 





Masih segar dalam ingatan saat menjalani pemeriksaan kesihatan percuma dekat sekolah pada tahun 2006. 

Kakak Misi : Ok...timbang berat, ukur tinggi kat sini dik.Aku : Baiklah.Kakak Misi : Lepas ni ambil result BMI kamu dekat abang kaunter.Abang Kaunter : Kamu Nurulaien.....bla bla bla....nah result BMI kamu.Aku : Terima kasih. >Senyum Manissss & terus blahhh<

Tengok secebis kertas yang tertera BMI aku. Memang dah sedia maklum yang aku underweight, cuma perkara yang buat aku terkesima secara langsung depan kawan-kawan ialah abang kaunter tu tulis "Anda Kurus Kering&q…

Kisah Pengemis Cantik.

Image
Kadang-kadang masa jalan-jalan sana sini mesti akan terserempak dengan pengemis. Dimana ada orang ramai berkumpul disitu ada mereka. Lubuk rezeki katanya. 





Pernah dengar kisah Pengemis Kacak di China??? Tak pernah?!! Google sendiri untuk tahu lebih lanjut.




Pernah dengar kisah Pengemis Cantik di Malaysia??? Tak pernah jugak?!! | | | | | | | | | | | | | | | | | | | | | | | | | | | | | | | | | | | | | | | | | |
| V

Nak kenal dengan Pengemis Cantik??? >KLIK SINI<

Terima kasih kepada Pengemis Cantik a.k.a Tira kerana sudi menjadi Manusia Bukan Alien yang Ke-555. 


Lagi menarik Cik Pengemis Cantik ni jerit dekat CBOX "GBS 555". Pada yang tak tahu dan nak tahu GBS tu apa??? >KLIK SINI< Awassss...hanya yang betul-betul sengal dan bukan hati tisu sahaja yang boleh klik.



P/S : Teringat buku 555 buat tulis belanja sekolah dulu-dulu. 



Selalu Terjadi Begini.

Image
Bila cari barang yang nak diguna segera selalu tak jumpa, bila tak diguna tak dicari elok je ada depan mata. Selalu kena sound dengan mama "Cari barang guna mata, bukan guna mulut...bising sana bising sini..." Opsss!!! Selalu terjadi begini. 



Bila tunggu bas atau teksi selalu je datang lambat. Bila tak tunggu elok pulak lalu silih berganti.



Bila cari rumah sewa susah sangat nak jumpa. Bila tak cari elok je mata ni terpandang "Rumah Untuk Disewa".



Bila tengah lapar takde pun yang offer nak belanja makan. Bila tengah kenyang selalu je orang offer nak belanja makan.




Bila takde idea mula la merepek-repek. Bila ada idea mula la rasa nak makan kerepek.




Mengarut sudah.




P/S : Jarang-jarang terjadi begini, kena tulis beratus-ratus keping baucer bayaran...kesian tangan.  =_="


Macam Main Tumbuk-tumbuk!!!

Image
Semalam Off-Day ingatkan dapat la duduk berehat-rehat dekat rumah seharian, sekali dipaksa rela teman mama dengan adik-adik pergi beriadah dekat Hutan Simpan Gunung Tampin.



Lagipun aku sendiri dah lama tak beriadah.Badan ni pun dah berlemak-lemak berkrim.Layannnnn.






Gunung Tampin ni walau tidak setinggi macam gunung-ganang yang lain, tapi bagi aku ketinggiannya boleh tahan mencabar la pada orang-orang yang kurang berstamina. (Aku la tuuu...haha..) 




Penat!!! Padahal bawa kereta sampai atas. Sepanjang perjalanan berselisih dengan ramai warga emas yang gigih berjogging santai. Mereka semua merupakan pengunjung tetap berdasarkan kajian aku secara rambang melalui teknik perbualan bertegur-sapa.




Uncle Rajoo ada, Uncle Lim ada, Uncle Mamat pun ada.1 Malaysia pakat-pakat turun naik Gunung Tampin. 




Puncak paling atas ada Menara Telekomunikasi Telekom Malaysia (TM). Adik cakap ada beberapa anggota Tentera kawal kawasan menara tu, aku tak tahulah sebab tak sampai puncak pun, hanya sampai ke kawasan ko…

Atuk & Basikal Canggih | Wordless Wednesday #13

Image

Tertunggu-tunggu...bila?

Image
Ada orang cakap "Kalau bekerja cukup bulan dapat gaji, tolak itu tolak ini lepas tu baki tinggal sikit tak dapat nak menyimpan fikir-fikirkanlah....." Aku selalu fikir tentang ni.



Ada orang cakap "Gaji besar belanja pun besar....itu nak dibayar, ini nak dibayar..." Bagi aku gaji kecik belanja pun besar juga, itu nak dibayar, ini nak dibayar.




Ada orang cakap "Jadi dewasa macam-macam nak kena fikir....itulah, inilah..." Habis tu takkan nak jadi kanak-kanak selamanya, hidup ini ada kitaran hayatnya.




Ada orang cakap "Hidup kalau tak berhutang ni tak merasa la pakai motokar, tak dapat la duduk rumah sendiri..." Nak selesa kena berhutang, cukup bulan nanti dapat gaji bayar hutang.




Macam-macam orang cakap.Orang-orang hanya tahu bercakap.




Kadang aku iyakan aje kata-kata orang. Kadang aku diamkan.




Bukan senang nak senang.Tapi nak susah tu memang senang. Kau jadi MALAS cukup. 





Rezeki masing-masing.Aku masih menunggu sesuatu yang lebih baik.




P/S : Tertunggu-tunggu…

Akhirnya...berjaya juga aku masuk!!!

Image
Yeayyyy!!! Akhirnya masuk juga setelah sekian lama berusaha. 



Aku berjaya masuk ke dalam Muzium Kesultanan Melayu Melaka yang terletak bersebelahan dengan Kota A'Famosa di Bandar Hilir, Melaka. <----- Jemput datang semuaaaa....







Agak teruja sebab berjaya masuk setelah sekian lama asyik pandang dari jauh je. Siap dapat tengok Taman Larangan Diraja dulu-dulu lagi. <------- Datang jangan tak datang.




Tiket Masuk Dewasa sebanyak RM 2.00 memang berbaloi-baloi. Lupa tengok harga Tiket Masuk Kanak-kanak. =_="






Jauh perjalanan luas pemandangan, bagaimanapun harus utamakan yang dekat-dekat dulu. Banyak lagi tempat-tempat menarik dalam Melaka yang belum habis dilawati walaupun aku sendiri orang Melaka. 



Ada ruang & peluang nak jalan-jalan kat mana pula ek? 




P/S : Jangan jalan-jalan cari pasal sudah....ekekeke...(Ketawa macam seseorang.....)



Kisah Benar Aku & Hantu.

Image
Sekarang ni nak cerita tentang "Hantu" dipetang Jumaat. Cuba lari sikit dari kebiasaan kalau "Cerita Hantu" je mesti nak kena hari Khamis malam Jumaat. Korang percaya hantu ni wujud??? Percaya atau tidak percaya itu terpulang pada korang sendiri. 





Aku pernah terlibat dalam perbualan berkaitan hantu ni dengan rakan yang bertentangan jantina "Aku tak percaya ada hantu...kalau ada bagi aku tengok depan mata!!" dengar macam angkuh, tapi itu dia, kawan aku si mamat A. "Jangan cakap besar derrr...esok-esok terjumpa tak cukup tanah kau nak berlari..." balas lagi sorang kawan aku, si mamat B.



Aku bukan nak bahas tentang percaya atau tidak kewujudan hantu, jauh sekali nak persoalkan tentang keangkuhan kawan aku si mamat A. 




Cuma aku nak cerita "Kisah Benar Aku & Hantu" <------ Tajuk Entri.



Ceritanya begini. Sebenarnya aku tak ingat tarikh kejadian, senang cerita pada suatu malam ketika Filem Jangan Pandang Belakang baru nak terjah Pawagam. A…

Aku Dipanggil Mak N***

Image
Terlebih 24 Jam tak muncul di dunia Blog terasa sepi je hati...ewahhhh!!! Malas nak pot pet pot pet sangat kenapa dan mengapa tak muncul. Hari ini nak membebel pasal ada budak panggil aku MAK NYAH!!! 


Kelassss kau jahhhh....Mak Nyah terusss!!


Entri ini berbaur kekeluargaan, diharapkan tiada yang menyampah. Begini kisahnya, aku baru je ada seorang Anak Buah setakat ini, nama dia Nurul Auni Zahraa a.k.a Rara. 






Si Rara ni dah mula belajar bercakap. Memanggil "Ayah" & "Mama" dah lulus cemerlang. Memanggil "Nenek" baru 50-50 je sebab dia hanya panggil "Nek". Memanggil Pak Uda, Pak Tam, Acik Yah, bla bla bla semua hujung-hujung je berbunyi, tapi tak kisahlah sebab sedap aja bunyinya. 



Bila tiba part kena panggil aku "Mak Ngah" dia dengan penuh yakin panggil aku "Ma Nyah....Ma Nyahhh..." Cisss kejuuuu...nasib baik budak kecik. Dimaafkan.



*Maaf andai ada yang terasa, ini hanya kesilapan kanak-kanak baru belajar bercakap semata-mata. T…

Jalan-Jalan Dapat Surat Cinta.

Image
Semalam ambil cuti tahun sehari sebab ikut perancangan nak melawat adik dekat asrama. Maklumlah kita ni kerja hari AHAD, nak berhujung minggu terpaksa ambil cuti tahun. Namun begitu, manusia hanya mampu merancang, sekali tak jadi atas sebab-sebab tertentu. 



Kebetulan pula kawan-kawan dari Johor, Perak & Pahang yang menetap dekat Bangi datang sebab nak makan Rambutan. Alang-alang dah datang, terus pergi jalan-jalan di Bandar Hilir, Melaka. Bila dah ke Bandar Hilir, macam biasalah tempat wajib dilawati semestinya A'Famosa, Dataran Pahlawan, Bangunan Stadthuys, dan Istana Kesultanan Melaka.



Sampai Bandar Hilir dalam 11 a.m. Parking dekat area Menara Taming Sari. Dekat 5 Jam melilau-lilau, balik semula ke kereta, tengok-tengok dekat cermin depan ada terselit "SURAT CINTA". 




Cisss Kejuuuu. Kena Kompaun atas kesalahan Perintah 8 MBMB 2005 sebanyak RM30.00 sebab "Meletak kereta di petak letak kereta tanpa bayaran caj yang ditetapkan." AHAD?? KUPON PARKING??



Kawan-kawa…