UMUR BUKAN SEKADAR RUPA

Assalammualaikum wbt....


Bertemu kita dihari isnin terakhir tahun 2012....semestinya semua-semua orang ada 1001 kenangan pahit manis masam masin sepanjang tahun ini kan kan?? Alaaa standard la hidup ini umpama pusingan roda. Kalau manis je sepanjang tahun macam muak pula. 







Merujuk kepada tajuk "umur bukan sekadar rupa..." kalau masuk tahun baru mesti umur akan otomatik meningkat bukan?? Jadi apa ada pada umur sebenarnya?? Jawapan klise ialah umur hanyalah sekadar angka. Agak klise tapi selalunya tepat....umur hanyalah angka yang sentiasa bertambah dan terus bertambah saban tahun selagi masih bernyawa.



Apa kena mengena dengan rupa pula?? Sesetengah orang kadang cepat kelihatan tua sebelum usia, sesetengah orang pula sentiasa awet muda tak sepadan usia dan selebihnya adalah baki-baki orang yang muda dan tua mengikut peningkatan usia. Faham tak?? aku rasa dah berbelit kat sini apa yang ingin cuba disampaikan. =_="



Sampai kat sini aku dah lost. Tak tahu nak merepek apa lagi...hehehe. Faktor usia barangkali....sekarang mudah lupa. Jadi aku habiskan jelah entry ini dengan kata-kata ini "Setiap yang tua pernah muda, namun setiap yang muda tidak semestinya tua...." Sekian. JUMPA LAGI.



MASUK PARIT

Assalammualaikum wbt....



Hari ahad lepas aku jalan-jalan pastu masuk parit. Pestime tu jalan-jalan masuk parit....hahaha. Parit apa?? Parit Kaspan. Sebenarnya bukan jalan-jalan apa pun, cuma jalan-jalan menghadiri kenduri kahwin sepupu Incik Tunang....atas pelawaan bakal ayah & ibu mertua suruh kenal sedara-mara sebelah Johor katanya. 


Agak nebes nak jumpa sedara-mara beliau buat aku tak senang duduk sepanjang perjalanan dari Melaka lagi....siap pakej perut meragam sebelum bertolak. Kenapa ek....asal nebes je perut meragam, dari dulu lagi macam ni. Kenapa tak kalau nebes je lapar ke....haus ke....geli hati ke....hahaha. Macam-macam la kau Aien.


Apa-apa pun selamat sudah beramas-mesra dengan ahli keluarga beliau yang ternyata semuanya peramah.....orang jawa katakan. Kan? Orang kata orang jawa ni peramah (mudah mesra), kuat ikatan kekeluargaannya....kan? Dari pengamatan aku memang peramah pun....siap disambut mesra lagi kalahkan pengantin majlis tersebut. Hamboih!!



Bila dah duduk dikalangan ahli keluarga Incik Tunang....kebanyakkannya speaking jawa. Aku curi-curi dengar pun tak faham apa yang aku curi dengarkan tu. Hahaha. Bakal bapa mertua pekat cakap jawanya...Incik Tunang tahu yang basic je...aku? tahu pun wes mangan, ngompol, kiraan nombor dalam jawa...itu je. Korang?? Yang dah tahu takpelah....yang tak tahu dan nak tahu KLIK SINI (Bahasa Jawa Peringkat Asas). Sekian untuk entry kali ini. JUMPA LAGI.




MENTADAK MENTADU

Assalammualaikum wbt...


Kamu orang bangun tidur pagi-pagi subuh tadi ada tak tetiba je rasa penuh bersemangat waja gitu?? ADA??! Wahh...kalau macam tu kita geng la. HAHA. pasal pagi Jumaat yang indah ini aku terbangun dari tidur dengan penuh bersemangat waja. Celik2 mata je terus luas biji mata ni...takdelah nak kejap-kejap terlelap sampaikan tertidur balik macam pagi2 sudah. Hehehehe.


Mentadak mentadu macam mana Aien tidur malam tadi??? 


"Manalah aku tahu...tak tengok pun dia tidur malam tadi...."


Alhamdulillah masih bernyawa dan diberi peluang untuk menikmati dunia. Pasal mentadak mentadu ni rasanya ramai je pernah bermain tanya kat mentadak macam mana si polan si polan ni tidurkan??? Dulu masa zaman hingusan aku suka tanya mentadak...pastu bila mentadak tu gerak2 macam main gosok2 tangan dia konon2 sebagai respon terus aku bantai gelak ramai2...yelah biasanya main tanya mentadak bila ada dengan orang lain macam adik-beradik ke, sepupu-sepapat ke, kawan-sahabat ke....haaa macam tu. Hehehe.



Gila nak tanya sorang2 masa berdua-duaan je dengan mentadak mentadu ni...buatnya mentadak bersuara mahu demam seminggu tak kebah. HAHA. Just kidding....ini permainan budak2 jelah....ke ada kakak budak, mak budak, abang budak dan ayah budak percaya??? 



Sekian. JUMPA LAGI.

LAUK PEDAS

Assalammualaikum wbt...


Nampak tak status kat sebelah kanan atas?? "Sedang sibuk sedikit daripada Pak Menteri Planet Namek...kahkah" sesungguhnya ya aku memaksudkannya hanya pada perkataan SIBUK je yang lain tu sila abaikan. Sesekali berstatus pelik apa kisahnya...ye dak?? Dalam sibuk-sibuk aku sempat juga meluangkan masa menghadiri majlis pertunangan sepupu dekat Puchong semalam. Bab saudara-mara ni aku kalau boleh akan cuba hadiri semampu yang boleh...bukan apa bimbang ada yang berkecil hati. Susah wooo nak jaga hati orang.....nak-nak sedara sendiri....percayalah!!






Percayalah...aku berani cakap macam ni bilamana terkeluar dari mulut mak sedara aku yang paling digeruni (dalam kalangan family akulah...hehe.) "dah tahu saudara punya majlis...datanglah! nak datang bukan susah...nak 1000 daya" nampak tak?? terkeluarnya ayat berbentuk dan berbunyi begini bila dia kecewa dengan segelintir yang suka ambil mudah bab kekeluargaan ni....ya majlis tunang pun MAJLIS jugakkan tetap ada doa selamat, ada makan-makan, ada gotong-royong.... :D


Hmmm...kadang rasa cam terkilan bilamana kerenggangan tu macam ketara dikalangan saudara mara yang muda-muda belia. Nampak sangat kadang macam tak nak bercampur dengan saudara...kalau dengan kawan-kawan boleh pulakkan??? Huhuhu...ini pun aku perasan bila skodeng FB memasing, cehhhh...gambar g kenduri kawan-kawan bukan main ligat...penuh la satu album. 


Kawan disusukan saudara sendiri mati kelaparan...boleh?? Entah la...entah la...rumit untuk dihuraikan. Nasib hanya segelintir, kalau semua?? Lingkup ganda dua jadinya. Takpelah....aku sudahkan entry ini dengan harapan dikalangan korang tak macam ni la ya, utamakan saudara anda kerana mereka paling dekat dengan anda walau apa pun yang terjadi...terutamanya pada muda-muda ni bawak bercampur sket dengan sedara-mara....malu tolak tepi bukannya takde hidung pun nak malu-malu. Sekian. JUMPA LAGI.



#ada je sedara mara aku baca blog ni dan pasti akan ada yang terasa....nasiblah siapa makan cili dia rasa pedas. 

PERTAMA KALI MEMBUAHKAN HASIL

Assalammualaikum wbt....



Panjang tajuk entry kali ini, selalunya 2 patah perkataan je...hahaha. Cerita pasal tajuk pun boleh jadi intro kalau nak senang cerita dan malas nak fikir nak mengarut apa. Errr...boleh dijadikan tips menulis intro entry ni kalau mahu....kehkehkeh. 



Malam semalam buat pertama kalinya aku melibatkan diri dalam Kejohanan Tenpin Bowling yang juga dianjurkan secara pertama kalinya oleh gabungan JKKK dan KRT (Kejiranan Rukun Tetangga) kawasan kejiranan aku. Meriah gila dengan kehadiran para peserta pelbagai peringkat umur. Aku agak teruja dengan pertama kalinya ini pasal selalunya main bowling dengan kawan-kawan ikut sesuka hati je...beriadah dan bersosial la kekononnya...hakhak. Jadi bila melibatkan diri dalam kejohanan terasa lain aura persekitarannya. 






Keterujaan aku buat pertama kalinya juga dikuatkan lagi dengan kejayaan ahli kumpulan aku menjadi JOHAN dengan pungutan mata jatuhan pin sebanyak 955...dapatlah hadiah berbentuk wang tunai dan ditambah lagi wang tunai hasil aku mendapat tempat ke-4 bagi kategori wanita. Tapi tahap keterujaan menurun bila Johan kategori wanita disandang oleh seorang nenek....aku terkalah ditangan seorang nenek. Wuuuuu....takpelah kalah sebab mengalah....kehkehkeh. Aku syak nenek tu hari2 praktis main guna buah kelapa lah... :D




Gambar berdua dengan mak....nampak tak belakang tu MIBC
Melaka International Bowling Center....ni je gambar yang ada. 


Mak aku pun main juga, dia group lain hasil cabutan undi....tapi lane sebelah je dapatlah aku bagi tunjuk ajar sket main macam mana sebab itulah pertama kalinya mak aku main bowling untuk seumur hidupnya selama 50 tahun hidup katanya......siap cakap "best juga...nanti boleh la datang lagi dengan yang lain..." mahu tak bestnya bagi orang yang baru pertama kalinya main bowling mak aku kiranya hebatlah juga disebalik bola asyik masuk longkang dapatlah juga 3 kali strike dan beberapa kali spare. Manakan nasi tak tumpah ke kuah...eh! Hahahaha....abaikan. Sekian. JUMPA LAGI.



AURA LAGI

Assalammualaikum wbt....


Entry sudah aku cerita pasal aura lebih kepada nak menyakat dak Syida je (jangan marah aaa darah manis..hakhak). Entry kali ini memang betul-betul aku nak cerita pasal aura...aura apa??? aura pelaris semulajadi. Ehem..ehem...suka aku nak ingatkan lepas ni kalau dah baca nak percaya atau tidak terpulang ya...masing-masing pun dah besar panjang dan dah cukup umur pandai nak beza mana baik mana buruk. 


Hamboih laa...macam nak cerita benda khurafat lak. Hahaha. Takdelah cerita ni cerita biasa-biasa je dan diklasifikasikan sebagai bahan bacaan UMUM.






Begini.....sebelum bercerita izinkan aku bertanya "Korang pernah tak berada dalam situasi dimana korang pergi satu kedai / gerai / booth kaki lima / warung / stall pasar malam / butik / etc. mula-mula korang nampak kosong takde orang pun melainkan penjualnya sahaja yang sedang duduk menunggu pelanggan.....bila korang menapak masuk tengok2 barang atau memang nak beli barang dalam beberapa minit macam tu tetiba tempat tu mula dikunjungi orang lain....ramai pula tu...." Macam mana....pernah tak??? 



Kawan aku cakap "itulah pelaris semulajadi...wujud dalam diri kau dan lebih kepada aura yang memberi kesan kepada keadaan sekeliling...." mula-mula malas nak ambil port sangat. Lepas tu selalu sangat berlaku buat aku terfikir betul la kot...takkan la setiap kali berlaku setiap kali itu kebetulankan??? Kadang tempat yang aku pergi tu hambar giler sampai tertido-tido orang jaga kedai tu....nampak tak? pastu mula datang sorang dua, sorang empat ke...haaa.. macam tulah.



Aku pernah tanya secara rambang....ramai juga pernah melalui situasi macam ni.
Korang pula bagaimana??? 



Sekian. JUMPA LAGI.






AURA DAN CINCIN

Assalammualaikum wbt....



Apa itu AURA? Sila rujuk SINI. Aku bukanlah golongan bijak pandai yang mengkaji apa itu aura secara saintifik tapi aku sukakan apa-apa bahan bacaan berkenaan aura. Macam-macam kajian ada berkenaan aura :

  • Aura warna solat 5 waktu
  • Aura warna mengikut hari
  • Aura pelaris semulajadi....yang ni tak jumpa link yang sesuai cuma boleh rujuk dekat SINI yang mana ada melibatkan unsur pengiraan sikit-sikit. Tapi tak semua adalah aura jenis ni sebab semulajadikan?? lainlah menuntut...hahaha. 
  • Aura darah manis.....errrr ini merujuk pada sahabat blogger kita Syida

Cukup pasal aura sebab tak semua orang percayakannya. Kalau percaya pun bukanlah taksub sangat cuma bila kita berfikiran positif segalanya akan positif. InsyaAllah. 


Apa itu CINCIN? Mohon rujuk pada syida. Sekian. JUMPA LAGI.



#TAHNIAH SYIDA & FIK


AKU MALAS

Assalammualaikum wbt...

Semua bermula disini > bila annual leave tak boleh carry forward masing-masing pulun habiskan aku??? berminggu berturut-turut kerja tanpa off-day badan penat > cover kerja orang > otak penat > tambah lagi audit menanti > badan penat otak penat mood kelaut > aktiviti beriadah terabai > raket badminton tergantung sepi > balik rumah satu kerja rumah tak usikuntung duduk dengan mak > makan minum semua siap > mak cakap "apa malas sangat ni??" > adik perli "ngangah makin malas" > aku pandang cermin > Heh! jadi malas sebab penat > tapi boleh rajin pula buat ">" > sekian  JUMPA LAGI. 




Malas nak fikir apa kaitan Merlin dengan entry ni. hehe

JANTAN GILA

Assalammualaikum wbt...


Terasa macam lama tak buka blog sendiri, entry lepas pun komen tak berbalas lagi dan paling haru sangat jarang Blog Walking. Serba salah rasa bila tak sempat nak balas jejak rakan-rakan yang singgah sini. =_="


SIBUK. Agak klise tapi inilah kenyataan.
Nak cerita pergi tengok The Twilight Saga : Breaking Dawn Part 2 rabu hari tu pun tak sempat. Nak cerita pasal banjir melanda tempat kerja pun tak sempat. Takpelah....benda dah lepas.


Semalam. Baru punya cerita....aku kena kejar dengan ayam JANTAN GILA. Ceritanya macam ni, petang semalam aku berdua dengan kawan aku si A nak pergi ziarah kawan lagi sorang si B yang sedang berpantang kat rumah mak ayah dia di kampung. Rumah pun memang suasana kampung....ada itik, kambing, ayam dan Ayam Jantan Gila. Memang gila betul ayam jantan sekor ni....bila aku keluar dari kereta dan dia nampak je aku terus dia kejar dan agah-agahnya macam aku ni Ayam Sabung lak. 



Macam ni la semalam....cuma bezanya ayam lagi sekor tu korang bayangkan aku! hehe.


Seumur hidup aku dimuka bumi selama 25 tahun ni....inilah pertama kali aku kena kejar dengan Ayam Jantan. Macam nak gugur jantung terperanjat....kahkah. Kawan aku si A boleh mengekek-ngekek ketawakan aku dari jauh, berselindung disebalik pintu kereta. Ya....dia takut nak dekat. Nasib aku bawa handbag, boleh jugak dijadikan perisai, kalau takde perisai habis aku dipatuk-patuknya. Garang gila kot....dengan taji lagi. Kalau tak mati pun mahu cedera juga aku dikerjakan kan kan. Tatotttt wooo.


Bila ayah kawan aku datang selamatkan (Oh. Pak Ya...My Hero!! haha) lega gila dan aku terus berlari pantas gila masuk rumah kawan aku.....ntah macam mana la ghoperrnya aku berlari dan aku tak sedar main lompat je penghadang pintu, tahu-tahu dah selamat duduk atas sofa sambil menarik nafas lega-selega leganya. Fuhhhhh~ 


"Kalau aku dapat rakam tadi...mesti best!!" kata kawan aku si A sambil ketawa guling-guling. Cisss Kejuu...Sabau jelah. Grrr....tercemar imej ayu aku di petang semalam. Sekian. JUMPA LAGI.



PENDAPAT

Assalamualaikum wbt....


Saat aku menaip ni aku sedang rindukan mak aku yang tak ingat kat aku langsung bila dia dah sampai ke MAHA 2012. Hahaha...motif??



Malam tadi :


"In....baju mana yang sesuai ni? Oren ke cokelat??"
Tanya mak aku sambil memandang tepat kat muka aku.


"Oren la....ceria sket ma..."
Balas aku pendek sambil melihat mak aku berlalu pergi ke arah iron board.



Mak aku memang suka bertanya nak pakai apa, nak padankan dengan apa kat aku kalau dia nak keluar kemana-mana. Aku pun macam ada menurun sikap mak aku yang ni...tapi lebih parah sikit sebab aku tanya semua orang yang ada kat dalam rumah sampai adik-beradik aku bosan.....dorang tak pandang pun tapi boleh bagi pendapat. kahkahkah. 






Pendapat ni ada dalam pelbagai jenis bentuk. 
Ok. Itu je nak cerita. Sekian. JUMPA LAGI. 







BANTU PALESTIN

Assalamualaikum wbt...




Sumbangan BERMULA dari : 21 November 2012 hingga 12 Disember 2012

Semoga derma ikhlas kita dapat membantu saudara Islam kita disana....BANTU PALESTIN




BALAS-MEMBALAS

Assalamualaikum wbt...



Bila waktu musim cuti sekolah ni macam-macam musim sampingan lain akan wujud...musim kenduri kahwin la, musim cuti-cuti malaysia la, musim sunat la, musim jualan harga runtuh la...dan bermacam musim lagi.  Dalam bermacam musim yang ada musim kenduri kahwin jelah yang boleh buat aku pening kepala nyut...nyut...nyut. Pening nak adjust cuti tahun yang alahai sikit je tinggalnya sampaikan terpaksa adjust off-day sekali. Bila weekend kerja ginilah ghoperrrnya..."best sangat". Untunglah siapa yang weekend memang cuti. 





Peringkat umur gini memang tak boleh nak elak kena hadiri jemputan rakan-rakan sebaya yang menamatkan zaman bujang memasing. Belum kira lagi sedara mara sepupu sepapat punya majlis....macam nak kerat badan je agih-agihkan kau pergi rumah sana aku pergi rumah sini. Hahaha. Nanti tak pergi majlis orang...orang tak hadir majlis kita pulak. Siapalah yang mulakan dulu main balas-balas gini ek? Grrrr.  



Kalau dekat boleh juga main lari-lari kejap dari opis singgah kenduri. Ini tidak dekat-dekat juga tapi macam jauh jugak bila makan masa 1 ke 2 jam ke 3 jam ke....hahaha. Stress bos nanti tengok pekerja 'cemerlang lagi baik hati' beliau hilang dekat 4 jam.



"Mano poie budak bertuah ni??!!"

"Poie kenduri kawen ko...dio yang kawen??"



Sekian. JUMPA LAGI.



CINTAKU TERTINGGAL DI KLUANG

Assalamualaikum wbt....




Aku pernah tinggal di Kluang masa umur 6 tahun sehingga 9 tahun sebelum berhijrah ke Kuala Lumpur, kemudian ke Gua Musang dan akhirnya terdampar di Bumi Hang Tuah. Masa sekolah rendah sering berpindah-randah buat aku tak sempat nak ada sahabat....yang ada hanya kawan-kawan. Entry kali ini aku nak kongsi pengalaman tinggal di Kluang. 


Cuba ingat-ingat semula kenangan lama......


Umur 6 Tahun bersekolah di Tabika Kemas terletak di Jalan Sawi, Taman Yap Tau Sah, Kluang. Berjaya ingat nama penuh....hehehe. Masa ni kawan baik aku Shima dengan Fateha....dua2 merupakan anak jiran sebelah menyebelah itu pasal jadi kawan baik, pergi sekolah sama-sama mahunya tak baikkan? hehe. Masa ni aku belum nakal lagi...masih ayu-ayu gitu dengan rambut panjang paras montot yang selalu ditocang dua. Cerrr bayangkan budak tadika yang ayu-ayu rupanya acane?? hahaha. Pastu kawan selepas waktu sekolah semua kakak-kakak je pasal yang sebaya dengan aku mak ayah tak bagi keluar bermain sangat. Teringat lak Kak Noni, Kak Saida, Kak Idah...semua dah kawen aku dengar cerita. Tak lupa juga Amin Panjang dan Amin Pendek...geng main lompat getah, galah panjang, baling selipar, polis entry wan tu jaga...hakhak. 






Darjah 1 sehingga Darjah 3 pula bersekolah di SK Perempuan Bandar Kluang. Masa ni kawan-kawan aku semuanya perempuan, dah nama pun sekolah perempuankan....lelaki lak sekolah dorang berhadapan je dengan sekolah aku. Sebelah sekolah lelaki ialah Masjid Jamek Kluang....sebelah masjid lak merupakan Sekolah Tinggi Kluang yang merupakan sekolah Abang H...cehhh abang. :) Memang dia pangkat abang2 pun. Ntah-ntah dia sebaya dengan salah sorang abang sepupu aku Yasser, Yazib dengan Helmi yang bersekolah dekat STK juga dulu. Siapa tahu....Malaysia ni kecik jep.



Apa yang aku ingat lagi...balik sekolah selalu berebut-rebut beli Mee Siput + Kuah Kacang yang dijual penjaja tepi pagar sekolah. Kadang-kadang beli kacang sambal, kadang beli gula-gula yang ada cincin tu, kadang beli anting-anting yang lekat kat telinga tu. Teringat juga kenangan berebut-rebut nak naik Bas Sekolah Pak Cik Bakri....sumpah aku rindu semua ni. Masa ni kudrat aku macam anak jantan....dah tak ayu sangat sejak ayah aku potong rambut aku pendek-pendek. Berjemur sakan buat kulit aku mula gelap dan masa ni aku rasa aku saling tak tumpah macam anak itik yang hodoh....kakak aku putih. Perasaan budak-budakkan....nak2 buku cerita kanak2 macam Cumi dan Ciki, Anak Itik Yang Hodoh, Sang Kancil dan Sang Buaya dan seangkatan dengannya menjadi peneman aku membesar...... :)) Agak terpengaruh la sikit. 






Tak lupa juga kenangan pergi berkelah ke Gunung Belumut...ikut jalan yang kena lalu ladang kelapa sawit sambil ditemani radio yang memutarkan kaset lagu Nora sepanjang perjalanan memang best. Masa ni aku hafal semua lagu Nora....dan juga lagu-lagu Mamat Exist. Dulu masa aku duduk Kluang tak banyak sangat Shopping Mall yang besar-besar, paling besar sempat aku merasa pun Plaza BCB Kluang....sekarang macam-macam ada kata sepupu aku.



Cukuplah setakat ini sahaja, lagipun panjang sangat siapa je yang nak baca. Kenangan lama....tempat jatuh lagikan dikenang, kalau boleh nak kembali semula ke sana bila ada rezeki. Abang sepupu asik ajak "Datang la aien....boleh tengok rumah baru aku sekali..." dari anak pertama pelawaan dihulur sampai dah masuk anak ketiga aku masih tak sampai-sampai lagi. Sekian. JUMPA LAGI. 


AKU DATANG

Assalammualaikum wbt....



Entry lepas aku ada cakap pasal Penghijrahan Blog dimana secara ringkasnya aku takkan update sebarang entry ketika sedang bersedih supaya kualiti entry terjamin dan bebas dari sebarang unsur-unsur sedih yang mengundang simpati. Mulai entry ini sehingga yang seterusnya hanya kongsi perkara yang ceria-ceria sahaja seceria Dian dalam Istanbul Aku Datang....XOXO D *tiba2*



Dian / Lisa Surirumah Yusri. LOL


Motif tiba-tiba Istanbul Aku Datang?? Hahaha. Sebenarnya nak bagitahu aku dah tengok Istanbul Aku Datang....ekceli tertengok sebabkan adik-adik aku nak sangat tengok, layankan ajelah...En.Tunang siap cakap kat adik "Korang tengoklah...nanti Abang Ijan nak tidur..." Cehhh...tidur mendenya aku toleh sekejap-sekejap kemain luas mata beliau siap tersenyum-senyum tengok dari mula sampai habis. Nampak tak? Nampak tak?? Lelaki yang suka tengok cerita ganas-ganas pun boleh layan cerita ni. Aku suspek Ym.Bundle mesti boleh layan juga. Incik H dah tentu-tentulah boleh kot....sebab ada Beto Kusyairi yang mana aku rasa Incik H macam beliau. Eh! 






Aku dah lama gila tunggu cerita genre sebegini hasil tangan "orang kita"...freshhh u'ollsss tidaklah klise sangat sikit-sikit rempit sikit-sikit gangster. Dekat mana ntah aku ada terbaca review filem ni more less macam ni lah "ada beza air tangan pengarah yang buat filem 5 tahun sekali berbanding dengan pengarah yang buat filem 5 kali setahun....." macam pedas je bunyinya. Errr...bunyi pedas macam mana?? Sekian. JUMPA LAGI.



PENGHIJRAHAN BLOG

Assalammualaikum wbt....



Salam Maal Hijrah 1434H buat semua pengunjung Blog Aien Not Alien. Marilah sama-sama kita berhijrah daripada yang kurang baik kepada yang lebih baik dengan semangat yang baru....tapi kena ingat yang baru bukanlah baru semberono tapi mestilah semangat baru yang penuh istiqamah. 



Google


Penghijrahan blog ini akan berlaku mulai hari ini. Lepas ni aku hanya akan update entry yang berkisahkan perkara baik-baik sahaja. Memandangkan ini blog peribadi yang suka-suka jadi kadang tu ada juga terselit entry yang agak emosional sikit.....lepas ini akan berubah. InsyaAllah.....bila sedih aku takkan update sebarang entry kerana bimbang mempengaruhi penulisan. Mohon maaf andai ada yang terasa hati dengan penulisan sebelum-sebelum ini. Sekian. JUMPA LAGI.


SEPERTI DIJANGKA

Assalammualaikum wbt.....


*BACA SAMPAI HABIS*

Aku sedar yang aku perlu telan dua kemungkinan yang akan terjadi bila aku upload sekeping gambar pertunangan di FB untuk dijadikan DP.



1. "Bila ni...tak jemput pun??"

Seperti dijangka memang ada pun yang bertanya....hati orang ni macam-macam sikit2 nak touching. Macam kes aku ni adalah sorang kawan yang aku tak berapa nak rapat sangat komen "ble ni? xjemput pn." aku pun terus PM dia cakaplah buat kecik2 antara family je nanti kahwin baru jemput kawan2 tapi dia senyap je. Tahu-tahu dia dah post dekat wall dia "nape skang rse cm jauh je dgn kwn2 ek...urrmm....xpe la.xnk pkr sgt la.". Maaflah kawan...aku hanya manusia biasa penuh kekhilafan dan kekurangan.






#aku kalau orang tak jemput takdenya aku bertanya pun...aishhh segan la macam tak malu lak bertanya kenapa tak jemput. Kalau korang???



2. "Orang baru ke??"

Seperti dijangka juga....ada juga yang bertanya. Tak faham aku dorang ni buat-buat tak faham atau memang betul-betul tak faham akan soal JODOH. Puas nak bagi jawapan klise tapi sememangnya itulah jawapan paling relevan. Takkan nak bongkar kisah lama "aku dengan yang lama takde pape dah sebab...bla bla bla....". Tapi awal-awal aku dengan Incik Tunang memang dah bersedia dengan soalan ni memandangkan sebelum ni masing-masing ada kisah cinta lama yang tak kesampaian. 


Jaga tepi kain sendiri la kawan....


#Kadang orang yang suka jaga tepi kain orang ni memang tak faham bahasa. "Don't judge me, you don't know the truth....." ontok-ontok sudah. 


Sekian. JUMPA LAGI.


EDIT : Aku juga SEDAR bahawasanya pasti akan ada yang mengutarakan komen "Seeloknya pertunangan itu dirahsiakan / tidak dihebohkan..." Ya.aku tahu. Terima kasih pada yang mengingatkan.  Aku manusia biasa yang penuh kekhilafan....niat aku sekadar berkongsi kegembiraan semata-mata. Sebetulnya Allah s.w.t yang tahu niat dihati hamba-Nya..jadi kalau korang nak bersangka bukan-bukan suka hati koranglah. Hahaha. Ikutkan aku tak nak upload tapi sepupu aku dah tag gambar aku dengan dia....ramai LIKE ramai KOMEN dan ramai juga PM tanya macam-macam jadi aku ambil keputusan untuk upload sekeping sahaja gambar aku berdua dengan Incik Tunang pula untuk menutup segala pertanyaan dari orang-orang yang suka bertanya. Masa aku klik je button upload memang hati kering aku persetankan sahaja suara-suara sumbang yang telah, sedang dan akan berkata-kata....well mulut manusia biasalah. Hehehehe. Cuma kehadiran entry ini sekadar menjelaskan isi hati aku yang sedang elok berbahagia kini. 

(Mohon baca dalam nada damai, aman dan permai) 


RUNGUT-MERUNGUT

Assalammualaikum wbt....


Selamat Hari Deepavali diucapkan kepada semua penganut agama Hindu. Balik kerja ni aku nak poie beraya ke rumah Aunty Mala (member kerja). Ya balik kerja....aku kena kerja. Awal Muharram nanti pun kena kerja juga.


Untunglah orang-orang yang bercuti....sakan wooo.
Ada yang kerja...cuti....kerja...cuti.
Ada yang cuti berturut-turut.






Mana-mana musim perayaan pasti percikan bunga api dan bunyi dentuman mercun akan menghiasi malam raya selalunya.....dekat wall FB aku terlalu banyak status berbaur rungutan more less berbunyi begini :-


"Bila raya dorang dah mula....bunyi mercun sana..sini... tak boleh tidur!!"


"Grrr...bunyi mercun sampai tak boleh tido! aku kerja pagi laa..."


"Bising laaa....pung pang pung pang macam perang..."



Usah merungut sangatlah kawan.....kalau raya korang, macam tu juga korang sambutkan??? Bakar mercun sampai sebulan kalau boleh. Hehehe....macam kes jiran aku sebulan raya sebulan la dia bakar mercun. Bagi can la dorang menghangatkan waktu tidur korang tu, bukannya selalu.



Rungutan lain pula, bila kena kerja masa Public Holiday ada member sound "Bangla pun tahu cuti...." ini yang nak merungut ni "Jangan samakan aku dengan bangla laaa....grrrrr" Sekian. JUMPA LAGI.



DARAH RASA MANIS KE???

Assalammualaikum wbt....



Errr....pada yang dah tahu dan belum tahu sekarang ni aku dah menjadi tunangan Incik N pada 10.11.12. Ekceli aku tak tahu nak karang entry yang macam mana untuk kisah yang ini supaya tak nampak macam aku menunjuk-nunjuk. Dari pagi aku taip aku padam...taip...padam. Jadi cukuplah ayat seperenggan ini....selebihnya biar gambar bercerita.


*gambar guna hp harap maklum kualiti kurenggg..LOL



Sebahagian hantaran... :D



Hehehe.... :P



Sebahagian rombongan pihak lelaki.

#cari mana aku terselit?? haha


Kena paksa rela bergambau kat tingkap jiran haaa..haha.


Cukup...cukup sudah. Cukup sampai disini saje ye....doakan kami sampai ke jinjang pelamin dan kekal jodoh hingga ke akhir hayat. Sekian. JUMPA LAGI.


KUASA BEBELAN

Assalammualaikum wbt.....



Tolak hari ni lagi 2 hari je kenduri bakal berlangsung. Persiapan masih belum rancak disebabkan musim hujan masing-masing lemau termasuklah aku dengan badan dedau pasal hari-hari balik kerja bertemankan hujan. Slurpppp....sedut hingus!!


Macam ni la aku....comelkan??!!


Dalam lemau dengan badan dedau gagahkan jugalah siapkan itu ini. Part aku hantaran jelah....buat sendiri. Ekceli barang-barangnya dah ada macam dulang, tapak, kertas pembalut, renda, riben bagai...cuma duduk berlonggok kat sudut rumah diam tak berusik. Macam tak bernafsu je aku pandang....haha. Aku congak sendiri ingatkan nak buat hari Jumaat malam Sabtu....tapi atas campur tangan dan desakan serta bebelan Mak & Kakak "lambatnya....mana sempat!" maka tersiaplah sikit-sikit. 



Seronok juga buat hantaran ni....pestime buat sendiri dengan berpandukan maklumat dari internet dan majalah aku gasak je hantaran tu asal boleh tapi menjadi. "5 done...another 4 to go. Later-later la...still have time la mak... Hahaha...." Mak aku pun pandang je macam tak puas hati. Sekian. JUMPA LAGI.


PEMES vs SENDU

Assalammualaikum wbt....


Bila PAK DIN BERPESAN dalam entry lepas ramai juga yang bertanya siapakah PAK DIN??? Biarlah rahsia dan menjadi misteri siapakah beliau. Amboi...misteri sangatttt macam Incik Habibun. 


Cukup intro pendek. Malam tadi cuaca sedang elok maknanya tak hujan la walaupun langit gelap tanpa bintang, sekarangkan musim hujan....kejap-kejap hujan. Alhamdulillah hujan rahmat hadir membasahi bumi....usah sesekali merungut ya. Aku suka hujan, aku suka bau hujan walau terpaksa balik kerja hari-hari redah hujan. Hampir demam tapi tak demam. Eh...melalut cerita pasal hujannn. hehe.






Sambung-sambung....malam tadi cuaca sedang elok maka keluarlah aku dari rumah yang suam-suam panas suhunya menuju ke bandar berhampiran bagi tujuan peribadi. Ya...peribadi la, takkan nak senaraikan aku pergi bank, beli barang semua-semua tu....haha. Sudah segala urusan terus mencari kedai makan...semua kedai yang dah ditanda dalam kepala otak semua tutup...grrrr. Musim hujan tak meniaga ke apa??



Jalan punya jalan...teringat kedai member aku berhampiran Adtec Taboh Naning, apa nama kedai ntah...LUPA. Tapi yang pasti pemes la dengan Gelas Besarrr. Lama tak jumpa sambil makan-makan sambil borak-borak...mesra gitu. Kalau diimbas kembali dulu tak macam ni pun.



Antara tempoh masa 2000-2004.... seriously aku langsung tak rapat dengan kawan aku yang ini. Mungkin sebab kami di dunia yang berbeza walau berada ditempat yang sama...SEKOLAH. Maksud aku dulu dia ni kategori pemes dan aku sendu. Hahaha. Biasalah masa sekolah siapa market tinggi pemes laaa. Aku pula hanya sekadar ulat buku yang melihat mereka-mereka yang pemes berseronok. Selepas SPM yang pemes2 ni ada yang terus berkahwin, ada yang berhijrah ke kL, dan merata lagilah. Lost contact terus. Aku pula tak pandang belakang dah terus membawa diri ke Shah Alam selama beberapa tahun.






Sekembali aku ke Bumi Hang Tuah....aku terfikir dan berfikir nak contact balik kawan-kawan lama. Tak kisahlah sendu ke pemes ke janji Batch 2000-2004. Untung ada FB sebagai pemudah cara.... 1st Gathering yg happening dan pening berlangsung dengan jayanya. Aku cakap pening sebab aku jadi kepala handle, aku bendahari juga, dan aku juga runner.....cari lokasi, call kawan-kawan. Pening yang berbaloi bila nampak kawan-kawan lama depan mata, ada yang dah berjaya, ada yang masih menapak (aku letteww...haha), ada yang dah jadi mummy & daddy....dll. Masa ni hilang terus perbezaan darjat antara pemes dan sendu. 




Sekian. JUMPA LAGI.


PAK DIN BERPESAN

Assalamualaikum wbt...


"Semua milik kita hanya sementara....tangan kita ni kalau ditakdirkan Allah nak ambil Dia pasti akan ambil...dah tinggal satu tangan je nanti..."


"Contoh lagi...itu haaa mak kita yang kita sayang sangat-sangat, adik-beradik kita, kekasih hati kita...kalau dah tiba masanya dorang kembali semuanya akan kembali semula kepada Allah..."


"Lagi...harta-harta kita kat dunia ni semua bersifat sementara sahaja, takde yang kekal.. Tak usahlah nak riak dengan apa yang kita ada....cuma yang tinggal dengan kita nanti DOSA dan PAHALA je taw....." 


Sedikit pesanan ringkas dari seorang lelaki bernama Pak Din yang sempat diselitkan ketika beliau sebenarnya telefon aku nak menyakat je lebih "Aien...camne sekarang? angau ke?? mesti tidur tak lena dengan tangan atas dahi macam cerita P.Ramli kan kan kan..hahahaha". Walaupun jauh aku masih tak terlepas dari disakat beliau yang aku dah anggap macam bapak sendiri....Pak Din...Pak Din... XD



NEBESSS GANDA DUA

Assalamualaikum wbt...




Entry kali ini ada kena mengena dengan entry SERI MUKA yang lepas.
Mari layan cerita lama yang tak berapa nak lama sebab baru berlaku pada 27/10/2012.



"Nanti nenek akan wakilkan pak ngah & mak ngah jumpa mama masa raya haji tau.... untuk bincang apa-apa yang patut supaya semuanya berjalan dengan lancar....." Masa dikhabarkan pasal ni aku macam gelabah sikit lah dalam 10% macam tu.


Peratus kegelabahan mula meningkat sikit-sikit mengikut masa yang berlalu. Malam sebelum pertemuan berlaku aku sempat lagi keluar dengan Incik N dan sepupunya sambil 3 orang adik aku ikut sekali. Amekawww melayan selera anak tekak dekat mamak. Masa ni aku cool lagi....sekali balik rumah selesai itu ini masuk tidur.....Zzzzzz. Terbangun dalam pukul 2.30 pagi macam tu...gelisah tak tenteram duduk mengenangkan esok harinya. 


Aku cuba tidur semula....Zzzzz...terbangun lagi, lagi, dan lagi sampai subuh menjelma terus tak tidur dah. Macam-macam perkara bersarang dalam otak sampai nafsu tidur pun tergugat. 2 jam sebelum pertemuan aku punya nebesss rasa-rasanya dah 99.99% kot. Itu tak kena ini tak kena....baru nak iron baju kurung cari tudungnya setup ruang tamu lagi...bising-bising kat adik aku lagi. Hahaha. Aku tak ingat bising sebab apa.



Sambil buat apa-apa yang patut sambil-sambil aku wassup dengan Incik N...bila tiba part dia cakap "Mak Ngah otw..." Peratus nebesss aku terus naik mendadak. LOL. Mak pesan jangan keluar selagi mak tak panggil....berpeluh aku tunggu kat dapur, siap kena bahan dengan adik-adik aku lagi. Takpe korang....hari ini hari aku...grrrr.






Bila mak aku panggil je terus aku ke ruang tamu membawa air untuk dihidangkan...bagus adik-adik aku tolong back-up selakkan kain langsir untuk mudahkan aku berjalan bawak air, tolong bawak hidangan lain..sayang korang. Letak teko / jug bersalaman dulu...sopan gila aku masa ni...pastu tuang air dan hidangkan terus minta diri masuk dapur...keluar semula bila tetamu nak pulang, ini pun kena tunggu arahan mak dulu...hahaha. 



Alhamdulillah...berjalan dengan lancar dan pasti aku berjaya tuang air tanpa tumpah, cuma adalah gigil sikit sampai cawan dengan alasnya berbunyi-bunyi sikit. Sekian inilah pengalaman aku yang dipanggil nebes ganda dua. JUMPA LAGI



SERI MUKA

Assalamualaikum wbt....


Sesuatu yang baik bakal berlaku tak lama lagi. Err...lagi 20 hari sebenarnya. Macam lambat lagi tapi kadang rasa macam dekat sangat. Sekarang celik je mata terus teringat apa yang perlu aku hadapi buat aku risau, berdebar, seronok, teruja....etc. Kilang rasa dalam hati ligat memproses pelbagai produk perasaan. Orang sekeliling mula menegur "Berseri-seri muka..." aku tengok cermin biasa je seperti hari-hari sudah. Bergurau agaknya mereka. 


Episod baru yang bakal berlaku lagi 20 hari ni persis kisah orang dulu-dulu....alaaa yang macam tiba hari pertunangan baru bertemu dan bersuai-kenal dengan ahli keluarga sebelah pihak secara rasminya. Itu pasal yang buat debaran jadi berkali ganda hebatnya. Aku cuba berlagak seperti biasa...tapi hati perempuan biasalah nak-nak bila dok teringat balik kata-kata Ustaz semasa menghadiri Kursus Pra-Perkahwinan bulan lepas "Perkahwinan bukan sahaja melibatkan hubungan komunikasi antara suami-isteri....malahan turut melibatkan hubungan pelbagai pihak lain seperti keluarga, saudara-mara......" 





Tidaklah aku melebih-lebih dalam melayan debaran perasaan sebab sememangnya bukan mudah untuk menempatkan diri dalam suasana baru. Sekian. JUMPA LAGI.


#sambung tengok cermin. LOL


BERBEZA SEKALI MEREKA DAN KITA-KITA


Assalamualaikum wbt....



Semalam sesuatu telah berlaku yang buat aku GERAM sangat dengan si pelakunya. Sedang elok kebetulan memang daripada opis aku turun bawah sebab nak ambil barang tetiba "Gedegangg!!" bunyi benda jatuh dan tindakan refleks terus aku terfokus ke arah bunyi.....alamak!! Ciskek betul....motor aku tumbang dan terkena motor kawan aku kat sebelah makanya motor kami tumbang together-gether...grrrrr.



Tempat parking motor memang dekat sangat jadi aku nampak dengan jelas siapa si pelakunya. Anak pak arab umur dalam lingkungan 6 tahun macam tulah, aku nampak dari sebalik cermin tempat aku berdiri dia sedang menangis sebab terperanjat. Aku kesian juga....pastu datang mak dia pujuk-pujuk terus budak tu diam. Fine anak kau OK!! Tak injured pun.







Ketika kejadian seisi keluarga budak arab tu ada, aku nampak bapak dia, abang-abang dia yang badan bersaiz besar macam Malik Noor......tapi yang buat aku terkilan sangat sikit pun mamat-mamat arab ni tak tolong angkat motor kami yang tumbang. PANAS HATI aku masa ni, yang tambah lagi PANASSSS sikit pun takde cakap maaf, bertanya keadaan motor kami macam mana ke walaupun dorang sendiri pun nampak siapa si pelakunya. Masing-masing buat dono je....manusia ke apa ni???



Terkial-kial la aku berdua dengan mangsa lagi sorang tu angkat motor, nak minta tolong kat kakitangan lelaki dorang semua dekat Masjid tengah Solat Jumaat. Hmmmm....pasrah gila masa ni sebab side mirror aku belah kanan tercabut, handle senget sikit, motor kawan pula bercalar. Nak pergi maki dorang tapi dah macam ayam dengan itik bercakap pasal dorang mana tahu speaking sangat....sudahnya diam macam tu jelah.  



Bila aku dah neutral buat aku berfikir betapa berbezanya adab, budi dan bahasa antara mereka dan kita-kita. Proud to be Malaysian. Hip Hip Hooray!! Sekian. JUMPA LAGI.


TIADA APA-APA

Assalamualaikum wbt....


Hip Hip Hooray! Eh...hai Encik Haris (lambai-lambai tangan) dan semua-semua orang. Terima kasih kepada Mr.Aztech kerana Wireless-N USB 2.0 Adaptor telah membantu kehidupan internet aku dekat opis kembali berfungsi seperti sedia kala. Jadi selamat tinggal kepada kabel kaler kuning yang telah rosak...habis fungsi sepah dibuang. Eh!






Banyak betul benda nak dikongsikan, berlumba-lumba idea dalam kotak ingatan sampaikan aku terpaksa suruh mereka bersabar. Jadi sekarang bila mereka (idea) berebut-rebut sampai tak terkawal buat aku hilang punca nak cerita apa. Jadi cukuplah setakat ini sahaja. Sukacita dimaklumkan tak perlu lagi aku drop komen dalam hati. Sekian. JUMPA LAGI.



BAKAL DIAMKAN DIRI LAMA-LAMA SIKIT

Assalamualaikum wbt...


Tengah idea mencurah-curah nak update entry...sesuatu telah berlaku, modem dekat opis telah rosak disambar petir. Nak ganti modem lain makan masa beberapa hari sebabkan masalah nak sah status warranty.....customer services kata masih under warranty, tapi technical team pula cakap lain. grrrr...tak tau nak salahkan siapa?? 



Sekali rujuk terus dekat TM Point berhampiran baru jelas lagi terang Office in aBox™ -All plans include: FREE wireless modem lifetime warranty maka dapat tukar modem baru, orang TM tu siap setting semua....setting wifi dah ok semua cuma tang kabel yang kaler kuning cucuk kat PC aku lak problem. Ciss Kejuuu....rupa-rupanya kejadian petir tempoh hari turut memberi kesan secara langsung....so dorang cadangkan aku pakai "Wifi Card". Apo bondo ea tu?? Hahaha. 







Aku mana la tahu benda2 canggih gini, rujuk la kat adik aku...dia cakap benda tu macam Wifi Router. Aku lost dan sekali lagi apo bondo ea tu?? Kesiankan....takpelah nanti ada masa aku pergi PC World berhampiran rujuk sana terus. Selagi tak pergi selagi itulah tak dapat on9 dan buka blog...tak pasal-pasal kena on9 guna HP. Sadisnya pula HP aku mesra FB je, terpaksa la kembali aktif dengan FB dan aku BW kosong je dekat blog kawan2 dalam bloglist sebab nak drop komen tak boleh. HP aku bukan smartphone yang ada android bagai....HP aku OS Symbian maka macam ada banyak kelemahannya bila nak on9. Beginilah nasib selama ini menumpang teduh dengan internet opis...sekarang rasakan. LOL.




Ini nasiblah adik aku balik tiba-tiba sebabkan kelas takde, dapatlah aku pakai laptop dia dan on9 pinjam wifi berhampiran, ini pun semput..kejap dapat kejap tak. Takpelah sekurang2nya ada, dapatlah update barang sepatah dua kata sebelum aku diam tanpa kata-kata. Susah juga takde internet ni.....maaf tak dapat drop komen dekat blog korang especially yang dalam bloglist aku. 




Aku baca entry korang...guna HP yg tak boleh nak drop komen.  




Terpaksa aku komen dalam hati je...hehehe.




Harap-harap dengan pembelian Wifi Card / Wifi Router akan membantu. Kalau tak tengoklah adik aku cuti semester nanti baru aku aktif blog kembali. 




Sekian. JUMPA LAGI. 




TERNAMPAK....PURA-PURA TAK NAMPAK!!!

Assalamualaikum wbt....


Curi-curi update sementara tunggu bos datang dan paling utama kenapa aku update lebih pantas dari biasa adalah aku segan nak tayang entry birthday semalam lama-lama. Nak cerita apa ek??? Gali punya gali idea dalam kotak ingatan terus aku teringat kisah aku terserempak dengan sorang blogger yang merupakan penduduk Geng Blogger Sengal (GBS)






Kejadian ini terjadi pada bulan september yang lepas dimana aku tak ingat sangat tarikh tepat yang aku ingat hanyalah tempat iaitu Secret Recipe. Entah kenapa entah bagaimana....melayan anak tekak adik aku yang tiba-tiba boleh lapar bila nampak SR walaupun dekat rumah sebelum keluar dah makan siap-siap maka singgahlah kami menjamu selera. Sungguh berselera kami berdua. Hahaha....


Sedang elok melantak Mee Soba sekonyong-konyong muncul 4 batang tubuh melintas depan mata terus ke arah rak yang menempatkan barisan kek-kek yang gebu. 


Mula-mula aku nampak lelaki....awww tinggi...hensem!! hahaha.

Pastu nampak ada sorang mak cik...ini mesti mak dia.

Pastu lagi...nampak ada awek gebu. "Eh...ini Adila Saddam!!"


Terus aku tak tengok orang yang ke-4 sebabkan fokus kat Adila Saddam pemilik blog Pelangi Itu Hijau. Aku punya teruja tu lain macam la sikit sebabkan selalu tengok muka dekat FB dekat Blog sekali ada depan mata. Tapi masalahnya nak tegur segan lagipun aku terkesima bila abang dia ada. Ehh!!






Selang beberapa hari setelah kejadian aku singgah blog dia drop komen dan sempatlah aku selitkan yang aku ada ternampak dia (pura-pura tak nampak). Tak disangka tiba-tiba masa tengah kerja semalam ada SMS masuk "Kak aiennnn!!" Adila Saddam text aku wooo....susah payah dia cari nombor aku dekat admin GBS. Sekian...panjang pula entry sebabkan bos tak sampai-sampai lagi dari tadi. JUMPA LAGI.