Entri Terakhir Dariku.





Entri hari Jumaat terakhir untuk tahun 2011. (Sekurang-kurangnya ter-update blog ni...) Sedang menaip entri ini dengan muka ada senyum macam dalam gambar kat atas walaupun penat sebab dari pagi sibuk uruskan keluar masuk perabot dan kelengkapan fasiliti dekat tempat kerja. 




Kenapa muka ada senyum? Hehehehe.... Senyumlah sebab jualan "Blaus Muslimah" larissss~ Sejak bila menjual-jual ni? Sejak terajin nak tolong-tolong kawan mama, Mak Cik Sharifah (Pengedar Blaus Muslimah)




Lebih kurang macam kat bawah ni rupa blaus yang telah terjual. Maaf gambar terpaksa ambil dari Google sebab Blaus sebenar dah habis terjual, tak sempat nak ambil gambar.



SUMBER : Google
SUMBER : Google


2012 ni hampir suku abad dah umur ni. Sekarang terasa nak berubah dari segi berpakaian ke arah lebih menutup aurat. Bukan bermakna sebelum ini tidak menutup aurat. Jangan membuat sebarang spekulasi mahupun andaian sendiri. 




Dulu dalam koleksi ada je skinny jeans, tapi sekarang dah tak nak pakai, bagi adik. Dulu pakai t-shirt saiz S rasa Selesa, sekarang saiz M rasa Memuaskan dan jauh lebih selesa dari saiz S. Pemilik Blog Aien Not Alien merupakan gadis dalam kategori bersaiz S. Harap Makngah.



Bersopan dalam apa-apa jua perkara lebih manis dipandang.

SUMBER : Google.


Hati ini kuat memberontak untuk mula berubah bila lambakan fesyen muslimah semakin hari semakin bervariasi. Masih tetap bergaya walaupun tidak terdedah sana terdedah sini. Opsss!!




Ok. Tak nak taip panjang sangat mengenai perubahan ini sebab masih dalam proses melakukan transformasi secara perlahan-lahan. Family menyokong. Mr.Ro Bin Hood menyokong, rakan-rakan terdekat juga menyokong walaupun pada mulanya ada juga yang bergurau kata "macam mak cik-mak cik je.....".





-SEKIAN-




P/S : Kepada semua para pembaca dan juga para stalker Blog Aien Not Alien, Aien ingin mengucapkan Selamat Tahun Baru 2012. Tinggalkan tahun 2011 sebagai pedoman untuk melangkah kehadapan. Maaf andai ada salah dan silap sepanjang Aien ber-blogging dari JUN 2011 - DISEMBER 2011. Kadang diri ini tak nampak kesilapan sendiri. Maaf andai ada yang terguris rasa dengan segala isi kandungan Blog Aien Not Alien. 



Teruskan melangkah dan berlari selagi ada kesempatan.


Gigi Bongsu.




Siapa pernah cabut gigi bongsu??? Bayangkan gigi bongsu yang sihat sejahtera terpaksa dicabut kerana keadaan memaksa. Ouchhh!!!




Pagi tadi gigi bongsu A.N.A kena cabut sebab kalau dibiarkan tumbuh akan menyebabkan gusi bengkak dan menjejaskan struktur gigi kekal yang lain. Gigi bongsu mengalah. :(




Bagi mengenang pemergian dan pengunduran gigi bongsu A.N.A buat entri ini....hehehe... Mengada-ngada!!! Di bawah ni A.N.A nak kongsikan gambar-gambar gigi yang comel. SUMBER : My Milk Toof.




Gigi-gigi sedang bergembira main plastik letup-letup!!

SMURF!! Hahaha...cute sangat-sangat!

Mari bekerja keras demi masa depan cemerlang!!

Ouchh!! Sakit gigi......

Bersantai ditepi pantai.


-SEKIAN-



P/S : Masih terbayang-bayang peralatan yang digunakan untuk memisahkan diri ini dengan gigi bongsu tersayang.....huuuuuu... Over naaa!!! Dushhh!!! Dushhh!!! Hehehe...




Tidur Lena Didodoikan Lagu Rock Kapak.




Selamat berhujung minggu kepada yang sedang bercuti. Selamat bekerja kepada yang sedang bekerja. Ya...Saya sedang bekerja dihari Ahad. Anda pula bagaimana???


Tidur awal malam tadi.
Tak dapat nak Blogwalking sana sini.



Pukul 10.00 Malam dah tidur. "Tiada ertinya...apakah akhirnya percintaan...." Secebis lirik lagu Layu Dihujung Mekar dendangan RIO. "Sinar matamu bagai api menyambar....haruskah engkau dan aku sama...." Cinta Kristal nyanyian Rahim Maarof dan banyak lagi lagu-lagu Rock Kapak yang telah mendodoikan A.N.A tidur malam tadi.



"Lagu ini ditujukan khas untuk kucing betina idamanku...moeww!!"



Siapa yang rajin sangat dodoikan ni??? Ehem...ehem...Jiran sebelah rumah semalam ada buat kerja kahwin sebelah siang, sebelah malamnya pula ada sesi karaoke. Jadi bila dah ramai-ramai karaoke, tak tahu la pula siapa. ^_^"




Yang pasti ramai yang memiliki bakat terendam, sedap-sedap suara memasing, kami pasang telinga jelah satu family lepas tu jadi juri tak bertauliah dekat rumah, nak pergi terasa malas pula sebabkan hujan.






Dikesempatan ini nak ucapkan Selamat Pengantin Baru kepada anak jiran, Izfatin & Rashid. Semoga berbahagia hingga ke akhir hayat kalian berdua.

Muka Penyeri Majlis Raja Sehari.

(Bila pula giliran kami ya...hihi...)


-SEKIAN-



Belakang Tabir Cinta Klasik Dari Hati.



Seperti yang dijanjikan pada penutup CERPAN (Cerita Panjang) CINTA KLASIK DARI HATI, pada entri ini akan diterangkan kenapa nama watak dipilih berdasarkan nama blogger itu dan blogger ini.







Kepada yang baru singgah Blog Aien Not Alien dan tertanya-tanya apa itu CINTA KLASIK DARI HATI boleh klik CKDH 1, CKDH 2, CKDH 3, dan CKDH 4.




RIFHAN : Dipilih kerana dalam otak dah merencanakan yang heroin Cerpan ini akan menggunakan Mini Cooper untuk menonjolkan ciri-ciri klasik. Kebetulan yang Rifhan ni ada "Mini Cool" plus namanya sendiri yang unik buat A.N.A otomatik pinjam nama dia. Terima Kasih Rifhan. ^_^"







AFZAL : Dipilih kerana karakter beliau di blog sangat sengal, jadi dalam CKDH terasa ingin menonjolkan sisi lain Afzal ni. Mungkin tidak menepati 100%, tapi mana yang positif pasti ada pada dia. Karakternya yang peramah dan mudah mesra menjadi faktor utama dipilih. Terima Kasih Afzal. ^_^"






HAYATI & PHAT : Dipilih kerana dalam imaginasi untuk pengembangan plot cerpan, A.N.A terus terbayangkan pasangan Abang Phat dengan Kak Yati ni. Pakaian Raja Sehari mereka warna hijau telah diolah sebagai hijau Kermit The frog dalam CKDH. Terima Kasih Abang Phat & Kak Yati. ^_^"







CIKGU MA : Dipilih kerana statusnya sebagai Mak Long Hayati dalam CKDH berdasarkan dunia realitinya dia memang seorang Mak Long kepada anak buahnya. Apa kaitannya? Harap Mak Long...hehehe. Terima Kasih Cikgu Ma. ^_^"








JUMADIL : Pemilik Blog Gen2Merah dipilih kerana nak menunaikan permintaannya nak digandingkan dengan pemilik blog Aien Not Alien. Walaupun bukan sebagai hero tapi tertunai juga....ekekeke.... "Nanti kita pergi ya sayang...". Terima Kasih Gen2Merah. ^_^"







USTAZAH MAIMON : Membawa watak Ustazah yang mengajar subjek Tasawwur Islam dalam CKDH. Idea digarap sebaiknya untuk menepati ciri-ciri Kak Cinnamon kerana pemilik Blog Cinnamon.Com ini sering menyajikan entri-entri berilmiah yang berkaitan dengan Islam. Terima Kasih Kak Cinnamon. Errr...maaf ubah nama akak jadi Maimon. ^_^"






ZUBIR : Membawa watak teman sekampung Rifhan & Hayati. Menyelit dicelah-celah pertemuan semula Afzal & Rifhan. Dipilih sebab karakter Zubir sendiri yang peramah. Errr...apa kaitan peramah dengan mencelah...ahhh.. Suka hati den la, cerpan den... Terima Kasih Zubir. ^_^"







REMYHAZZA : Wataknya sebagai pemilik "Sedap Katering" kerana dunia realitinya Remyhazza ni bekerja dalam Industri Makanan jadi sangat bertepatan dengan jalan cerita untuk penyudah CKDH. Terima Kasih Abang Remy....chehhh... Feeling2 macam cakap dengan Remy Ishak la pulak...hihi.. ^_^"







SHAH : Dipilih sebagai Anak Buah Remyhazza pemilik "Sedap Katering". Membantu Remyhazza melicinkan majlis perkahwinan Rifhan dan Afzal. Rajin mengikuti CKDH dari awal, rajin singgah blog A.N.A. Pilih nama Shah sebagai nak penyedap jalan cerita. Lagi umphhh...tidaklah Remyhazza sorang-sorang...hehe.. Terima Kasih ShahzCudin.^_^"







KATAK BULAT : Membawa watak sebagai "Mumia Katak Bulat" simbolik kisah sebalik kisah antara Rifhan dan Afzal. Terima Kasih Pijan. ^_^"



-SEKIAN-

 

Bersyukur Kepada Allah S.W.T




Sumber : Google





Sungguh besar rahmat Allah S.W.T kepada kita semua, dalam kita meniti kehidupan dan mengharungi ujian yang diberi oleh-Nya, ada juga terselit berita gembira bagi menaikkan semula semangat kita kala lelah dan leka dengan kehidupan.  



Sumber : Google





ALHAMDULILLAH


Seawal subuh lagi hujan rahmat turun membasahi bumi. Dalam resah tetap sabar menanti hujan reda sehinggakan terlewat ke pejabat hampir 2 jam. Apakan daya, hanya ada Honda 2 tayar, nak tak nak kena sabar. Semoga akan datang akan ada rezeki untuk Honda 4 tayar pula. Semoga berita gembira yang diperolehi pagi tadi akan memberi sinar harapan kepada diri sendiri dan keluarga, terutamanya mama tersayang. Menitik air mata syukur kala mendapat berita gembira sebentar tadi. Mungkin kedengaran agak over sikit, tapi itulah hakikat sebenarnya.






Seminggu ini graf perasaan turun naik. Kalau dilakar mesti kalah graf thesis dulu-dulu. Pejam celik pejam celik menjelang tahun 2012 genaplah suku abad diri ini bernafas dimuka bumi. Semoga diri ini semakin kuat menghadapi segala ujian kehidupan.



-SEKIAN-




P/S : Akan sambung BW dengan gagah jika line "Snail-Pig" bertukar menjadi "Power-Horse". 


EDIT : Berita gembira ada kaitan dengan masa depan yang cerah...hehe...



CINTA KLASIK DARI HATI 4







Sambungan.............

Seteguh pasir pantai bertahan walau sering dihempas ombak laut yang membadai, begitulah Rifhan setia menanti. Seperti ikan cencaru yang tetap tawar walau bebas berenang dilautan air masin begitulah Afzal tekad memegang janji. Jangan cuba dicari logik akal perumpamaan ini kerana cinta itu subjektif terlalu abstrak untuk dihadam. 




***************************************



Shah Alam, Selangor.
25 Disember 2011.




Hari ini merupakan cuti umum dan kebetulan jatuh pada hari ahad, Rifhan ingin memanfaatkan cuti Hari Krismas dengan sebaiknya. Semalam Rifhan tergesa-gesa untuk segera pulang ke Shah Alam seusai majlis Hayati dan Phat kerana mempunyai urusan pada sebelah malam. Semalam juga Rifhan tersipu-sipu malu bila kembali bertemu Afzal, kekasih hatinya.






Tidak disangka-sangka, hari bersejarah sahabat baiknya merupakan hari bersejarah baginya juga. Tuhan yang menentukan segalanya.






Rifhan menjeling sekilas dashboard Mini Cooper S 1275cc, Mumia Katak Bulat pemberian Afzal sebagai mukadimah pertemuan semalam seakan merenungnya. "Afzal....terima kasih kerana berpegang pada janji....". Rifhan tersenyum dengan kata-kata sendiri. Lampu kuning bertukar hijau, dengan laju Mini Cooper S 1275cc menderu meninggalkan persimpangan Jalan Plumbum, Seksyen 7, Shah Alam. Destinasi tujuannya kini ialah Taman Tasik Shah Alam.


***********************************


Afzal sabar menanti ditepi air tasik, jelas riak keletihan diwajahnya kerana masih lagi larut dengan Sindrom Jet-Lag. Penerbangan dari luar negara yang memakan masa beberapa jam memang meletihkan ditambah pula semalam dia terpaksa bergegas ke Majlis Perkahwinan Hayati demi mengejar Rifhan.






Sedang Afzal leka menabur cebisan roti. "Rezeki kau ikan....makanlah puas-puas, aku belanja korang makan roti sedap..." Berebut-rebut ikan pelbagai saiz. "Sedap sangat ke? Boleh saya rasa?" Rifhan muncul. Kuntuman senyuman mekar menghiasi bibir mereka.






Afzal dan Rifhan nekad untuk melupakan kisah silam penantian 10 tahun yang mereka lalui. Mereka berdua menghabiskan masa dengan bercerita dan berkongsi rasa. Kalau dah jodoh, berpisah bertahun-tahun lamanya pun tetap akan bersatu kembali.




**************************************


"Jauhnya abang termenung.....dari tadi sayang duduk perhatikan abang...." Aien menegur lembut lalu tangannya berpaut dibahu suaminya. "Ehhh....sayang...." Jumadil tersipu malu. "Kad Kahwin siapa ni bang?" Aien mengambil Kad Kahwin ditangan Jumadil. "Afzal dan Rifhan....ehhh...ini bukan kawan baik abang masa zaman sekolah dulu-dulu tu ke??" Aien meneka dengan nada suara ceria. Jumadil mengangguk mesra dan mencuit hidung Aien. "Betul sayang.....bagus ingatan isteri abang ni........panjang jodoh mereka......nanti kita pergi ya....". 


****************************************


Alor Gajah, Melaka.
11 Mac 2012.




Musim cuti sekolah begitu sinonim dengan pelbagai majlis keraian."Shah....kau ajak budak-budak ni pergi tambah lauk-pauk bawah khemah.....tetamu semakin ramai ni....." Remyhazza mengarah anak buahnya. Selaku pemilik "Sedap Katering", Remyhazza ingin memastikan segalanya berjalan lancar, dan servis dari pihaknya dapat memuaskan hati tuan rumah.




Majlis Perkahwinan Afzal dan Rifhan berlangsung dalam suasana penuh kemeriahan. Tema "Cinta Klasik Dari Hati" menjadi pilihan mereka. Pasangan Raja Sehari ini berpakaian sedondon bewarna Merah Hati dan berarak menaiki Vespa dengan diiringi beberapa buah Mini Cooper.




Uncle Rajoo yang hadir dengan ditemani isterinya tersenyum dari jauh menyaksikan kebahagiaan Afzal dan Rifhan berarak menaiki Vespa. Tuan Pengetua sekolah lama Afzal dan Rifhan turut hadir. "Kenapa Rajoo....kamu teringin ke nak Vespa tu??" Berderai ketawa semua yang mendengarnya.










-TAMAT-






P/S : Tamat sudah Cinta Klasik Dari Hati. Rasa lega dapat sudahkannya. Ini hanya layak digelar Cerita + Panjang = CERPAN (Bukan cerpen). Ada banyak kekurangan sana sini. Mungkin banyak tanda pen merah kalau Cikgu BM semak ni...hehehe...




P/S ++ : Entri akan datang A.N.A akan ceritakan serba sedikit mengenai nama-nama watak dan kenapa A.N.A pilih nama-nama blogger sebagai watak itu dan watak ini.



CINTA KLASIK DARI HATI 3






Sambungan.........



Satu sekolah hangat memperkatakan tentang "Cinta Monyet" Afzal dan Rifhan"Dil....aku bengang betul la orang dok heboh cerita pasal Afzal dengan Rifhan...." Hayati meluahkan ketidakpuasan hatinya kepada Jumadil sambil tangannya dengan rakus mencabut bunga-bunga lalang yang tumbuh meliar. 



Kelmarin mereka berempat duduk menghadap Cikgu Fateha, Guru Kaunseling. Masih segar dalam ingatan Hayati, lembut suara Cikgu Fateha menasihati mereka semua tentang keburukan "Cinta Monyet". Mereka dengar dan mereka sedar. Namun begitu hati manusia bukan boleh disuruh-suruh. Perasaan cinta, kasih dan sayang datang tanpa diundang.



"Aku pun bengang juga Yati....tapi nak buat macam mana, mulut manusia bukan boleh ditutup...". Jumadil membalas dengan tenang sambil bersandar ditunggul kayu. "Maafkan kami.... Dil.....Yati..... Kerana kami, korang berdua pula terbabit sama....". Afzal bersuara dan Rifhan hanya mampu mengangguk lemah. Ketika ini mereka berempat duduk bersantai ditepi tali air dihujung Kampung Tanjung Rimau Dalam.



"Sudahlah! Jangan difikirkan lagi hal ni....Aku dengan Rifhan dah sepakat yang kami takkan bercinta buat masa ni....fokuskan pada SPM lebih baik..." Afzal dengan yakin berbicara. "Yup....kami ingin merencanakan masa depan yang cemerlang, kami tak nak lalai dengan perasaan semata-mata..." Gemersik suara Rifhan menguatkan hujah Afzal dalam mengembalikan semangat mereka semua. Mata mereka bertaut, berbalas senyuman. Hayati dan Jumadil turut tersenyum. 




"Rifhannnn...balik sekarang!!!" Kelantangan jeritan Along, abang sulung Rifhan telah membunuh senyuman mereka berempat. "Tak cukup jumpa dekat sekolah ke?? Sampai dekat sini pula korang nak sambung kisah "Cinta monyet" korang??!!!" Marah sungguh Along. Kecut perut mereka. Kalau cerita ni dah sampai ke pengetahuan Along, bermakna Abah dengan Ibu juga tahu. Pucat tak berdarah wajah Rifhan bila memikirkannya. Kalau Alongnya sendiri sudah marah-marah seperti singa lapar. Inikan pula Abah, mesti seperti singa lapar kebuluran. "Ya Allah....bantulah hambamu ini......"



***************************************



Luluh hati Rifhan. Menyesal tak sudah Afzal. Jeritan lantang Along merupakan pemutus segalanya. Rifhan tidak dibenarkan sama sekali berjumpa dengan Afzal waima bertentang mata sekalipun. Sedangkan di kawasan sekolah pun sama. Rifhan akur dengan arahan Along, Rifhan tunduk dengan amarah Abah.




Abah telah berpesan kepada Uncle Rajoo, tukang kebun sekolah untuk memerhatikan Rifhan. Uncle Rajoo memang lurus mengikut pesanan Encik Ismail. Rifhan sentiasa perasan kelibat Uncle Rajoo dimerata ceruk sekolah yang setia memerhatikannya. Rimas diperlakukan begitu, hanya dalam tandas sekolah baru Rifhan rasa bebas. Jumadil dan Hayati tidak berani masuk campur. Keadaan ini berterusan sehingga SPM 2004 melabuhkan tirai. 



**********************************



"..saya rela gantikan tempat katak-katak tu...." Afzal nekad menyapa Rifhan. Hiruk-pikuk suasana yang menemani hari keputusan SPM 2004 dikeluarkan sedikit pun tidak mengganggu mereka berdua. Uncle Rajoo hanya memerhatikan dari jauh, mengintai dicelah-celah Pokok Kelat Paya. Sebenarnya Uncle Rajoo sedih mengenangkan kisah hati sepasang anak muda ni. Apakah penyudahnya hubungan mereka. Tergeleng-geleng kepala Uncle Rajoo bila memikirkannya. Pengetua sekolah yang sedari tadi memerhatikan gelagat Uncle Rajoo turut menggelengkan kepala. 




"Saya rela awak belah dada saya......" Tajam mata Afzal memandang mata Rifhan. "Tapi bukan sekarang, saya perlukan masa untuk mempersiapkan diri bila tiba masanya nanti...." Afzal menambah. "Saya faham awak.....ambillah sebanyak mana masa yang awak perlukan....saya akan tunggu awak sampai bila-bila...." Rifhan membalas dengan yakin. 




Itulah perbualan terakhir mereka sebelum Rifhan menghantar pemergian Afzal yang menunggang Vespa New PX. Hampir sesak nafas Rifhan dek kepulan asap tak mesra alam dari ekzos Vespa New PX milik Afzal. Kerana sayang sanggup menelan kepulan asap. Tersengih-sengih Uncle Rajoo melihat. Pengetua yang setia memerhatikan gelagat Uncle Rajoo turut tersengih, kali ini ditemani pula GPK HEM yang sama dua kali lima sepertinya. 




*********************************




10 tahun ditinggalkan tanpa sebarang perkhabaran walaupun mereka menempuh zaman Social Network yang saban hari berkembang. Friendster, Myspace, Yahoo Messenger, Skype, Facebook hanya dipandang sepi oleh mereka berdua. Hanya ingatan menjadi ikatan janji mereka. Tegarkah hati untuk setia bila berjauhan. 




BERSAMBUNG.............




P/S : Nantikan kesudahan Cinta Klasik Dari Hati pada entri akan datang. Apakah kesudahan hubungan Afzal dan Rifhan. 



CINTA KLASIK DARI HATI 2






Sambungan..........



Seraya berpaling ke belakang "Waalaikumussalam.....Aaa...aa...awak...." Gugup Rifhan menjawab salam apabila insan yang berada dibelakangnya sebentar tadi kini tegak berdiri disudut pandangan mata. Seperti dipukau oleh sindiket jahat lagaknya si Rifhan terus diam terkaku setelah menjawab salam. 



"Rifhan....kot ye pun terperanjat, berdiri la betul-betul, tutup mulut tu..." Cisss kejuuu....seperti tersedar dari lamunan terhenti, dengan pantas dia berdiri tegak. Rifhan baru perasan yang kaki kirinya masih terangkat seperti hendak masuk ke dalam kereta. Paling teruk, mulutnya terlopong seperti ikan Anabas testudineus. Malu.



"Errr...Awak...aaa...Afzal...ehhh....bila sampai..? ehh..tak..tak.. dah nak balik ke??" Serba tak kena ayat yang terkeluar dari seulas bibir Rifhan yang bersalut lipstik Simply Siti milik Melly. Menggiurkan.



Ya. Rifhan kini berhadapan dengan Mohd Norafzal Bin Narawi. Gundah gulana hatinya bila berhadapan dengan Afzal. Kekasih hati yang sekian lama dinanti.



Tiba-tiba Afzal tunduk dan melutut seperti gaya Prince Charming yang ingin melamar Princess. Lalu tangan Afzal yang kelihatan gagah dengan urat-urat timbul namun lembut bak tangan bayi menyeluk poket seluar. Dikeluarkan isi poketnya. "Rifhan.....ambillah.. Dah lama saya simpan benda ini, sekarang saya nak serahkan kepada awak...." Rifhan menyambut huluran dengan tangan kanan. Lebih afdal katanya. 



"Awak......" Bergenang kelopak mata Rifhan melihat barang yang dihulurkan Afzal sebentar tadi. Terhapus terus rasa rajuknya yang telah sekian lama menanti Afzal selama ini. 10 tahun penantian bukanlah satu masa yang singkat.



"Ek..elehhhh!!! Apa barang derrr...gua ingat lu hulur cincin berlian ke, cincin belah rotan ke....sekali Mumia Katak Bulat daaa..." Sampuk si Zubir, rakan sekampung Hayati dan Rifhan yang sedari tadi duduk bertinggung menongkat dagu menyaksikan detik pertemuan semula antara Rifhan dan Afzal. Kejadian berlaku di tempat awam, masa Kenduri Kahwin pula. Nasib la ada yang nampak.



*************************************


Alor Gajah, Melaka.
01 Oktober 2004.


Kringggggggg.....


Loceng setia menjerit mengikut waktu. "Baiklah anak-anak sekalian....SPM is around the corner, jangan leka lagi.....waktu Tasawwur Islam dah tamat, keluar elok-elok, hati-hati pergi ke Makmal Sains ya...." Dengan ramah Ustazah Maimon atau nama glamournya Ustazah Cinnamon menasihati anak-anak muridnya. Afzal, Rifhan, Hayati dan Jumadil jalan beriringan menuju ke Makmal Sains.



Dalam Makmal Sains "Alaaa....Cikgu, asyik-asyik bedah katak jeee...." Jumadil bersuara tanda memprotes. Sebenarnya dia geli dengan katak. "Dil...kamu ni ada-ada je, ini sebahagian daripada teknik revision saya, sebab saya Spot Soalan berkaitan anatomi katak ni akan keluar dalam SPM nanti..." Balas Cikgu Eyda Dania dengan tegas. 



"Rifhan....awak tengok ni....jantung katak ni berdegup-degup..." Afzal menyuakan katak yang telah dibedah olehnya. "Awak ni pandailah Afzal....Tapikan awak, kesiankan katak-katak ni semua.....mesti sedih berpisah dengan pasangan masing-masing sebab nak jadi bahan revision kita...." Balas Rifhan dengan riak wajah bersungguh-sungguh.



"Rifhan....kalau awak kesiankan katak-katak tu semua, saya rela gantikan tempat katak-katak tu....." Terperanjat Rifhan mendengarnya, mahu dibalas "Lagipun Rifhan, boleh awak belah dada saya, awak boleh tengok sendiri degupan jantung saya, dekat jantung saya ada nama awak, ada wajah awak....sebenarnya saya sukakan awak Rifhan......" Dengan pantas Afzal menyambung kata-katanya. Matanya tajam memandang Rifhan. Rifhan tertunduk malu.



Jumadil, Hayati dan Cikgu Eyda Dania terlopong mendengarnya. Kebetulan mereka bertiga berada di meja Afzal dan Rifhan. Nasiblah labu. Keesokkan harinya, Afzal dan Rifhan dipanggil ke Bilik Kaunseling. Hayati dan Jumadil turut terbabit sama sebagai saksi. Ini semua angkara Cikgu Eyda Dania. Cinta Monyet dilarang sama sekali. 






BERSAMBUNG.........






P/S : Terasa seronok pula dengan "Cinta Klasik Dari Hati", mendapat respon dari kalangan sahabat blogger. Terima Kasih yang membenarkan namanya dipinjam sebagai Watak cerita ini. Jika ada kekurangan sila tegur. Saya budak baru belajar. ^_^"





CINTA KLASIK DARI HATI 1

 






Alor Gajah, Melaka. 
24 Disember 2011.


"Cantiknya kau Rifhan, menjadi sentuhan Melly.....tapi, orang kalau dah cantik, bila di-touch-up lagi bertambah-tambah cantik jadinya....." Melly bersungguh-sungguh menyudahkan kerjanya. "Macam ni la baru ada Seri Pengapit..." Senget-senget mulut si Melly a.k.a Ramli, pemilik Butik Andaman Ratu tatkala merias wajah Nur Rifhan Binti Ismail.



"Ehemmm.....A'ah la Rifhan, kalah Seri Pengantin aku ni, aduhainya pun.....ni siapa yang nak naik pelamin ni......" Hayati bersuara, lalu berpura-pura merajuk. Terjuih-juih bibirnya yang gebu kemerah-merahan berlipstik Simply Siti. Meledak ketawa semua yang berada dalam bilik bakal raja sehari, Nur Hayati Binti Rahman. Si Melly paling over. Berguling-guling ketawa syok sendiri, sambil menekan-nekan perut. Over sangat. 




"Amboiiiii....bergegar bumbung rumah ni dengan suara korang semua ketawa!! Hmmm...nak-nak suara jantan kau tu Melly.....tak kepit langsung!!!" Sergah Cikgu Ma a.k.a Mak Long si Hayati. Terperanjat semuanya. "Malu sikit dengan keluarga sebelah lelaki tu...ishhh korang ni...."




Tiba-tiba..."Excuse me, tumpang lalu jangan block pintu, Melly nak pergi toilet jap, tadi ketawa sakan, lupa nak cover....terkencing sudah...hihihi..." Laju je si Melly merempuh pintu, hampir tergolek Cikgu Ma dibuatnya. "Hahahahahahahaha.......Melly...Melly..." Cikgu Ma memulakan intro ketawa kali ini. Lebih hebat dari Melly ketawa.   




**********************



"Semoga kau bahagia Hayati disamping suami tercinta....." Rifhan senyum. "Jaga Hayati baik-baik ye Phat...jangan sia-siakan dia...." Rifhan mengucapkan kata-kata akhir kepada pasangan Raja Sehari yang sedondon berwarna hijau Kermit The Frog sebelum berlalu pergi. Majlis makan beradap sudah selesai. Rifhan perlu pulang segera ke Shah Alam. Bandar Anggerik menantinya dengan 1001 cerita.




"Semoga penantian kau selama ini akan membahagiakan kau Rifhan..." Sendu hati Hayati, menemani langkah Rifhan dengan sorotan matanya. Rifhan dan Hayati bersahabat dari zaman hingusan lagi. Mereka selalu bersama. Dimana ada Hayati disitu ada Rifhan. Dek kerana terlalu rapat, mereka pernah berjanji untuk menaiki pelamin bersama-sama. Namun begitu, manusia hanya merancang Tuhan menentukan. Janji hanya tinggal kenangan. "Hmmmm...." 




Lantas Hayati melarikan pandangan matanya tepat ke Phat, memohon pengertian. Phat tersengih-sengih, lalu mengusap lembut bahu Hayati. "Sabarlah sayang....jangan bersedih, rosak mood abang malam nanti....." Hayati membalas sengihan Phat, dengan laju dia menghadiahkan cubitan manja ke peha suaminya. "Adoooiiiiiii..!!!" Terjerit kuat Phat




Disebalik hiruk-pikuk ketawa hadirin yang gelihati dengan gelagat Phat Raja Sehari. Ada sepasang mata yang mengekori langkah Rifhan




"Tettt...totttt..." Bunyi Mini Cooper S 1275cc yang diparkir bersebelahan dengan Kancil 8349, dan Gen2MerahRifhan membuka pintu Mini Cooper S 1275cc dengan berhati-hati. Saat kaki mahu melangkah masuk. "Assalamualaikum Nur Rifhan Binti Ismail..." Salam diberi dari arah belakang. "Ya Allah.....ini suara diaaa......" Terdetik hati Rifhan sebelum berpaling ke arah suara dibelakangnya.






BERSAMBUNG.........





P/S : Cerita rekaan sendiri. Maaf kepada nama-nama yang dipinjam untuk watak-watak di dalam "Cinta Klasik Dari Hati". Tiba-tiba idea datang. Tak tahu mana nak curahkan selain dalam blog sendiri. ^_^"