Buah Hati Pengarang Jantung.



Assalamualaikum & Salam Sejahtera.




Saat ini terasa rindu sangat-sangat pada Buah Hati Pengarang Jantung. Biarpun baru 2 hari tidak bersua, terasa rindu bagaikan berkurun lamanya. Tersiat-siat rasa hati digigit rindu. (Ayat nak menggambarkan rasa hati saat ini...) Baru 2 hari berlalu, bagaimana hendak ditanggung rasa rindu ini sehinggakan Krismas menjelma nanti??? 






Hebatnya rasa ini. Bergenang air hangat ditubir mata bila rasa rindu meresapi diri. 






Hanya gambar di laptop menjadi peneman. 
Hanya suara di handphone menghubungkan.
Terima Kasih Teknologi. 






Inilah dia Buah Hati Pengarang Jantung
yang dirindukan sangat-sangat.


Gambar Tahun 2009
Wawa 5 Tahun
Alif 8 Tahun.





Ya. Adik A.N.A, dak Wawa & Alif yang A.N.A maksudkan sebagai Buah Hati Pengarang Jantung. Rindu sangat-sangat dekat dorang. Godek-godek gambar dorang, terasa nak buat entri, terus A.N.A taip-taip. Sekarang ni dorang tengah bersuka-ria menghabiskan cuti sekolah dirumah kakak dekat Lumut, Perak. 






Krismas nanti baru balik.
Lambat lagi. :(






P/S : Selalu ada depan mata, bila berjauhan terasa sangat jadinya. 



Kerana Satu Huruf Sahaja






Satu huruf salah ditaip boleh merubah segalanya.







Nak taip TANJUNG, tertaip MANJUNG.






Salah satu huruf je.
T jadi M.






Taip - Check - Terlepas Pandang - Print.







Siap fotostat lebih dari 10.
Tak tahu berapa jumlah sebenar yang di fotostat.
Bos yang fotostat tadi. 





"I'm sorry incik bos..."




Tak sengaja. 
Bukan sengaja. 
Terlepas pandang sesekali. 







P/S : Double + triple check after this. =_="

Kisah Kera Kampung



Assalamualaikum & Salam Sejahtera.



"aku masuk blog tuuuu...heeee..."

Sumber : GOOGLE.


Orang cakap kera tak takut dengan orang perempuan. Betul ke tidak? Entahlah, macam betul je. Nak tahu kenapa betul, teruskan membaca entri Kisah Kera Kampung ini.  



KERA juga popular di JEPUN.

Majalah KERA la tapi....hihihi....



Tinggalkan Majalah Kera, kembali fokus kepada Kisah Kera Kampung. Begini ceritanya, dikawasan tempat tinggal A.N.A yang merupakan kawasan luar bandar terdapat sekumpulan kera liar yang telah sekian lama menghuni kawasan hutan kecil berhampiran.





10 tahun sudah kera-kera ini jarang-jarang nak bertegur-sapa dengan penduduk sekitar. Sejak akhir-akhir ni setelah habitatnya diceroboh, jadi kerap pula bertegur-sapa. Tak payah tunggu musim buah-buahan, musim kemarau pun jadi, datang dengan "ramah sekali". 






Kadang-kadang terasa seperti "Rumahku Rumahmu Jua" bila sekumpulan kera ini memulakan operasi terjah rumah ke rumah. Telur ayam tengah mengeram habis dimakan, tak berwarislah ayam. Stok makanan kat rumah habis dibedal, meningkat sikit belanja dapur dari biasa. 






Salah siapakah ini semua terjadi? Pembangunan "terancang" dikawasan sekeliling telah memusnahkan habitat mereka. Bila wakil kami buat aduan kepada pihak berwajib untuk menangani masalah kera-kera liar ini, jawapan yang diterima amat mendukacitakan. "Jika masih terkawal, kami tidak boleh bertindak.". Apakah???






Kena tunggu jadi tajuk berita "Penduduk Cedera Digigit Kera" ataupun perlu ke mengadu kepada "Aduan Rakyat | Ambil Berat". Melalui pemerhatian A.N.A kera-kera ini semakin bijak dari hari ke hari, ada je Modus Operandi terbaru yang dipraktikkan dalam mencari makanan untuk meneruskan kelansungan hidup.




Suka skodeng pun ye jugak kera-kera ni.




Setakat melihat kera bukak botol minuman, makan roti gardenia, habiskan telur berpapan-papan, dan juga buka tudung saji itu dah biasa. Tapi kalau sampaikan sergah kanak-kanak, tunjukkan gigi taringnya, endah tak endah bila dihalau, dan juga tinjau orang mandi itu dah melampau. 






Walaupun tak setiap hari, tapi kalau dah seminggu beberapa kali datang bertegur-sapa, runsing juga dibuatnya. Lagi satu A.N.A perasan tentang kera-kera ni, kalau orang perempuan halau, sikit pun tak berganjak kera-kera ni. Lagi dihalau lagi ligat kita kena sergah. Tapi kalau orang lelaki yang halau, mencicit-cicit larinya, sampai tercicir-cicir anak kera yang dikendong. Kenapa ek??? 






P/S : Kerana kera A.N.A pandai main lastik. Mahu cuba???



Diet Nasi Minyak


Assalamualaikum & Salam Sejahtera.




Tadi pergi memenuhi undangan perkahwinan kawan lama. Berseri-seri pasangan Raja Sehari. Tema Pink & Putih memang menjadi. 








Sedap terasa dapat menjamu selera dengan nasi minyak, ayam masak merah, rendang daging, acar berempah, papadom, dan air oren. 





Lagi sedap terasa bila disapa lalu ditanya di rumah orang kahwin "Bila nak kahwin???" 






P/S : Maaflah entri sejak akhir-akhir ni berkisar tentang kahwin-kahwin je. Sesaja begini nak ambil mood orang kahwin sebab mulai minggu ni, "Diet Nasi Minyak" akan bermula sampai hujung bulan Disember.


Panggilan Terakhir Seorang Kawan.


Assalamualaikum & Salam Sejahtera.


Sejak semua orang dah ada Handphone masing-masing, telefon rumah dari TM dipandang sepi. Kalau berbunyi sekalipun takde siapa nak terkejar-kejar berebut-rebut nak angkat macam 10 tahun sudah. Telefon tu dah jadi telefon mama. Kalau berbunyi memang untuk panggilan mama nak gosip-gosip dengan adik-beradik dan saudara-maranya jelah. 



Cuma tadi...........


Kringgg...kringggg...kringgg... 
(Bunyi standard telefon rumah...hihihi...)

Adik : Angahhhh....ada orang telefon...
(Jeritan standard kalau orang telefon rumah.....)


Terkesima barang sebentar lantas terus berlari pantas mengejar dan merampas ganggang telefon dengan rakusnya dari adik. (Dekat setahun genap tak dapat panggilan telefon rumah, agak agresif sikit kelakuan...) Setelah settle berborak more less 10 minutes. Letak ganggang dengan yakin hati berkata "Mungkin ini panggilan terakhir dari dia....." Siapakah dia??? Dialah...satu-satunya kawan yang rajin hubungi A.N.A melalui telefon rumah.




Kenal dia masa join Wilderness Adventure pada 2005. Dia orang kedah. Sekarang dah menetap dekat Johor. Setelah hampir 7 Tahun dengan rasminya Tahun 2011 akan menjadi yang terakhir kalinya dia hubungi A.N.A sebab tadi...."Weh....lama tak contact hang naa...nanti 26 November 2011 jemput datang Kedah, aku nak kahwin....." 




Ya. Dia nak kahwin hujung bulan ni. Elok la kiranya panggilan tadi itu yang terakhir kalinya untuk menghormati statusnya yang akan bertukar menjadi suami orang. "Hang jangan lupa datang taw...esok-esok aku p majlis hang pulak..." Kihkihkih....sempat lagi tu.....Memang tak dapat datanglah, tarikh tersama dengan majlis sepupu. Tapi takpe, ucapan khas dalam Blog Aien Not Alien lagi ni...



"SELAMAT PENGANTIN BARU KEPADA KAWANKU MOHD ALIF BERSAMA PASANGAN, SEMOGA BERKEKALAN JODOH HINGGA KEANAK CUCU DAN CICIT......"




P/S : Sekarang musim kawan-kawan sebaya kahwin, tunang, bersalin.....huhuhu


Puisi Cinta


Assalamualaikum & Salam Sejahtera.



Cuba dengar lagu baru. 
Layan sekali dua atau lebih sikit kalinya.
Lepas tu tak layan sangat dah.
Sendiri terasa bosan.  



Cuba dengar lagu lama. 
Berkali-kali layan tak pernah nak rasa bosan. 
Kenapa ek??? Penuh tanda tanya sebenarnya. 



Lagu baru best. SEGAR.
Lagu lama lagi best. SEGAR-BUGAR...hihihi...




Ok. Nak ulang dengar lagu ni semula, dari tadi ulang dengar.







Lagu Puisi Cinta dari Ilusi.


Suaramu...
Gemersiknya bak buluh perindu
Cuba kau lagukan
Cuba kau dendangkan
Mengisi di ruang kamarku


Senyummu...
Menusuk dan membelai di kalbu
Cuba kau ukirkan
Cuba kau pamerkan
Menjadi hiasan hidupku


( korus )
Tiada terkata
Seindah bahasa
Nak ku huraikan
Nak ku belaikan dirimu
Akan ku syairkan katamu
Akan ku madahkan janjimu
Menjadi coretan gurindam
Puisi cinta...


Akan ku ukirkan senyummu
Akan ku lukiskan tawamu
Menjadikan susunan warna
Potret indah...


Senyummu...
Menusuk dan membelai di kalbu
Cuba kau ukirkan
Cuba kau pamerkan
Menjadi hiasan hidupku...


( ulang dari korus )


Menjadi hiasan hidupku...



Serba Tak Kena Jadinya.




Serba tak kena rasanya hari ini. Duduk salah, berjalan salah, nak tidur lagilah salah. (Salah sebab sekarang Office Hour...bos nampak haru jadinya....) Ini semua gara-gara gigi geraham bongsu nak tumbuh. Berdenyut-denyut sakitnya sehinggakan nak buat itu ini pun jadi tak berdaya. (Seriously...sangat sakit! Tiada siapa pun yang suka sakit macam ni...wuuuuu....) 



"Dah tahu sakit gigi pergilah jumpa doktor gigi....bukan mengadu kat blog.." Mungkin ada yang berkata-kata begini. Tapi sebenarnya :-



"Jika anda individu yang ‘fobia’ dengan peralatan digunakan doktor gigi, anda sebenarnya tidak bersendirian. Ramai lagi yang ‘fobia’ seperti anda, tetapi jangan biarkan masalah ini berterusan."




Ya. A.N.A fobia dengan peralatan yang digunakan Doktor Gigi. Ngilu, sakit, pedih seakan melekat dalam pemikiran bila terbayangkan suasana dalam bilik Doktor Gigi. Selalunya amalkan Petua Hilangkan Sakit Gigi. Tapi kali ini macam tak berkesan je. Apakah kena jumpa Doktor Gigi???? Hmmmmm...... 



Hahaha~ Kena jumpa Doktor Gigi... ^_^"



Selamat Hari Raya Aidiladha.

Assalamualaikum & Salam Sejahtera.




SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA

A.N.A beraya di Melaka.
Korang beraya dekat mana? 
Hati-hati pulang ke kampung. 
Ingatlah insan tersayang.


Kucing Pakai Baju.



Assalamualaikum & Salam Sejahtera.



Masih ingat lagi entri berkaitan GADIS & SKIRT LABUH?? Kalau tak ingat boleh KLIK SINI. Baru tadi tengok analisis blog, entri Gadis & Skirt Labuh ni paling popular berbanding entri yang lain. Kalau diukur dengan blog peribadi yang suam-suam kuku ni agak terperanjat la dengan pencapaiannya.




Bagi saya ini semua hanya kebetulan. Gadis-gadis yang cari pasal SKIRT LABUH, ter-view entri yang saya buat mesti dorang kecewa ek??, sebab tu entri sesaja, bukan entri fesyen-fesyen atau tips berkaitan Skirt Labuh semua. Minta maaf ye.



Ok.Selesai bahagian Pageviews. Sekarang bahagian Keywords pula. Oleh kerana Pageviews paling banyak melekat dekat Entri Gadis dan Skirt Labuh, makanya Keywords banyak yang sangkut-paut sudah semestinya S.K.I.R.T. Macam-macam ada. Tengoklah buktinya :-




Dalam banyak-banyak tu ada terselit Keywords "kucing pakai baju" seperti yang dah Print-screen. Ketawa dibuatnya. Mesti yang cari tu kecewa jugak sebab takde pun entri khas pasal kucing berbaju-bajuan dalam blog ni. Tapi takpelah, sebagai nak cuci mata semua saya sumbatkan gambar "Kucing pakai baju" belas ikhsan Google. 



Meowwww......Begini ok tak???








P/S : Hal macam ni pun boleh je buat entri dikala ketandusan idea.


Kerja Part-Time.



Assalamualaikum & Salam Sejahtera.





Cuti sekolah tak lama lagi. Adik A.N.A yang umur 16 tahun dah mula cakap-cakap nak buat kerja Part-Time sepanjang cuti sekolah nanti. (Cari duit poket sendiri + isi masa lapang) Dia ada tanya, "Ngah, akak ingat nak buat part-time la cuti sekolah ni....ok tak??". A.N.A dengar je dia tanya terus lah....bla bla bla bla...




errr....agak-agak korang la, apa yang A.N.A dok "bla bla bla bla" tu?

A. Bagi sokongan dengan kata-kata semangat.
B. Bagi sekatan dengan kata-kata peluntur semangat.
C. "ehhh...cerita Cinta Elyssa tu bestkan...."




Sudah semestinya, sebagai seorang kakak yang berwibawa dan berkaliber (sesi masuk bakul angkat sendiri) A. Bagi sokongan dengan kata-kata semangat. Lagipun, dulu-dulu masa A.N.A sebaya dengan dia A.N.A memang selalu buat Kerja Part-Time ni bila cuti sekolah. Bila dah selalu, dah jadi macam kebiasaan pula, asal cuti je Part-Time, asal Part-Time je cuti. Berterusan sehinggalah zaman peruniversitian. 




Dalam entri ini, A.N.A nak kongsikan kerja-kerja yang pernah dikerjakan sekian lama selepas terjebak dengan Kerja Part-Time. A.N.A tak susun ikut tahun, main bubuh je mana yang ingat dalam memori :-


*Belas kasihan Incik Google.

1. Pasar Malam - Dari zaman sekolah tolong Pak Cik kawan meniaga Laksa, Soto, Rojak dan Kuih-muih di Pasar Malam Tampin dan Masjid Tanah. Dulu-dulu la, sekarang ni dah pencen, hanya datang membeli je bila-bila teringin makan Laksa Penang. ^_^"


*Incik Google kesian lagi....hihi..

2. Baby Sitter - Bukan jaga budak lain pun, jaga adik sendiri je sebenarnya. Kebetulan habis je SPM, Baby Sitter adik-adik A.N.A pindah. Sementara cari pengasuh lain, A.N.A la kena jadi Baby Sitter selama beberapa bulan. Masa tu, memang expert gila la uruskan rumahtangga...hihihi... Siap jadi MAID sekali senang cerita, pakej lengkap!! Masak, jaga adik, basuh baju, hantar adik lagi sorang pergi Tadika, uruskan pembuangan sisa pepejal mereka, mandikan lagi, pergi beli sayur, iron baju, hidangkan makanan, dan macam-macam lagi la....sampai rasa luluslah kalau nak kahwin masa tuuu....hihihi... 




3. MYDIN - Haaa.....nampak tak troli Mydin tu?? Nampakkannnn...A.N.A tak pernah Kerja Part-Time kat Mydin. Diulangi, tak pernah. (Motif gambar ni???) Sengaja je, nak tunjuk betapa mengada-ngadanya bergambar bertemankan troli Mydin sebab troli tu sama warna dengan baju masa tu. Biru~warna kegemaran Cikgu Ma. Sebenarnya nak bagitahu, pernah kerja sebagai Sales Girl dekat Kedai Buku dengan Souvenir Shops di A'Famosa Resort. Tapi bila Google je "Sales Girl" gambar tak senonoh je yang ada....cisss kejuuu~



4. Kilang IKS - Part-Time di Kilang Industri Kecil dan Sederhana ni betul-betul mencabar. Kedengaran kecil dan sederhana tetapi sebenarnya penuh dengan cabaran. Masa ni memang sangat-sangat menghargai duit titik peluh sendiri. Banyak kenangan pahit dan manis. Ya. Banyak. Kerana duit kerja kat sinilah, dapat belanja bawak Mama pergi Majlis Konvokesyen A.N.A. 



5. SINGER - Dulu kecik-kecik suka sangat nyanyi "SINGER menawan keluarga bahagia". Bila dah besar-besar boleh pulak tersangkut Part-Time kat SINGER. Mungkin kebetulan sebab A.N.A tak mampu menjadi segarang singa mahupun bergelar penyanyi a.k.a singer. Masa ni baru sedar bakat terpendam, A.N.A boleh yakinkan orang beli Mesin Basuh dengan Motorsikal.....kihkihkih... Terpendam tak??? hahaha...




6. LAIN-LAIN - Pernah juga ambil upah buat Assignment student PJJ sekali dua macam tu jelah, kecik-kecik dulu jual kacang sambal dekat sekolah, jual gelang manik buatan sendiri, dan macam-macam lagilah yang kecik-kecik sampingan ni semua. Disamping cari duit poket, ada dua benda yang A.N.A dapat bila terjebak dengan Kerja Part-Time ni, KEPUASAN dan PENGALAMAN. Sebab tu A.N.A Bagi sokongan dengan kata-kata semangat. Kerjalah dikkk oiiii.....pandai-pandai lah berdikari ^_^"



Korang pula bagaimana??? Mesti banyak cerita dan pengalaman bekerja secara Part-Time ni kan?? Kongsikanlah kalau sudi.....hihihi....





P/S : Keliru dengan TELEPATI dan TELEPORT, nak Google la. Jangan keluar gambar tak senonoh macam "SALES GIRL" sudahlahhhh.....adehhhh~ 


Koleksi Kesayangan.

Assalamualaikum & Salam Sejahtera.



Hari ini Off Day (Tak tanya pun! Takpelah, A.N.A bagitahu jeee...) Bangun pagi-pagi, sarapan Pizza Ultimate Cheesy 7 (Kelasssss kau jahhhhhh....) Dah selesai sarapan, Online barang sebentar. Sempat balas jejak beberapa blogger je kerana kelembapan Broadband yang agak macam Snail Pig sikit. Minta maaf sangat-sangat sebab bukan sengaja nak kelihatan sombong tak balas jejak. (Bajet macam fofular jeee...).





Sarapan sudah, Online barang sebentar pun sudah. Bincang-bincang dengan mama menu Lunch apa. Tiba-tiba rasa RAJIN datang. (Bukan senang-senang nak datang tanpa diundang...hihihi...) Rasa rajin nak mengemas bilik. Sapu-sapu karpet Dora The Explorer, kemas-kemas katil Queen Size, susun-susun baju-bajuan serta bantal-bantalan, angkat kotak-kotakan...errrr...kotak???Ya. Kotak! Kotak yang mengandungi Koleksi Peribadi. 




Dah terjumpa, A.N.A pun keluarkanlah semua Koleksi Peribadi yang ada dalam kotak dan susun cantik-cantik sebab nak ambil gambar dan masukkan dalam Blog Peribadi. (Saja nak tunjuk pada semua ke?? hihihi...) Dah siap semua, nak buat entri baru kena tangguhkan dulu. Sudahkan kemas bilik dulu. Dah siap kemas-kemas kena teman mak pergi Bandar Tampin pula. Belanja barang dapur.





Balik rumah. Sudahkan itu-ini-itu-ini. (Off Day pun ada je urusannya~layannn...) Baru ada kesempatan nak buat entri baru. Nak kongsikan bersama Koleksi Peribadi yang ada dalam kotak yang dijumpai ketika tiba-tiba rajin datang. 




Nak tengok tak Koleksi Kesayangan A.N.A???
-Mestilah nak kan?? kalau tak nak pun takpe, A.N.A bagi tengok juga-








Inilah sebahagian daripada Koleksi Kesayangan A.N.A. Yang ada kat dalam gambar-gambar ni ada 20 ekor semuanya. Sebenarnya ada lebih dari itu, tapi ada yang dah hilang sebab memang dah nak hilang. (Sedih tu bila hilang...huuu...) Semua ni A.N.A dapat dari orang-orang tersayang disekeliling A.N.A sempena Ulangtahun Kelahiran yang sekian lama dikumpul dari dulu-dulu lagi, Souvenir dari Oversea, dan juga Convocation Day Tahun 2010. (Simpan dalam kotak & tak buat perhiasan pun sebab takut hilang lagi.) 







Ok. Dah simpan balik dalam kotak-kotak. Jangan ada yang kutuk pula koleksi A.N.A ni. (Nak cakap macam budak-budak letewwww....) A.N.A tahu tak elok simpan patung dalam rumah, tapi nak dibuang sayang sebab pemberian orang-orang tersayang. Sebab itulah A.N.A simpan semuanya dalam kotak-kotak sebab tak nak dibuat perhiasan. Bukan A.N.A meminta-minta, tapi ini semua pemberian. ^_^"



Apa Koleksi Kesayangan korang semua??? 
A.N.A tag soalan ni kepada semua yang singgah sini, baca entri ini, dan sudi nak drop komen diketika ini. Rasa-rasa kalau nak jawab, jawablah diruangan komen. ^_^"




-SEKIAN-



Kena tag lagi....layannnnnn~



Assalamualaikum & Salam Sejahtera.



Entri pantas. Kena tag lagi, makanya kena jawab lagi. Kali ni kena tag oleh 2 blogger Empayar Utama dan Cik Bambam.



PERATURAN

• Tak boleh tag semula orang yang sama!
• Masukkan semua peraturan ni (rules) dalam entri
• Pilih sebelas orang untuk ditag dan letakkan link diorang dalam entri
• Pergi blog/page mereka; bagitau yang kamu dah tag diorang
• Korang kena pos 11 perkara pasal diri korang (ikut sukalah) dalam entri
• Jawab soalan yang telah di set / diberi oleh tagger; dan buat sebelas soalan kepada mereka yang ditag untuk diorang pulak jawab.


11 Perkara tentang diri sendiri :
  • Suka warna hitam.
  • Selalu keliru 2 jenis sayur ni : PETOLA dan PERIA. 
  • Anak no.2.
  • Alergik nombor dan alergik makan sikit.
  • Tiada Kad CIMB tapi ada Kad CIDB.
  • Suka sandal Crocodile, tak suka "Crocodile darat". 
  • LIBRA. 
  • Pengguna setia Fair & Lovely dari dulu.
  • Suka makan Cokelat Rocky.
  • Ada koleksi hadiah Teddy Bear lebih dari 10 ekor.
  • Suka tengok cerita Tamil berbanding Hindustan. 

11 Soalan dari Empayar Utama :

1. Nama penuh siap tarikh lahir ? -Nurulaien Binti Mohd Roslan 01/10/1987 2. Nama suami/isteri/laling tersayang (letakle gamba) ? -Seperti tercatat pada jodoh. 3. Entri terbanyak dalam sebulan ? -Setakat ini terbanyak sekali pada bulan Ogos 2011 ada 29 Entri. 4. Entri tersikit dalam sebulan pulak ? -Setakat ini tersikit sekali pada bulan Jun 2011 ada 6 Entri. 5. Pendapat tentang blog EmpayarUtama ? -Blog yang putih macam blog Aien Not Alien. 6. Blog feveret ? -Semua blog yang rajin disinggah. 7. Sebab apa suka blog (feveret) tu ? -Blog tu BEST. 8. Apa yang pertama kali dibuat bila buka sesuatu blog (contoh: terus tekan follow; terus cari shoutbox)? -Terus tengok entri. 9. Kalau tak berblogging sekarang ni, rasanya nak buat apa ? -Ber-facebookingggg~10. Berapa lama masa diambil lepas baca entri nih untuk buat entri korang pulak, hahahahah jawab ? -Seharian kot...hehehe..11. Soalan tak boleh lari nih: Apa rasa bila kena tag ? -Rasa bahagia dan suka sebab kena tag, maknanya ada yang ingatkan diri ini....hihi..



11 Orang yang kena tag : sikurakurapurapura, Miss Vivio, Rifhan, Nuyui, Apek Poyo, merahitujambu, Remyhazza, Ezad Skytech, Syahiroo, Katak Bulat, Cik Bambam. (Pada yang kena tag terpulang pada anda nak jawab atau tidak, A.N.A hanya ikut peraturan permainan je...hihi..^_^")


11 Soalan yang akan ditanya :

1. Korang suka kena tag?
2. Korang jiwang ke?
3. Korang mudah touching?
4. Korang suka warna HITAM?
5. Korang seorang yang baik?
6. Korang suka makan ketam?
7. Korang ni materialistik ke?
8. Korang gosok gigi 3 hari sekali ke?
10. Korang boleh jilat siku sendiri?
11. Korang suka kena jawab soalan-soalan ni? 



1. You must post the rules
2. Each person must post 11 things about themselves in their journal.
3. Answer the questions the tagger set for you in their post and create 11 new questions for the people you tagged to answer.
4. You have to choose 11 people to tag and link them in the post.
5. Go to their page and tell them you have tagged HIM/HER.
6. No tag back!
7. No stuff in the section about "YOU ARE TAGGED IF YOU ARE READING THIS". You legitimately (a.k.a REALLY, TRUST, WITH ALL HONESTY) have tagged 11 people.



11 things about me :
  • My favorite color is BLACK.
  • Like to eat Bubur Kacang Hijau.
  • Capable of making kueh vadey~nak order???
  • Not know how to play Bola Jaring sampai kesudah!!
  • Like to eat donut : Dunkin Donuts always in my heart and my mind also...hihi~
  • Allergic makan sikit! huhuhu
  • Maxis loyal users! hihihi...boleh dapat award tak?? DiGi awards out of the list.
  • Shoe size : 7
  • Weight : 55 kg
  • Height : 160 cm
  • Double Cheese Burger 1 set besar punyaaa...I'm loving it~

11 questions from Cik Bambam : 

1. What's ur nickname? - Aien (Everyone), Olen (Schoolmate), Angah (Siblings), Nurul (Official) 2. Your idol? - My Mom...Puan Asiah Binti Mohamed. 3. Fav song? - All songs by Siti Nurhaliza 4. Fav cartoon??! - CLICK HERE 5. Status right now? single or double? and what's ur sweetheart's name? - Bujang senang hati. ^_^" 6. Three Fav blogger? - Secrets and Confidential...hihihi...7. Three fav website? - Secrets and Confidential....hihihi... 8. What the latest movie u have seen? Real Steel and Johnny English Reborn. 9. What's ur best collection? -Teddy Bears...huhuhu... 10. Have you seen The Vampire Diaries series? I never knew it, so how to see it...hihihi... 11. Last but not least. if u had one wish.. what would it be? - My wish?? hmmm...have to think about it, too much wish on my list laaa.....hehehe...



11 questions to be asked :


1. Are you happy with ur life?
2. Do you like to eat burgers? 
3. Are you from Malacca?
4. Your weight?
5. Your height?
6. Shoes size?
7. Favorite color?
8. Favorite foods and drinks?
9. Who is your Best Friend Forever (BFF) ? 
10. Who is your Boyfriend (BF) / Girlfriend (GF) ?
11. Happy to answer all these questions? 



11 People been tagged : EmpayarUtama, Robot Comel, Afzalsukasuki, Nuf Han, ch000tz axoera, ShahzCudin, Liena, Umie ArtoqimieNORA RASHID, SelowMelorizzah. (Pada yang kena tag terpulang pada anda nak jawab atau tidak, A.N.A hanya ikut peraturan permainan je...hihi..^_^") 



Dikesempatan ini, A.N.A nak ucapkan terima kasih kepada NORA RASHID yang merupakan Manusia Bukan Alien yang ke-400 di Blog Aien Not Alien. Sama-sama lah kita terjah ke blog kakak manisssss ni yang merupakan seorang isteri kepada seorang suami dan seorang ibu kepada sepasang cahaya mata.