Kisah di Kuala Linggi.



Assalamualaikum & Salam Sejahtera.



Entri kali ini merupakan entri A.N.A ber-BBQ di Kuala Linggi bersama rakan-rakan. Malas nak taip-taip sangat, jadi A.N.A tepek-tepek gambar je untuk santapan mata semua. Sikit je, tak banyak pun gambar. ^_^"


Baru selamat tiba di Kuala Linggi.


Bersantai-santai dulu dengan kaum ibu. ^_^"

"Esok-esok aku jadi ibu..macam ni lah kena kelek anak..."
*Suara hati sendiri...hihihi..


Sesi rendam-rendam. ^_^"


Pada malam yang indah lagi bahagia sebab hujan tak turun walaupun sekarang ni musim hujan, sampai owner chalet cakap "untung korang ni, elok pula cuaca hari ni, tidak.....hari-hari hujannnn!!" Syukur.....Alhamdulillah, semua berjalan dengan lancar. 



Menu santapan kami semua di malam hari.

Kami ber-BBQ dengan ayam berempah, kambing lada hitam, nasi lemak, hot dog dan kerang. 


Pertama kali dalam hidup makan *BELANGKAS.
Rasa macam isi ketam je.
Errr...telur dia rasa sedap jugak la....heeee..

*Dah siap rebus ni.


Sebelah A.N.A tu pemburu belangkas di kawasan sekitar Kuala Linggi. Jumpa dia masa pagi-pagi air laut pasang. Tolong cari belangkas sekali. Tapi lebih kepada nak mandi laut je sebenarnya....hehehehe... Sudahnya Pak Cik tu cari sorang-sorang. 



Pak Cik dan belangkas yang diburunya....hihihi



Bergambar dengan sebahagian ahli rombongan Cik Kiah sebelum pulang.

*Yang lain tak tahu kemana??? hehehehe....


Hati-hati ketika memandu aduhainya pun. ^_^"


Bertolak pulang~weeee



Sebelum berpisah, sempat lagi singgah Fort Supai, Kota Kuala Linggi.



Sebelum betul-betul berpisah sebenarnya....
Kami singgah makan dekat Pengkalan Balak dulu...hihihi..


*Mee Kari, Laksa Penang, dengan Rojak memang sodap!!!


Lepas lunch baru betul-betul berpisah, masing-masing pulang menuju ke destinasi masing-masing. Kenangan indah semuanya. Berkawan dari sekolah sehingga sekarang. Semoga akan terus berkekalan sampai bila-bila. 







-SEKIAN-


Gen 2 Merah serang balas.



Assalamualaikum & Salam Sejahtera.




Umpama hidup berjiran balas-membalas juadah selayaknya digambarkan dengan situasi sekarang. Situ sana sini balas-membalas soalan antara blogger. A.N.A ada tag Gen2Merah. Lepas tu Gen2Merah tag A.N.A pula. 

Taman Perumahan Blog Permai.

Soalan dari Gen2Merah akan dijawab :-

1. Jika selipar kamu hilang sebelah semasa berjalan di bandar? Anda ..............??
-Dah ada kat bandar teruslah ke kedai kasut.......cari sepasang sandal Crocodile terussss.... hehehe..

2. Jika kawan anda terjatuh di longkang? Anda .........?
-Teruslah bantu dia.....kalau longkang dalam sangat kena la cari orang tolong sekali..

3. Kamu tengah makan, tiba-tiba orang sebelah meja termuntah di makanan kamu. Anda.........?
-Cissss kejuuuu...kompem ikut termuntah sekali! errkkk....

4. Sedang membeli belah di pasar, seorang peminta sedekah meminta duit sama ada sambil menarik-narik baju kamu.. Anda....?
-Kalau ada duit memang sedekahkan je....mudah kesian la~ heeeee

5. Tengah syiok duduk-duduk minum teh, adik kamu tiba-tiba plak nak korek hidung kamu? Anda....??
-Tolong korekkan hidung dia guna garfu...hahaha...TIPU JE~ tegurlah suruh korek hidung di tempat lain...senonohkan sikit perangai tuuu....mati selera minum teh..hahaha

6. Seluar kamu tiba-tiba terkoyak semasa membuat ucapan di hadapan orang ramai. Anda....??
-Belum pernah terjadi...hmmm... mungkin saya cover je yang terkoyak tu taknak bagi orang nampak... errr.....mintak jauhlah dari berlaku...huuuuuu

7. Tiba-tiba ada orang tiba-tiba nak tahu warna seluar dalam kamu? Anda..........????
-errr....dengan yakin cakap "TERLUPA WARNA APA!!!" 

8. Anda termakan cacing yang disangkakan mee goreng.... Anda....?
-errrrr...kompem la mimpi belaka semuanya ni.....hahahahaha... cacing tuuuu.. geliiiii~

9. Kamu tak tahan nak buang air besar ketika jalan sesak..? Anda??
-Bertahan selagi terdaya sambil bertahan dan terus bertahan walau tak tahannnnn~ hahahahaha

10. Boifren/ Gurlfren kamu tiba-tiba menengking kamu depan pasaraya. Anda.....??
-Merajuk lerrrr...hati kaca ni~ hahahaha....

11. Kamu di kejar anjing ketika sedang bersiar-siar di Taman Permainan? Anda???
-Pernah berlaku. Memang sebelum dikejar tahu petua yang ambil batu acah2 nak baling, tapi bila kena kejar tak ingat dah semua tu, yang tahu...larikkkkkkkkkkk je selamatkan diri....seharian trauma~ pernah berlaku, taknak berulang lagi kalau boleh~buruk naaa dah cantik2 ayu2 comel2 manis2 terpaksa berlari dengan pecut....nasib ada bakat pecut2 ni...tidakkkk....hye hye bye bye laaaa.....


-SEKIAN-



Ok. Nak bersiap-siap pergi bercuti~weeee.....
PERGI MANA?




Ya..sudahlah. Esok nak pergi dah.


Assalamualaikum & Salam Sejahtera.





"Apapun yang terjadi ku kan selalu ada untukmu,
janganlah kau bersedih 'coz everything's gonna be okay"



Suka pula bila dengar lagu YA, SUDAHLAH dari Bondan Prakoso feat Fade 2 Black. Jumpa dekat blog Incik Wartawan. 



'coz everything's gonna be okay......esok nak pergi Kuala Linggi, harap-harap cuaca baik, dan BBQ berjalan dengan lancar dan semuanya akan okay. Hari ni last preparation, beberapa hari ni planning baik punya dengan AJK yang lain, barang-barang dah siap beli. 





"Biar berlebih jangan sikit nanti tak cukup!!!"
"Biar cukup2 jangan banyak sangat nanti membazir!!!"
Kata-kata yang melengkapkan suasana AJK saat membeli barang persiapan BBQ.




Semua dah beli....bagusssss!






Semoga semuanya berjalan dengan lancar, kerisauan dengan cuaca yang menduga rasa ni. Plan B dah dirancang siap-siap untuk aktiviti 2H 1M disana. Kita hanya mampu merancang, Allah yang tentukan. 





Kepada AJK BBQ (bajet macam korang baca je blog ni) Papa Yengkiss, Mama Yengkiss, Mama Jue & Husband, serta Tokk Mudim, korang memang terbaik. Next entri aku akan masukkan gambar kita semua ber-BBQ bersama yang lain-lain. 




Kuala Linggi...tunggu kami datanggggg~



Terima Kasih Incik Boss luluskan cuti. Sekian lama tak merasa cuti SABTU & AHAD, nak nikmati betul-betul...heeee...




P/S : Hari ni blogwalking puas-puas. ^_^"




Jawab, Tanya dan Tag



Assalamualaikum & Salam Sejahtera.



Minggu ni merupakan minggu Contest, Segmen dan Game situ, sana, sini. Ramai juga yang tag-tag-tag-tag A.N.A. Ada kesempatan dalam kesempitan A.N.A cuba jaya untuk turut serta. Baru selesai join CONTEST GADIS BERPURDAH, sekarang join TAG, TANYA & JAWAB yang telah di-tag oleh ALONG AFZAL


Menganga tengok soalan dak Afzal ni haaaa....


1. Apakah perkara yang paling korang benci?
Paling dibenci ialah Penyakit Hasad Dengki (PHD). Bila orang yang ada PHD ni, macam2 dia boleh buat, jadi Back Stabber, Mulut Puaka, Talam 2 Muka, Lidah Bercabang dan macam-macam lagi yang menjurus kearah nak puaskan hati sendiri yang ber-PHD.


2. Apa aktiviti yang biasa korang lakukan sensorang tanpa ditemani kawan?
-Biasanya ber-blogging sensorang la tanpa ditemani kawan disisi. Bebas merayap dimerata-rata blog.


3. Kalau korang diberi peluang untuk ubah sesuatu dalam hidup korang, apa yang korang nak ubahkan?
- Nak ubah cara permakanan. Punca segala penyakit kebanyakkannya melalui cara permakanan...huhuhu... Sangat suka fast-food yang sangat tak berkhasiat. 


4. Mana lagi best. Keluar dengan kawan atau dengan pasangan? Kenapa?
- Keluar dengan kedua-duanya best. Kawan dan pasangan sangat penting. 


5. Korang suka baca komik tak? Kalau ya, watak apa yang paling korang minat? Kenapa? 
- Suka. Komik Naruto. Suka watak Hyuga Hinata sebab dia kelihatan macam pemalu dan pendiam, tapi disebalik semua itu dia merupakan keturunan Hyuga. Dalam siri Naruto, keturunan Hyuga dan Uchiha merupakan puak yang paling penting dalam menjaga Konoha dah cukup menggambarkan kemampuan Hinata dengan kuasa penglihatan 360 darjah yang dimilikinya. Diam-diam jangan disangka lemah. 


6. Korang nak pasangan yang macamana? (Selain beriman, hormat ibubapa, bekerjaya bla bla bla-jawapan cliche)
- Nak yang pandai melawak, tapi bertempat la. Kalau main bantai je melawak situ sana sini tak kena tempat, memang tempat dia jauh dari sudut hatiku ini....ececehhhh... 


7. Korang suka tengok cerita genre yang macamana? Kenapa?
- Suka yang bergenre komedi, love, aksi yang dicampur adukkan menjadi cerita yang disukai. Suka sebab suka, kena dengan jiwa, contohnya : REAL STEEL ada unsur komedi sikit-sikit, kasih sayang ayah & anak, aksi robot tinju-tinju....terbaikkk...


8. Korang ni sensitif tak? Apa yang mudah menyebabkan korang terasa hati? 
-Sensitif. Mudah tersentuh dan terasa hati jika melibatkan ikatan kasih sayang sesama manusia, terutamanya jika melibatkan kanak-kanak. Contohnya : Sangat sensitif bila melihat penderaan kanak-kanak, kes buang bayi, penculikkan, pembunuhan, kes rogol, kes liwat, kes kekurangan zat makanan dikalangan kanak-kanak, pembunuhan kanak-kanak di negara pergolakkan dan sebagainya. Sensitif hingga mengalir air mata tanpa dipaksa. Saya sangat sayangkan kanak-kanak. 


9. Korang terjumpa RM100, apa yang akan korang lakukan?
- Terjumpa RM100, mestilah tengok kiri dan kanan. Usha line duluuuu...hihihi... Respon biasa bila terjumpa duit, lepas tu baru bertindak dengan tangkas, cekap dan berkesan.


10. Siapa nama pasangan korang dan berapa lama korang bersama?
- Nama pasangan ada pada Borang Nikah, tok kadi pegang, tak tahulah siapa???? Tunggu tiba waktunya, bila dah sampai jodoh yang telah ditetapkan oleh ALLAH S.W.T. Berapa lama? Tunggu nikah dulu, tunggu penghujung waktu nanti, selama itulah agaknya kami bersama....mudah-mudahan..... ^_^"


11. 1st impression korang terhadap aku? Hahaha :D
- Pada mulanya sebelum follower afzal cecah ribu-ribuan, dikala masih ratus-ratusan, kesengalan Afzal seperti ditahan-tahan. Jadi 1st impression Afzal seperti lelaki lain yang ada blog, selepas tu bila dah lama berbalas kunjungan, ternyata Afzal Suka Suki memang sengal orangnya, kesengalan ternyata tahap SUPERSENGAL. Next Ramadhan, jangan ditunggu lagi duit baki Taufu-fa ye, sudah bayar, terus larikkkkk....hihihihi...


Ok. Sudah menjawab. Sekarang nak bagi soalan pula. Lepas tu tag beberapa rakan blogger. Macam ini lah caranya Game : Tag, Tanya dan Jawab. 

SOALAN :

1. Warna kegemaran anda? Kenapa pilih warna tu?

2. Kata peribahasa yang paling anda suka? Kenapa suka? 

3. Pernah buang sampah merata-rata? Jika ya, apa perasaan anda?

4. Lagu kadang-kadang mewakili isi hati kita. Apakah lagu yang anda rasa mewakili isi hati anda? 

5. Siapakah jiran sebelah rumah anda? Ceritakan serba sedikit.

6. Anda suka pergi kenduri-kendara tak? Kenapa?

7. Anda suka makan petai tak? Kenapa?

8. Kalau terjatuh depan orang ramai, apakah tindakan anda selanjutnya? 

9. Kalau dah beli-beli barang, tiba masa nak buat pembayaran, duit tak cukup. Apa tindakan anda?

10. Apa pendapat anda dengan blog ini? :D


OK. A.N.A tag :

- Kepada semua yang nak cuba jawab.





Terbaik setakat ini.




Assalamualaikum & Salam Sejahtera.






Entah kenapa hati meronta-ronta & jari mengatal-gatal nak buat entri ni lepas selesai tengok REAL STEEL. Baru berkesempatan dan belum terlewat lagi rasanya dapat tengok REAL STEEL yang memang ternyata seperti yang dikata antara filem terbaik untuk Tahun 2011. 



"Semangat seorang bapa dan harapan seorang anak pada scene last memang sangat menyentuh perasaan."



P/S : Pentas dunia tak seperti pentas lakonan. 

Segmen Kancil 8349 | Kartun Animasi Yang Paling Korang Suka



Assalamualaikum & Salam Sejahtera.


Segmen Kancil 8349 | Kartun Animasi Yang Paling Korang Suka.


Masa untuk ber-segmen. Sekali lagi A.N.A join segmen anjuran Kancil 8349. Kali ini berkenaan kartun animasi yang paling disukai. A.N.A ada banyak pilihan kartun animasi yang disukai, antaranya :-


PALING SUKA

Kucing biru mok-mok, suka makan dorayaki.. ^_^"



SUKA-SUKA


Sebenarnya....Dragon Ball ada 7 biji semuanya. ^_^"



Dengan kuasa bulannnn....akan menghukum mu!!! ^_^"




Scooby dooooo....where are youuuu??? ^_^"



"yabba dabba doooo......" ^_^"


SUKA

Banyak lagi yang disukai, kebanyakkannya kartun zaman kanak-kanak dulu, zaman 90'an. Thundercats, Tomato Man, Mojako, Transformer, Ninja Turtle, Pinky and The Brain, Tiny Toons Adventures, dan banyak lagi. Tak ingat nama. Dulu kanak-kanak layan kartun je kerjanya. Sekarang layan juga, tapi dah kurang. Suka tengok Upin & Ipin, Boboiboy, Kim Possible, Disney, Totally Spies, Pingu, Spongebob, Naruto, Bleach, Avatar dan lain-lain lagi.



KORANG SUKA KARTUN APA???




P/S : Dulu teringin nak ada "buluh terbang". ^_^"



Pilih Jangan Tak Pilih.



Assalamualaikum & Salam Sejahtera.




Anda pilih senyuman atau pilih tangisan? 
Kedua-duanya ada ditangan anda.





Dalam berbincang mencari jalan penyelesaian, adakah dengan memberi kata pilihan atau kata dua dah memadai untuk menyelesaikan masalah??? Pilihan yang diberi pula seperti menyuruh kita "Kau pilih MAKAN atau kau pilih MINUM??". Ironinya, pilihan yang diberikan untuk menyelesaikan masalah menyebabkan segalanya bertambah rumit kerana setiap pilihan yang diberi ada kepentingan tersendiri. 





" Kalau diberi pilihan.......
aku nak sangat pergi memancing dekat Sg.Wang......"

*Monolog dalaman Minah Saleh ini disuatu petang.




P/S : Berhati-hati memilih, jangan sampai tersalah pilih. Memilih untuk yang terbaik tidak mengapa, jangan pilih kasih sudah. ^_^"

SEGMEN KANCIL 8349 : Siapa Follower Anda Paling Best?



Assalamualaikum & Salam Sejahtera.


Nak join boleh terus KLIK SINI.


Masa untuk ber-segmen. 
Sekali lagi cuba jaya join Segmen dari Blog Kancil 8349. 



Agak sukar juga nak buat pilihan siapa paling best sebab semuanya best-best. Percayalah. Lagi best bila yang best-best ni masih setia & sudi berkunjung ke blog ni. TERIMA KASIH SEMUA. Tapi kerana syarat, terpaksa pilih SATU FOLLOWER sahaja. 

*Maaf pada yang lain harap tidak terkecik hati. 


Follower yang paling best : 

-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-TIADA-





Kecewa diri ini...menciiiii.... u_u"




Maaf kepada Kancil 8349, A.N.A tak dapat nak ikut syarat-syarat, A.N.A tak dapat pilih hanya seorang je, sebab bagi A.N.A semuanya A.N.A rasa BEST. Bukan nak membodek atau menjaga hati sesiapa, cuma bagi A.N.A semuanya SAHABAT. Biarpun ada yang singgah sekali hanya untuk "I follow u, plz follow me back", atau yang selalu singgah hanya untuk "Klik-klik sini, sila klik-klik saya pula", atau yang memang selalu singgah dan komen entri-entri A.N.A.




Mereka ini semuanya BEST.
Mereka mewarnai Dunia Blog Aien Not Alien.


-TERIMA KASIH SEMUA-



Yang nampak 368 orang untuk setakat entri ini. Akan datang tak pasti. Yang tak nampak para-para silent reader, ahli keluarga, sahabat-handai, stalker tersayang, sepupu sepapat, jiran tetangga yang telah mengaku sendiri mereka ada singgah sini. Terima kasih juga ya. ^_^"



P/S : Maaf ya Kancil, A.N.A tak ikut syarat yang ditetapkan. Kancil pun termasuk dalam 368 orang yang sudi follow A.N.A. Kancil setia berkunjung ke blog A.N.A walaupun A.N.A kadang-kadang terbabas nak berkunjung ke blog Kancil 8349. Kancil pun BEST. ^_^"





SEGMEN : Bloglist Supersengal



Assalamualaikum & Salam Sejahtera. 



Masa untuk ber-segmen. Pemilik blog SENGAL ini menganjurkan segmen untuk memilih blog yang akan masuk BLOGLIST SUPERSENGAL. Kesengalan pemilik blog ni amat terserlah disebalik entri-entrinya yang memang sengal. Nak join sila KLIK SINI.



Antara syarat-syarat sengalnya : 

  • Warganegara Malaysia
  • Boleh membaca dan menulis
  • Tidak gila, tapi sengal secukup rasa.
  • Tamat sekolah rendah dengan kepujian
  • Mampu membezakan getah rambut dan getah spender.
  • Lesen tv dan saiz tapak kaki tidak diperlukan.



Hanya perlu isikan ayat sengal dalam bubble :



"Dari kecik sampai ke BESAR ni, 
asal bergambar je mesti kaki silang pangkah, 
tangan sepit ketam....sentap!!!"


*lantas Afzal terus memandang arah lain >>>>>>>>>>>




>>>>>>>>> sudut pandangan lain, Afzal sedang memandang???
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-


Ishhh...better i lari cepat....
Mata afzal tu...memandang sesuatu..
menciiiiikkk.....awwww!






Ya...Afzal sedang memandang Cik Kila Fairy...^_^"







Ok. Tak cukup sengal, tapi cukuplah dapat sudahkan segmen ini. Terpilih ke tak, terpulang pada keterlanjuran penganjur memilih. Tarikh tutup 23 Oktober 2011 jam 11.59 malam




-SEKIAN-

Hujan Situ Sana Sini


Assalamualaikum & Salam Sejahtera.




Sekarang musim hujan. Sudah beberapa hari hujan turun membasahi bumi Melaka dan juga negeri-negeri lain. Sekejap panas sekejap hujan. Bila dah hujan, sejuk terasa, bila panas, memang panas la terasa...hehehe....







Memang best bila dapat hidu bau hujan baru turun. Dari zaman kanak-kanak sampai la sekarang, memang sangat suka hidu bau hujan baru turun. Jangan ditanya macam mana baunya, A.N.A tak tahu nak terangkan, hanya tahu hidu je...hihihi....




Bila terpaksa redah hujan,
teringin nak ada motor macam ni. 




Jagalah kesihatan dan keselamatan dikala musim hujan turun. Kepada semua penunggang motorsikal dan pemandu kenderaan lain sila lebih berhati-hati. Malang tidak berbau. Hujan je yang berbau. ^_^"




P/S : Hati-hati dilopak air. 



Ukuran sebuah keikhlasan.



Assalamualaikum & Salam Sejahtera.







Kadang-kadang dalam lurus bendul meniti landasan persahabatan yang berlainan jantina boleh tergelincir juga sampai terjatuh hati. 




FRIENDSHIP can easily be turned into LOVE
BUT
LOVE is very hard to turn back into FRIENDSHIP




Jangan terlalu lantang menyuarakan isi hati andai hanya sebelah pihak sahaja yang bertepuk sebelah tangan. Ikhlaslah dalam bersahabat jika ingin ianya berkekalan. Jangan dicemari dengan rasa hati. Memang ianya datang sendiri tapi ianya juga boleh pergi sendiri. 








Percayalah. Hubungan persahabatan yang bertukar jadi cinta dan hanya sebelah pihak sahaja yang bertepuk sebelah tangan memang agak awkward. Terasa seperti saat mata Guru Sains meliar mencari mangsa menjawab soalan anatomi manusia tiba-tiba mata kita ter-eye-contact pula dengan Cikgu. 





Ikhlas dalam bersahabat.





P/S : Berkawan biar 1000, Bercinta biar 1. 


Kerana sayang kuturutkan kata hati.



Assalamualaikum & Salam Sejahtera.







Sayang nak dibiarkan blog tanpa entri baru.
Sendiri rasa sayang sebab ini blog sendiri. 
Kerana sayang kuturutkan kata hati.





Biarpun sibuk tetap singgah sekejap.
Singgah sebab nak jejak kembali yang sudi singgah.





Terima kasih semua sudi singgah.
Terimalah entri secebis rasa sayang dari hati ini.






Cuci mata dengan Lirik Lagu YOU.
Nur Jannah Allia. Sedap. ^_^"




Klik YOU by NUR JANNAH ALLIA untuk mendengar lagu ini di Youtube.



you were there to light my day
you were there to guide me through
from my days down and on
i'll never stop thinking of you

how can i forget all that
when you're the one who make me smile
you'll always be a part of me
how i wish you were still mine

never will forget the day
how we've met and came this far
we all know we got this feeling
but somehow it has to end up here

i know it's me who said goodbye
and that's the hardest thing to do
cause you mean so much to me
and guide the truth from me to you

for all the things i've done and said
for all the hurt that i've caused you
i hope you will forgive me baby
cause that wasn't what i meant to do







P/S : Just love this song. Nothing personal with heart feelings or heart falling. ^_^"



Suka tak semestinya harus memiliki.




Assalamualaikum & Salam Sejahtera









P/S : Agak sibuk dan akan update entri baru hujung bulan. 



Kisah Mengawan 1 & 2.

Assalamualaikum & Salam Sejahtera.



Keindahan pantai di Kuala Linggi.

*Belas ihsan dari Abang Google.



Untuk pengetahuan semua, Kuala Linggi terletak diantara sempadan Melaka & Negeri Sembilan. Semalam A.N.A bersama beberapa orang rakan telah pergi kesana & A.N.A turut membawa adik lelaki A.N.A si Alif.


"Buat apa pergi sana?"


Pergi sana atas urusan membuat tinjauan lokasi dan sekaligus membuat tempahan Chalet bagi Majlis BBQ pada penghujung bulan Oktober ini.




Nasib kami amat baik kerana berjaya menempah Chalet walaupun pada mulanya hampir-hampir kecewa bila kesemua lot-lot Chalet kawasan itu telah habis ditempah disebabkan musim cuti sudah melanda. 





Oleh kerana tempat yang cantik ditambah pula dapat tempah Chalet yang berbaloi-baloi harganya ikut bajet telah membuatkan kami semua yang pergi tersenyum gembira. 



Begini la lebih kurang rupa kami tersenyum di tepian pantai. 



Namun kegembiraan itu hanya sementara, saat kami terpandang pasangan belangkas manusia sedang ber-asmaradana ditepian pantai telah membuatkan kegembiraan sedikit terhakis. 






Maka terjadilah Kisah Mengawan 1 seperti di bawah ini. Dialog telah diubah sedikit supaya mudah difahami. 



KISAH MENGAWAN 1




Alif yang memang suka bertanya. 
"Dorang buat pe tu??!!" Sambil mulut dimuncung-muncungkan.




Kawan A.N.A yang memang suka menjawab.
"Mengawan!!!" Sambil mempamerkan muka tak puas hati.




Kawan yang lain menyampuk.
"Ehh..kau ni, ntah budak kecik tu tahu tidak erti mengawan..." Tersengih-sengih dan pandang A.N.A.




"Dia tahulah, aku dah ajar..." A.N.A jawab dengan yakin.




Dari Kisah Mengawan 1 terus membawa ke Kisah Mengawan 2 bila teringat pula kisah macam mana A.N.A ajar si Alif & Wawa untuk memahami maksud mengawan. 




Ini Hamster belaan kami 4 Tahun yang lepas.
Suka tidur macam ni.

Tapi sekarang dah takde,
dah mati sebab makan terlalu kenyang. :(



KISAH MENGAWAN 2



Kisahnya begini. Dulu-dulu 4 tahun yang lepas. Adik-adik A.N.A berdua ni, ada membela sepasang hamster (jantan-betina).





Nak dijadikan cerita. Pada suatu hari si Alif menjerit-jerit panggil A.N.A suruh leraikan hamster-hamster yang disangkakan bergaduh, padahal sebenarnya sedang MENGAWAN. Memang cemas muka Alif masa tu. Risau agaknya. 





Dia tak tahu. Jadi A.N.A terpaksa terangkan pada dia yang hamster-hamster tu tak bergaduh, tapi sedang menjalankan aktiviti mengawan untuk menambahkan baby hamster. 





Terangkan yang mudah-mudah bagi dia faham supaya tak salah faham. 




Gambar Wawa & Alif 4 tahun yang lepas.

*Pada tahun kejadian. ^_^"



Keesokan harinya selepas A.N.A terangkan pada Alif. 
"Adik....cepatlah dikkk...." kedengaran suara Alif panggil Wawa.





Bila diintai.
Kelihatan budak berdua ni tengah menghadap sangkar hamster. 






Tiba-tiba si Alif cakap pada Wawa.
"Angah cakap, kalau kita nak baby hamster, hamster kita kena mengawan tau..." Wawa angguk-angguk macam faham. 





Lepas tu dorang main bisik-bisik.
Tiba-tiba boleh pula dorang sama-sama menjerit.
Dorang menjerit dengan penuh bersemangat. 






"Mengawanlah....mengawan cepat....
boleh dapat baby hamster banyak-banyak!!!!"








P/S : Banyak urusan nak kena settle untuk BBQ ni. :)