Segmen Kancil 8349 : Pengalaman Semasa Perkhemahan Unit Beruniform



Assalamualaikum & Salam Sejahtera.



Segmen terbaru yang dianjurkan oleh Kancil 8349. 
PENGALAMAN SEMASA PERKHEMAHAN UNIT BERUNIFORM


Pengalaman merupakan cikgu yang terbaik dalam hidup kita. Sebab tu kebanyakkan segmen Cikgu Kancil berkaitan dengan pengalaman. Kali ini berkaitan dengan pengalaman perkhemahan pula. Jika ada yang berminat nak sertai SILA KLIK SINI.


Zaman sekolah memang banyak aktiviti perkhemahan yang A.N.A sertai, baik dalam sekolah, wakil sekolah atupun luar sekolah. Paling diingati masa zaman jadi super-duper-senior Kadet Remaja Sekolah (KRS) pada tahun 2004. Perkhemahan peringkat sekolah bersama semua badan beruniform seperti PBSM, Kadet Polis, St.John, Pandu Puteri dan Puteri Islam.


Bila dah berlainan badan uniform mesti akan timbul semangat tersendiri untuk memastikan yang mana paling hebat. Nak bersaing paling hebat pun dengan kawan-kawan sendiri juga..hehehe....





Banyak aktiviti yang disertai. Semua-hebat-hebat-belaka. KRS pun hebat. Nak tahu kenapa hebat??? Te-rus-kan-mem-ba-ca. Disebabkan A.N.A berkuasa dalam KRS masa tu, A.N.A gunakan kuasa yang ada dengan memilih yang hebat-hebat je turun padang untuk pertandingan memasak. ^_^"


Tema memasak pun bebas, menu sesukahati. Disebabkan pertandingan memasak dengan syarat-syarat telah diketahui beberapa hari lebih awal, maka segala ramuan rahsia telah disiapkan lebih awal.


Tiba hari memasak pula, kawan-kawan yang A.N.A pilih wakil KRS ni, memang pandai memasak siap pakej pandai berdrama lagi. Jadilah dapur kami macam set pengambaran rancangan memasak Chef Wan. Kecoh-kecoh KRS namanya...hahaha...





Siap masak kami hias cantik-cantik. Sepanjang aktiviti, disebabkan dapur sendiri dah kecoh kami tak pandang dah dapur memasak group lain. Jadi tak tahu dorang semua masak apa. Tiba masa nak hidangkan untuk para juri yang merupakan guru-guru sekolah baru kami tahu.


Rasa-rasa-makan-makan. Keputusan muktamad. KRS jadi johan pertandingan memasak. Sebab tu dari awal tadi A.N.A cakap hebat...hehehehe.. Memang patut kami menang sebab group lain masak menu simple-simple je yang memang khas untuk perkhemahan macam Roti Lilit (Pengakap), nasi hangussss, telur dadar, ikan goreng, ayam goreng, sayur-sayur, dan yang sewaktu dengannya. 




Memang patut menang pun sebab juri dah sental sampai licin. Katanya tema memasak menunya bebas......layannnnnn je masak-masak sampaikan KRS pula masak mengalahkan orang lain, siap dengan KARI AYAM, NASI BULUH dan SAYUR CAMPUR, yang dihias cantik, indah, berseri macam lauk pengantin. ^_^" 



OK. Itu aje cerita pengalaman perkhemahan unit beruniform zaman sekolah, berkhemah pun dekat kawasan sekolah, boleh la nak masak sedap-sedap. Naik zaman U, masuk unit beruniform, dah takde istilah masak-masak macam ni. Ikhtiar hidup, masakan yang simple-simple memang lauk perkhemahan yang terbaik sekali, SARDIN CAP AYAM & TELUR AYAM DIBASUH.  Memang terbaekkkkk!


P/S : Murtabak maggi pun sodapppp!!

Hari Ini Hari AHAD

Jemputlah baca entri yang panjang & serabut macam rambut saya ni..


Assalamualaikum & Salam Sejahtera.


Hari ini hari AHAD.
Pada yang sedang bercuti,nikmati cuti anda dengan sebaiknya.
Pada yang sedang bekerja,nikmati kerja anda dengan sebaiknya.


A.N.A kerja hari Ahad. Off Day pula hari Rabu masa 1 dunia sedang berseronok dengan Wordless Wednesday. Makanya A.N.A isytiharkan sendiri hari Rabu sebagai Workless Wednesday. 


Redha dengan rezeki yang diberi buat masa ni. A.N.A pergi kerja pada setiap hari dengan lapang dada. Lagipun kalau kita ikhlas melakukan sesuatu perkara mesti kita tak rasa berat hati walaupun ada yang mengata, "apa barang kerja hujung minggu!!". 


Memang diakui, sejak kerja hujung minggu ni, tahap kesosialan A.N.A jatuh menjunam. Maksud A.N.A, sahabat sekeliling dan keluarga tersayang kekurangan kasih sayang dari A.N.A sebabkan rutin harian kami berbeza. 


Maknanya. 
Mereka cuti A.N.A kerja.
A.N.A cuti mereka pula kerja / sekolah.

-Dapat tak apa yang cuba disampaikan???-


Apa aku kisah!! -bisik hati beberapa orang yang bosan dengan cerita ini- mungkin??





Ayat atas-atas ni bajet bagus je..hahaha...
Kelihatan sangat tidak kisah bekerja hari Ahad.
Kadang-kadang kisah juga. JUJUR.


Bukan apa. 
Kadang-kadang ada urusan peribadi perlu diuruskan.
Korang yang cuti Ahad pun tahukan, nama je cuti, tapi urusan tak pernahnya habis.


Itulah-Inilah-Itulah lagi-Inilah lagi.


Contoh. Urusan hari ni, A.N.A nak kena hadiri jemputan perkahwinan sorang kenalan. Kena lari kejap time lunch. Tak boleh lama-lama. Siap-makan-salam-berkat-cabut. Jemputan akan cuba dihadiri juga sebab ada yang berpesan, kalau kita tak nak datang kenduri orang, esok-esok orang tak nak datang kenduri kita. Pesanan tu macam melekat sikit kat otak. 


Kenduri kendara biasanya memang hujung minggu. 


TAKUT.
Pengaruh pesan orang tua barangkali.


Ada juga contoh lain. 
Beli barang dapur hari Ahad.
Keluar dengan Keluarga ataupun Kawan hari Ahad.
Bersantai atau beriadah hari Ahad.
Terpaksa dibuat pada hari lain. ^_^"


Ehh...kalau dah siang kerja, malamkan boleh lagi keluar buat semua ni. Kecoh je!!!


Meme r....akan tetapi. ^_^"
Siang masanya lebih panjang.
Malam memang boleh, tapi terhad sikitlah.
Kalau begitu begini keluar selepas Maghrib paling awal, atau selepas Isyak paling lewat berapa jam yang ada sebelum lewat malam menjelma. Sekarang ni masa terasa cepat sangat berlalu. 


Kalau keluar malam balik malam selalu. Bimbang jiran-jiran yang sangat-sangat-sangat ambil berat ni bermesyuarat ditepi tingkap pula. Hidup bermasyarakat memang begini. Dinding pun ada mata ada telinga tau. Jangan main-main. 


Mak Cik Merry : "Kelassss kau jahhh..siap pasang CCTV nak memantau jiran sebelah menyebelah!!!"

Mak Cik Jah : "Alahhh...biasalah Merry oiii...buat modal mesyuarat tingkap kita jugak nanti...kannnn!!!"


Hari Ahad yang penuh cerita.


P/S : Korang ada ke WORKLESS WEDNESDAY? hahahaha....

SURATAN atau KEBETULAN

Gambar hiasan semata-mata.


Sesuatu yang tak disangka,
Seringkali mendatangi kita,
Itukah suratan dalam kehidupan,
Atau hanya satu kebetulan.


Assalamualaikum & Salam Sejahtera.


Awal mula pertama mula.
Rangkap pertama lirik lagu Suratan atau Kebetulan.
Nyanyian Kenny Remy Martin sangat tepat untuk menggambarkan situasi yang A.N.A sedang lalui saat ini.

Pernah tak korang bertemu seseorang.
Tapi tak FACE TO FACE pun.
Maknanya bertemu tapi takde peluang nak bercakap pun.

Main mata jauh sekali.
Jeling-jeling pun sipi-sipi je. ^_^"

Punca pertemuan pun sebabkan faktor sekeliling yang buat korang bertemu.

Suratan atau kebetulankah pertemuan sebegini???

Apa korang rasa?
Mesti terasa macam pertemuan biasa je antara manusia sesama manusia.


SURATAN pertemuan barangkali.

Agak skema je ayat...hihihihi...


Macam tak faham kan?? hmmm.....

KEBETULAN pula bagaimana?

Setiap kebetulan yang hadir sepanjang suratan pertemuan telah membuatkan pertemuan lebih menarik.

Kisahnya, A.N.A bertemu seorang hamba ALLAH ni sebabkan suratan pertemuan diantara kami.

Kami tak bercakap depan-depan lagi ni.
Hanya FB menjadi medium hubungan buat masa ni.


Disebalik suratan ada KEBETULAN dalam pertemuan kami :
  • Dia orang Melaka, A.N.A orang Melaka.
  • Umur kami sebaya. (1987)
  • Dia sahabat baik sepupu A.N.A
  • Nama dia Hafizhan. Nama sepupu A.N.A merangkap sahabat dia pula Hafizan.
  • Kami berdua graduan UiTM.
  • Dia housemate kepada classmate A.N.A (dah habis belajar baru tahu)
  • Nama FB dia KATAK BULAT. Kebetulan sahabat Blog A.N.A KOTAK BULAT.
  • Sekarang sama-sama kerja dekat Melaka.

Agak menarik juga kebetulan dalam suratan pertemuan kami.
Jadi A.N.A buat entri ni khas untuk dia sebab dia cakap macam ni dekat Shout Box.



Macam mana dia boleh jumpa???
Melalui FB agaknya....


Agak tergaru terharu jugaklah dengan dia.

Kepada Katak Bulat, ini entri khas untuk semangat kamu nak kembali aktif ber-blogging.
Jangan hangat-hangat air panas ok.
Gunakan skill kewartawanan yang ada.
Mesti lagi gempak & hebak penulisan blog nanti.

Suratan pertemuan yang punya banyak kebetulan.

Jika tiada aral melintang kami akan berjumpa depan-depan. 
Katak Bulat ni akan jadi pengapit sepupu A.N.A yang akan bersanding pada 26 & 27 November 2011. 

Jumpa. Borak. 

-Segan- ^_^"

P/S : KATAK BULAT. Kalau baca sila terharu ya. ^_^"


Cerita hari ini & ketika ini.



Hari silih berganti. Kaki silih melangkah.

Semalam tinggal kenangan.
Esok destinasi tujuan.

Hari ini pula akan ditempuhi dengan seadanya seperti yang telah diaturkan ALLAH S.W.T

Semalam bersuka ria bersama. 
Hari ini pula duka menjadi ganti. 

Semoga kau tabah wahai sahabatku. 
Hari ini dugaan kau sekeluarga. 
Esok lusa siapa yang tahu. Rahsia kehidupan memang begitu.




Sekarang ni sahabat A.N.A sedang diduga.
My BFF ni, Nur Fateha & keluarganya sedang bergilir menjaga ibu dia yang sedang koma di ICU Hospital Besar Melaka. 

Sakit yang dihidapi masih belum tahu puncanya. Tiba-tiba tahap kesihatan merosot dengan mendadak & terus koma.

Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul.

Pada yang sudi. Sama-sama kita mendoakan kesejahteraan & kesihatan ibu sahabat A.N.A ni kembali pulih atas izin ALLAH S.W.T


P/S : Setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya. 


EDIT PADA 22 September 2011.

08.55 pm tadi dapat berita gembira, ibu sahabat A.N.A telah sedar dari koma, syukur Alhamdulillah.
Terima kasih pada semua yang sudi & ikhlas sama-sama mendoakan.

Nak teruskan atau tidak?

Assalamualaikum & Salam Sejahtera.

Sudah menjadi kebiasaan A.N.A bangun pagi, tengok handphone dulu, check balik kalau-kalau ada mesej masuk tanpa disedari setelah masuk ke alam mimpi. ^_^"

Tunggu mesej masuk.

Ada mesej dari Mr.A, BALAS!! 

Ada mesej dari Mr.F, BALAS!!

Ada mesej dari Mr.P.......BALAS??? 
Dari mata pejam celik pejam celik macam nak tidur lagi. Terus tercelik.

Mr.PTPTN laaa...Tak terbalas jadinya.


TAWARAN UJRAH TUAN TELAH TAMAT TEMPOH. 
PEMULANGAN DOKUMEN TAWARAN DILANJUTKAN 
SEHINGGA 30 SEPTEMBER 2011.
 BERTINDAK SEGERA. 
ABAIKAN JIKA TINDAKAN TELAH DIAMBIL.


Terus teringat DOKUMEN yang telah siap download & print, tapi belum lengkap lagi sebab terlupa. Serius gila tahap jujur, memang terlupa sungguhlah pasal DOKUMEN NIKAH UJRAH PTPTN.


Untuk hari ini.
Pagi tadi.
Bangun pagi je terus fikir PTPTN...hmmm..

Masih ada masa lagi kalau nak teruskan.
Tapi, kalau terlupa lagi nasib laaaa... ^_^"
Memang takde jodoh dengan Ujrah.

Bila fikir-fikir.
Kalau 3%. Bayar jelah ikut kemampuan. 
Ada rezeki terlebih dapat bayar lebih.

Bila renung-renung.
Kalau 1%. Kena bayar ikut fix amount.


NAK TERUSKAN HANTAR DOKUMEN UJRAH ATAU NAK TERUSKAN TERLUPA???
BAYAR TETAP BAYAR.


P/S : Kalau terlupa lagi mesti ada sebabnya kenapa terlupa.

Bacaan untuk yang berfikiran BLUE sahaja.


AMARAN KERAS : Hanya sesuai untuk yang berfikiran BLUE sahaja!!!


ISNIN     : Ehhh...SELASA, kau nak tahu tak? Kalau aku nak jumpa SABTU dengan AHAD memang makan masa yang lama, berhari-hari beb....

SELASA    : Hmmm...(angguk kepala & berfikir sejenak). Betul la ISNIN...(angguk serius)

ISNIN       : Tapi, kalau SABTU dengan AHAD nak jumpa aku senang je.....Sebab tu la, ramai orang tak suka aku....asal aku tiba je, mesti ada yang cakap................



Apa salah aku??? Huuuuu......
(ISNIN menangisi nasibnya)


Assalamualaikum & Salam Sejahtera.

Dialog kat atas tu A.N.A reka sendiri untuk merujuk kepada istilah BLUE MONDAY yang dideritai oleh orang-orang yang tak suka hari ISNIN = MONDAY. 

Berfikiran BLUE ye.....hahaha....

Dah ramai buat entri pasal BLUE MONDAY ni. 
Tapi A.N.A nak buat juga dari sudut pandangan A.N.A sendiri.


Adakah penderita BLUE MONDAY akan bangun tidur dalam keadaan begini???

Apa itu Blue Monday?
Adakah Biru Isnin atau hari Isnin yang Biru? 
Wajib memakai pakaian biru di hari Isnin?? atauuuu....

Ohhh.....bukanlah, Blue Monday ni merujuk kepada perasaan seseorang yang sedang dalam fasa memulakan semula rutin harian yang bermula pada hari ISNIN setelah sakan bercuti, berehat dan bermalasan dihari SABTU & AHAD.

Bagi yang bekerja dihari AHAD & SABTU macam pemilik blog ini mesti tak merasa & memahami sangat.

Betul ke apa yang A.N.A cuba sampaikan berkenaan BLUE MONDAY ni? Maaflah kalau tak betul. 

Apa pendapat pembaca yang sudi singgah & baca entri ni berkenaan BLUE MONDAY??




P/S : Rindu zaman sekolah berkain BLUE dulu-dulu.

JOM MENYAMAR


Nak menyamar tak? Klik aiskrim kat atas atau KLIK SINI

Cik Cempaka ajak main menyamar-menyamar la...hihi.. A.N.A nak menyamar jadi POKOK la, sebab A.N.A suka panjat pokok. Boleh?? hahaha... padahal tiada idea nak menyamar jadi benda lain, kalau ada pun tak pandai nak melukis sangat. Jom menyamar & hantar sebelum 23 September 2011.


"Tanya sama pokok, apa sebab goyannnggggg.....lalala.."


Errr...comot ek, tak pandai la buat doodle comel-comel. Buat pun guna Powerpoint je, asal boleh jelah, janji ada rupa... 

Hati yang mendung tiba-tiba


Bila hati mula mendung, 

Titisan hujan akan membasuh duka

Kadang rindu tapi tak tahu pada siapa,

Kadang sedih tapi tak tahu kenapa.


P/S : Makan hati goreng berlada sedap ni...hihi... ^_^"

SEGMEN KANCIL 8349 : Pengalaman Korang Semasa Menghadapi Peperiksaan UPSR

Dimulakan dengan BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM, setelah beberapa hari hanyut dengan kesibukan dunia sendiri, baru kini A.N.A mempunyai ruang nak menjengah blog sendiri. Terasa macam bertahun lamanya tak menjengah, walaupun usia blog tak sampai 1/2 tahun pun lagi, sungguh dramatik perasaan mengada-ngada ini yang datang sendiri. 

Masa untuk join segmen. Berminat? SILA KLIK SINI

Dulu kecik-kecik hidup dalam dunia cerita Sang Kancil & Sang Buaya, sekarang dah besar-besar ni bersahabat pula dengan KANCIL 8349 & buaya darat (ini dusta belaka). Sekarang ni tiada idea nak menaip entri sendiri, makanya A.N.A nak join la Segmen Kancil tentang pengalaman menghadapi peperiksaan UPSR. Maaf ya Cikgu Kancil, A.N.A baru ada masa ni, masih sempat lagi sebab dah nak dekat sampai masanya ni. 15 September 2011, 10 Malam. 

Pengalaman A.N.A :

Sepatutnya A.N.A mengambil peperiksaan UPSR di Sek.Keb.Gua Musang 1, Gua Musang, Kelantan pada tahun 1999. Namun begitu, pada bulan Mac tahun 1999, A.N.A dan keluarga berpindah ke MELAKA. A.N.A mengambil peperiksaan UPSR di Sek.Keb.Pulau Sebang, Alor Gajah, Melaka. 

Tahun 1999 menjadi saksi. Menjelang hari peperiksaan UPSR, menuju ke dewan peperiksaan dengan segala macam perasaan. Semua kertas dijawab dengan yakin, cuma MATEMATIK menggoyangkan rasa yakin. Alergik nombor memang begini. 

Kertas matematik menjadi saksi. Resah gelisah sepanjang mengira dan mencongak, tengok kertas ada nombor, tengok depan ada kawan-kawan, sorang pun taknak pandang belakang. Kertas matematik berjaya membuat A.N.A terasa yang detik seminit ibarat satu jam lamanya. Membilang detik itu pun nombor. ^_^"

Itu jelah pengalaman A.N.A menduduki peperiksaan UPSR, alergik nombor. Kemudian matematik PMR, matematik moden & matematik tambahan SPM lagi kejam, seminit dalam dewan macam sebulan rasanya. Hehehehe...

Disudahi dengan ALHAMDULILLAH setelah berjaya mengingati semula detik-detik peperiksaan yang matematiknya sungguh syahdu untuk diingati dan berjaya menaipnya sebagai entri untuk Segmen Kancil 8349. Sahabat-sahabat semua, A.N.A lulus ye, jangan salah sangka orang yang alergik nombor ni akan gagal, hihihi....setiap penyakit ada ubatnya. ^_^" 



Berubahlah demi kebaikan diri sendiri.

Salam Syawal.

Sehari sebelum raya sehinggakan hari ini yang masih lagi hari raya macam-macam yang A.N.A lalui. Bergerak sana sini tanpa rehat sampaikan ke satu tahap yang maksimum membuatkan badan terasa lesu. 



Entri ni bukanlah nak mengada-ngada mengadu domba yang diri ini mudah letih cepat penat ke apa, cuma bila dalam keadaan ni buat A.N.A terfikir yang diri ini masih muda lagi ni, tapi akibat dari kurang bersenam terlebih mengunyah beginilah jadinya. 

Berat badan pun dah naik, tapi nasib la BMI masih normal. Kalau tak dikawal habislah. Dulu-dulu time belajar berat badan ni nak cecah 50 KG harapan jelah sebab memang spesis bini Popeye. Sekarang ni dah habis belajar berat badan nak turun dari 50 KG pun harapan jugak sebab dah jadi spesis bini Popeye kena lempang, bertambah tembam & mancung pipinya. 

TAK NAK!!!!!!
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
KENA BERUBAH SEBELUM TERLAMBAT

Sebelum melarat dari mudah letih cepat penat bakal menjadi punca pelbagai penyakit, mesti kena berubah ni. Kesihatan lebih utama dalam memastikan diri sentiasa cergas agar mampu bergerak kesana sini 25 jam sehari, 8 hari seminggu dan 32 hari sebulan tanpa was-was. ^_^"

P/S : Berubah untuk hidup lebih sihat dengan cara yang sihat.