Cintaku tertinggal di UiTM

Salam Ramadhan.

Pagi tadi A.N.A mengisi masa lapang melawat semua blog yang berada dalam list Geng UiTM Shah Alam menerusi segmen yang dianjurkan oleh rakan blogger iaitu CX. Jika anda berminat nak tambah kenalan, boleh la terjah semua yang berada dalam list Geng UiTM Shah Alam. Sila teruskan pembacaan jika berminat, amaran awal, ini cerita pengalaman, jangan ada yang meluat ye....hihi.. 

Tambah kenalan sesama blogger.

Segmen di mana anda beraya pada tahun ini bersama phat corner

Segmen ini CX'S yang tag A.N.A dari semalam lagi, tapi semalam agak merunsing sikit nak siapkan kerja dekat pejabat. Kalau tak siapkan tak bergaji la semua pekerja sebelum raya ni.....termasuklah A.N.A. ^_^". Ok, segmen kali ini mudah je, semua orang boleh join. 

Jalan-jalan secara percuma.

Salam Ramadhan.

Kali ini A.N.A nak merepek dalam entri mengenai kenangan tumpang lalu. Tiba-tiba A.N.A teringat segala kenangan jalan-jalan dari zaman persekolahan dan zaman peruniversitian (errr...ada ke??).

A.N.A suka bab jalan-jalan ni. Kalau nak tunggu ke sana ke sini sebagai pelancong belum ada rezeki lagi laaa...hehe...

^_^"

My BFF is NORA ELENA ^_^"

Salam Ramadhan.

Tiada idea nak menaip sangat. Nasib ada BFF yang gila kentang ni. A.N.A nak sumbatkan entri ni dengan gambar-gambar kami berdua. Tetapi AWAS selepas ini gambar yang korang semua akan saksikan hanya sekadar untuk suka-suka je. Tiada sebarang unsur-unsur bulatkan mata secara paksa & tiada sebarang bentuk muncung-muncung bibir secara rela. Jangan bimbang. Ramai yang cakap BFF A.N.A ni muka dia macam NORA ELENA. Betul ke tidak. Tengok & nilai sendiri. ^_^"

Spontaneous Thursday #1

" Pokok-pokok dibunuh untuk menghasilkan surat khabar yang penuh dengan cerita pembunuhan"

P/S : Bunuh nyamuk aedes nak cegah demam denggi ^_^"

Memahami manusia seadanya mereka.

Salam Ramadhan.

Pernah tak ada orang cakap dekat korang macam ni, "AWAK TAK MEMAHAMI SAYA" ataupun "SAYA TAK MEMAHAMI AWAK". Kalau pernah bagaimana dengan perasaan korang ye? Mesti akan buatkan korang berperasaan yang macam-macamkan? Entri kali ini A.N.A nak merepek sikit pasal nak memahami manusia disekeliling kita dengan seadanya mereka. Sila baca dengan perasaan yang tenang. Ingat ini entri merepek. ^_^"

Setahun punya penyakit ^_^"

Salam Ramadhan.

Semoga semuanya sihat walafiat sepanjang menjalani ibadah puasa. Bila sihat nak buat apa pun insyaALLAH dipermudahkan. Syukur alhamdulillah, setakat ini, A.N.A masih sihat walafiat tanpa menghidapi sebarang penyakit kronik, syukur kepada ALLAH.S.W.T

Entri A.N.A kali ini berkenaan dengan setahun punya penyakit yang biasa kita hidapi. Walau dalam keadaan sihat ni pun masih ada beberapa jenis penyakit yang selalu menyerang A.N.A. Korang pun mesti ada ek...hihi.. ^_^". Kalau takde tu, baguslah, itu tandanya korang ni cergas, kuat dan sihat...hehehe... Walaupun tak setiap hari, tapi dalam setahun itu pasti ada.

Kad Raya + Duit Raya Fairus Ibrahim

Nak duit raya + kad raya tak?? SILA KLIK SINI

KANCIL 8349 tag A.N.A join GA FAIRUS IBRAHIM

Syarat-syarat sangat simple, tapi hadiahnya meletup-letup bersesuaian dengan GA berkaitan dengan Hari Raya Aidilfitri. Kalau ada rezeki dapat duit raya...huhu.. Yelah....spesis kakak budak macam A.N.A ni dah tak layak nak dapat duit raya, kena bagi duit raya lagi adalah... ^_^"

Hadiah : 

1. Kad raya big size + 3D kartun + bunyi2 & Duit raya RM20
2. Kad raya kecik sikit dari size yg no.1 & duit raya RM15
3. Kad raya size sederhana & duit raya RM10
4. 3 orang pemenang saguhati akan menerima kad raya & duit raya RM5
 

Tarikh Tutup Penyertaan 21 Ogos 2011, nanti Encik Random dah pilih pemenang, kesemua hadiah akan diposkan pada 22 Ogos 2011. Jika berminat boleh la sertai ya. ^_^"

Kena tag 3 orang rakan. A.N.A nak tag:

MAK BENCI ADIK KE???

Anak : Mak...apa dalam perut mak tu? 
Mak : Adik kamu la sayang....
Anak : Hmm....mak benci adik ke??
Mak : Ehh..tak lah! Mak sayang semua anak-anak mak...
Anak : Dah tu, kenapa mak telan adik??
Mak : Ishh..bertuah betul budak ni, nak kena cubit agaknya!! 


Adik bisik dekat saya..mak telan diaaaa...

KITARAN HUBUNGAN ADIK-BERADIK YANG RAMAI

Salam Sejahtera.

Adik beradik korang berapa orang ye? Entri kali ni A.N.A nak cerita ragam adik-beradik yang ramai melalui pandangan A.N.A sendiri. Bagi yang adik-beradiknya ramai, mesti korang faham akan kitaran hubungan adik-beradik yang ramai. Adik-beradik A.N.A pun ramai juga..8 orang semuanya. A.N.A yang no.2 ^_^". Tapi ada lagi yang lagi ramai yang A.N.A pernah jumpa. Contohnya, kawan A.N.A adik-beradik dia 18 orang. Mak A.N.A pula, adik beradik dia 13 orang. ^_^" hebatkan atuk & nenek A.N.A sebab mampu membesarkan kesemuanya walau serba kekurangan dulu-dulu. 

Perkenalkan along,angah,alang,acik...bla..bla...bla...dan ucu. ^_^"

DOODLE HASIL TANGAN WANIE

Salam Ramadhan.

Cik Wanie pemilik blog FIRDANI LOVE STORY dah siapakan 10 doodle terawal untuk yang join segmen beliau sebelum ni. *Rujukan SILA KLIK SINI. A.N.A yang no.8. ^_^". Ok, sila lihat doodle A.N.A hasil tangan Cik Wanie. TERIMA KASIH WANIE...hihi..
Gaya mak tiri garang yang cun di  pagi raya..hihi..
P/S : Raya nak makan dodol. ^_^"

Doodle's Giveaway by Cik Nuyui 'Ain

Jika berminat klik BANNER atau klik INI

Cik Nuyui 'Ain jemput Cik Nurulaien aien not alien join giveaway beliau. Menghormati pelawaan Cik Nuyui 'Ain ni sebenarnya nak doodle maka A.N.A pun join lah. ^_^".

Baiklah..... sila jangan seksa saya dengan berat kamu!

Dah la berat, lambat macam siput pula tu. Penantian satu seksaan dalam kes-kes macam ni.
Asal lambat je samakan dengan aku...hmmm.

Persahabatan VS Percintaan



1) Bila melibatkan perhubungan antara lelaki & perempuan mesti dikaitkan dengan "Lelaki + Perempuan = Percintaan". Tapi ada juga perhubungan antara lelaki & perempuan yang bersifat "Lelaki + Perempuan = Persahabatan". Bagi A.N.A mana-mana pun boleh.

2) Bila bercinta ni pengakhirannya sama ada bersama secara halal melalui pernikahan atau berpisah terus walau telah berjanji sehidup semati. Persahabatan pula mungkin sama juga pengakhirannya.Terpulang pada cara pemeliharaan & pemuliharaan hubungan. Macam flora & fauna pula. ^_^

Segmen Wanie: Doodle Raya Free

Nak Doodle Raya Free?? Klik banner atau SILA KLIK SINI

Tuan punya Blog Firdani Love Story nak buatkan doodle raya free untuk menghargai follower kat blog dia. Baik hati & sangat permurah. Untunglah pandai buat doodle. Jika ada yang berminat klik banner dekat atas ni, buat entri khas, dalam entri kena ada pilihan warna, nama & aksesori.

a) Warna Doodle : HITAM, PUTIH, MERAH (maksimum 3 warna)
b) Nama : AIEN
c) Aksesori : Gelang tangan boleh tak cik wanie? ^_^"

Ok..siap! Senang je...boleh dapat doodle raya...lalalalalala *nyanyi lagu raya*

Segmen cx's : geng UiTM by campus

Jika nak sertai SILA KLIK SINI 

Tadi buat senaman jari-jemari dengan BLOGWALKING, singgah blog SAIAZUAN jap, sekali dia join segmen la. Selalunya entri dia bersifat maklumat yang dikongsikan bersama. A.N.A pun nak join sebab tertarik & menarik. Segmen berkenaan "Geng UiTM by Campus". Segmen ini terbuka kepada semua bloggers produk UiTM, ex-UiTM pun boleh. Jawab beberapa soalan sahaja.

CAMPUS : UiTM Shah Alam
COURSE : Bachelor Degree in Park & Amenity Management (hons)
PARTS : 2007 / 2010 (ex-UiTM)
TAG : MIEJA & SYAZWAN

P/S : Sebagai tambahan dekat Facebook A.N.A ada sertai BLOGGER UiTM. UiTM dihatiku ^_^

Segmen Kancil 8349 : Pengalaman Korang Semasa Dan Selepas Solat Terawih


Pemilik blog Kancil 8349 ajak A.N.A join segmen dia, terharu rasanya tau....hehe.. 

Mestilah terharu ok....sebabnya pemilik blog sendiri yang ajak, selalunya A.N.A join segmen bila BLOGWALKING, godek2 entri, jumpa & join, atau ada bloggers yang tinggalkan link dekat Shoutbox.

Terima Kasih PEMILIK BLOG KANCIL 8349. Segmen beliau berkenaan pengalaman semasa atau selepas Solat Terawih. Ok, ini pengalaman A.N.A ::

Penat Sampai Tertidur | Wordless Wednesday #2

Nurul Auni Zahraa

JURUWANG, CASHIER atau PEGAWAI KIRA-KIRA?

SALAM RAMADHAN....

Pernah tak jumpa Juruwang, Cashier atau Pegawai Kira-kira? Mestilah pernah. Sana-sini ada, tak kisah la dekat pasaraya ke, kaunter tiket ke, pasar tani ke, kedai runcit ke, pintu masuk funfair ke, bank duit ke...mesti ada... 

Tapi kalau dekat supermarket, shopping centre, pasar borong, kedai-kedai....orang ramai suka guna sebut "Cashier"...tapi ni A.N.A nak sebut Juruwang sebab A.N.A suka. Sila suka bersama kalau sudi. 

Orang ramai terbiasa dengan ini....
  • "u pergi bayar dekat Cashier sana...i tunggu u dekat sini"
  • "JAWATAN KOSONG sebagai Cashier di pasaraya matdin"
  • "aku kerja sebagai Cashier sekarang ni, kau??"
  • "aku minat sungguhlah dengan mamat Cashier tu, muka macam safee salih!"
  • "ishhh...awek Cashier tu cun, senyuman manis macam gula!"

Ok itu perkara biasa. Pernah terjumpa Juruwang yang buat silap? Jarang-jarang jumpa, selalu terjumpa, tak pernah jumpa, sekali seumur hidup terjumpa??

Ok...ni dah terjumpa....hehe..


Kalau cari kesilapan manusia pasti terjumpa, tapi itu kalau dicarilah. Ini pula cerita pasal kesilapan Juruwang yang dia sendiri bagi tengok tanpa perlu dicari....maknanya terjumpa!

Biasalah manusia buat silap, Juruwang pun manusia juga.....tapi entri ni bukanlah nak menyentuh perihal kesilapan yang tidak disengajakan tu...cuma nak cerita kisah disebalik cerita je....A.N.A dah beberapa kali terjumpa tau, bukan la silap apa pun, kesilapan biasa-biasa je, taklah besar sangat macam pecah amanah ke, songlap duit ke...bukan...bukan... ni kesilapan kecil je, hanya tersilap pulang duit baki...

Dulu sekali dekat pasaraya besar, terkemuka, berjenama, A.N.A beli-beli barang bayar 50 sekeping, patutnya baki balik seringgit dalam beberapa keping je....sekali kira....seringgit...dua ringgit...tiga ringgit.....ehhh...ada 50 ringgit la... nasib la A.N.A ni jenis  tengok & kira lepas dapat baki, bukan jenis dapat & simpan....hehe.. terus A.N.A pulangkan dekat Juruwang tu. Mungkin sebab ramai orang dia nak cepat sampai berlaku kesilapan.

Baru-baru ni pula A.N.A pergi minum ice blended dekat sebuah kedai kek, nak belanja tekak sendiri dengan adik & kawan sorang....dalam otak dah kira-kira 3 orang standard la mungkin lebih kurang 30 ringgit ni...sudah minum adik pergi tolong bayarkan dengan 50 sekeping, adik ni jenis dapat & simpan, terus dia bagi dekat A.N.A, banyak sangat not merah ni, sampai A.N.A cakap "ehhh...murahnya!!" tengok resit balik...sah! terlebih bagi 10 sekeping... A.N.A pun pulangkan yang terlebih tu...tersengih-sengih kakak kaunter tu lalu mengucapkan "Terima kasih dik".

Bagi A.N.A, kesilapan kecil macam ni boleh jadi besar kalau kita jenis dapat & simpan. A.N.A pun bukan la nak masuk lif tekan sendiri. Tapi kalau dapat duit baki tu sila lah kira semula, bukan apa, kalau terlebih kita pulangkan sebab bukan hak kita, kalau terkurang kita boleh tuntut sebab memang hak kita...Juruwang ni manusia juga, kadang-kadang tersilap. 

Itu cerita Juruwang ataupun Cashier. Mari kita tengok PEGAWAI KIRA-KIRA. Ingat..dia pun manusia juga.




Manusia berjawatan Pegawai Kira-kira...hehe..



* Sumber Gambar dari MY MUSTAFFA