SEGMEN BERPUASA DI BULAN RAMADHAN BERSAMA ADIN

Nak join SILA KLIK Mari join sama-sama.
  • Target puasa A.N.A ialah A.N.A akan puasa penuh sepenuh hari yang A.N.A wajib berpuasa tanpa keuzuran.
  • Makanan kegemaran ketika berbuka ada banyak, antaranya MASAKAN MAK, Kuih Badak Berendam, Tauhu Sumbat Kuah Kacang, Nasi Kerabu, Popia Basah, Nasi Ambeng, Laksa Penang, Laksa Nyonya, Ayam Percik....Ok dah macam senarai Jalan-jalan Cari Makan..hihi..
  • Kepada Blogger yang berpuasa, Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak, puasa bagi penuh, kutip pahala bersama-sama, semoga kita berjaya mengharunginya dan akan raikan kemenangan di Aidilfitri nanti juga bersama-sama, insyaALLAH.

Iklan ini sepatutnya disiarkan dekat MALAYSIA

Terima Kasih.......dia yang Ke-100

Alhamdulillah, sampai juga ke angka 100 "Manusia Bukan Alien" yang sudi follow BLOG AIEN NOT ALIEN. Mesti ada yang cakap A.N.A ni kecoh lebih, baru 100 je, orang lain dah beratus-ratus, beribu-ribu. 

Tapi bagi A.N.A walaupun hanya 100 je untuk masa ni, mereka semua sangat berharga. A.N.A cari kawan, tak nak cari lawan. A.N.A suka macam ni. Terima Kasih....dia yang Ke-100, SILA KLIK. Saudari Zira. 


Dulu dia AUTOBOTS sekarang dia DECEPTICONS


Semestinya ramai yang dah tengok TRANSFORMERS : DARK OF THE MOON 2011, mesti dah tahu filem ni macam mana, *KLIK INI* siap masing2 dah bagi bintang lagi, 8/10, 9/10, 10/10....A.N.A pun bagi bintang juga, tapi 9/10 je, sebab kakak bibir cantik MEGAN FOX takde.....hehehe... Bila masing-masing dah bagi bintang mestilah dah tahu watak-watak dalam filem ni, kali ni ramai robot yang ada... OK, sila ingat robot-robot yang ada untuk senang memahami entri ni. Senang untuk A.N.A ingatkan ini blog A.N.A, blog peribadi yang merupakan tempat A.N.A meluahkan rasa hati, nak luah dekat Facebook terbatas sangat ruangannya. 

TUDUNG vs PEREMPUAN...errrr....lelaki sebenarnya....

Salam Keriangan Pagi Isnin....

Semoga tiada yang berada dalam MOOD BLUE MONDAY... Setiap hari kena happy walaupun terasa malas sebab semalam cuti hari ni dah kena kerja balik... Ehhh....A.N.A ni, boleh pula melayan blog pagi2...takde kerja ke??? Ada....tapi tadilah,sebabkan kerja dah dibereskan A.N.A mengisi masa dengan berBLOGWALKING sementara tunggu kerja lain nak dibereskan pula...yelah.. tengah free2 ni tak kan la menyusahkan diri buat2 sibuk lak...tu membodek namanya...lagipun majikan A.N.A tahu yang kerja memang tengah takde wat masa ni..... Dikontotkan cerita...tengah BW terjumpa entri dari CIKGU WAN MUZIK mengenai WANITA BERTUDUNG vs WANITA TAK BERTUDUNG memang sangat bagus, dialog diantara wanita... Ok..senang taip isu ini memang hangat kena tepuk kepala tanya selera.....

Terima Kasih.......dia yang Ke-50

Alhamdulillah....selama baru beberapa bulan je A.N.A dalam dunia blog ni akhirnya mencecah juga "MANUSIA BUKAN ALIEN" A.N.A seramai 50 orang.... Macam tak percaya pun ada juga, tapi inilah kaedah Blogwalking, orang baru seperti A.N.A mesti kena melipat gandakan lagi usaha dalam penulisan & isi kandungan, walaupun ini blog yang bersifat peribadi tapi isi mesti kena umphhh....baru la angka 50 ini yang berdua ni akan tambah bertiga kalau dapat tambah berempat mimpi indah kalau dapat tambah lima mula nak mengarut.....Usaha itu eskalator kejayaan...hihi...Terima Kasih juga diucapkan pada yang lain (1-49) tanpa mereka takkan ada 50....

Kerisauan seorang kakak zaman sekarang....

Seorang perempuan yang memiliki adik kandung, ataupun adik angkat.....mungkin adik tiri, mahupun adik saudara, atau adik sepupu sekalipun pasti akan menyandang gelaran KAKAK, disebalik gelaran itu pasti terpikul sebuah tanggungjawab dan dicelah2 tanggungjawab itu pasti pula terselit sebuah kerisauan....

HATI WANITA SEPERTI AWAN


Halus dalam keindahan...
Kuat menyerap kehidupan...
Mulus penuh keikhlasan...
Mendung memberi teduhan...
Menangis membuang keruhan...
Hilang mencari kekuatan...




Anda kategori 10 atau 990??? Bacalah...baru tahu...

Anda produk dari IPTA / IPTS?? 
Sudah bekerja?? 
Belum bekerja??
Masih menganggur??
Sedang mencari kerja??
Tunggu kerja datang cari anda??

Walau apa pun..........kepada yang masih belum bekerja, atau dah bekerja tapi masih mencari kerja yang lebih terjamin dan setanding dengan kelulusan, harus lah ingat bagi yang beragama ISLAM sesungguhnya rezeki manusia di dunia ini datangnya dari ALLAH S.W.T namun kita sebagai hambanya haruslah berusaha mencari dan terus mencari.

Kadang2 ada orang yang rezekinya senang lekat, habis je belajar terus dilamar untuk bekerja ada juga yang dilamar untuk berkahwin, kadang2 ada orang rezekinya bukan la susah nak lekat, cuma lambat sikit je lekatnya, dugaan hidup yang penuh duri ini kalau usaha kita lebih, ganjaran pun mungkin lebih, mudah2an hendakNYA......ohhh kerja.....sejauh mana kaki melangkah???