Tidur Lena Didodoikan Lagu Rock Kapak.




Selamat berhujung minggu kepada yang sedang bercuti. Selamat bekerja kepada yang sedang bekerja. Ya...Saya sedang bekerja dihari Ahad. Anda pula bagaimana???


Tidur awal malam tadi.
Tak dapat nak Blogwalking sana sini.



Pukul 10.00 Malam dah tidur. "Tiada ertinya...apakah akhirnya percintaan...." Secebis lirik lagu Layu Dihujung Mekar dendangan RIO. "Sinar matamu bagai api menyambar....haruskah engkau dan aku sama...." Cinta Kristal nyanyian Rahim Maarof dan banyak lagi lagu-lagu Rock Kapak yang telah mendodoikan A.N.A tidur malam tadi.



"Lagu ini ditujukan khas untuk kucing betina idamanku...moeww!!"



Siapa yang rajin sangat dodoikan ni??? Ehem...ehem...Jiran sebelah rumah semalam ada buat kerja kahwin sebelah siang, sebelah malamnya pula ada sesi karaoke. Jadi bila dah ramai-ramai karaoke, tak tahu la pula siapa. ^_^"




Yang pasti ramai yang memiliki bakat terendam, sedap-sedap suara memasing, kami pasang telinga jelah satu family lepas tu jadi juri tak bertauliah dekat rumah, nak pergi terasa malas pula sebabkan hujan.






Dikesempatan ini nak ucapkan Selamat Pengantin Baru kepada anak jiran, Izfatin & Rashid. Semoga berbahagia hingga ke akhir hayat kalian berdua.

Muka Penyeri Majlis Raja Sehari.

(Bila pula giliran kami ya...hihi...)


-SEKIAN-



14 comments:

  1. suruh kucing dodoikan jer
    hu3..

    ReplyDelete
  2. kucing betina idamanku. amboi! hahha

    ReplyDelete
  3. kucing tu menyanyi ke atau tengah menguap... haaa3x

    ReplyDelete
  4. mlm td bebudak layan lagu rock kapak rasanya kat tv ada idola kecil ke apa ntah...

    ReplyDelete
  5. kalau ada karaoke dkt2 dgn kawasan rumah memang susah nak tidur kan...

    ReplyDelete
  6. pgkritik ta da ka ? hehe.. sdap sgt sore yg nyanyi smpai ujan ye ? :D

    ReplyDelete
  7. ahhahahaa kucing betina idamanku..
    meooowwww ~

    eh tuannya bila lagih ni??

    ReplyDelete
  8. keje hri nih? masyuk la klo cmtu..
    haha..jd juri kutuk2 org nyanyi ker?

    ReplyDelete
  9. karok mesti lagu rock kapak..pas ni aien kawin karok lagu korea la hihi

    ReplyDelete
  10. rock hingga terlentok? musykil =)

    ReplyDelete
  11. patut ler hujan......

    tunggu turn aien pulak......he3

    ReplyDelete
  12. haha,,sedap ke jiran tu nyanyi sampai rasa didodoikan??

    p/s: aien kawen nanti jangan lupa jemput ye!..;)

    ReplyDelete
  13. hahaha...bukan selalu dibuat...hanya bila time kahwin je...sabarlah

    ReplyDelete