Entri Terakhir Dariku.





Entri hari Jumaat terakhir untuk tahun 2011. (Sekurang-kurangnya ter-update blog ni...) Sedang menaip entri ini dengan muka ada senyum macam dalam gambar kat atas walaupun penat sebab dari pagi sibuk uruskan keluar masuk perabot dan kelengkapan fasiliti dekat tempat kerja. 




Kenapa muka ada senyum? Hehehehe.... Senyumlah sebab jualan "Blaus Muslimah" larissss~ Sejak bila menjual-jual ni? Sejak terajin nak tolong-tolong kawan mama, Mak Cik Sharifah (Pengedar Blaus Muslimah)




Lebih kurang macam kat bawah ni rupa blaus yang telah terjual. Maaf gambar terpaksa ambil dari Google sebab Blaus sebenar dah habis terjual, tak sempat nak ambil gambar.



SUMBER : Google
SUMBER : Google


2012 ni hampir suku abad dah umur ni. Sekarang terasa nak berubah dari segi berpakaian ke arah lebih menutup aurat. Bukan bermakna sebelum ini tidak menutup aurat. Jangan membuat sebarang spekulasi mahupun andaian sendiri. 




Dulu dalam koleksi ada je skinny jeans, tapi sekarang dah tak nak pakai, bagi adik. Dulu pakai t-shirt saiz S rasa Selesa, sekarang saiz M rasa Memuaskan dan jauh lebih selesa dari saiz S. Pemilik Blog Aien Not Alien merupakan gadis dalam kategori bersaiz S. Harap Makngah.



Bersopan dalam apa-apa jua perkara lebih manis dipandang.

SUMBER : Google.


Hati ini kuat memberontak untuk mula berubah bila lambakan fesyen muslimah semakin hari semakin bervariasi. Masih tetap bergaya walaupun tidak terdedah sana terdedah sini. Opsss!!




Ok. Tak nak taip panjang sangat mengenai perubahan ini sebab masih dalam proses melakukan transformasi secara perlahan-lahan. Family menyokong. Mr.Ro Bin Hood menyokong, rakan-rakan terdekat juga menyokong walaupun pada mulanya ada juga yang bergurau kata "macam mak cik-mak cik je.....".





-SEKIAN-




P/S : Kepada semua para pembaca dan juga para stalker Blog Aien Not Alien, Aien ingin mengucapkan Selamat Tahun Baru 2012. Tinggalkan tahun 2011 sebagai pedoman untuk melangkah kehadapan. Maaf andai ada salah dan silap sepanjang Aien ber-blogging dari JUN 2011 - DISEMBER 2011. Kadang diri ini tak nampak kesilapan sendiri. Maaf andai ada yang terguris rasa dengan segala isi kandungan Blog Aien Not Alien. 



Teruskan melangkah dan berlari selagi ada kesempatan.


19 comments:

  1. cun nampak balus tu..tp alhamdulillah, my mom boleh diperas ugut jahitkan blaus tuk anak perempuan degil ni..hehe

    ReplyDelete
  2. er suke gak blouse cmtu
    baju pon mkin labuh

    jeans lame da tgl

    ReplyDelete
  3. kahkahkah kenapa gambar tu sopan sgt . haha

    HAPPY NEW YEAR KAK AIEN :)

    ReplyDelete
  4. Alhamdulillah, penghijrahan yang baik

    ReplyDelete
  5. hamboih! sopan nye uncle tuh..

    hmm..sokong aien nk brubah..pedulikkan kata org..mak cik x mak cik jnji x dosa..

    Selamat Tahun Baru..

    ReplyDelete
  6. bju tu...akan diusahakan memperbanyakkan...
    napy new yer!

    ReplyDelete
  7. bersopan lebih manis yedakk..haha
    gambar aney tu tomey :P



    selamat tahun baru ye :)

    ReplyDelete
  8. selamat thn baru aien :)

    jom berubah tok jadik lebih baik..
    macam makcik eh diorang cakap..
    takpe.. itu lebih bagus kan kan :D

    ReplyDelete
  9. selamat tahun baru juga utk aien sekeluarga.....
    jadikan tahun 2012 lebih baik dari tahun 2011....

    ReplyDelete
  10. yeh , berubah untuk jd lebih baik , pape pun hpy new year .

    ReplyDelete
  11. salamm ANA.. maaf lama sungguh tak menjenguk di sini.. apa pun tahniah ye... akhirnya peghijraan itu yang terpilih... Alhamdulillah

    anyway, selamat tinggal kenangan 2011... kita mulakan lembaran baru 2012

    Selamat Menyambut Tahun Baru 2012 buat ANA... thanx sudi jadi sahabat saya di alam maya ini...

    ReplyDelete
  12. cantik baju tu,,bukan macam mak cik2,,lagi sopan sebenarnya..;)

    sama2 berubah ke arah kebaikan..:)

    ReplyDelete