CINTA KLASIK DARI HATI 1

 






Alor Gajah, Melaka. 
24 Disember 2011.


"Cantiknya kau Rifhan, menjadi sentuhan Melly.....tapi, orang kalau dah cantik, bila di-touch-up lagi bertambah-tambah cantik jadinya....." Melly bersungguh-sungguh menyudahkan kerjanya. "Macam ni la baru ada Seri Pengapit..." Senget-senget mulut si Melly a.k.a Ramli, pemilik Butik Andaman Ratu tatkala merias wajah Nur Rifhan Binti Ismail.



"Ehemmm.....A'ah la Rifhan, kalah Seri Pengantin aku ni, aduhainya pun.....ni siapa yang nak naik pelamin ni......" Hayati bersuara, lalu berpura-pura merajuk. Terjuih-juih bibirnya yang gebu kemerah-merahan berlipstik Simply Siti. Meledak ketawa semua yang berada dalam bilik bakal raja sehari, Nur Hayati Binti Rahman. Si Melly paling over. Berguling-guling ketawa syok sendiri, sambil menekan-nekan perut. Over sangat. 




"Amboiiiii....bergegar bumbung rumah ni dengan suara korang semua ketawa!! Hmmm...nak-nak suara jantan kau tu Melly.....tak kepit langsung!!!" Sergah Cikgu Ma a.k.a Mak Long si Hayati. Terperanjat semuanya. "Malu sikit dengan keluarga sebelah lelaki tu...ishhh korang ni...."




Tiba-tiba..."Excuse me, tumpang lalu jangan block pintu, Melly nak pergi toilet jap, tadi ketawa sakan, lupa nak cover....terkencing sudah...hihihi..." Laju je si Melly merempuh pintu, hampir tergolek Cikgu Ma dibuatnya. "Hahahahahahahaha.......Melly...Melly..." Cikgu Ma memulakan intro ketawa kali ini. Lebih hebat dari Melly ketawa.   




**********************



"Semoga kau bahagia Hayati disamping suami tercinta....." Rifhan senyum. "Jaga Hayati baik-baik ye Phat...jangan sia-siakan dia...." Rifhan mengucapkan kata-kata akhir kepada pasangan Raja Sehari yang sedondon berwarna hijau Kermit The Frog sebelum berlalu pergi. Majlis makan beradap sudah selesai. Rifhan perlu pulang segera ke Shah Alam. Bandar Anggerik menantinya dengan 1001 cerita.




"Semoga penantian kau selama ini akan membahagiakan kau Rifhan..." Sendu hati Hayati, menemani langkah Rifhan dengan sorotan matanya. Rifhan dan Hayati bersahabat dari zaman hingusan lagi. Mereka selalu bersama. Dimana ada Hayati disitu ada Rifhan. Dek kerana terlalu rapat, mereka pernah berjanji untuk menaiki pelamin bersama-sama. Namun begitu, manusia hanya merancang Tuhan menentukan. Janji hanya tinggal kenangan. "Hmmmm...." 




Lantas Hayati melarikan pandangan matanya tepat ke Phat, memohon pengertian. Phat tersengih-sengih, lalu mengusap lembut bahu Hayati. "Sabarlah sayang....jangan bersedih, rosak mood abang malam nanti....." Hayati membalas sengihan Phat, dengan laju dia menghadiahkan cubitan manja ke peha suaminya. "Adoooiiiiiii..!!!" Terjerit kuat Phat




Disebalik hiruk-pikuk ketawa hadirin yang gelihati dengan gelagat Phat Raja Sehari. Ada sepasang mata yang mengekori langkah Rifhan




"Tettt...totttt..." Bunyi Mini Cooper S 1275cc yang diparkir bersebelahan dengan Kancil 8349, dan Gen2MerahRifhan membuka pintu Mini Cooper S 1275cc dengan berhati-hati. Saat kaki mahu melangkah masuk. "Assalamualaikum Nur Rifhan Binti Ismail..." Salam diberi dari arah belakang. "Ya Allah.....ini suara diaaa......" Terdetik hati Rifhan sebelum berpaling ke arah suara dibelakangnya.






BERSAMBUNG.........





P/S : Cerita rekaan sendiri. Maaf kepada nama-nama yang dipinjam untuk watak-watak di dalam "Cinta Klasik Dari Hati". Tiba-tiba idea datang. Tak tahu mana nak curahkan selain dalam blog sendiri. ^_^"



21 comments:

  1. huhu..kreatif..siap pinjam nama tuan blog lagi..kelass aien..huhu

    ReplyDelete
  2. not bad....aq tau kwan aku sorang ni berbakat besar lam penulisan cerpen...teringat time sekolah dulu ko penah try masuk pertandingan cerpen pendek.....tapi aku lupe ko dpt tempat ke bp erk???....

    truskan usha murni mu untuk menghabiskan cerpen ni...yeeeahhhhaaaaa!!!!!

    ReplyDelete
  3. bakat terpendam ke apa ni hehehe!



    http://ch000tz.blogspot.com/2011/12/cabang-yang-tak-mungkin-tersimpul.html

    ReplyDelete
  4. wah terbaik la aien leh buat novel ni...tq la sudi guna nama phat dalam watak tu ;-) nice keep it up

    ReplyDelete
  5. uhuk3x..patut la tersedak je dari tadi..haha

    tak sabar nak tahu next story.dan paling suka part naik mini cooper tu..haha

    thanks Aien!b..;)

    ReplyDelete
  6. Cinta Klasik Dari Hati.

    Name tajuk yang best ;)

    ReplyDelete
  7. wow..leh jdi penulis novel ni..hehe..

    ReplyDelete
  8. mak aikkk.... punya la baca ingat kisah benar tadi....

    ReplyDelete
  9. agak2 nya ade tak watak remyhazza dlm nie...... kih3

    ReplyDelete
  10. terus antar kat penerbitan je Aien..dah cantik dah tu..lain kali letak kak cinnamon pulak ye..

    ReplyDelete
  11. wah..bakat terpendam...dah glamer jgn lupa kawan ek

    ReplyDelete
  12. wahhhh.. meman berbakat lah Aien.. seronok nak membaca..

    Tapi kat sini watak saya jadi kereta lah plak.. apa kata sambungan seterusnya watak Gen2Merah adalah jejaka pujaan si gadis cantik Rifhan... ekekekeke....

    ReplyDelete
  13. TF : kelasss..hehe.. sesaja boleh tag kawan2...


    Nuf Han : terharu aku ko ingat lagi...hahahaha... ni nak asah balik bakat terendam...


    YUI : kecik je yui...tak besar mana...hihi..

    ReplyDelete
  14. choootz : bakat terendam je..haha..

    phat : haha...tak nak la.. ni sesaja je..thankz bagi guna nama... dah guna baru mintak izin...maap ye..hihi

    Rifhan : heee...masa buat ni terlintas nama awak...teringat kes kereta mini cool tu...haha..

    ReplyDelete
  15. Nurul Iman Rosman : saya sendiri suka dengan tajuknya...sesuatu bagi saya...hehe..


    Eyda :erkkk...belum tentu dear, ni pun ada cacat celanya sikit..haha..


    Kazman & Sue : cerita rekaan semata-mata...hehe

    ReplyDelete
  16. abang remyhazza dengan kakak cinnamon terima kasih offer nama nak diletak....dalam otak dah tahu nak sumbatkan watak apa..nantikannn... hehe...

    ReplyDelete
  17. KB : hahaha..glemer la sangat kannn.. penulisan picisan je..

    Gen2Merah : pinjam watak kereta..tapi lepas ni nak guna nama "jumadil" tu...boleh kan...hehe..


    juliet ira : tengah nak asah bakat terendam baru ni..hehe...

    ReplyDelete
  18. ya ya bolehh.. ehehehe... kasi ganding watak Jumadil sbg heronya, A.N.A heroinnya... ehehehe...

    lepas ni boleh buat novel kan..

    ReplyDelete
  19. wahhhh kelassss.... :)

    sume watak = blogger2 terhebat neyh..

    hehe.... baru bace part 1

    ReplyDelete