CINTA KLASIK DARI HATI 4







Sambungan.............

Seteguh pasir pantai bertahan walau sering dihempas ombak laut yang membadai, begitulah Rifhan setia menanti. Seperti ikan cencaru yang tetap tawar walau bebas berenang dilautan air masin begitulah Afzal tekad memegang janji. Jangan cuba dicari logik akal perumpamaan ini kerana cinta itu subjektif terlalu abstrak untuk dihadam. 




***************************************



Shah Alam, Selangor.
25 Disember 2011.




Hari ini merupakan cuti umum dan kebetulan jatuh pada hari ahad, Rifhan ingin memanfaatkan cuti Hari Krismas dengan sebaiknya. Semalam Rifhan tergesa-gesa untuk segera pulang ke Shah Alam seusai majlis Hayati dan Phat kerana mempunyai urusan pada sebelah malam. Semalam juga Rifhan tersipu-sipu malu bila kembali bertemu Afzal, kekasih hatinya.






Tidak disangka-sangka, hari bersejarah sahabat baiknya merupakan hari bersejarah baginya juga. Tuhan yang menentukan segalanya.






Rifhan menjeling sekilas dashboard Mini Cooper S 1275cc, Mumia Katak Bulat pemberian Afzal sebagai mukadimah pertemuan semalam seakan merenungnya. "Afzal....terima kasih kerana berpegang pada janji....". Rifhan tersenyum dengan kata-kata sendiri. Lampu kuning bertukar hijau, dengan laju Mini Cooper S 1275cc menderu meninggalkan persimpangan Jalan Plumbum, Seksyen 7, Shah Alam. Destinasi tujuannya kini ialah Taman Tasik Shah Alam.


***********************************


Afzal sabar menanti ditepi air tasik, jelas riak keletihan diwajahnya kerana masih lagi larut dengan Sindrom Jet-Lag. Penerbangan dari luar negara yang memakan masa beberapa jam memang meletihkan ditambah pula semalam dia terpaksa bergegas ke Majlis Perkahwinan Hayati demi mengejar Rifhan.






Sedang Afzal leka menabur cebisan roti. "Rezeki kau ikan....makanlah puas-puas, aku belanja korang makan roti sedap..." Berebut-rebut ikan pelbagai saiz. "Sedap sangat ke? Boleh saya rasa?" Rifhan muncul. Kuntuman senyuman mekar menghiasi bibir mereka.






Afzal dan Rifhan nekad untuk melupakan kisah silam penantian 10 tahun yang mereka lalui. Mereka berdua menghabiskan masa dengan bercerita dan berkongsi rasa. Kalau dah jodoh, berpisah bertahun-tahun lamanya pun tetap akan bersatu kembali.




**************************************


"Jauhnya abang termenung.....dari tadi sayang duduk perhatikan abang...." Aien menegur lembut lalu tangannya berpaut dibahu suaminya. "Ehhh....sayang...." Jumadil tersipu malu. "Kad Kahwin siapa ni bang?" Aien mengambil Kad Kahwin ditangan Jumadil. "Afzal dan Rifhan....ehhh...ini bukan kawan baik abang masa zaman sekolah dulu-dulu tu ke??" Aien meneka dengan nada suara ceria. Jumadil mengangguk mesra dan mencuit hidung Aien. "Betul sayang.....bagus ingatan isteri abang ni........panjang jodoh mereka......nanti kita pergi ya....". 


****************************************


Alor Gajah, Melaka.
11 Mac 2012.




Musim cuti sekolah begitu sinonim dengan pelbagai majlis keraian."Shah....kau ajak budak-budak ni pergi tambah lauk-pauk bawah khemah.....tetamu semakin ramai ni....." Remyhazza mengarah anak buahnya. Selaku pemilik "Sedap Katering", Remyhazza ingin memastikan segalanya berjalan lancar, dan servis dari pihaknya dapat memuaskan hati tuan rumah.




Majlis Perkahwinan Afzal dan Rifhan berlangsung dalam suasana penuh kemeriahan. Tema "Cinta Klasik Dari Hati" menjadi pilihan mereka. Pasangan Raja Sehari ini berpakaian sedondon bewarna Merah Hati dan berarak menaiki Vespa dengan diiringi beberapa buah Mini Cooper.




Uncle Rajoo yang hadir dengan ditemani isterinya tersenyum dari jauh menyaksikan kebahagiaan Afzal dan Rifhan berarak menaiki Vespa. Tuan Pengetua sekolah lama Afzal dan Rifhan turut hadir. "Kenapa Rajoo....kamu teringin ke nak Vespa tu??" Berderai ketawa semua yang mendengarnya.










-TAMAT-






P/S : Tamat sudah Cinta Klasik Dari Hati. Rasa lega dapat sudahkannya. Ini hanya layak digelar Cerita + Panjang = CERPAN (Bukan cerpen). Ada banyak kekurangan sana sini. Mungkin banyak tanda pen merah kalau Cikgu BM semak ni...hehehe...




P/S ++ : Entri akan datang A.N.A akan ceritakan serba sedikit mengenai nama-nama watak dan kenapa A.N.A pilih nama-nama blogger sebagai watak itu dan watak ini.



15 comments:

  1. happy ending,good job..naik vespa ye..mmg klasik.

    ReplyDelete
  2. actually phat ngan kak yatie ko dulu selalu lepak kat tasik seksyen 7 tu..sebab umah sewa dia sebelah tasik tu je...kalakar plak bila dikenang kan..nanti buat cerita lagi ek aien..bagus cite ni

    ReplyDelete
  3. tamat dah citer best ni..
    bagus citer ni aien..aku suka flow citer ni..x serabut..

    ReplyDelete
  4. akhirnya......
    bersatu juga afzal ngan Rifhan tu....
    moga berbahagia hendak nye....
    dgn ucapan....
    duit katering jgn lupa bayar tau !!!! he3...
    best la aien....

    ReplyDelete
  5. setgh jalan >_< haisshhh


    http://ch000tz.blogspot.com/2011/12/aku-hanya-mahu-kamoooooo.html

    ReplyDelete
  6. haha...lucu pun ada...

    aien, ur husband (jumadil) cikgu bm...suh dia semak..kihkih...

    ReplyDelete
  7. suka2...nice try cik aien

    next tym buat lagi panjang ek..ikut bab....comel sangat jalan citer cerpan anda.

    Tahniah KB ucapkan

    ReplyDelete
  8. alalalala... romantiknya ending citer ni... Tak sangka saya boleh kahwin dengan si penulis blog ni.. ehehehe...

    Nanti kita pegi majlis tu ya sayang.. jgn lupa bawa anak kita sekali.. ekekeke (",)

    ReplyDelete
  9. cantik bahasa yang awak guna..ada ritma dan tersusun :)

    ReplyDelete
  10. happy ending..

    aien,,best giler..dh xde lagi nak baca..;(

    p/s: jangan lupa bawak hadiah besar2 ye nanti..haha..;P

    ReplyDelete
  11. kaklimah nk jadi watak heroin jgkkkk :P

    ReplyDelete